Wednesday, September 27, 2006

Fadhilat Terawih

Di riwayatkan oleh Saiyidina Ali (r.a.) daripada Rasulullah S.A.W., sebagai jawapan dari pertanyaan sahabat-sahabat Nabi S.A.W. tentang fadhilat (kelebihan) sembahyang sunat tarawih pada bulan Ramadan:

Malam 1: Keluar dosa-dosa orang mukmin pada malam pertama sepertimana ia baru dilahirkan, mendapat keampunan dari Allah.

Malam 2: Diampunkan dosa-dosa orang mukmin yang sembahyang tarawih serta kedua ibubapanya (sekiranya mereka orang beriman).

Malam 3: Berseru Malaikat di bawah 'Arasy' supaya kami meneruskan sembahyang tarawih terus-menerus semoga Allah mengampunkan dosa engkau.

Malam 4: Memperolehi pahala ia sebagaimana pahala orang-orang yang membaca kitab-kitab Taurat, Zabur, Injil dan Al-Quran.

Malam 5: Allah kurniakan baginya pahala seumpama orang sembahyang di Masjidilharam, Masjid Madinah dan Masjidil Aqsa.

Malam 6: Allah kurniakan pahala kepadanya pahala Malaikat-malaikat yang tawaf di Baitul Ma'mur (70 ribu malaikat sekali tawaf), serta setiap batu-batu dan tanah-tanah mendoakan supaya Allah mengampunkan dosa-dosa orang yang mengerjakan sembahyang tarawih pada malam ini.

Malam 7: Seolah-olah ia dapat bertemu dengan Nabi Musa serta menolong Nabi 'Alaihissalam menentang musuh ketatnya Fi'raun dan Hamman.

Malam 8: Allah mengurniakan pahala orang sembahyang tarawih sepertimana yang telah dikurniakan kepada Nabi Allah Ibrahim 'Alaihissalam.

Malam 9: Allah kurniakan pahala dan dinaikkan mutu ibadat hambanya seperti Nabi Muhamad S.A.W.

Malam 10: Allah Subhanahuwata'ala mengurniakan kepadanya kebaikan di dunia dan akhirat.

Malam 11: Keluar ia daripada dunia (mati) bersih daripada dosa seperti ia baharu dilahirkan.

Malam 12: Datang ia pada hari Qiamat dengan muka yang bercahaya (cahaya ibadatnya).

Malam 13: Datang ia pada hari Qiamat dalam aman sentosa daripada tiap-tiap kejahatan dan keburukan.

Malam 14: Datang Malaikat menyaksikan ia bersembahyang tarawih, serta Allah tiada menyesatkannya pada hari Qiamat.

Malam 15: Semua Malaikat yang menanggung 'Arasy, Kursi, berselawat dan mendoakan supaya Allah mengampunkan.

Malam 16: Allahsubhanahuwata'ala tuliskan baginya terlepas daripada neraka dan dimasukkan ke dalam Syurga.

Malam 17: Allah kurniakan orang yang bertarawih pahalanya pada malam ini sebanyak pahala Nabi-Nabi.

Malam 18: Seru Malaikat: Hai hamba Allah sesungguhnya Allah telah redha kepada engkau dan ibubapa engkau (yang masih hidup atau mati).

Malam 19: Allah Subhanahuwataala tinggikan darjatnya di dalam Syurga Firdaus.

Malam 20: Allah kurniakan kepadanya pahala sekalian orang yang mati syahid dan orang-orang solihin.

Malam 21: Allah binakan sebuah istana dalam Syurga daripada nur.

Malam 22: Datang ia pada hari Qiamat aman daripada tiap-tiap dukacita dan kerisauan (tidaklah dalam keadaan huru-hara di Padang Mahsyar).

Malam 23: Allah subhanahuwataala binakan kepadanya sebuah bandar di dalam Syurga daripada nur.

Malam 24: Allah buka peluang 24 doa yang mustajab bagi orang bertarawih malam ini, (elok sekali berdoa ketika dalam sujud).

Malam 25: Allah Taala angkatkan daripadanya siksa kubur.

