Dah seminggu raya korban berlalu. Tahun nie tak bermakna apa-apa raya bagi aku. Aku buat gerakan pulang dlm jam 6.40 pg pd 19 Dis tu. Jalan semua clear, tak der jammed langsung. Pukul 11.30 pg aku dah sampai kampung.
Kepulangan aku disambut mak yang terlantar kerana demam. Ditambah pula mak tak lalu makan semakin membuatkan badan mak lemah dan tak bermaya. Jantung dia pon tak berapa stabil bila dengar kematian-kematian orang2 yang dia kenal. Dia rasa sedih sebab sorang-sorang 'pergi' dan dia entah bila pula dijemput Ilahi. Itu yg membuatkan hatinya semakin gundah. Bila semuanya bersatu, maka senanglah penyakit nak melekat. Semuanya psikologi... bila mental down, sistem badan pon turut menerima kesannya.
Tengahari aku dgn Kak Min kuar gi pekan cari 'kuih tunjuk'. Dapat la 2-3 jenis kuih dan kerepek juga kek. Tak beli banyak pon sbb selalunya raya haji nie tak der org dtg beraya. Lepas balik beli kuih, aku kemas2 rumah sket. Lepas tu pegi buat kuih cornflake kat rumah Long. Hmmm... penat memang penat... Bila tengok mak yang terbaring je, aku susah hati. Itu mesti gula dlm darah tinggi la tu.
Raya pertama aku sempat beraya rumah mak-mak penakan aku. Pegi rumah Makcik Gayah & Anjang je. Balik dari rumah diaorang tengok2 Pak Njang, adik abah dari Kuala Kangsar ada. Layan la sekejap tetamu.
Raya kedua, 'orang sebelah' buat kenduri aqiqah anak lelaki dia. Hmmm... dah dapat anak pon dia. Namanya Hamzah Muiz (rujuk posting 115). Arghhh.... perasaan bercampur baur. Sebelum tu, mak dia dah dtg jemput time raya pertama. Raya kedua, ayah dia plak dtg jemput. Waktu tu aku baru balik bawak mak check darah di hospital. Abah aje yg pergi makan kenduri dia.
Hari-hari yang lain berlalu tanpa ada aktiviti yang menarik untuk diceritakan. Melayan karenah anak buah yang macam-macam peel je...
Abah bukak mulut cakap nak tukar wheel chair yang mak guna sekarang. Actually wheel chair tu beli masa arwah wan (opah aku) dulu. Kemudian, Mak Long Mek beli utk beri pada suaminya, arwah Pak Long Harun. Bila mak dah tak boleh jalan, kami beli semua dari diaorg. Condition kerusi tu actually masih ok. Tp, abah dah bukak mulut nak ganti. Dia dah survey kat Farmasi Indah. Kalau bayar ansur, dalam 400++ tp kalau bayar cash dlm 360. Abah tak cakap direct nak mintak duit dari aku untuk beli wheel chair tu. Tp, aku paham sendiri la maksudnya tu. Kalau tak, takkan saja-saja dia nak cakap pada aku. Dan aku sudah pun menghulurkan 400 pada abah utk belikan wheel chair baru utk mak.
Semalam baru aku kembali ke Serdang utk bekerja. Memang lama aku cuti. Dah banyak kali orang ofis call aku tp aku malas nak angkat. Kalau aku jawab pon panggilan diaorg tak guna. Aku tak leh nak buat apa2. Takat nak dengar komplen or report pasal problem pc la.. printer la.. network la... malas aku nak layan. Heheheh...
Hari nie aku dah masuk keje. Awal-awal pagi dah kena involve dgn taklimat pelajar baru. Ada problem sket tp dapat settle. Hmm... diaorg nie bukannya tak boleh buat sendiri, saja....
Tahun baru pon lagi 4 hari. Tak letak apa-apa azam pon. Tak perlu nak berazam-azam le... buang karan je....
Walaupun badan ada kat sini, fikiran aku masih teringat pada mak yang still tak sihat sepenuhnya. Hari nie dia ada check-up dengan doktor. Tak tau la apa resultnya nanti.
Teringat aku dengan kata-kata mak waktu aku berada di kampung hari tu. Mak tanya aku, "Sempat tak mak nie sampai raya puasa tahun depan??" Alahai... syahdunya...
No comments:
Post a Comment