Pada hari Sabtu yang lepas (1 Dis. 2007) maka berlangsunglah Hari Keluarga FPP yang sudah sebulan dirancang dan dikerjakan. Penat tak hengat punya membuat persiapan sampai tak cukup2 tido dibuatnya. Terkejar ke sana ke mari untuk carik barang, hadiah dan macam-macam lagi bagi memastikan Hari Keluarga FPP tahun nie berjaya.
Jumaat petang (30 Nov.) dah buat gerakan ke Bagan Lalang Sepang untuk persiapan di sana. 5 buah kereta dan 2 pajero berkonvoi ke sana untuk hantar barang. Excited btol nak ke sana. Lagipon malam tu Pn. Halimah sponsor barbeque sempena annivessary dia dan suami. Terima kasih la puan belanja kitaorg makan. Murah rezeki.. lepak kat tepi pantai sampai makan-makan.. perghhh... memang best btol! Syahdu pon ada... uhuk...uhuk..uhuk...
Dalam 10 lebih buat gerakan pulang. Aku tak tido kt sana walaupun dipujuk oleh AJK lain utk camping tepi pantai. Tak bleh la.. nanti tak der sapa nak urus peserta yang akan naik bas di opis nie nanti.
Pagi esoknya seawal jam 8 pagi aku dah ada di opis. ramai dah staf yang akan naik bas menunggu. dlm pkl 9 pg baru buat gerakan ke Bagan Lalang. aku sekali naik bas. senang sket. dalam bas, bantai tido sepam dua. ngantuk oooo....
Sampai di Bagan Lalang dalam pkl 11 pagi. selepas sesi pendaftaran dan sarapan... barulah bermula aktiviti pada hari tu. nampaknya semua berjalan dengan lancar. cam biasa geng2 AJK nie hitam legam la berjemur kat pantai tu menguruskan permainan dan aktiviti. Aktiviti berjalan lancar walaupun ada yg protes ttg pengadilan. Pedulik hapa.... hahahahaha..
Selepas sesi penyampaian hadiah kitaorg buat gerakan pulang dlm pkl 5 ptg. sampai opis dlm 6 lebih. penat mmg tak dapat digambarkan la plak. balik malam tu kononnya nak tido awal skali kena gi amik henpon si Aren yang dia tertinggal dlm bas. time tu dah nak terlelap dah. kena la merajinkan diri turun flet tu. dah tu, bila dah terbangun tu.. susah la nak tido balik. layan je la tv sampai kol 1 pagi baru tido.
Apa-apa pon mmg best family day tahun nie.. tahun depan gi tempat jauh2 sket... hehehehe..
No comments:
Post a Comment