Monday, December 31, 2007

117 - Mari memasang kabinet dapur




Ini le xvtv aku dan hosmet aku, Hajar malam semalam. Kami dok pasang kabinet dapur baru. Actually kabinet tu dah beli beberapa minggu yg lalu tp tak sempat nak dipasang lagi. Sementelah dah tak tahan dok menengok 'Cik Tie' dok bersuka-ria di dapur setiap malam... kitaorg buat la operasi semalam. So, lepas nie dah tak bleh la 'Cik Tie' dok mencuri makanan kitaorg lagi. Padan muka ko 'Cik Tie'... muahahahaha...!!!!

Thursday, December 27, 2007

116 - Aidiladha yang muram

Dah seminggu raya korban berlalu. Tahun nie tak bermakna apa-apa raya bagi aku. Aku buat gerakan pulang dlm jam 6.40 pg pd 19 Dis tu. Jalan semua clear, tak der jammed langsung. Pukul 11.30 pg aku dah sampai kampung.

Kepulangan aku disambut mak yang terlantar kerana demam. Ditambah pula mak tak lalu makan semakin membuatkan badan mak lemah dan tak bermaya. Jantung dia pon tak berapa stabil bila dengar kematian-kematian orang2 yang dia kenal. Dia rasa sedih sebab sorang-sorang 'pergi' dan dia entah bila pula dijemput Ilahi. Itu yg membuatkan hatinya semakin gundah. Bila semuanya bersatu, maka senanglah penyakit nak melekat. Semuanya psikologi... bila mental down, sistem badan pon turut menerima kesannya.

Tengahari aku dgn Kak Min kuar gi pekan cari 'kuih tunjuk'. Dapat la 2-3 jenis kuih dan kerepek juga kek. Tak beli banyak pon sbb selalunya raya haji nie tak der org dtg beraya. Lepas balik beli kuih, aku kemas2 rumah sket. Lepas tu pegi buat kuih cornflake kat rumah Long. Hmmm... penat memang penat... Bila tengok mak yang terbaring je, aku susah hati. Itu mesti gula dlm darah tinggi la tu.

Raya pertama aku sempat beraya rumah mak-mak penakan aku. Pegi rumah Makcik Gayah & Anjang je. Balik dari rumah diaorang tengok2 Pak Njang, adik abah dari Kuala Kangsar ada. Layan la sekejap tetamu.

Raya kedua, 'orang sebelah' buat kenduri aqiqah anak lelaki dia. Hmmm... dah dapat anak pon dia. Namanya Hamzah Muiz (rujuk posting 115). Arghhh.... perasaan bercampur baur. Sebelum tu, mak dia dah dtg jemput time raya pertama. Raya kedua, ayah dia plak dtg jemput. Waktu tu aku baru balik bawak mak check darah di hospital. Abah aje yg pergi makan kenduri dia.

Hari-hari yang lain berlalu tanpa ada aktiviti yang menarik untuk diceritakan. Melayan karenah anak buah yang macam-macam peel je...

Abah bukak mulut cakap nak tukar wheel chair yang mak guna sekarang. Actually wheel chair tu beli masa arwah wan (opah aku) dulu. Kemudian, Mak Long Mek beli utk beri pada suaminya, arwah Pak Long Harun. Bila mak dah tak boleh jalan, kami beli semua dari diaorg. Condition kerusi tu actually masih ok. Tp, abah dah bukak mulut nak ganti. Dia dah survey kat Farmasi Indah. Kalau bayar ansur, dalam 400++ tp kalau bayar cash dlm 360. Abah tak cakap direct nak mintak duit dari aku untuk beli wheel chair tu. Tp, aku paham sendiri la maksudnya tu. Kalau tak, takkan saja-saja dia nak cakap pada aku. Dan aku sudah pun menghulurkan 400 pada abah utk belikan wheel chair baru utk mak.

Semalam baru aku kembali ke Serdang utk bekerja. Memang lama aku cuti. Dah banyak kali orang ofis call aku tp aku malas nak angkat. Kalau aku jawab pon panggilan diaorg tak guna. Aku tak leh nak buat apa2. Takat nak dengar komplen or report pasal problem pc la.. printer la.. network la... malas aku nak layan. Heheheh...

Hari nie aku dah masuk keje. Awal-awal pagi dah kena involve dgn taklimat pelajar baru. Ada problem sket tp dapat settle. Hmm... diaorg nie bukannya tak boleh buat sendiri, saja....

Tahun baru pon lagi 4 hari. Tak letak apa-apa azam pon. Tak perlu nak berazam-azam le... buang karan je....

Walaupun badan ada kat sini, fikiran aku masih teringat pada mak yang still tak sihat sepenuhnya. Hari nie dia ada check-up dengan doktor. Tak tau la apa resultnya nanti.

Teringat aku dengan kata-kata mak waktu aku berada di kampung hari tu. Mak tanya aku, "Sempat tak mak nie sampai raya puasa tahun depan??" Alahai... syahdunya...

Monday, December 24, 2007

115 - Hamzah Muiz namanya...

Pagi tadi Mak Teh bawa cucu terbarunya datang jumpa mak. Katanya nak bagi mak tengok anak J**. ye la... sejak dia lahir, mak aku blom pernah tengok. lagipon J** dah nak balik Kuala Kubu dah. hmmm... sedikit rasa ngilu di dada. nampaknya aku masih blom 'melepaskannya'.

"Nama apa Mak Teh?" Aku tanya Mak Teh apa namanya.

"Hamzah Muiz..." Jawab Mak Teh ceria.

Kak Lela mengambil Hamzah Muiz dari dukungan Mak Teh. Merengek-rengek si kecil itu. Kak Lela serah pada Mak Teh semula.

Aku berkira-kira samada mahu mendukung atau tidak si kecil itu. Melihat dia merengek-rengek begitu, aku terus memintanya dari Mak Teh lalu aku mendukung sambil mendodoinya. Sekejap saja dia dah senyap. Suka mereka bila melihat dia senyap dalam dukunganku.

Lama juga aku mendukung si kecil itu. Dia begitu senyap sambil menatap wajahku tanpa kedip. Apalah yang kau tenungkan itu wahai Hamzah Muiz...

Tak lama kemudian aku kembalikan si kecil kepada neneknya. dia kembali merengek dan Mak Teh tak tunggu lama lalu beredar dan membawa si kecil kembali kepada ibu dan ayahnya.

Hamzah Muiz...

Thursday, December 20, 2007

114 - Mimpi memang mainan tidur

Semalam aku bermimpi. Mimpi yang kelakar tp rasa ngeri plak...

Aku bermimpi yang aku baru berkahwin. Tapi, sayangnya aku bermadu. Jadi isteri muda. Hehehehe…

Siapa suamiku? Hmmm… dia adalah kawan baikku. Dan dia bakal melangsungkan perkahwinannya hujung tahun ini.

Hahaha… apa-apa pun aku ucapkan selamat melangkah ke alam rumahtangga buat S******. Semoga berbahagia hingga akhir hayat. Telah banyak yg kau ‘perjuangkan’ sepanjang hidup ini dan aku menjadi saksinya semenjak 6 tahun persahabatan kita. Syabas kerana kau berjaya ‘mengakhirinya’.

113 - Terjebak

Macam mana la aku terjebak dengan ceramah bab-bab munakahat nie. Semuanya kerana terpaksa temankan si Biha la nie. Mula-mula memang la mengelak, tp bila dengar first session... well best gak! menarik! kelakar... layankan aje la....

Hmmm… tp itulah kalau hati tak berapa nak rela involve pd awalnya, maka ALLAH memakbulkannya. then mula rasa menyesal sbb tak dpt nak abiskan semua program (bukan sengaja). Maka, hanya separuh saja la yg dpt aku ikuti. Separuh lagi terlantar atas katil setelah muntah sepanjang hari gara-gara keracunan roti. Huhuhuhu…

Thursday, December 13, 2007

112 - Tak Bertepi

Sampai kini
ku masih terluka karnamu
Dalam cintaku
tak pernah kau balas
Membuat hati
sabar menanti

Sampai kini
ku masih berharap padamu
Walau ku tau
kau takkan mengerti
Arti sayangku
yang tlah kuberi

Ku kan tetap setia menanti
Takkan hentiku mencintai
Biar hati kan tetap sepi
Karna cintaku tak bertepi
Cintaku padamu
Sampai kini

Monday, December 10, 2007

111 - ...

Sabtu
Setelah tunggang terbalik selama beberapa minggu memikirkan samada aku mahu pergi atau tak ke kenduri dia, akhirnya satu kata putus aku berikan. AKU TAKKAN PERGI! hehehehe... dan memang aku tak pergi pon. hanya lepak di rumah sampai melipat brosur seminar saja. ofis pon aku tak pegi walaupun ada keje lain yg sepatutnya aku bereskan.

Aku SMS Yeop memberitahu tentang ketidakdapatan (???) aku menjoinkan diri berkonvoi dgn dia. Beberapa hari sebelum tu ada gak aku tunggu2 panggilan dari dia tapi tak der. aku rasa dia dah dapat agak yang aku takkan ikut dia. hmmm... dan SMS aku pun tak dibalasnya. seperti yang aku dah jangka. tak per lah Yeop... ko nak merajuk dgn aku ke... nak marah kt aku ke... nak berpatah arang berkerat rotan dgn aku ke... aku tak kisah. kau tau siapa aku... dan kau sendiri sedia maklum keadaan aku.

