Pagi tadi Mak Teh bawa cucu terbarunya datang jumpa mak. Katanya nak bagi mak tengok anak J**. ye la... sejak dia lahir, mak aku blom pernah tengok. lagipon J** dah nak balik Kuala Kubu dah. hmmm... sedikit rasa ngilu di dada. nampaknya aku masih blom 'melepaskannya'.
"Nama apa Mak Teh?" Aku tanya Mak Teh apa namanya.
"Hamzah Muiz..." Jawab Mak Teh ceria.
Kak Lela mengambil Hamzah Muiz dari dukungan Mak Teh. Merengek-rengek si kecil itu. Kak Lela serah pada Mak Teh semula.
Aku berkira-kira samada mahu mendukung atau tidak si kecil itu. Melihat dia merengek-rengek begitu, aku terus memintanya dari Mak Teh lalu aku mendukung sambil mendodoinya. Sekejap saja dia dah senyap. Suka mereka bila melihat dia senyap dalam dukunganku.
Lama juga aku mendukung si kecil itu. Dia begitu senyap sambil menatap wajahku tanpa kedip. Apalah yang kau tenungkan itu wahai Hamzah Muiz...
Tak lama kemudian aku kembalikan si kecil kepada neneknya. dia kembali merengek dan Mak Teh tak tunggu lama lalu beredar dan membawa si kecil kembali kepada ibu dan ayahnya.
Hamzah Muiz...
No comments:
Post a Comment