Langkahnya semakin laju, semakin deras. Berkali-kali matanya melirik ke pergelangan tangannya. Jarum jam seakan semakin pantas bergerak. Sepantas deruan langkah yang sudah berlari-lari anak. Dia harus cepat. Dia harus pantas. Dia tidak mahu terlepas lagi.
Wajah Mokhzani mula disimbahi peluh. Lautan manusia di sekelilingnya cuba dilepasi. Wanita itu perlu ditemui. Dia perlu hadir di situ jika tidak mahu kecewa lagi.
Langkahnya semakin panjang. Deru nafasnya semakin kencang.
’Tunggu sampai aku datang. Tolonglah...’ hati kecilnya berbisik sendiri.
*****************************************
Tiket bas di tangan dipegang erat. Tiket bas Transnasional ke utara yang bakal bertolak jam lapan malam. Tinggal setengah jam lagi bas akan bergerak. Kelibat orang yang dinanti masih belum kelihatan.
Mata Azah meliar ke sana dan ke mari. Cuba memerhati setiap wajah yang berada di dalam tempat menunggu di Hentian Duta itu. Mencari-cari wajah lelaki yang dinantikannya sejak petang tadi lagi.
Hatinya berbelah bagi. Betulkah tindakannya itu? Rasionalkah keputusannya? Atau mungkin yang sebenarnya dia patah hati lalu membawa diri ke utara tanah air.
Tiket di tangan kembali ditatap. Masa semakin hampir tapi wajah itu masih belum muncul. Hatinya mula gusar dan cemas.
’Mahukah dia mahu datang menemui aku? Masih marahkah dia padaku? Aku tahu dia masih marahkan aku...’ rintih hati Azah. Sedih.

Tercungap-cungap Mokhzani ketika tiba di hadapan bangunan The Mall. Langkahnya yakin menuju ke Starbuck kerana di situ seseorang sedang menantinya. Dari jauh dia sudah dapat melihat Erina yang sedang duduk di satu meja. Namun deruan langkahnya semakin perlahan apabila mendapati Erina tidak keseorangan. Ada pemuda yang sedang menemaninya tika itu.
Hatinya mula berdebar-debar. Siapakah pemuda itu? Hatinya mula tertanya-tanya sendiri. Dalam tertanya-tanya, dia semakin mendekati Erina.
”Hai...” sapanya memandang tepat pada Erina. Pantas gadis itu berpaling dan mendongak.
”Hai Zani...” balas Erina lembut sambil tersenyum. Senyuman itulah yang pernah memerangkap hati Mokhzani.
Mata Mokhzani beralih pada pemuda yang kelihatan tenang memerhatikan dirinya yang sedang berdiri di hadapannya. Erina yang memahami keadaan itu terus berdehem.
”Zani... kenalkan Yusman, tunangan I.” Erina bersuara.
Mata Mokhzani terbeliak mendengar butir kata yang baru terbit dari bibir mungil Erina.
”Tunang?” soal Mokhzani seperti tidak percaya.

Jam sudah menunjukkan tepat pukul lapan malam. Namun begitu masih belum ada pengumuman dari kakitangan di situ yang menyatakan bas ke Alor Setar sudah tiba. Hati Azah semakin resah. Bukannya kerana kelewatan bas yang akan dinaikinya itu tapi resah kerana wajah Hambali masih tidak kelihatan.
’Sampai hati kau Hambali. Marah sangatkah kau pada aku?’ sebak dadanya kerana mengenangkan Hambali, teman baiknya yang tidak datang menghantar pemergiaanya.
Seketika kemudian telefon bimbitnya berbunyi. Pantas diseluk poket jeans dan mengeluarkan telefon kecilnya. Tertera nama pemanggil di skrin telefonnya. Bibir Azah spontan mengorak senyuman.
”Hambali...” desisnya perlahan tapi dengan nada riang.
”Hello Li...” ucapnya tidak sabar untuk mendengar suara Hambali. Namun Hambali tidak bersuara. Azah kehairanan.
”Hello Li? Kenapa kau senyap? Li!!!” suaranya seakan memekik.
Masih tiada jawapan. Azah semakin hairan. Tidak lama kemudian, talian itu diputuskan sendiri oleh si pemanggil. Azah mengeluh kekecewaan.
Tiba-tiba seseorang duduk menghempaskan punggungnya di kerusi di sisinya. Azah sedikit tersentak.
”Sudah tetapkah keputusan kau itu?” suara garau menyoalnya tiba-tiba.