Tengahari, aku SMS pengantin yang aku tak dpt dtg kenduri dia & wish dia happy ever after. lewat malam baru aku terima balasan SMS nya. dlm SMS nya dia menyatakan dia memahami situasi aku. aku tak pastilah apa yg dimaksudkannya... tp kalau apa yg dimaksudkannya sepertimana yang aku fahami, baguslah... tak perlu lagi aku lelah berlakon.

Ahad
Ikut Misa & Uzin gi makan kenduri anak Kak Sad (bowler UM) kat Gombak. aku gerak dlm pkl 11 dr rumah. singgah ofis jap amik hadiah kawen Misa & Uzin yg aku tak bagi2 lagi. hampir pkl 12 baru buat gerakan ke kenduri. tp jem plak kt MRR2... biasa la kan... dekat sejam lebih gak nak sampai Gombak nun. dah sampai makan2 & lepak2 jap baru buat gerakan balik. time balik tak sampai setengah jam dah sampai.

Malam plak Hajar ajak gi Mines. member tu nak beli comforter utk hadiah kawen kawan dia. carik punya carik.. semuanya harga 150 ke atas. member plak budget bawah 100. lepas tak jadi beli comforter dia gi beli jeans plak. pastu kitaorg gi beli sandal. dpt la 50% less. best btol!! dlm pkl 10 lebih buat gerakan pulang.

Sampai rumah aku sambung keje2 masukkan brosur seminar dlm envelop sampai koi 1 pagi. huhuhuhu... hujung minggu yg sungguh memenatkan mental dan fizikal.

Monday, December 03, 2007

110 - Tergamam

Dalam keseronokan di Bagan Lalang aku dikejutkan tentang sesuatu yang tak disangka-sangka. walaupun aku mendapat tahu tentang ini setelah aku 'menceroboh privacy' orang tapi aku masih tergamam dengan apa yang aku tahu itu.

Betul ke? Begitukah 'kulit' dia yang sebenar? Aduh... kenapa la bila saat keputusan sudah dibuat, baru aku dipaparkan tentang kenyataan ini. Tergamam memang aku tergamam. Mual dan jijik bila mengetahui kenyataan itu. Sampai sekarang aku terasa mual bila aku berjumpa dengannya.

Hanya aku yang tahu siapa dia. orang sekeliling memuji akan dirinya. Itu membuatkan aku bertambah mual apabila memikirkannya. Ayat-ayat yang aku baca berlegar-legar di fikiran aku. tak boleh aku tepis. dia datang menari-nari di depan mataku. Kenapa? persoalan yang tidak mungkin aku dapat jawapan dari dia. takkanlah aku nak tanya dan sudah tentu dia pelik dari mana aku tahu! warghhh...!!!!

Tapi, aku bersyukur pada ALLAH kerana menunjukkan aku jalan dan pilihan yang harus aku buat. Memang tak sangka dia begitu. Aduhai.... sabar je la... sekarang nie aku kena berpura-pura di hadapan dia. Seolah-olah aku tak tahu apa-apa. Susahnya idop!!!!!!

109 - Hari Keluarga FPP

Pada hari Sabtu yang lepas (1 Dis. 2007) maka berlangsunglah Hari Keluarga FPP yang sudah sebulan dirancang dan dikerjakan. Penat tak hengat punya membuat persiapan sampai tak cukup2 tido dibuatnya. Terkejar ke sana ke mari untuk carik barang, hadiah dan macam-macam lagi bagi memastikan Hari Keluarga FPP tahun nie berjaya.
Jumaat petang (30 Nov.) dah buat gerakan ke Bagan Lalang Sepang untuk persiapan di sana. 5 buah kereta dan 2 pajero berkonvoi ke sana untuk hantar barang. Excited btol nak ke sana. Lagipon malam tu Pn. Halimah sponsor barbeque sempena annivessary dia dan suami. Terima kasih la puan belanja kitaorg makan. Murah rezeki.. lepak kat tepi pantai sampai makan-makan.. perghhh... memang best btol! Syahdu pon ada... uhuk...uhuk..uhuk...

Dalam 10 lebih buat gerakan pulang. Aku tak tido kt sana walaupun dipujuk oleh AJK lain utk camping tepi pantai. Tak bleh la.. nanti tak der sapa nak urus peserta yang akan naik bas di opis nie nanti.

Pagi esoknya seawal jam 8 pagi aku dah ada di opis. ramai dah staf yang akan naik bas menunggu. dlm pkl 9 pg baru buat gerakan ke Bagan Lalang. aku sekali naik bas. senang sket. dalam bas, bantai tido sepam dua. ngantuk oooo....

Sampai di Bagan Lalang dalam pkl 11 pagi. selepas sesi pendaftaran dan sarapan... barulah bermula aktiviti pada hari tu. nampaknya semua berjalan dengan lancar. cam biasa geng2 AJK nie hitam legam la berjemur kat pantai tu menguruskan permainan dan aktiviti. Aktiviti berjalan lancar walaupun ada yg protes ttg pengadilan. Pedulik hapa.... hahahahaha..

Selepas sesi penyampaian hadiah kitaorg buat gerakan pulang dlm pkl 5 ptg. sampai opis dlm 6 lebih. penat mmg tak dapat digambarkan la plak. balik malam tu kononnya nak tido awal skali kena gi amik henpon si Aren yang dia tertinggal dlm bas. time tu dah nak terlelap dah. kena la merajinkan diri turun flet tu. dah tu, bila dah terbangun tu.. susah la nak tido balik. layan je la tv sampai kol 1 pagi baru tido.

Apa-apa pon mmg best family day tahun nie.. tahun depan gi tempat jauh2 sket... hehehehe..

Friday, November 16, 2007

108 - Kad maroon bertinta emas

Kad undangannya telah sampai ke tanganku. Kad maroon bertinta emas. 1 Disember tarikh keramatnya. Tarikh dia bakal diijabkabulkan dengan suri. Orang pantai timur. Teman sepengajiannya mungkin. Belum pernah bertentang mata dengan surinya. Bagaimana agaknya paras wajah si surinya?

Aku tak pasti akan menerima undanganmu itu. Mungkin teman baikmu perlu memaksa aku untuk ke majlis tersebut. Maaf, jika kelibatku tidak dapat kau lihat pada hari istimewa itu nanti. Walau bagaimanapun... TAHNIAH! Semoga ikatan berkekalan hingga akhir hayat.

Friday, November 09, 2007

Saturday, November 03, 2007

106 - Monolog hujan

Langit kelam, awan hitam berarak perlahan, titis hujan mulai membasahi bumi yang gersang. Hembusan angin kadang kala lembut, namun ada ketikanya kencang menggegar sang pohon renek. Aku masih di sini, berpeluk tubuh di tabir jendela. Memerhati tanpa kata-kata. Melihat tanpa berbicara. Satu keluhan berat kulepaskan, tapi tidak mampu melegakan hati yang gundah.

Kurenung langit yang semakin kelam. Kelihatan beburung terbang riang bermandikan hujan. Bebas menghayun kepaknya. Segaris senyuman hambar kulemparkan. Titis hujan semakin kasar. Lopak-lopak air mula kelihatan. Bergenang di serata tempat. Satu lagi keluhan kulepaskan. Berat sekali!

Aku masih di sini. Menanti tanpa harapan. Kulepaskan semua harapan itu dibawa bayu pergi. Biarkan. Aku yakin, yang terbaik akan aku miliki suatu hari nanti. Bila ianya akan terjadi? Kuserahkan pada kuasa Ilahi. Pada-Nya aku berserah sepenuh jiwa dan ragaku.

Monday, October 29, 2007

104 - Syurga sudah pasti buatnya...

Salam pagi Isnin yang dingin.

Apa yang paling menyedihkan bagi seorang perempuan yang sedang hamil? Hmmm... sudah tentu kalau dia kehilangan kandungannya yang sudah lama dia nantikan.

Pagi-pagi ini aku dikejutkan dengan berita Kak A** telah kehilangan anaknya yang sudah lama dia nantikan. Dengar katanya, babynya keluar awal padahal baru 5 bulan dalam kandungan. Dia memang dah lama tunggu baby nie. Bayangkan kahwin sudah 10 tahun tapi still tak dapat baby. Bila dah dapat, tiba-tiba kehilangannya. Aku dapat bayangkan betapa sedihnya dia. Sebenarnya tak ramai yang tahu lagi tentang berita nie. Mungkin juga dia tidak bersedia untuk memberitahu tentang ini. Dia masih lagi stress. Biarlah dia berehat dulu. Semoga dia tabah menghadapinya. Setiap yang berlaku, ada hikmah di sebaliknya.

Buat Kak A**, tabahkanlah hatimu. Syurga sudah pasti buatnya....

Thursday, October 25, 2007

103 - Apa pandang-pandang??!!!

Apa perasaan korang espcially pompuan la kalau ada yang asik2 pandang korang. kejap2 paling tengok korang... selang 5-6 saat paling kat korang? musti rimas dan lemas kan? entah apalah sorang hamba ALLAH nie... kerap sangat kalih dok tengok aku. dah lama aku perasan. walaupun aku tak le direct pandang dia, tp dari ekor mata memang dia dok kalih tengok aku? apa? aku nie alien ke... ataupun aku nie suspect pada satu jenayah yang berat yg perlu diawasi ketat hingga tak boleh hilang dari pandangan mata dia? what the h***??!!! rimas aku rimasss!!!

