Dalam keseronokan di Bagan Lalang aku dikejutkan tentang sesuatu yang tak disangka-sangka. walaupun aku mendapat tahu tentang ini setelah aku 'menceroboh privacy' orang tapi aku masih tergamam dengan apa yang aku tahu itu.
Betul ke? Begitukah 'kulit' dia yang sebenar? Aduh... kenapa la bila saat keputusan sudah dibuat, baru aku dipaparkan tentang kenyataan ini. Tergamam memang aku tergamam. Mual dan jijik bila mengetahui kenyataan itu. Sampai sekarang aku terasa mual bila aku berjumpa dengannya.
Hanya aku yang tahu siapa dia. orang sekeliling memuji akan dirinya. Itu membuatkan aku bertambah mual apabila memikirkannya. Ayat-ayat yang aku baca berlegar-legar di fikiran aku. tak boleh aku tepis. dia datang menari-nari di depan mataku. Kenapa? persoalan yang tidak mungkin aku dapat jawapan dari dia. takkanlah aku nak tanya dan sudah tentu dia pelik dari mana aku tahu! warghhh...!!!!
Tapi, aku bersyukur pada ALLAH kerana menunjukkan aku jalan dan pilihan yang harus aku buat. Memang tak sangka dia begitu. Aduhai.... sabar je la... sekarang nie aku kena berpura-pura di hadapan dia. Seolah-olah aku tak tahu apa-apa. Susahnya idop!!!!!!
No comments:
Post a Comment