Mulut Azah melopong apabila melihat empunya suara garau itu.
”Hambali...” ucapnya dengan genangan airmata gembira.

”Mengapa begini Erina?” Mokhzani seakan berbisik. Matanya sekejap-kejap memandang pada tunangan Erina yang berada tidak jauh dari mereka. Sengaja membiarkan kedua-duanya untuk berbicara. Menyelesaikan apa yang perlu diselesaikan.
”Memang begini sepatutnya. Bukan aku yang kau cinta.” keluh Erina tenang.
Mokhzani merengus.
”Dari dulu memang kau yang aku cintakan. Tak ada orang lain.” tegasnya.
Erina menggeleng-gelengkan kepalanya beberapa kali. Bibirnya tersenyum sedikit.
”Zani... dia lebih cintakan kau. Apa yang pernah terjadi pada kita adalah satu memori. Kenangan lama. Kini kita sudah dewasa. Cinta kita dulu hanya cinta budak hingusan. Cinta zaman persekolahan... cinta monyet!” tegas Erina.
”Aku tak cintakan dia!” Mokhzani bertegas pula. Seketika dia teringatkan Azah. Gadis manis bertudung litup yang sentiasa tersenyum.
”Kau memang cintakan dia. Kau saja yang tidak menyedarinya. Percayalah, memang dia yang kau cintai dan memang kau yang dia cintai.”
”Dia... Azah cintakan aku??”
”Ya... aku sudah menjadi sahabatnya sejak bersekolah rendah lagi. Aku tahu isi hatinya walau dia tidak pernah meluahkannya. Setiap kali berbicara tentang kau wajahnya begitu gembira sekali. Menyebut nama kau saja sudah cukup membuatkan dia rasa bahagia. Aku sebenarnya yang menghalang perhubungan kau berdua dari terus berkembang. Walaupun aku tahu dia menyintai kau diam-diam tapi aku masih menerima kau sewaktu kau meluahkan perasaan kau padaku waktu dulu. Aku tahu dia kecewa tapi tidak pernah dia tunjukkan. Azah memang seorang yang tabah. Dia tetap berkawan denganku walaupun aku sebenarnya telah merampas pujaan hatinya.” Erina bersuara penuh emosi.
”Tapi aku...”
”Selama ini kau begitu menjaganya. Mana-mana lelaki yang cuba mendekatinya, awal-awal lagi sudah dapat warning dari kau. Apa sahaja tindakannya kau mahu tahu. Malah kau sanggup bergaduh hanya kerana Azah. Ingat lagi ketika Azah sering diejek oleh budak-budak lelaki di sekolah, kau yang mempertahankan dia. Malah kau sanggup digantung persekolahan kerana bergaduh dengan Imran yang sering mengejek dia. Apakah makna semua itu pada kau? Sedangkan sewaktu aku menjadi kekasih kau dulu sering tertanya-tanya pada diri aku sendiri, siapa Azah di hati kau. Akhirnya aku tahu juga. Dia begitu istimewa di hati kau. Tapi entah mengapa kau seperti tidak menyedarinya. Aku tahu apa yang telah berlaku antara kamu berdua. Aku kagum dengan kesetiaan dan keberanian Azah. Dia berani untuk meluahkan isi hatinya pada kau setelah bertahun-tahun tersimpan kemas di hatinya. Tapi sayang... kau menolak permata yang selama ini berada di hadapan mata kau sendiri.” panjang lebar Erina berbicara.
Mokhzani seakan baru tersedar dari lena yang panjang. Kata-kata Erina begitu menusuk jiwanya. Lidahnya kelu untuk berbicara. Benar, Azah begitu istimewa baginya. Gadis berwajah keanak-anakan itu dan berbadan sedikit gempal memang sering menjadi usikannya. Manja dan sering tertawa membuatkan dia senang untuk mendampinginya.
’Benarkah aku sebenarnya menyintainya?’ Mokhzani bertanya pada dirinya sendiri.
”Aku...” katanya mati di situ. Hatinya mula keliru. Memang dia begitu ambil berat pada Azah malah pernah cemburu dengan Hambali, teman baik Azah kerana disangka adalah teman lelaki Azah.
”Pergilah pada Azah sebelum terlambat.” gesa Erina. Dia tahu Azah akan berangkat malam ini. Gadis itu membawa hati yang luka setelah cintanya ditolak oleh Mokhzani.
”Aku tak tahu nak buat apa.” ucap Mokhzani lemas. Pangkal lehernya digosok berkali-kali.