Wednesday, October 24, 2007

102 - Hadiah harijadi

Satu ketika selepas berbuka puasa...

+ Tim, kau tahu tak apa Naim kasik hadiah birthday kata aku?

- Apa dia?

+ Jumper kereta!

- Hahahahaha.... biar btol mamat tu??!!

+ Iye... dia kasik jumper kereta kat aku!

- Hahahaha... Sabor je la... apesal dia kasik?

+ Aku pernah cerita kat dia yang kawan aku dulu bateri kereta dia kong. pastu dia call aku mintak tolong. aku lak tak der jumper kereta. terpaksa la tepon kawan2 yg lain yang ada jumper kereta datang tolong dia. agaknya dia teringat cerita tu yang dia belikan untuk aku.

- Hehehehe... bagus le tu. ala.. lagipon untuk kegunaan bersama le tu...

+ Hehehehe... ye la agaknya....

Moral of the story: Nie kes yg jarang yang aku dengor. Jarang le pakwe kasik hadiah cenggitu kat awek dia. paling2 koman pon, mug ke... teddy bear ker.... Aku memang tabik arr kat si Naim ni sbb buat perkara yg jarang couple2 lain buat. hehehehehe....

Monday, October 22, 2007

101- Boss baru aku...

Actually dah lama dia masuk di sini. Sejak 15 Ogos yang lalu tp aku masih belum dapat mengenali karektor dia. Dia ramah cuma aku letak satu blok halangan antara aku dan dia gara-gara dia mengenali dua orang yang aku kenali. hmmm... kes takut kantoi la nie! hehehehe...

Dan hari nie aku terjumpa nickname dia waktu tengah copy data ke dalam external hdd dia (notebook dia aku nak format). then nama itu begitu familiar di arena pemblogan (ye ke istilah nie???). **********... itulah nickname dia dan aku cepat surf internet dan buka blog dia. hmmm...

Ayat demi ayat di dalam blognya aku baca. Betulkah dia? Terlalu berbeda... in real life dia seorang yang happy. tapi dalam blog, dia seorang yg warak dan kadangkala aku terasa seperti ada awan hitam yang memayungi dirinya setiap kali dia menulis blog. entah lah...

Yang pasti aku masih cuba untuk mengenali karektor dia...

Posting ke-100!!!

Hmmm... dah cecah posting ke 100 pon... akhirnya.. nothing much to say. cuma aku baru je potong rambut setelah setahun menyimpannya. tak plan pon nak potong tp tetiba je datang 'hidayah'...kekekekek.. dari panjang melepasi bahu aku dah potong kasik pendek! huh, pueh hati! so, new look... and I want to start my life after Ramadhan wif a little bit changes... don't ask why... hehehehhe... just... it's enough!
So, sempena posting ke-100 nie aku sajikan aksi melampau new pet in our family, SI PUTIH!!! very naughty pussy!!!

Si Putih a.k.a. Comey

Hobi dia gigit orang



Dah penat gigit orang, tido... itu le kejenye!!

Tuesday, October 16, 2007

Corat coret raya

Adehhh... hari nie sungguh penat. Makcik Pesah sekeluarga datang dari Kuala Kangsar. dari pagi lagi aku duduk kat dapur memasak untuk diaorg. memang dah paham sgt famili makcik aku nie. kalu datang sure time tengahari punya. sbb nak makan nasik kat rumah aku.

Hari nie abah beli ikan keli 7 ekor!!! mak aiii... gaya nak menjamu famili adik dia beria bebenor! so menu aku, ikan keli masak tempoyak, ikan keli goreng (ikan keli tu aku kerat 2 bhgn; bhgn kepala buat masak tempoyak & bhgn ekor aku goreng), kobis masak lemak, sambal belacan, rendang ayam dan telur dadar. hmmmm... meriah btol makanan. tp aku le yg kepenatan masak semua tu. ye la... mak aku dah tak upaya nak membantu...

Dalam pukul 1 lebih, makcik aku sefamili sampai. time tu aku & famili tgh makan tengahari. apa lagi... aku cepat2 bangun. time tu baru makan nasik separuh. terencat selera aku! lepas tu siap2 utk famili makcik aku makan la plak. abah happy je bila famili adik dia datang. ye la.. selalunya raya2 camnie, we all la satu famili yg balik kampung di Kuala Kangsar nun. tp sebab mak aku dah jadi begitu... kitaorg just tunggu je la diaorg datang! tp kalau ikutkan la... patutnya adik2 le datang beraya rumah abang kan??? (abah anak sulung) kekekekekeke... apa2 je lah..

Lama gak la famili makcik aku lepak kat rumah. dekat pukul 4 baru gerak balik. huhuhuh.. tangan aku tak kering2 dok melayan mereka satu famili. ada je benda yg aku buat kt dapur tu. sampai sakit2 tumit berdiri jer. itu blom kira la celah2 jari tangan aku yg dah mula kembang. lama sket lagi aku dok main air... konfem mengelupas. huhuuhuh...

Tapi tahun nie memang aku tak ke mana2 raya. tunggu rumah je la. boring memang la boring. tp nak buat camner. dah terpaksa. ada gak mak aku soh aku gi beraya rumah sedara mara tp takkan le aku nak tinggal mak aku dlm keadaan camtu. walaupun ada abah, tp sapa plak nak menghidang kuih.. nak buat air... ish.. tak bleh..tak bleh... sepupu2 lain pon cam malas je nak gi beraya. lgpon mak2 sedara semua dah pakat dtg beraya kt rumah raya pertama lagi. kira OK la tu kan... hehehehehe...

So, aktiviti yang paling berfaedah time2 raya nie, apa lagi... TENGOK TV!!!!!! layanzzz.....

Saturday, October 13, 2007

Angkasawan Malaysia

Tahniah buat Dr. Sheikh Muszaphar Shukor kerana menjadi angkasawan pertama Malaysia, angkasawan ke 9 yang beragama Islam dan angkasawan Islam pertama yang berpuasa & beraya di angkasa. Bangga seh dengan pencapaian anak Malaysia nie!! So handsome & talented!

Thursday, October 11, 2007

Salam Aidilfitri


Di kesempatan ini, aku ingin mengucapkan selamat menyambut Aidilfitri yang bakal menjelang 13 Oktober ini. Aku juga ingin memohon ampun dan maaf dari kengkawan semua. Semoga lebaran tahun ini memberi seribu makna buat kalian semua.

Friday, September 28, 2007

tersyasyul...

'Apa agaknya khabarmu di sana?
Di sini ku sedang dibelenggu rindu
Beginikah rasa seksa perpisahan
Sungguh anehnya hidup berasingan

Hati terasa bagai tertinggal di situ
Meskipun tubuh dah jauh beribu batu
Sesaat seperti tahun lamanya
Semasa kau tiada
Apa yang terdaya...'

+ Eh, Jar... lagu apa nie ek?
- Ala... lima...
+ Hah??!!
- The Star...
+ Hah??!!

'Bila terasa rindu ku sebut namamu
Dengan harapan kau akan muncul dalam tidur
Bila terasa rindu ku bayang wajahmu dalam angan
Dan barulah ku terasa bagai disembuh

Jauh sekali hidup di sini berbeza
Beribu kali lagi ku selesa di sana
Tak sabar menantikan detik kepulangan
Namun hingga itu
Apa yang termampu...'

+ Eh, nie lagu Dafi la... Bila Terasa Rindu. budak AF5 tu...
- Haa...
+ Apa ko nie Jar.... lima la... the star la..
- Hahahahha... aku nak cakap kumpulan De5 dari Gangstarz...
+ Hahahaha.... apa kena dgn ko hari nie.. cakap tunggang terbalik! Hahahaha...
- Hahahhaha... entah la.. ko pun sama gak!

Moral of the story: Bila letih berpuasa, macam-macam hal... cakap pon tersyasyul... kekekeke...

Tuesday, September 25, 2007

Dear Diari - Dan ia kembali

Dear diari,
Ahmad Suhaizam... sudah lama aku tidak menyebut nama lelaki ini. Sudah lama juga aku tidak menghubungi dia. Entah mengapa hatiku menjadi keras seperti batu. Adakah kerana aku cuba menghukum diri sendiri atau yang paling tepat, tidak menerima kenyataan yang dia sudah bertunang. Ya, dia sudah bertunang!!!

Dear diari,
Mungkin kau sendiri sudah sedia maklum siapa lelaki ini dalam hidup aku. Nama itu sudah berulang kali aku ukirkan di dadamu sejak perkenalan kami dahulu. Ada manis... ada yang pahit... ada yang membahagiakan. Tapi akhirnya kepahitan sahaja yang tinggal. Kau juga sudah sedia maklum apa yang berlaku antara aku dan dia. Hanya kau yang tahu diari. Padamu aku curahkan segala-galanya. Padamu aku coretkan segala apa yang terpendam di hatiku. Dan ada ketikanya juga kau menjadi tempat aku melepaskan kemarahanku terhadapnya. Maafkan aku diari.

Dear diari,
Sejak akhir-akhir ini, dia sering menghubungiku kembali. Dan setiap kali dia menghubungiku, acapkali dia mengingatkan aku agar menghadiri majlis perkahwinannya. Apa maksud dia sering mengucapkan begitu? Adakah sengaja mahu menyakiti hatiku ataupun dia sebenarnya ikhlas atau juga mahu melihat reaksiku? Walaupun kini, tiada apa perasaan yang datang bila dia berkata begitu, namun aku tak suka dengan tindakannya itu.

