Sabtu
Setelah tunggang terbalik selama beberapa minggu memikirkan samada aku mahu pergi atau tak ke kenduri dia, akhirnya satu kata putus aku berikan. AKU TAKKAN PERGI! hehehehe... dan memang aku tak pergi pon. hanya lepak di rumah sampai melipat brosur seminar saja. ofis pon aku tak pegi walaupun ada keje lain yg sepatutnya aku bereskan.
Aku SMS Yeop memberitahu tentang ketidakdapatan (???) aku menjoinkan diri berkonvoi dgn dia. Beberapa hari sebelum tu ada gak aku tunggu2 panggilan dari dia tapi tak der. aku rasa dia dah dapat agak yang aku takkan ikut dia. hmmm... dan SMS aku pun tak dibalasnya. seperti yang aku dah jangka. tak per lah Yeop... ko nak merajuk dgn aku ke... nak marah kt aku ke... nak berpatah arang berkerat rotan dgn aku ke... aku tak kisah. kau tau siapa aku... dan kau sendiri sedia maklum keadaan aku.
Tengahari, aku SMS pengantin yang aku tak dpt dtg kenduri dia & wish dia happy ever after. lewat malam baru aku terima balasan SMS nya. dlm SMS nya dia menyatakan dia memahami situasi aku. aku tak pastilah apa yg dimaksudkannya... tp kalau apa yg dimaksudkannya sepertimana yang aku fahami, baguslah... tak perlu lagi aku lelah berlakon.
Ahad
Ikut Misa & Uzin gi makan kenduri anak Kak Sad (bowler UM) kat Gombak. aku gerak dlm pkl 11 dr rumah. singgah ofis jap amik hadiah kawen Misa & Uzin yg aku tak bagi2 lagi. hampir pkl 12 baru buat gerakan ke kenduri. tp jem plak kt MRR2... biasa la kan... dekat sejam lebih gak nak sampai Gombak nun. dah sampai makan2 & lepak2 jap baru buat gerakan balik. time balik tak sampai setengah jam dah sampai.
Malam plak Hajar ajak gi Mines. member tu nak beli comforter utk hadiah kawen kawan dia. carik punya carik.. semuanya harga 150 ke atas. member plak budget bawah 100. lepas tak jadi beli comforter dia gi beli jeans plak. pastu kitaorg gi beli sandal. dpt la 50% less. best btol!! dlm pkl 10 lebih buat gerakan pulang.
Sampai rumah aku sambung keje2 masukkan brosur seminar dlm envelop sampai koi 1 pagi. huhuhuhu... hujung minggu yg sungguh memenatkan mental dan fizikal.
No comments:
Post a Comment