”Azah akan bertolak malam ini. Dia mahu pergi jauh...” balas Erina lemah. Dia sendiri berasa bersalah kerana tidak mampu untuk menahan pemergian Azah. Sudah tekad keputusan gadis itu pergi membawa diri.
”Ke mana?” soal Mokhzani kaget.
”Aku tak tahu. Dia tidak mahu memberitahu aku. Berkali-kali aku memujuknya namun hampa. Dia begitu kecewa Zani... hatinya benar-benar terluka.” Erina menundukkan wajahnya penuh kesalan.
”Di mana aku boleh berjumpa dia?”
”Hentian bas Duta... pergilah Zani. Tahan dia sementara masih sempat!”

”Jangan marahkan aku Li. Aku tak mahu kehilangan kawan sebaik kau. Senyumlah pada aku Li... pandanglah muka aku... Kau buat aku rasa bersalah dan sedih sangat.” rintih Azah pada Hambali yang langsung tiada reaksi pada wajahnya.
”Aku tak mahu kau pergi kerana lelaki itu. Kau perlu kuatkan semangat kau. Ini bukan pengakhiran hidup kau!” tak henti-henti Hambali cuba menghalang Azah dari pergi.
”Aku tak boleh Li. Aku tak boleh berada di sini lagi. Semua kenangan di sini hanya akan membuatkan aku bertambah sedih dan bertambah kecewa. Aku perlu tinggalkan tempat ini untuk melupakan dia. Lagipun aku malu untuk berhadapan dengan dia lagi setelah...” kata-kata Azah terputus di situ. Air matanya mula menitis di pipinya.
”Aku ada untuk menemani kau. Selama inipun memang aku yang sentiasa berada di sisi kau.”
”Aku tahu Li. Terima kasih kerana sentiasa ada di sampingku tika aku senang dan susah. Kau memang seorang sahabat yang baik.”
Berkali-kali hati Hambali terluka apabila Azah menyebut perkataan ’sahabat baik’ yang ditujukan buatnya. Dalam diam sebenarnya Hambali menyintai Azah. Cuma dia tidak pernah meluahkannya kerana dia tahu siapa yang bertakhta di hati Azah sejak sekian lamanya.
”Kalau kau masih anggap aku sahabat kau, jangan pergi!” ugut Hambali. Wajah Azah ditenung penuh harapan.
”Jangan begini Li. Aku sudah buat keputusan. Sebagai sahabat, kau sokonglah keputusan aku kerana ini mungkin akan mengembali ’Azah yang dulu’. Restulah pemergian aku. Kita masih boleh berhubung. Aku janji akan selalu menghubungi kau. Hey, aku pergi untuk menimba ilmu... bukannya mahu berperang.” Azah cuba bergurau untuk menceriakan suasana yang suram itu.
”Azah...”
”Li... hormatilah dan terimalah keputusan aku. Aku perlu bina semula keyakinan diri aku yang telah hilang seketika itu. Aku perlu menghimpunkan semula semangat aku yang semakin menghilang. Di sini aku tidak punya kekuatan untuk melakukannya. Di sana insyaallah akan menjadi permulaan semula untuk mengembalikan diri aku seperti dahulu.”
Hambali tidak rela berpisah dengan Azah. Walaupun dia tidak mampu untuk bertakhta di hati gadis itu sebagai seorang kekasih, namun dia masih berbangga kerana menjadi sahabat baik pada gadis itu.
”Jangan lupakan aku Azah.” ucap Hambali lemah.
Azah ketawa kecil.
”Hey, kan aku kata tadi... aku pergi untuk menimba ilmu bukannya berperang. Lagipun bukannya jauh. Di UUM saja. Senang-senang kau bolehlah datang menjenguk aku di sana.” ujar Azah yang kembali ceria. Hambali tersenyum sedikit melihat keceriaan di wajah Azah.
Dia memikirkan adalah lebih baik melepaskan Azah pergi menyambung pelajaran di UUM. Berjauhan dari Mokhzani yang telah mengecewakan hati Azah yang begitu tulus mencintainya sejak sekian lama. Pada awalnya memang dia amat marah dengan penolakan Mokhzani, namun apabila difikirkan semua ini adalah takdir ALLAH. Dia harus menerimanya dengan reda. Setiap kejadian yang berlaku ada hikmah yang tersembunyi.