Malam 26: Allah kurniakan kepada orang bertarawih pahala pada malam ini seumpama 40 tahun ibadat.

Malam 27: Allah kurniakan orang bertarawih pada malam ini ketangkasan melintas atas titian Siratulmustaqim seperti kilat menyambar.

Malam 28: Allah Subhanahuwataala kurniakan kepadanya pahala 1000 darjat di akhirat.

Malam 29: Allah Subhanahuwataala kurniakan kepadanya pahala 1000 kali haji yang mabrur.

Malam 30: Allah Subhanahuwataala beri penghormatan kepada orang bertarawih pada malam terakhir ini yang teristimewa sekali, lalu berfirman: "Hai hambaKu: Makanlah segala jenis buah-buahan yang engkau ingini hendak makan di dalam syurga, dan mandilah engkau daripada air syurga yang bernama Salsabila, serta minumlah air daripada telaga yang dikurniakan kepada Nabi Muhammad S.A.W. yang bernama 'Al-Kauthar"."

Tuesday, September 26, 2006

A P A I T U C I N T A ? ? ?

Cinta tidak pernah meminta, ia sentiasa memberi, cinta membawa penderitaan, tetapi tidak pernah berdendam, tak pernah membalas dendam. Di mana ada cinta di situ ada kehidupan; manakala kebencian membawa kepada kemusnahan.

Kata Mahatma Ghandi, Tuhan memberi kita dua kaki untuk berjalan, dua tangan untuk memegang, dua telinga untuk mendengar dan dua mata untuk melihat. Tetapi mengapa Tuhan hanya menganugerahkan sekeping hati pada kita? Kerana Tuhan telah memberikan sekeping lagi hati pada seseorang untuk kita mencarinya. Itulah namanya Cinta. Ada 2 titis air mata mengalir di sebuah sungai. Satu titis air mata tu menyapa air mata yang satu lagi, "Saya air mata seorang gadis yang mencintai seorang lelaki tetapi telah kehilangannya. Siapa kamu pula?". Jawab titis air mata kedua tu," Saya air mata seorang lelaki yang menyesal membiarkan seorang gadis yang mencintai saya berlalu begitu sahaja."

Cinta sejati adalah ketika dia mencintai orang lain, dan kamu masih mampu tersenyum, sambil berkata. saya turut bahagia untukmu. Jika kita mencintai seseorang, kita akan sentiasa mendoakannya walaupun dia tidak berada disisi kita. Jangan sesekali mengucapkan selamat tinggal jika kamu masih mahu mencuba. Jangan sesekali menyerah jika kamu masih merasa sanggup. Jangan sesekali mengatakan kamu tidak mencintainya lagi jika kamu masih tidak dapat melupakannya.

Perasaan cinta itu dimulai dari mata, sedangkan rasa suka dimulai dari telinga. Jadi jika kamu mahu berhenti menyukai seseorang, cukup dengan menutup telinga. Tapi apabila kamu cuba menutup matamu dari orang yang kamu cintai, cinta itu berubah menjadi titisan air mata dan terus tinggal dihatimu dalam jarak waktu yang cukup lama. Cinta datang kepada orang yang masih mempunyai harapan walaupun mereka telah dikecewakan. Kepada mereka yang masih percaya, walaupun mereka telah dikhianati.

Kepada mereka yang masih ingin mencintai, walaupun mereka telah disakiti sebelumnya dan kepada mereka yang mempunyai keberanian dan keyakinan untuk membangunkan kembali kepercayaan. Jangan simpan kata-kata cinta pada orang yang tersayang sehingga dia meninggal dunia, lantaran akhirnya kamu terpaksa catatkan kata-kata cinta itu pada pusaranya. Sebaliknya ucapkan kata-kata cinta yang tersimpan dibenakmu itu sekarang selagi ada hayatnya. Mungkin Tuhan menginginkan kita bertemu dan bercinta dengan orang yang salah sebelum bertemu dengan orang yang tepat, kita harus mengerti bagaimana berterima kasih atas kurniaan itu.