Dear diari,
Semalam dia datang bersama rakan-rakannya. Ada urusan di sini dan dia memerlukan bantuanku. Perkara pertama yang dia sebutkan ada tentang sahabatnya yang dia ingin sekali perkenalkan kepadaku. Atau lebih tepat, dia ingin menjodohkan kami berdua. Entah apa niat dia melakukannya. Adakah kerana untuk menutup rasa bersalah atau mungkin atas sebab-sebab lain yang aku sendiri tidak tahu. Bagi aku yang tidak pernah mengakui kewujudan lelaki itu, aku tidak mempedulikannya. Bagi aku, lelaki itu tidak wujud dan tidak perlu untuk diberi perhatian. Satu lagi ayat yang biasa dia sebutkan setiap kali berjumpa (walaupun setahun sekali), dia sering mengatakan aku semakin cantik. Hah! Cantik-cantik pun, akhirnya dia bersama dengan perempuan lain. Dan dia sekali lagi mengingatkan aku agar datang ke majlis perkahwinannya nanti. Hmmm...

Dear diari,
Memang perasaan ini sudah tiada, tapi entah mengapa aku sukar untuk melepaskan dia. Aku sukar untuk melepaskan kenangan-kenangan bersama dia. Aku tak tahu mengapa aku masih 'memegang' sesuatu yang telah tiada. Sesuatu yang telah menjadi milik orang lain. Diari, mengapa aku begini? Aku tak mahu terus hidup dgn kenangan itu. Aku tak mahu diari. Bantulah aku diari.. bantu aku melepaskannya. Aku ingin mengakhirinya. Aku ingin menamatkan kisah kami. Ianya telah lama menjadi sejarah dan kenangan. Kau sendiri tahu diari, betapa aku ingin sekali keluar dari situ. Aku tak mahu lagi berada di dalam kenangan itu.

(Dah lama tak berkarya. Sekali sekala gatal tangan plak nak menconteng-conteng kat sini... hehehehhe.. Salam Ramadhan untuk semua...!)

Tuesday, September 18, 2007

Quote of the day

Quote 1
Apa yang kita impikan tak semestinya itu yg kita akan dapat. Ada kalanya kita perlu berusaha dengan sehabis daya untuk mendapatkannya. Sesuatu yang menjadi impian, hanya tinggal impian jika tiada usaha yang dilakukan untuk mendapatkannya.

Quote 2
Berpura-pura hanya akan membuatkan diri sendiri tersiksa. Luaran nampak gembira, tetapi di dalam hati sedang berperang. Gelodak perasaan tidak pernah setenang air di kali. Jika ianya hanya menambah beban di dada, luahkan agar bisa reda.

Quote 3
Kesepian adalah teman akrab jiwa kekosongan. Jangan biarkan jiwa dibaluti dengan kesepian dan kekosongan itu. Penuhi ia dengan kenangan indah yang tidak bisa dilupakan.

Wednesday, August 29, 2007

merdeka quote

Asalnya budak senibintang yg minta sumbangkan design utk blog dia.. so, sementelah dah buat.. aku tempek arr skali kt sini..

Friday, August 24, 2007

team building @ jeram besu, raub pahang

Salam pagi Jumaat yang hening. langit pon tak berapa cerah. nampak tanda2 hujan akan turun mencurah-curah hari ini seperti semalam.

Minggu lepas bermula dari 16 - 19 Ogos aku dan sebahagian staf FPP berkumpul di Jeram Besu, Raub. ada team building. aktiviti sudah bermula di opis lagi pagi tu. ada sesi baca peta, belajar tentukan bearing dan baca kompas. dpt la rasmikan bangunan baru ala2 PICC kt UPM nie. mmg cun la dewan persidangan tu. teruja btol dpt jadi kumpulan pertama masuk berxtvt di situ.

Petang dlm pkl 2.30 baru la buat gerakan ke jeram besu. 2 bas bawak kitaorg ke sana. ada la dlm 50++ yg pegi. dlm pkl 5 lebih baru sampai di chalet situ. kedatangan kami disambut dgn hujan yg turun dgn lebatnya. semua muka cuak sbb xtvt utama kat situ adalah 'War Game'. dok bayangkan kena masuk utan ujan2 camni... sure pacat berpesta... yak..yak..yeaaa!!! wakakaka...
Kumpulan aku nama Hijau. terdiri drpd org2 yg sekepala, Prof. Mai, Dr. Jamal, Dr. OT, Dien, Along, Alin, Fyfy, Hafiszan, Kak Ct, Kak Dah, & 2 budak skool. Hari pertama cam biasa la.. xtvt tak berapa tough sgt. cam team2 building yg lain la. tp yg paling best... we all dijamu dgn durian. perghhh... sedap tak hingat punya!!!!! rambutan pon ada... langsat lagih... huh.. layanzzz... aku sure lepas nie ada yg suara tak kuar. semuanya buah2 yang 'panas'. tak per... lepas nie bleh terjun jeram.. muheheheheh...

Hari kedua dah start xtvt air. belajar cara nak apungkan diri dan terjun dlm jeram. perghh... best btol. yg paling penting dpt mandi sungai. hahahhahaha... dah lama tak mandi sungai nie. dah gian nak mandi. skali masuk sungai, tak ingat2 nak naik ke darat. hehehehhe.. sori la fasi, len kali jgn bawak kitaorg gi sungai. gitu la jadiknya.

Ptg plak siap2 masuk hutan. mula2 dah ada task. pindahkan tong beracun. dekat sejam kitaorg bertungkus lumus pindahkan. pastu kena denda lagi. ampeh je fasi...! dah settle task, prob carik DOP (drop of point). disebabkan member yg patutnya reti baca bearing dah glabah. terus 'hilang ingatan' jap. kekekeke... pastu tgh dok carik DOP, skali kena ambush dgn gerila. apalagi... peperangan meletus. dekat 5 minit kena serang. dpt la 'bunuh' 2 org gerila. tp we all 'terbunuh' 3 org. but, luckily aku antara yg terselamat walaupun tak der peluru (soya basi) utk dilemparkan pada gerila. mana taknya... peluru simpan dlm beg. tak sempat nak amik dah kena serang. moral of the story, standby peluru di tangan what ever happen!!!

Then dah dpt DOP, semua buat gerakan masuk utan utk ke kem berkumpul semua kump. ada 5 semua kump yg masuk utan. masa gerak tu dah pkl 7 mlm. mmg gelap la berjalan dlm utan tu. so far tak byk masalah sbb ada fasi yg sentiasa mencekik darah kitaorg. asik offer pertolongan yg kena dibayar dgn damra (kira cam duit tipu la..) mmg btol la diaorg nie. dan tak pasal2 sorang fasi nie dpt gelaran 'ceti' pasal dia jadik tukang kutip damra. hahahahha... nasib ko la Naha!!!

Akhirnya selepas 2 jam perjalanan, sampai gak kat kem. time tu dah ada 3 group lain yg sampai. kump. kuning, hitan & merah dah sampai. biru still tak tau camner keadaannya. tak lama lepas tu skali lagi kitaorg kena ambush. mmg havoc giler time tu. yg pompuan2 disuruh nyuruk bawah kanvas, yg lelaki je berperang. tak nampak apa yg berlaku sbb aku & pompuan2 lain nyuruk bawah kanvas. tp bunyinya cam perang btol! mmg excited jer time tu. dekat setengah jam gak berperang. gerila 'mati' 11 org, we all 'mati' 18 org. quite ok la.. tak le semua 'terbunuh'.

Then ada sorang member nie kena kaco dgn gerila (org asli). sbb dia blonde, kena la sakat 'rambut merah'. nak dibawak balik buat bini.. hahhahahaha!!! mmg kelakar je time tu. tp time tu, we all cuba berdamai dgn gerila sbb tak nak ada peperangan. lupa plak nak bagitau yg mission kitaorg adalah nak merampas semua satu briefcase Projek Zulu yg telah dicuri oleh puak gerila. mission selepas dlm pkl 12 lebih tgh mlm. tiada peperangan lagi... lega! sampai bilik pkl 1 pg. supper sekejap then tido tak hingat dunia.

Hari ketiga ada xtvt buat rakit. dok berjemur buat rakit sampai berkilat abis muka & tangan. balik opis semua org tanya apasal la yg pegi team building semuanya gelap2. hahahhahah... itu la jawapannya. selepas buat acara rakit mlmnya ada segmen 'Buluh Perindu'. karaoke time!!! ramai la yg tunjuk bakat.. nyanyi la.. menari la.. berjoget.. semua ada. sabor je la.. aku tak join sgt pasal badan dah panas. apa lagi.. demam ler...

Ahad, hari terakhir... aktiviti bebas. tak terikat dgn kumpulan lagi. ada la yg gi abseiling... flying fox... aku still tak join pasal demam. tak le teruk tp badan rasa tak best. ptg dlm pkl 4 lebih baru buat gerakan pulang ke opis. highway karak tu agak jammed. sempat singgah makan2 kat R&R Genting Sempah. sampai opis dlm pkl 8 lebih.