Perbualan mereka terganggu apabila pengumuman dari kaunter perkhidmatan yang mengumumkan bahawa bas ke Alor Setar sudah tiba. Bas itu yang akan dinaiki oleh Azah. Dia akan ke rumah ibu saudaranya terlebih dahulu di Alor Setar sebelum memasuki kampus UUM.
Azah memandang pada Hambali di sisi. Dia tersenyum hambar. Rasa sedih pula kerana berpisah dengan sahabat baiknya itu.
”Li... aku pergi dulu. Jaga diri baik-baik.” hanya itu yang mampu diucapkan. Selebihnya dia rasa sebak. Dia sendiri tidak tahu samada kesedihan itu kerana berpisah dengan Hambali atau kerana jiwanya yang telah terluka.
”Baiklah. Kau pun begitu juga. Belajar elok-elok, jangan lupakan aku.” lirih suara Hambali. Sebak di dada ditahan dengan baik sekali. Dia tidak mahu airmata lelakinya tumpah di hadapan Azah.
Azah tersenyum lagi. Dia menatap wajah Hambali buat kali terakhir sebelum memanjat tangga bas. Tangan dilambai-lambaikan pada Hambali di platform.

Mokhzani berlari-lari anak menuju ke tempat menunggu bas setelah memarkir keretanya. Dia terus menuju ke kaunter perkhidmatan untuk bertanya. Tapi seketika kemudian dia tidak tahu apa yang harus ditanya pada kakitangan di situ. Kerana dia tidak tahu ke mana destinasi Azah akan pergi. Hatinya begitu kesal.
Matanya terus meliar mengamati wajah-wajah penumpang bas yang sedang duduk di kerusi di situ. Dia berharap ada wajah Azah di situ. Namun hampa.
Pintu di hadapannya terkuak. Tersembul wajah Hambali. Mereka saling bertatapan.
”Hambali...” pantas Mokhzani mendekati Hambali yang kemudiannya berwajah selamba sahaja.
”Ada apa?” jawab Hambali acuh tidak acuh.
”Azah?” tanya Mokhzani sepatah.
”Dia dah pergi.” jawab Hambali lalu mahu beredar dari situ. Namun Mokhzani cepat menghalangnya.
”Dia ke mana?”
”Buat apa kau mahu tahu?”
”Aku mahu berjumpa dengan dia.”
”Buat apa? Masih tak cukup kau mengecewakan hati dia?”
Mokhzani menarik nafas dalam. Dia tahu Hambalilah orang yang paling marah apabila dia menolak cinta Azah kerana mengejar cinta Erina.
”Aku tanya dengan baik dan aku datang untuk membetulkan kesilapan aku. Tolonglah beritahu aku ke mana Azah pergi.”
”Dah terlambat. Azah pergi membawa hati yang luka. Dia pergi untuk menyembuhkan luka yang kau guris di hatinya. Tak perlulah bersusah payah. Dia sudah tak perlukan kau lagi. Dia sudah ada aku!” balas Hambali kegeraman lalu terus beredar dari situ meninggalkan Mokhzani dengan penuh tanda tanya.
Langkah Hambali tidak ditahan lagi. Hati Mokhzani bagaikan terhempas di atas batu. Berkecai menjadi kepingan-kepingan berteburan, berserakan.
”Azah... maafkan aku. Ke mana arah tujumu tika ini?” desisnya dengan hati yang berat. Kehilangan dua orang wanita dalam satu ketika amat memeritkan. Namun kehilangan Azah lebih memberi kesan pada hatinya.
Pemergian Azah membawa hati yang luka. Luka kerana perbuatannya. Di saat dia cuba untuk membetulkan keadaan itu, gadis itu pula sudah pergi membawa diri tanpa dia ketahui destinasinya.
Mokhzani melangkah longlai ke kerusi. Terduduk dia di kerusi sambil memegang kepala dan mencengkam rambutnya. Kekesalan merajai dan menjalar di segenap urat dan pembuluh darahnya.
Matanya panas. Setitis airmatanya menitik. Pertama kali airmatanya menitis kerana seorang perempuan. Perempuan yang bernama Azah!
Segera dia menyeka matanya. Dengan lemah dia bangun dan melangkah pergi meninggalkan ruang menunggu bas yang masih dipenuhi orang. Hiruk pikuk di situ tidak dihiraukan lagi.
”Azah... bisakah kita ketemu lagi?”

+ + + T A M A T + + +
Nukilan : Suria Shafie
Hak Cipta Terpelihara Suria Shafie. Sesiapa yang menciplak adalah seorang yang sangat jahat.
No comments:
Post a Comment