Jangan melarikan diri dari 'cinta' apabila ia berada di hadapan kamu. Jangan melarikan diri daripadanya kerana suatu hari nanti, kamu pasti akan teringatkannya kembali dan menyesali perbuatan kamu itu. Cinta bukan mengajar kita lemah, tetapi membangkitkan kekuatan. Cinta bukan mengajar kita menghinakan diri, tetapi menghembuskan kegagahan. Cinta bukan melemahkan semangat, tetapi membangkitkan semangat. Kata Hamka, cinta dapat mengubah pahit menjadi manis, debu beralih emas, keruh menjadi bening, sakit menjadi sembuh,
penjara menjadi telaga, derita menjadi nikmat, dan kemarahan menjadi rahmat. Sungguh menyakitkan mencintai seseorang yang tidak mencintaimu, tetapi lebih menyakitkan adalah mencintai seseorang dan kamu tidak pernah memiliki keberanian untuk menyatakan cintamu kepadanya.

Seandainya kamu ingin mencintai atau memiliki hati seorang gadis, ibaratkanlah seperti menyunting sekuntum mawar merah. Kadangkala kamu mencium harum mawar tersebut tetapi kadangkala kamu terasa bisa duri mawar itu menusuk jari. Hal yang menyedihkan dalam hidup adalah ketika kamu bertemu seseorang yang sangat bererti bagimu. Hanya untuk menemukan bahawa pada akhirnya menjadi tidak bererti dan kamu harus membiarkannya pergi.Kamu tahu bahwa kamu sangat merindukan seseorang, ketika kamu memikirkannya hatimu hancur
berkeping. Dan hanya dengan mendengar kata "Hai" darinya, dapat menyatukan kembali kepingan hati tersebut.

Kaum lelaki sering mempersoalkan kelemahan wanita kerana sering mengalirkan airmata. Tetapi, segagah-gagah dan perwiranya lelaki, sedarlah bahawa suatu hari nanti mereka juga akan mengalirkan airmata syahdu kerana satu perkara kecil iaitu kerana CINTA. Alangkah misterinya cinta seorang wanita yang dianggap lemah sehingga boleh mengalirkan airmata seorang wira! Aneh, tetapi itulah hakikatnya. Tuhan ciptakan 100 bahagian kasih sayang. 99 disimpan disisinya dan hanya 1 bahagian diturunkan ke dunia. Dengan kasih sayang yang satu
bahagian itulah, makhluk saling berkasih sayang sehingga kuda mengangkat kakinya kerana takut anaknya terpijak.

Kadangkala kamu tidak menghargai orang yang mencintai kamu sepenuh hati, sehinggalah kamu kehilangannya. Pada saat itu, tiada guna sesalan kerana perginya tanpa berpatah lagi. Jangan kerana cinta, kita gugur dari perjuangan, dan jangan kerana cinta juga, prinsip kita menjadi larut dan cair. Cinta tidak semestinya akan berakhir dengan perkahwinan dan perkahwinan juga tidak semestinya akan menoktahkan titik akhir kepada ercintaan. Kesetiaan akan mengikat cinta, kecurangan akan meranapkan segala kemanisan cinta.

Sesebuah perkahwinan akan menjadi indah jika cinta terus bersama.Cinta sejati ialah kasih Tuhan kepada hambaNya. Kasih murni ialah kasih ibu bapa kepada anaknya. Kasih saudara masa berada. Kasih sahabat masa binasa. Kasih suami isteri sepenanggungan. Kasih orang menaruh harapan. Jangan mencintai seseorang seperti bunga, kerana bunga mati kala musim berganti. Cintailah mereka seperti sungai, kerana sungai mengalir selamanya. Cintailah seseorang itu atas dasar siapa dia sekarang dan bukan siapa dia sebelumnya.

Kisah silam tidak perlu diungkit lagi kiranya kamu benar menyintainya setulus hati. rasa percintaan lebih pahit dari hempedu. Teman percintaan ialah sayu dan pilu, namun demikian, dara dan teruna tetap berpusu-pusu terjerumus ke dalamnya kerana dianggap seperti lautan madu. Kata Raja Pedang Deir, hati-hati dengan cinta, kerana cinta juga dapat membuat orang sihat menjadi sakit, orang gemuk menjadi kurus, orang normal menjadi gila, orang kaya menjadi miskin, raja menjadi budak, jika cintanya itu disambut oleh para pecinta palsu.