Apa2 pon mmg enjoy btol dgn xtvt di sana. walaupun ada beberapa perkara yg membuatkan aku dan ahlu kumpulan bengang tp we all tak jadikan benda tu satu penghalang. sib baik la dia dikira org luar... peduli la. apa2 pon kumpulan hijau mmg the best la! idop kumpulan hijau!!!!!!!!!!

Monday, August 13, 2007

Selamat Pengantin Baru Misa & Uzin

Assalamualaikum! Hah... penat giler badan nie. kalau tak ingat cuti yg dah tinggal sket tu, sure aku amik cuti dan sambung tido kat rumah. cuti yg ada skang nie spend utk raya. tak best arr kalu raya cuti sat ja. hehehehe...

Back to the point... selama 4 hari aku berkampung di rumah Misa kat Kuang utk membantu majlis perkahwinan dia semalam (12 Ogos '07). Rabu malam aku dah buat gerakan ke rumah dia kat Cheras Utama sbb esoknya tu pagi2 lepas subuh (kononnya...) dah nak gerak ke Kuang. awal sampai sana, awal la kitaorg buat persiapan. tapi selepas angkut barang sumbat dlm kereta aku & uzin, pkl 7 jugak baru gerak. jln pon semput2 la... dah jammed! so, dlm pkl 9 lebih baru sampai rumah Misa kat Kuang tu. kedatangan aku & Uzin serta kepulangan Misa di sambut oleh abah Misa, Pak Wan yg sedang lepak baca papers kat depan rumah dia.


Hari Jumaat lak Jaja datang. so, kitaorg gi jemput dia kat stesen komuter Kuang. bagus la.. dah bertambah lagi sorang rekrut. hehehehe.. maka dgn itu kami bertiga bertungkus lumus la membantu apa yg patut demi memastikan majlis Misa nie dpt berjalan dengan lancar. barang2 hantaran semua ada la kitaorg tolong sket2 yg mana belum digubah. tp byk yg dah siap digubah dek pengantin sendiri. so far... alhamdulillah. walaupun ada saat2 berlaku juga sesuatu yg menduga hati bakal pengantin tu. tapi semuanya dpt ditangani dgn sabar dan tenang. cayalah Misa! hehehehehe...

Ahad, 12 Ogos 2007 maka sahlah Hamisah Redzwan menjadi isteri pada Hussin Khamis. alhamdulillah... lepas lagi sorang kawan aku mendirikan rumahtangga. sorang lagi hujung bln nie... sempena Hari Kemerdekaan. ramai gak yg datang... geng2 Kolej CITI dan geng MB datang memeriahkan majlis. best sgt tgk Misa kawin & rasa sedih gak sbb member baik dah jadik milik suaminya. lepas nie tak leh arr nak ngular cam dulu2.. heheheheh...

Majlis semalam selesai dlm pkl 4 petang. lepas abis majlis di Balairaya... semua buat gerakan balik ke rumah Misa. ada sesi potong kek plak. buat biasa-biasa jer... dpt la merasa kek coklat pengantin yg sedap gilos!!! then lepas tu tapau apa2 yg patut. packing baju semua... ye la. org tu dah ada teman tido, aku & Jaja kena la buat gerakan pulang ke sarang masing2. hahahahahha... dlm pkl 6 lebih aku & Jaja buat gerakan pulang. aku hantar Jaja balik rumah dia kat Cheras & then baru aku balik Serdang. dlm pkl 8 mlm sampai rumah. letih tak hengat... badan pon sengal2 je nie..huhuhuhuhu..
Apa2 pon aku nak ucapkan Selamat Pengantin Baru buat Misa & Uzin. semoga ikatan yang terjalin berkekalan hingga ke akhir hayat. buat Uzin, jaga le kawan aku tu elok2. bimbinglah dia dan sayangilah dia dgn sepenuh hati. bertuah ko dpt memperisterikan Misa. dan buat Misa, jadilah isteri yang dikasihi oleh suami. sob...sob...sob... aiseh, syahdu plak! heheheheeh...

Tuesday, August 07, 2007

'kawan baik'

Salam petang Selasa yang sojuk. baru lepas ujan lebat sini. hmmm... dah lama tak bercerita pasal kawan baik aku tu. sejak 2 menjak nie dah tak jadik kawan baik dah. masing2 buat hal masing2. tak der lagi 'data sharing' cam dolu2... hehehehe.. entah kenapa jadik gitu. maybe dia tgk aku senyap dan tak banyak tanya cam dulu, dia pon turut sama menyepi dan menjauhkan diri. apa2 aje lah. aku pon dah malas nak amik tahu pasal apa yg berlaku dgn hidup dia.

Baru-baru nie aku dengar citer dia nak settle down thn nie. nak kawen katanya. tp dia bercerita dgn akak sorang nie. dgn aku tak pon dia bgtau. walaupun dia sendiri pernah cakap aku nie adalah kawan yg paling dia percayai.

Baguslah gitu. tp yg tak sedapnya, bakal isteri dia adalah tunangan org... tp katanya pompuan tu dah settlekan hal pertunangan dia. atau tidak keterlaluan bila aku simpulkan yg pompuan tu dah putuskan pertunangan dan sekarang nie sedang memang confirmlah diaorg berdua sedang merancang untuk mendirikan masjid. dengar katanya jugak, diaorg tak nak tunang2 & terus nak kawen jer. katanya juga hujung tahun ini majlisnya tu nanti

Kalau betul, alhamdulillah.. baguslah. dari dok angkut tunang org ke hulu ke hilir... better dia bertanggungjawab atas apa yg telah dia timbulkan. nampaknya dia tekad betul kali ini dengan perempuan nie. well... aku ucapkan semoga berkekalan hingga ke jinjang pelamin. undangan perkahwinan dari korang memang aku tunggu... tp berkemungkinan besar aku tak akan pergi...

Wednesday, August 01, 2007

hasil tuaian

Cakap banyak pon tak guna... ini le hasil tuaian bila aku balik kampung last week!

Thursday, July 26, 2007

sepi sunyi kosong

Seminggu berlalu
Tekadku yang nekad
Sepi
Sunyi
Kosong

Kau di sana
Juga sepi
Sunyi
Kosong

Mengapa sepi?
Mengapa sunyi?
Mengapa kosong?

Sepi ibarat dunia tiada berpenghuni
Sunyi bagai putaran masa terhenti
Kosong seperti tong-tong tiada isi

Sepi... sunyi... kosong...

-Suria Shafie, Research Room, 5.40 p.m.-

Monday, July 16, 2007

xtvt cuti 2 hari

Salam pagi Isnin yang agak berkabus... dah nak tengahari pon still ada kabus (ke jerebu???)

Hari Sabtu lepas aku cam biasa dtg ke ofis untuk buat keje2 formating & reinstall semua 6 unit cpu dari makmal. si aren dgn baik hati dtg tolong aku. tengkiu arr... nanti akak blanjer McD ek! hehehehehe...

Tengah2 dok buat, ada sorang hamba ALLAH nie dtg marah2 dgn aku. katanya aku ada cakap belakang dia. pastu siap warning aku lagi, kalu nak cakap apa2 biar berdepan dgn dia. what the heck????????????? aku tak tau ujung pangkal apa2, kena sembur. dah la depan2 org, malu aku dibuatnya. aku pon apa lagih, hangin naik satu badan la. main tuduh2 plak. aku tanya la apa yg aku kata kat belakang dia. pastu dia marah2.. then siap cakap nak panggil sorang lagi hamba ALLAH yang tukang menyampaikan pada dia. hampeh btol!!!

Aku pon tepon la minah yg jadik telefon berkarat hamba ALLAH nie. aku tanya direct jer. rupanya minah nie yg salah dengar dari sumber mana. then dia suka2 hati kata aku yg cakap. hampeh btol la..!!! tak pasal2 aku yg kena sembur! mmg hangin aku satu hari tu... mmg cipan la...!! dia nie selalu jadik tukang sampai pd org lain. ish.. mmg mulut !#%^&**?}{.... warghhhh, hangin satu badan!!!!!!!!!1

Settle je keje aku terus blah masuk bilik aku (sebelum tu dok kat lab). malas aku ngadap muka hamba ALLAH tu lagi. suka2 hati sembur aku tanpa siasat betul ke salah. no wonder la org treat dia camtu. bila aku sendiri dah terkena... aku pon tak heran la dgn cakap2 org pasal dia. ishhh... mmg hampeh!!!!!!!!!

Balik dr opis, Hajar ajak gi Carrefour Alamanda. ikut je la.. memandangkan aku pon tgh tensen. at least dpt la menghilangkan tensen. tp sebelum sempat hantar sms mengena kat sorang member nie. hahahahha... nasib la kan. org tengah tensen... mcm2 la dibuatnya. sanggup call tu nak bertanya apa. then aku jawab, "Tengok je tv9, pkl 5 ptg. hari-hari ada..." wakakakakakak...

Petang tu shopping sakan aku dgn Hajar. mula2 masuk MPH. nampak la buku Harry Potter yg tersusun lawa atas shelf. hhuhuuhhu.. teringin je nak sambar. tp kang over-budget. budget yg ada cukup2 je utk perbelanjaan yg dirancang hari tu. so, tahan je la hati nie. tunggu gaji la. mintak2 la ada lagi buku Harry Potter tu. huhuhuhuhu...

