Monday, July 27, 2015

304 - Syawal 1436H / 2015M



The only my Raya's picture. Tak ada mood nak bergambar. Mak tak sihat.. 


Wednesday, July 22, 2015

303 - Langit tetap biru

Awan putih, awan gelap
Langit biru, tetap biru
Orang baru, orang lama
Dunia tetap, tetap sama

Sentiasa kita kan berubah
Tetap kita ada
Kewujudan membawa perpisahan
Terus berkekalan
Kekal di hatiku

Langit tetap biru


Saturday, July 18, 2015

302 - Ziarah

2 tahun Syawal tanpa Abah.. semoga rohmu dicucuri rahmat dan di tempatkan di kalangan mereka yang beriman. Ameen..


Tuesday, July 14, 2015

301 - Air tangan ibu

Kalau ditanya kepada semua orang, siapakah yang memasak makanan yang paling enak di dunia?? Sudah tentu masing-masing akan menjawab IBU, EMAK, MAMA, UMMI dan seangkatan dengannya.

Ya, makanan yang dimasak ibu masing-masing adalah makanan yang paling enak di dunia. Kenapa? Kerana air tangan ibu yang membuatkan ianya menjadi sangat sedap. Kerana ibu memasak dengan penuh kasih sayang dan ikhlas. Sebab itu, walaupun masakan itu hanya simple tapi keenakkannya tidak terkata.

Aku, hanya sempat merasa air tangan ibu dalam 20 tahun sahaja. Ibu aku masih ada, cuma sekarang dia tidak mampu lagi untuk ke dapur dan memasak seperti dulu-dulu lagi. Walau bagaimanapun aku bersyukur kerana masih punyai ibu.

Walaupun begitu, masih juga aku dapat merasai air tangan ibu walaupun bukan ibuku sendiri. Beliau adalah omak Siti Rodiyah Zakaria. Dia bagaikan ibuku di perantauan ini. Kasih sayangnya buat diriku membuatkan tidak rasa terasing di sini. Dan setiap kali, ada saja juadah hasil air tangannya ada untukku. Alhamdulillah..

Omak, den sayang omak... terima kasih kerana menjadi pengganti emak saya di sini. Terubat rindu hendak merasa emak masakkan untuk den.


Monday, July 13, 2015

300 - Sembunyi

Aku cuba
Selagi mampu untuk sembunyikan
Rasa hati ini
Yang terpalit rasa kelat
Akhirnya memakan diri sendiri

Rasa hati ini
Kusembunyi kemas terlipat
Jauh di dasar hati
Membiarkan ia terbenam di situ
Biarkan

Jauh di dasar hati
Bukan ini yang aku inginkan
Terus bersembunyi dan menolak rasa hati
Tapi apa dayaku
Bukan ini takdirku

Bertemu bukan untuk bersama
Hanya persinggahan
Adakalanya aku goyah
Pabila dia muncul tiba-tiba
Dan pergi tanpa pamitan

Aku
Terus di sini
Terus bersembunyi
Rahsia hati, tak siapa yang peduli







Wednesday, July 08, 2015

299 - Inprogress


Masih dalam proses. Entah bila nak siap. Terhegeh-hegeh mencari mood untuk menyiapkan. Ya ALLAH.. permudahkan. Berikan aku idea-idea yang menarik untuk menyiapkan karyaku ini. Ini kali nekad untuk menyiapkannya.

My second baby boo...

298 - Tentang kita

Tentang kita yang bernama perempuan..


Tuesday, July 07, 2015

297 - Quote of the day #5

Kisah orang yang hebat!


296 - Redha

Aku REDHA...

Senang kan nak menyebutnya. REDHA. Tapi untuk mempraktikkan perkataan REDHA itu amat sukar dilakukan. Hakikatnya perlu ada kekuatan mental dan jiwa yang kental untuk kekal dalam fasa REDHA itu.

Sejauh mana kita REDHA dengan apa yang berlaku? Sejauh mana pula kita benar-benar ikhlas sewaktu menuturkan kata REDHA itu? Yang pasti waktu itulah terujinya iman kita samada benar-benarkan kita REDHA seperti yang dituturkan.

Hanya yang mengalaminya pasti akan memahami apa itu REDHA sebenar-benarnya.


Monday, July 06, 2015

295 - Jodoh itu kurniaan dari Ilahi

Jodoh itu perkahwinan.

Ya, siapa yang tidak mahu berkahwin dan melahirkan zuriat penyambung keturunan. Aku juga impikan sebuah perkahwinan.. mendapat suami yang baik, beriman, bertanggungjawab.. dapat lahirkan zuriat yang comel-comel.. siapa yang tak mahu semua itu.

Cuma waktunya belum tiba. Aku masih menanti jodoh itu sampai. Aku masih meneka-neka siapa jodoh yang Allah pasangkan untuk aku. Usia saban tahun semakin meningkat, dan memang aku akui aku semakin gelisah dan panik kerana jodoh belum sampai.

Jangan kata aku terlalu memilih jodoh. Ya, memang aku memilih jodoh. Dalam dunia sekarang, seorang wanita perlu memilih jodohnya. Selebihnya dia serahkan pada Allah, bertawakkal semoga jodoh yang dipilih adalah tepat. Jika tidak diperkenankan, tidak menjadi.. maka itu bukanlah jodoh yang Allah tetapkan untuknya.

Redha... Ya, aku memang redha dengan apa yang berlaku. Mungkin aku belum cukup baik atau bersedia untuk memikul tanggungjawab sebagai seorang isteri, menantu dan ibu. Mungkin juga Allah mahu aku berbakti kepada keluarga terutama sekali ibu yang semakin uzur. Ya, banyak kemungkinannya. Yang penting aku kena bersangka baik pada Allah. Kerana Allah yang Maha Mengetahui, sedangkan aku tidak mengetahuinya. Apa yang Allah aturkan padaku, adalah yang terbaik untuk diriku. Yang aku sendiri tidak tahu untung dan ruginya. Hanya Allah yang mengetahui.

Berdoa untuk diri sendiri tidak pernah putus. Setiap kali usai solat, doa tidak pernah putus untuk diri ini. Berdoa dengan deraian airmata yang tidak terkira. Adakalanya aku terasa penat berdoa dan terasa seperti sia-sia. Namun, cepat-cepat aku beristighfar. Memohon keampunan dari Allah kerana meragui ketentuannya. Memang aku akui, adakalanya hati ini lelah sendiri. Penat...

Jangan menghina aku yang lambat jodoh. Dan jangan berbangga dengan kamu yang cepat jodohnya. Sebaliknya berdoalah untuk aku agar dipermudahkan urusan jodohku. Hanya doa kalian yang aku minta, bukannya cemuhan dan sindiran yang menghiris sekeping hati yang telah sedia terluka. Jangan ditambah rasa pedih dan ngilu di hati ini.

Itu sahaja pintaku. Doakan aku... doakan aku.. doakan aku...


Friday, July 03, 2015

294 - Buah hati

Buah hati pengarang jantung... my lil pumpkin sweety pie.. Muhammad Rayyan Rizqin..😙


293 - Doa


292 - Quote of the day #4

Dinginnya musim rindu ini..