Terdapat banyak bebintang di langit tetapi hanya satu sahaja yang begitu menyerlah sehingga dapat menarik perhatianmu. Dari kalangan yang kamu pilih untuk abaikan ialah sebutir bintang yang sanggup menyinari anda walau dimana sahaja kamu berada. Tak usah sebut pasal cinta jika kamu tidak sebenar-benarnya mengambil kisah. Tak usah bercakap tentang perasaan, jika ia tidak berada di hatimu. Tak usahlah menunjuk ke dada, jika kamu berhasrat melukakan hati pasanganmu. Minat bukan bermaksud cinta, bangga bukan bererti cinta, kagum juga bukan bermaksud cinta, dan suka juga tidak serasi dengan cinta, malah sayang pun bukan cinta. Tetapi, cinta itu adalah cinta YANG KAMU SENDIRI MENGERTI!

Monday, September 25, 2006

Ronda-ronda

Hari pertama berpuasa ingatkan nak lepak duduk rumah saja. tapi BIHA plak ajak teman dia gi survey jalan ke LCC sbb Rabu nie nak gi amik member dia kat Terminal LCC tu. janji kuar dlm 11.20 tp tiba-tiba tanya kete dia pancit lak. menunggu la gak dlm setengah jam.

Masa gi sampai kat terminal LCC tu nampak je plane AirAsia yg ada cop MU tu. merah ang! best lak tgk tp dr jauh la. pusing-pusing jap kat situ then blah. kekonon lepas tu nak gi Nilai 3 tp tersalah amik jln, tak jadi la. terus balik ke bangi. singgah PKNS. cuci mata kat shopping complex tu. tak der barang menarik. pegi lak WARTA. kat sini aku beli kurma dan brooch jer. gi survey barang je. sok-sok dekat nak raya, aku turun beli la. dah aim dah kedai mana yg patut.. kekekekek..

Lepas ke WARTA, langkah makin panjang. ke TESCO Kajang la plak. pusing-pusing situ kejap je sebab dah pkl 5 lebih. nak ke bazar ramadhan lagi. sib baik ada bazar ramadhan depan TESCO tu. sempat la beli murtabak, ayam percik, bubur cha-cha & air cendol. tapi last-last cendol tu aku tertinggal dlm kete BIHA. suruh je la dia minum. tak der rezeki....

Tak penat sangat berpuasa di hari pertama. cuaca pon ok jer. redup dan tak panas. tak ler terasa sangat keletihan tu. mata lak dijamu dgn barang-barang di shopping complex lak. hai.. berjalan aje aku 2 hari nie. sabor je la... minggu depan tak tau la plak ke mana arah tuju kaki aku nie. kalu ada yg ajak kuar, berjalan ler. kalu tak... lepak je kat rumah.


Seharian di Pasar Seni

Hari Sabtu yang lepas (23/9/06), aku keluar ke KL utk beli tiket balik kg raya nanti. janji dengan MISA utk kuar sesama dan lepak-lepak kat KL tu. seawal jam 10 pagi aku dah kuar utk tunggu bas. sekali elok aku dah nak sampai, bas dah jalan. tidakkkk...!!!!!! kena la tunggu lagi setengah jam. huhuhuhuh...

Sampai KL dlm pkl 11.15 pg. tepon MISA, dia on the way gi CM (Centre Market) utk letak beg dulu. aku pon tunggu dia di Kotaraya. dlm 15 minit MISA sampai. pastu we all gerak ke Puduraya. huih... punya la ramai umat!! sesak btol. itu baru awal pose, kalu ah nak raya... cam sardin dlm puduraya tu.

Aku & MISA cepat-cepat menuju ke kaunter bas TRANSNASIONAL yg berwarna merah ang! sesak jugak kat situ. beratur lebih kurang 15 minit dah dpt beli tiket. alhamdulillah... Aku beli tiket pergi-balik. kopak la dekat 50 hengget. huhuhuhuhu... lepas beli tiket kitaorg terus gerak ke CM. hajat hati nak lepak makan-makan kat Naili's belakang CM tu. sekali tutup daa... entah mana tempat la diaorg dah pindah. aiseh... kempunan kitaorg. last-last decide makan KFC je la. sib baik org tak ramai...