Lepas tu aku ushar sandal. so, dpt gak la sandal. beli kat Walk-in. pastu baru la buat gerakan ke Carrefour. aku dgn hajar beli karpet kecik & bantal besor. asalnya nak beli karpet tu jer tp biasala kan.. bila dah pusing2 tu, ada je benda yg nak dibeli. muahahahha.. abis shopping kat situ, buat gerakan ke surau. lepas solat, pegi makan kfc lak. balik dlm pkl 10 lebih. wahhhh... penatnya satu hari!

Ahad lak, aku ingat nak lepak je kat rumah. Hajar plak nak gi opis sbb nak upload file. disebabkan dia malas nak gi opis dia yg ujung donia nun.. so, dia nak guna internet kt opis aku jak. aku on jer. dlm kol 11 pg buat gerakan ke opis. pastu si ita lak dtg lepak. duduk la sampai kol 3 ptg. then buat gerakan makan tengahari kat tasik. lepas makan, balik rumah. si ita amik belen2 barang dia yg masih ada kat rumah. dia dah pindah rmh makcik dia kat setapak. so, rmh aku skrg nie dan berempat. masuk budak baru 2 org. adik2 la...

Malam tak der air... tak beshnyer...... tak jadi aku nak mendobi baju.. huhuhuuhuh...

Wednesday, July 11, 2007

Masak bubur nasik jer....

+ Aik? Makan bubur nasik je ke?

- A'ah... makan bubur jer...

* Apesal ko makan bubur nasik? Ko tak der gigi ke?

+ Hahahahahahaa...

* Orang tak der gigi je makan bubur nasik!

+ Haahahahahaa....

- Jadik bini aku senang je Tim, masak bubur nasik jer...

+ Hehehehehe...

Saturday, July 07, 2007

MBians Transformers

Salam hari Sabtu. kene keje hari nie... huhuhuhu.. tak bestnyer. ingatkan bleh la join diaorg selection utk MAKSAK kat sunway hari nie.

Hari Khamis yg lepas geng2 MB secara berjemaah tengok Transformers kat Cineleisure The Curve Damansara. ramai gak yg datang... aku, misa, uzin, pakku, kak as, arop, KD, kesum, dassler + tunang, apat + tunang, juragan si runner membeli tiket.
Perjalanan bermula kol 6 lebih. pakku & uzin dtg amik aku kt rumah. tp sebelum tu sempat lelap jap barang seminit dua. ngantuk tak hingat.. mungkin sbb penat menguruskan hari pendaftaran student baru. lepas tu kitaorg buat gerakan amik misa. alhamdulillah.. trafik smooth jer.. tak der jem sangat.

Masuk perkarangan UM, nampak la bebudak baru berteraburan mengikut fasi masing2. bestnyer je tgk diaorg. muka masing2 still innocent... baru masuk la katakan. 'tanduk' tak kuar lagih. heheheheh...
Sampai je kat FSKTM yg building warna purple tu, Misa dah sedia menunggu. anggun lagi berbaju kurung. hehehee.. lepas tu buat gerakan ke Damansara. sampai sana awal lagi.. dlm 7.30 mlm. so pi jalan-jalan la dulu. pusing2 mall kat situ. memang nampak menarik tempat nie. memang tempat 'cuci mata' la... hahahahah..
Port berkumpul di Restoran Syiok! makan assam laksa + ice lemon tea! sedappp....!! lepas semua berkumpul, semua gerak! memang best giler sound system situ. bergegar2 kerusi (kata Misa).puas hati la walaupun layan kali kedua tgk Transformers nie. berbaloi...! hehehehe..
Abis tgk semua lepak2 dot com kat gerai mana ntah. kat situ first time dengar 'Ban Telur'. actually cam roti john tp hanya telur je yg dilayerkan kat roti tu. pastu makan dgn sambal ikan bilis dan timun. nampak cam sedap tp sbb dah kenyang mkn assam laksa dah awal2 td, so order air je la.
Dalam pkl 1 pg buat gerakan pulang. drebar speed giler... Tepat kol 2 pg baru sampai rumah. penat tak hengat punya. disebabkan penat dan rasa ngantuk yg tak dpt ditahan2.. lepas solat subuh, aku bantai tido balik dan pkl 8 pg baru bangun. hahahaha.. suka hati aku jer.. dan masuk opis hampir pkl 9 pg!!! padahal ofis hour kol 8 pg... muahahahha...
Apa pon.. mmg best layan Transformers mlm tu. kumpul dgn geng MBian... sembang2...




antara yg hadir....

Friday, June 29, 2007

Seribu Tahun

Seribu Tahun - Imran Ajmain

Rela ku menunggu mu seribu tahun lama lagi
Tapi benar kah hidup ku kan selama ini
Biar berputar utara selatan
Ku tak putus harapan
Sedia setia

Rela ku mengejar mu seribu batu jauh lagi
Tapi benar kah kaki ku kan tahan sepanjang jalan ini
Biar membisu burung bersiulan
Tenang lah gelombang lautan
Ku masih setia

Chorus
Ada kah engkau yakin ini cinta
Ada kah engkau pasti ini tuk selama lama nya

Rela ku menunggu mu seribu tahun lama lagi
Tapi benar kah hidup ku kan selama ini
Biar berputar utara selatan
Ku tak putus harapan
Sedia setia

Monday, June 25, 2007

Jalan-jalan ke utara...

Assalamualaikum kengkawan semua.. ..

Lamanya tak memblog di sini. sementelah access blog di opis nie cam ampeh je. kejap bleh masuk kejap tak bleh. nak baca blog org pon susah dah skrg. tanya org IT katanya tak blok. tp entah naper la tak leh nak access. tp nasib baik la bleh post blog. so skrg nie main post blog je la. tak leh nak baca blog orang... huhuhuhuuh...

Ok, back to the point... minggu lepas we all ada sukan staf antara IPTA di Perlis. kitaorg bertolak 14 Jun. tahun nie UniMAP (known as KUKUM before) yg jadik tuan rumah. disebabkan aku join bowling, so we all menginap di rumah siswa UUM kat Jitra. tak join la perkampungan sukan kat Kangar. tak kisah la. tp yg menarik la kat sana.. makanan murah giler. apa lagi.. asik makan je kat sana. hahahahha.. mmg tembun la kalu aku dok sana.

Aku gi sana senyap2. tak cerita pon kat Misa yg aku dpt gi. kununnyer nak buat suprise ler. tp tak sempat aku nak suprisekan minah tu. dah berdebik2 aku kena bantai... hahahahha... suprise tak Misa???? muahahhaha.. aku tau ko musti sronot sampai lompat2nyer bila jumpa aku kat sana.. kekekekekek...

Kat sana jumpa la dgn geng2 bowling yg lain. dah lama tak jumpa. ye la.. sukan staf setahun sekali je. so, lepas setahun la dpt jumpa diaorg. kat sana jumpa la dgn geng MB yg dah jadik warga UniMAP, Mr. Miyagi aka Maliki. dia la jadik tourist guide we all. tak terlayan dia... muahahahha..

Banyak xtvt kat sana.. lebih pada makan & jalan2. sempat la gi Padang Besar... ramai la yg memborong sakan. aku tak la bershopping. sbb time tu duit elaun tak dpt lagi. so, jamu mata je la. huhuuhuh.. sadis btol. then tempat kitaorg membowling tu, City Point dekat dgn Pekan Rabu. so, hari2 pusing kat situ. dan cam biasa aku tak memborong apa pon. takat beli kuah rojak Mak Bee jer. heheheheh.. yg lain punya la memborong. ada gak org tu sempat beli barang2 utk persediaan majlis makan nasik minyak dia. hehehehe.. dengar kata dekat 500++ habis. perghh... sakan!!!!!

Habis bowling je 22 jun tu we all buat gerakan pulang. sblm balik, sempat lagi gi Pekan Rabu. ada plak yg tak sempat pusing2 kat situ. hmmm.. kalu gi dgn makcik2 & pakcik2 nie.. mmg layan diaorg shopping je la. sabor je la... sampai opis dlm pkl 9 mlm. letih tak hingat punya... pastu pagi esoknya dah kena gi opis. ada kena key-in data sampai la kol 10 lebih malam. perghhhh... lesunya rasa badan.

Ahad pon aku gi opis lagi. tp sampai tengahari ja. pastu gi rumah Misa. lepak2 dgn dia sambil sembang2 pasal xtvt di Kedah. hehehehe.. byk buat ketupat la... kekekekee.. mlm baru buat gerakan pulang. hmmmm... seminggu yg sungguh memenatkan tp menjadi satu kenangan yg terindah di Kedah!

Tuesday, May 29, 2007

Evening blues...

Tak tahulah kenapa, petang nie tiba2 jer aku rasa kosong. Mungkin sebab keadaan ofis yang lengang kerana student ramai yg cuti. cuma yang ada, yg amik cos semester pendek nie, ada la 2-3 kerat jer. tambahan plak ramai staf yg cuti sempena cuti sekolah nie. makin bertambah2 la sepinya opis nie. even bilik aku nie pon lengang. selalunya penuh dengan RA²...

Over expectation? hmmm... mungkin ya.. mungkin tak... atau lebih tepat hanya mainan perasaan atau pon perasan...hehehehe.. no komen. tp, as far as i know, gerak hati aku tak pernah salah. tak caya tanya misa. (about what uzin asked u samada aku tau tak pasal dia nak ngorat ko! kekekekek..) Penat la camni... letih semua datang.. kadang2 rasa fed-up pon ada. malas nak pikir. kalau ada... ada la.. kalu tak der.. aku terima. huhuhuhu...