Lepak makan KFC dekat sejam lebih. makan... sembang... gelak... bestnyer! teringat time zaman-zaman awal dtg KL dulu. mmg KFC tu port kitaorg melepak selain dari McD Dayabumi. abis makan terus gi surau utk solat Zohor. kitaorg ingat nak pegi Kotaraya semula, round-round kat sana lepas solat. tapi ada satu acara menarik kat situ. ada persembahan muzik dari Negara China, Amerika Selatan dan Malaysia sendiri. best ooo layan muzik diaorg nie. esp. pemuzik dari Amerika Selatan. dia main instrumen flute dan entah apa la nama alat muzik dia tu. idak le teman tahu. muka artis tu sebijik cam Jacky Chan. aku dgn MISA cam confuse je. betol ke Jacky Chan tu? hahahha... tp serius wa cakap lu... memang muka dia sebijik cam muka Jacky Chan. kalu tak caya.. gi tanya MISA. hahahahhaha...

tengah layan muzik tu.. sekali pandang kat luar, punya la lebat ujan. mak aii... kalu cenggini, tak bleh la gi kotaraya. so, kitaorg pon layan lagi la diaorg tu punya muzik. perghhh... feeling abis. sebelum kembor Jacky Chan tu buat persembahan, geng-geng dari CHINA tu mainkan alat muzik traditional diaorg. best je tgk diaorg main. then lepas tu dari MALAYSIA, persembahan angklung. mula-mula dia main lagu 'Langit ke Tujuh' nyanyian Sharifah Zarina then lagu omputih, cina & last sekali laju Hindustan filem 'Diwale'. perghh... kagum aku tgk kepantasan tangan dia membunyikan angklung. iramanya mmg tepat & tak der sumbang langsung. pro la katakan. then, baru la mamat AMERIKA SELATAN nie buat persembahan. aku mmg salute giler kat diaorg semua yg buat persembahan. tabik spring toink-toink kat diaorg. hehehehehe... Sejak bertukar pengurusan, nampaknya CM semakin banyak aktiviti. ada saja event yg dibuat di situ. bagus lah begini. kat dlm tu pon dok sibuk buat renovation. dah semakin cantik dan menarik.. dah ada macam-macam. mmg cun dah la sekarang. bila masuk kat situ, cam berada dlm negara yg lain. best wooo....

Lepas mamat AMERIKA SELATAN abis buat persembahan, kitaorg gi minum kat food court atas. ye la.. nak gi Kotaraya tak leh. hujan lebat giler. time kat atas tu diaorg sambung lagi main muzik. we all takat dengar je la kat atas. tak larat nak berdiri dah. sakit kaki oooo... tangan pon dah lenguh dok rakam persembahan diaorg. last-last aku dan MISA decide nak beli CD mamat AMERIKA SELATAN tu. dah rasa jatuh chenta dgn tiupan instrumen dia. rega RM49 tp we all dpt RM45. boleh la... Bestnyer, skrg nie pon dok tgh dengar CD tu sambil menulis blog nie. waaaa... bestnyer dengar. terasa damai je jer. just instrumental song... layannnnn...

Abis minum-minum terus turun serbu utk beli CD tu. ada 3 set rupanya. nie yg buat cam nak sambar je 3-3 tu. tp disebabkan harga satu pon bleh kira belanja seminggu... tak jadi le. beli satu la edisi 'Feeling of Love'. waiseyyy... feel abis. tak rugi arr beli... siap kongsi lagi dgn MISA.. wakakakka...

Lepas beli CD tu, jalan-jalan lagi dlm CM tu sbb ujan masih lebat. merayau punya merayau.. lalu depan kedai Secret Recipe. hmmm... apa lagi singgah minum petang le. aku amik kek mocca walnut, MISA amik tiramisu. perghhh... tak tergambar kesedapan kek-kek tu. sedapnyerrr...

Sambil makan tu tunggu abah MISA yg baru sampai dari Penang. lepas tu, bawak abah MISA gi makan nasi kat food court atas semula. aku tinggalkan diaorg sekejap utk solat Asar. bila aku balik semula, Ijah adik MISA dah ada. jam dah pkl 6.15 ptg. ujan pon dah reda. aku mintak diri dari diaorg nak balik dah. time tu diaorg tgh tunggu Ebob plak. pakat balik sama-sama ke Kuang le diaorg tu. aku lak, kembali ke Serdang. akhirnya dlm pkl 8 mlm barulah aku sampai rumah. waduhhh... penat giler tp rasa best sbb dpt lepak-lepak cam dulu.

Pendek kata, hari Sabtu tu mmg seharian kitaorg lepak kat CM. tak dapat ke mana-mana gara-gara ujan yg turun mencurah-curah ptg itu. tp berbaloi sbb dpt tgk persembahan instrumen tu. nanti kita lepak-lepak lagi ye MISA... muehehehehe...

Friday, September 22, 2006

Hati

Hati ini tidak lagi setenang dulu
bagai ribut taufan melanda
seperti ombak menggulung-gulung
mendesah-desah tidak keruan
sukar untukku ceritakan

Hati ini tidak setenang dulu
acapkali ianya berkocak
mengganggu, menggodak
jiwa halusku ini
adakalanya ngilu terasa
adakala pula bagai digores-gores

Hati aku bukan di sini lagi
hati aku sudah jauh melayang
terbang ke langit biru
mencari sesuatu yang tiada
menggapai bintang di langit tika malam
berpaut di bulan sabit
beradu di awan putih
merenda mimpi-mimpi indah

Bisakah aku kembali ke bumi berpijak?

Kenangan Terindah - penat tapi gumbira

Seminggu ini aku tak ada sangat di pejabat. sibuk dgn persiapan teknikal pilihanraya kampus 2006. alhamdulillah semalam dah selesai semuanya. so, hari nie tunggu jer kalau-kalau ada bantahan dari calon. tapi selalunya tak der la... kalu ada, jawabnya kena buat pilihanraya lagi sekali da. then for sure kena time puasa.. mak aii.. bayangkan la kalu pilihanraya dibuat time puasa. emmm...

Kepenatan bertungkus lumus seminggu nie terbayar dengan keseronokan dan kegembiraan dengan geng-geng teknikal. yang pasti, aku le yang jadik 'bahan' diaorang nie mengenakan aku. ada je topik atau point nak kenakan aku. hampeh btol la diaorang nie.. tapi aku tak kisah la. wat per nak amik hati dgn diaorg yg kepala giler nie. hehehehe... cam aku gak la. layan je diaorg nie... itu yg best.

Banyak le peristiwa menarik yang mampu membuatkan aku rasa gumbira dan BEST! sakat-menyakat.... usik-mengusik... perli-memerli... hentam-menghentam... macam-macam ada. layan kepala giler diaorang nie buat aku pon sama jadik cam diaorang. yang penting diaorang rasa aku nie jenis 'easy-going'. no sensitip-sensitip person... wakakakka... so, inilah aku yang sebenarnya.

Kebanyakan diaorang nie semuanya dah kawin dan semuanya lelaki. aku sorang je teknikal pompuan. memang kena buli arr dgn diaorg nie. ampeh jer.... tapi yang tak tahan bila kena diasak dgn soklan, "Ko bila lagi?" Ayakkkk... apesal la asyik dapat soklan sensitip gitu. asal bersua je muka dgn diaorg, soklan tu la yg ditanya. pastu siap maching-maching aku dgn yg single-single yg ada kat situ. apo daaa... mmg ampeh btol la.. tebal muka aku dibuatnya!!!

Apa-apa pon, tiap-tiap tahun memang camnie le keadaannya. berkumpul ramai-ramai dan sama-sama kerja utk pastikan pilihanraya berjalan lancar tanpa gangguan. we did it, right guyss!!!! Bagi aku, inilah 'hadiah harijadi' aku bagi tahun. kalu dapat yang lagi bermakna lagi bagusss.... muehehehehehe...