Banyak benda yg nak aku luah dalam nie, tp mungkin ia lebih baik jika aku sorang saja yang tahu. mungkin apa yg diluahkan bisa mengguris hati orang lain atau mungkin hanya akan membuatkan aku semakin jauh dari semua. cuma apa yang boleh aku ucap, MAAF!!!

MAAF mak & abah! orang cuma untuk jadi anak yang baik. orang cuba dan terus cuba. jauh orang merantau cari rezeki. orang cuma harapkan restu dari mak dan abah. kalau ada salah dan silap orang yg orang tak sedar, bgtaulah orang... jangan simpan dan pendam. orang tak marah... orang akan marah kalau mak atau abah senyapkan saja.

MAAF kawan-kawan! kalau ada silap dan salah yg aku tak sedar telah membuatkan kawan-kawan semua tak suka atau marah atau apa saja. kebisuanku bukan tanda aku sombong. cuma.. inilah aku! suka atau tidak suka.. inilah aku! mungkin aku bukan jenis peramah or sosial... tp aku amat menghargai kawan-kawan aku. mungkin cara kita berbeza. penerimaan kita berbeza... layanan kita berbeza... segala-galanya berbeza! inilah aku.... terimalah aku seadanya..

Hmmm... apa yang aku merepek petang2 nie..? hehehehhe...

Friday, May 25, 2007

Cinta Begini - Tangga-

Aku bisa terima meski harus terluka.
Karena ku terlalu mengenal hatimu.
Aku telah merasa dari awal pertama.
Kau takkan bisa lama berpaling darinya.

Ternyata hatiku benar.
Cintamu hanyalah sekedar tuk sementara.
Akhirnya kita harus memilih satu yang pasti.
Mana mungkin terus jalani cinta begini.

Karena cinta tak akan ingkari.
Takkan terbagi.
Kembalilah pada dirinya.
Biar ku yang mengalah.
Aku terima….

Ku tak bisa terima….
Bila terus tak setia….
Menghianati dia….
Menduakan cinta….

Ternyata hatiku benar.

Cintamu hanyalah sekedar tuk sementara.
Akhirnya kita harus memilih satu yang pasti.
Mana mungkin terus jalani cinta begini.
Karena cinta tak akan ingkari.
Takkan terbagi.
Kembalilah pada dirinya.
Biar ku yang mengalah.
Aku terima….

Akhirnya kita harus memilih satu yang pasti.
Mana mungkin terus jalani cinta begini.
Karena cinta tak akan ingkari.
Takkan terbagi.
Kembalilah pada dirinya.
Biar ku yang mengalah. Aku terima….

Friday, May 18, 2007

Daulat Tuanku


Selamat Pengantin Baru diucapkan kepada Raja Muda Perak, Raja Dr. Nazrin Shah dan isteri Zara Salim Davidson yang telah selamat diijabkabulkan pada 17 Mei 2007.
p/s bangga seh aku sbg warga Perak dpt Raja Puan Besar cun giler.... hehehehhe.. and photo di atas telah 'disedut' dr web Utusan Malaysia... kena kasik kredit ooo...

Thursday, May 10, 2007

Berakhir sudah 'perjuangan'...

Ngantuks... penat... sengal2 badan... waaaaaaaaaaahhhhhh.. tapi puas hati. hehehehehe... semalam berakhirlah 'perjuangan' aku dalam sukan kat ofis tahun nie. semalam ada game volleyball untuk semi & final. masa lawan semi tu tak sangka lak bleh menang dan masuk final. bestnyer... tp tahun nie kempunan lagi nak pegang medal emas. kalah di peringkat akhir. tp sekurang-kurangnya dpt masuk final. satu kejutan buat kitaorg sbb dpt masuk final!!! nie kira we all pasukan underdog.

Tapi yg amat menyakitkan hati bila berdepan dgn penyokong kurang ajar dr pihak lawan time semifinal. ayat2 yg keluar dr mulut diaorg memang teruk sampai menjatuhkan maruah orang. memang biadap dan kurang ajar! tp, alhamdulillah we all still dpt tahan mental kitaorg dr terpengaruh dgn penyokong psyco team lawan. bila kitaorg dah menang dan lawan utk final, penyokong psyco tu terus menerus 'attack' we all dgn ayat biadap dan kurang ajar tu lagi. dia 'attack' our kapten. tau la kapten we all tu terror! diaorg tak puas hati punya pasal sbb kata diaorg team we all tak kuat. cuma 2 org je yg bleh main.. aku & our kapten! eleh.. kalau we all tak leh main, macam mana bleh menang? ye tak? ntah apa2 ntah...


So, we all blom decide apa2 lg tindakan yg nak dibuat. ada yg cadang tulis surat pada boss mangkuk ayun yg tu. padan muka dia. kurang ajar sangat2! biadap!! dah kalah tu... kalah la.. tak puas hati wat per....???? beeeeeengongggggggggg!!!!! muhahahahhahahhaha....

Well setakat nie pencapaian kitaorg dpt kejohanan sukan kali ini;

Bola Jaring - Perak
Bola Tampar - Perak
Merejam Lembing Wanita Senior - Perak
Merejam Lembing Lelaki Senior - Perak
Merejam Lembing Lelaki Veteren - Perak
4x100 Wanita Senior - Perak
100 meter Lelaki - Gangsa
Bowling Individu Wanita - Gangsa

Quite OK per tahun nie.... hehehehehhe... dok kumpul pingat perak aje la...

Monday, May 07, 2007

Jalan-jalan hujung minggu

Semalam seawal pukul 9 pagi lagi Kak Rozie dah calling2. tanya nak pi kenduri En. Sapran tak. aku OK jer. maka berjanji le aku, Kak Rozie & Ila nak gi kenduri. dlm pukul 12 tgh aku buat gerakan amik Ila dulu then tunggu Kak Rozie kat bus stop tasik. lepas Kak Rozie sampai, konvoi le 2 buah kete gi makan kenduri. tak le jauh sangat. dekat2 perumahan Serdang nie jer. majlis agak meriah. time sampai, meja makan beradap baru dok dihias. terawal sampai kitaorg nie. menu, nasi minyak+nasi putih, ayam goreng rempah, rebung masak lemak cili padi, nenas masak sambal (first time aku jumpa), kari dal. dah abis makan, buat gerakan pulang la plak sbb petang dlm kol 5.30 ptg ada plan nak gi makan2 kat Bagan Lalang. baru jer nak kuar dr khemah makan, terserempak dengan Aren. apo da adik aku nie... rumah bukannya jauh. menunggu dia sampai macam la rumah jauh berbatu2. rupa2nya dia tersalah gi majlis kenduri. hahahahhaha... sabor je la...

Ptg dlm pkl 5 dah kuar. gi isi minyak dulu then gerak ke rumah wiyah. nak survey bilik kosong. bilik tak le besar sgt tp sewa 200... huhuhuuhuh... pegi lagi 1 rumah. lg mahal... 260... mak aii...lepas tu amik Ila & gerak ke opis. Aren dah menunggu. pastu tunggu Biha, Sya & laki dia mai. dlm 6 ptg berkonvoi la 2 buah kete menunggu ke satu destinasi iaitu BAGAN LALANG. bestnyerr........!!!!!!!!!!

Perjalanan sedikit terganggu apabila ketua konvoi tersalah amik jalan.. hahahaha.. bila dah dekat setengah jam baru tersedar salah jalan. sabor je la. apa lagi.. buat U trun balik la. dlm 7.30 mlm baru sampai. time tu dah gelap. ruginya tak dpt tgk sunset. tp disebabkan perut dah lapar.. semua pakat makan nasik je. padahal mula2 set nak makan ikan bakar. hehehehe.. lepas makan.. gi lepak2 kat tepi pantai yg gelap gulita. sampai membiarkan kaki diulit buih-biuh ombak yg berebut2 ke pantai.. cewaahhh... lepak dlm setengah jam pastu buat gerakan balik. sampai rumah dlm pkl 10.30 mlm. hmmm... bestnyer tp tak puas hati sbb tak dpt tgk pantai. nie kena pegi lagi nie.. hehehehhe...

Friday, May 04, 2007

Bila dah boring...

Semalam aku gi servis keta. aku masuk 9.30 pg, dlm 11.45 pg baru keta aku masuk servis. mak aiii... giler punya lama tunggu Q. nie semua gara-gara diaorg dahulukan keta yg dah buat appointment awal. ampeh 1000x...!!! so, bila dah menunggu lama tu, aku buat la pemerhatian pada org2 yg dok tunggu. byk gak arr perangai kuar bila terlalu lama dok menunggu keta masing2 siap diservis. antaranya...

1. Baca semua berita dlm papers dgn kusyuk lagi tawadduk.
2. Iklan jawatan kosong pon baca. (mamat sebelah aku le nie)
3. Surat khabar cino pon layannn...
4. Main game kat henpon
5. Berjalan ke hulu ke hilir tanpa arah tujuan

So, moral of the story... better korang letak je kete utk diservis then pegi ke mana2 dulu. bila dah siap, diaorg akan call la soh amik kete. dan semalam terbang RM155.50... uwaaaaaa... bulan nie kena ikat perut la akuh!!!huhuhuhuhu...

Friday, April 27, 2007

Jangan ditanya...