Buat masa sekarang, aku sedang menantikan suatu 'keajaiban'. Moga 'keajaiban' itu bakal menjadi hadiah harijadi yang paling bermakna dalam hidup aku... amin!

Tuesday, September 19, 2006

Happy birthday to me!!!!

Hmmm... hari nie (19 Sept) genap umur aku 26 tahun. sudahpun melewati usia suku abad. dalam usia 26 tahun nie, byk lagi yang belum aku capai dan aku sendiri belum pasti arah tujuan aku. walaupun kini aku berjalan dalam laluan yang lurus, namun aku pasti ada ranjau serta onak duri yang bakal aku hadapi di hari muka kelak. bila memikirkannya... aku seperti takut untuk menghadapi segala kemungkinan.

Alhamdulillah... aku masih bernafas, jantung ini masih mengepam darah ke segenap pembuluh darah dalam badan aku. alhamdulillah...

Usia dah 26 tahun, aku masih memegang status single. kawan-kawan yang lain kebanyakannya sudah pun berkahwin, bertunang atau sekurang-kurangnya ada pasangan. namun aku still begini.. single.. berseorangan... satu... sa.. one.. heheheheheh...

Tak banyak ucapan yang aku terima hari nie. ucapan pertama yang aku dapat dari MAD yg kini sambung study di UPSI. thanks buddy! selama kita berkawan, inilah kali pertama kau ucapkan selamat ulangtahun kelahiran buatku. aku amat menghargainya. moga kau akan temui seseorang yang dapat membahagiakan hidup kau.

Orang kedua yang wish, MISA... my bestfriend! thanks mek.. ayat kau tu memang menyentuh perasaan aku. huhuhuhuh... moga-moga kata-kata kau itu dimakbulkan ALLAH.. amin!

Ada beberapa kengkawan dari alam maya juga mengucapkannya. terima kasih la semua... aku amat menghargainya. luv u all!

Bila umur dah begini.. banyak kali aku diasak dengan soalan "Bila lagi???" Aiseh... sensitip btol la bila disoal tentang itu. jawapan aku mudah... "blom sampai seru!" Mak kat kampung pon dok sibuk bertanya dah. warghhh... berserabut kepala otak aku bila pikir. tak der pakwe, camno nak kawen???? so sapa-sapa yang sudi? wakakakak... hilang akal apa aku nie...

Apa-apa pon.. selagi jodoh aku belum sampai.. beginilah hidup aku. segala-galanya aku serahkan pada ALLAH. harapan aku, moga dipertemukan dengan seseorang yang beriman kepada ALLAH dan dapat menyayangi aku hingga akhir hayat... amin!

Monday, September 18, 2006

Hujung minggu yang sungguh membosankan...

Hujung minggu yang lepas memang amat membosankan. tak der apa yang nak dibuat. ke depan salah... ke belakang salah... ke tepi pon salah... waduhhhh!!!!!! aku sungguh BOSAN!!!!! BOSAN tahap gaban dah nie.... rasa nak jerit kuat-kuat!!!!!!!

Dulu sebelum pindah, cuti-cuti camni la yg paling aku nanti. lepak kat rumah sambil layan astro, tp rumah baru nie tak der astro. terasa betapa kosongnyer idop aku. huhuhuhu.. tak bestnyer. tak seronoknyer..

Nak jalan-jalan tak der kete. nak gi main bowling pon tak dapat. hhuhuhu... bosannya. lepak kat rmh sambil layan tv yg kelabu asap (siaran tak berapa elok). citer lak tak best. bawak balik laptop kekonon nak buat esei tp rasa sangap plak. hmmm... apa lagi, aku tido la. iskkk... tak bestnyer..

Pendek citer, hujung minggu yang lepas memang sungguh MEMBOSANKAN!!!!!!!!