Salam petang Jumaat yg beku... dah le beku.. perut lak keroncong giler! tp kena tahan gak pasal malam nie ada date! hehehehe... date dgn misa & uzin. ajak diaorg makan2 kat al-firdausi. dah lama tak pekena tomyam kat situ. last 2 week ada misa ajak lepak makan situ. skali aku terkunci dalam rumah. pasal member aku pinjam kunci rumah. pastu dia pi kunci. kalu le apa2 terjadi dlm rumah tu. sure aku tak dpt diselamatkan. hhuuhuhuh.. apo daaa...

Kat ofis sekarang still 'demam sukan'. muka pon dah kelam & kelabu. semua org yg musti pelik tengok muka aku yg tetiba dah berubah tone warna. hahahhaha... mana taknya. main tgh2 panas. cam rabu lepas. ada game volleyball kol 2 ptg!!! giler hapa...!!!! tgh panas lit-lit (org utara tau makna lit-lit tu..hehehehe) mana tak naik itam muka aku! so, jgn dok tanya2 lagih! wakakakka...

Esok, aku buat gerakan balik kampung. dah lama tak balik nie. ada la dlm sebulan kot. agak sibuk dgn keje & sukan di sini. cuti sampai hari rabu. bestnyerr... dpt lepak2 kat kampung. sapa nak ikut aku balik, cepat tunjuk ke titik graviti... muahahahhaha...

Dah biol aku nie... hmmmmm... kekekekekke...

Saturday, April 21, 2007

Tu Amor - RBD

"Tu Amor"

Mi amor I'm not sure of the right words to say
Maybe these simple words will do best to best explain
What I feel in my heart
What I feel more each day
How to make you see
How to let you know
How to say how to say how I love you so
With words you understand
Words that get right through to your heart
Here's the place to start

[CORO]
Tu amor, I will always be
Tu amor, means the world to me
Estarás siempre en mi corazón
You're the one in my soul
And I live for tu amor, tu amor.

Mi amor love you more with each look in your eyes
Maybe these simple words will do best to best describe
What I feel in my heart
What I'll feel for all time
How to make you see
How to let you know
How to say how to say how I need you so
With words you understand
Words that get through to your soul
Words that let you now

[CORO]

You're the one that
I need in my arms
Believe me these words
I say are words that come straight from my heart
How do I make you believe
Nothing else means as much as what you mean to me

[CORO]

Friday, April 20, 2007

Sudut Jiwa Kacau II

Bagaimana harus diungkap
hati ini semakin dekat padamu
bagaimana harus kuucapi
rindu buatmu semakin menggebu
aku kelemasan dalam arus perasaan
Bayanganmu di tabir mataku
senyumanmu di bibirku
lirikanmu mengocak ketenangan
sentuhanmu menggetarkan
tika berdua ku kelemasan
Datang padaku jangan lari
peluklah daku dengan kasihmu
buai jiwaku dengan sayangmu
dodoikan aku dengan bisikanmu
dan cintai aku sepenuh jiwamu

Wednesday, April 18, 2007

kempunan....

Warghhhhhhhhhh...!!!!!!!!!!!!!! !@#$%^&*() punya umpire!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!

Hehehehhe... itu luahan tak puas hati aku pada umpire netball yg terang2 bias dgn team kitaorg. memang dia tu dah lama jaki dgn team kitaorg sbb bagus!!!! player semua fit2.. ada advantage dari segi ketinggian.

Well... tadi berlangsung final netball game dgn Bendahari. we all kalah di masa tambahan. aku sebagai GK banyak kena penalti sbb jarak aku defend kononnya tak cukup 3 kaki. padahal aku dah berdiri jauh! tp disebabkan 'kepanjangan' badan aku nie dibandingkan dgn GS yg cinonet... aku yg byk kena penalti. badigol btol punya umpire!!!!!!!!!! warghhhhhhhhhhh......!!!!!!!!!!!!!!

So kempunan la nak memegang title juara tahun nie disebabkan ketidakadilan yg berlaku sewaktu permainan. aku nak buat cadangan la pada pengurusan supaya semua pengadil bagi permainan, better amik pengadil dari luar. lebih telus. nie amik org dlm yg terang2 tak reti etika jadik seorang pengadil. BIAS!!!!!!!!! hampeh 1000X!!!!!!!! muahahahahha...

Tak per... tak per... i'll be watching you, umpire!!!!!!!

Wednesday, April 11, 2007

Jom bersukan!!!

Salam petang Rabu yang dingin lagi beku. hmm... hari nie keadaan mental tak berapa ok (ngatuk tak hengat!!) pasal semalam aku stay up sampai pkl 2.30 pg di pejabat. membantu kerja2 akhir laporan soalselidik yg kitaorg scan cuti hujung minggu yang lepas. dlm 8.30 mlm kitaorg berkumpul kembali di bilik sidang. yang dtg mlm semalam, aku, miza, aren, abg akhir & anak, en. wan, raub, Dr. Tajul & Dr. Sidek. kerja bermula dlm pukul 9 mlm. masing2 bertungkus-lumus menyiapkan keje. aku & aren sibuk burn laporan dlm CD & buat sticker CD. buat sempoi2 jer. print guna printer b/w jer. tak der masa nak print printer kaler. yg lain sibuk print out laporan, xerox laporan, isi dlm fail. semua buat keje pantas. ye la... sapa yg sanggup nak stay up sampai pagi. giler btol la... settle semua keje dlm 2.30 pg. then semua buat gerakan balik rumah. sampai je rumah, sekali pintu diselak dari dalam. aiseh... gelabah jap aku. tipon Hajar tak berjawab. apa lagi.. aku ketuk2 pintu. sib baik la member tu terdengar. kalu tak, ada yg kena tido dlm kete mlm semalam! ahaks...

Hari nie ingatkan aku nak dtg tengahari sket. ye la... dah smlm balik lewat. tp dah biasa terjaga awal. kol 6.35 pg aku dah bangun.
awal2 pagi dah ada latihan kawad. so far, formation semakin bagus. insyaallah, ada masa seminggu lagi utk latihan. dlm kol 12 tgh plak turun utk latihan badminton plak. buat latihan ringan jer. tak stroke kuat2. kang pancit lak nak main netball ptg nanti.

Then kol 2.30 ptg semua buat gerakan ke gelanggang depan kolej 14 utk game netball. kedatangan kami disambut oleh hujan lebat yg turun mencurah2. so, game mula lambat sket. hari nie kena lawan dengan Forestry. aku diberi position GK walaupun sepatutnya aku main GS. tp GK yg sepatutnya main still tak sampai2. aku tak kisah la.. dua2 position tu aku bleh. alhamdulillah... we all menang 19-3! caya la girls!!! abis main, lepak tgk geng lelaki main bola. lawan rekabentuk. menjerit2 sampai sakit tekak akuh! payah btol nak score. last2 seri tanpa jaringan. tak per la. smlm dah belasah PIK 9-2. thumbs up!! hehehehehe... so, esok ada 1 lagi game netball. kena menang nie kalu nak masuk suku akhir. harap2 esok dpt buat macam yg hari nie!!!

Hidup FPP!!!!!!!

Tuesday, April 10, 2007

Berkampung di pejabat

Sabtu
Bangun awal and prepare utk masak bihun goreng & goreng keropok utk bawak ke opis. keje sampai malam, so kena la bawak bekal. dalam pukul 9 siap masak & cepat2 mandi dan bersiap ke pejabat. sampai pejabat dlm pkl 9 lebih. sementara menunggu En. Wan bawa questionaire, aku scanning OMR penilaian pengajaran dulu. dlm kol 12 lebih En. Wan, Aren, Dr. Jamaludin dah mula bawak masuk soalselidik. semua pakat berkampung dlm bilik sidang plak buat keje. naik lemau rasa dpk dlm bilik sidang sampai kol 11 mlm. yg dtg berkampung hari nie, aku, Huda, Aren, Abg. Akhir & anak.

Ahad
Hari nie kena dtg awal sebab ada 3000 ++ soalselidik akan sampai. pkl 8 lebih dah sampai opis. hari dimulakan dgn mengisi perut dgn bihun goreng (lagi? tp bkn aku masak. katerer yg antar). tp entah naper la rasa cam tak leh telan. makan separuh jer. agaknya badan penat sangat kot. lepas makan lepak2 baca paper dulu. sembang2 jap. pastu geng UTHM dtg dgn sebeban soalselidik yg akan discan. tp diaorg scan sendiri la. kitaorg monitor jer. muehehehhe... hari nie agak ramai yg dtg. aku, aren, huda, abg. akhir & anak, miza, zul, aril, en. wan, etc. lagi. tp walaupun ramai yg dtg, tp disebabkan soalselidik sampai kol 3, maka lambat la abis. santak ke 1 pagi kitaorg buat keje nie. giler btol. aku punya ngantuk giler....

Tapi, walaupun kena keje sampai pagi... still rasa happy. macam2 lawak bodo yg kuar. tp yg paling best..bleh mintak apa je nak makan. gerenti ditunaikan. tp dgn janji kena stay buat keje. hahahah.. apa lagi.. macam2 la kitaorg mintak.. kfc.. pizza.. semua.. nasib la kan. kalu tak beli, kitaorg balik. muahahahhah... apa2 pun mmg best keje sabtu dan ahad tu. bg aku jadi kenangan terindah la.. org lain aku tak tau ler...