Thursday, September 14, 2006

Wajah 2

Ini ler wajah berupa manusia pada batang pokok pinang di Kampung Paya, Kepala Batas yg dok heboh la nie. ermmm... kenapa la depa semua tu taksub sgt pada benda2 cenggini. sampai sanggup mai ramai2 'berkampung' kat sana. kalu la sikap nie dipraktikkan pada majlis2 ilmu kan baguih... entah la.. inilah manusia akhir zaman... pastu ada plak bleh buat duit juai gambaq2 nie.. sampai ada dpt untung RM1000 ++ sehari!!!! sabaq je la... manusia... manusia...

Wednesday, September 13, 2006

Wajah

Mengapa disorok wajahmu itu?
Mengapa malu untuk bertentang mata denganku?
Mengapa kau mendiamkan diri di situ?
Datanglah kepadaku, kita bersua..
Berbicara hati ke hati



Aku bukan rasaksa penakluk gurun gersang
Walau wajahku buruk namun aku hanya manusia
Dicipta ILAHI seperti dirimu jua
Aku keseorangan di sini
Kerna mereka ketakutan melihat wajahku
Sepertimu di situ...


Aduhai kamu masih di situ...
Mengapa terus bersembunyi?
Hinakah aku padamu?
Jelekkah wajahku pada pandangan matamu?
Sedihnya hati ini...
Sadisnya jiwa ini...
Namun tiada lagi airmata dapat kutitiskan




Andai wajahku seindah bayi
Secomel anak-anak kecil
Alangkah bahagianya hidup ini
Sudah pasti aku disukai... disayangi...
Sentiasa diulit dengan kasih berpanjangan
Senyuman sentiasa terukir buatku



Sayangnya bukan itu kenyataannya
Wajahku yang buruk ini
Tak ingin dilihat oleh kau dan mereka
Kekallah aku di sini
Terus menerus melarikan diri
Bersembunyi...



Monday, September 11, 2006

MB MIX TRIO 2006

Ahad lepas (10 Sept '06) telah berlangsung kejohanan bowling MB MIX TRIO 2006 di KL Megalane Endah Parade yg merupakan acara terakhir kelab MB bagi tahun 2006. sementelah nak menyambut bln ramadhan, MB akan menghentikan sementara aktiviti demi menghormati bulan yg penuh kemuliaan ini.

so, aku asalnya standby jer.. last2 kena main pasal tak cukup org. tak per la.. main pon just for fun! utk merapatkan ukhwah sesama ahli. setelah diundi, satu satu team dgn Bro Kusato & Deen. diaorg terer.. aku yg 'paling terer'. hahahah... diaorg asyik kena cover aku jer.. mintak maap le kengkawan.. aku dak terer cam korang! ini ler jadinya kalu membowling 2 bln sekali... muehehehhe... plak tu tak der treneng.. dtg terus main je hari tu..


walau camner pon aku rasa hepi.. team aku pon rasa hepi (rasanya la..). semuanya nampak gumbira je semlm. luaran je la.. dlm hati diaorg tu aku tak tau la. tp yg penting aku hepi!!! yak..yak..yea...

setelah bertungkus lumus main 4 game... resultnya we all dlm no. 9! adehh... rasa bersalah la plak sbb point aku yg 'banyak sangat' tu menyebabkan we all cuma dpt no. 9 jer dari 15 team yg bertanding... mintak maap sekali lagi la yer... huhuhuhuhu...


hadiah tak der grand2 pon smlm.. ye la.. fee pon tiga ploh hengget jer... dpt la cenderahati ubat gigi. perghh.. lepas nie bersinar2 le gigi kitaorg! wakakaka... utk placing no. 9 tu dpt free games. aku tak amik pon. aku kasik Bro Kusato jer... aku dah tak main & dtg EP tu lagi! lepas raya nanti le kalu dtg pong!



Cerpen - Bisakah Kutemu Lagi

Langkahnya semakin laju, semakin deras. Berkali-kali matanya melirik ke pergelangan tangannya. Jarum jam seakan semakin pantas bergerak. Sepantas deruan langkah yang sudah berlari-lari anak. Dia harus cepat. Dia harus pantas. Dia tidak mahu terlepas lagi.

Wajah Mokhzani mula disimbahi peluh. Lautan manusia di sekelilingnya cuba dilepasi. Wanita itu perlu ditemui. Dia perlu hadir di situ jika tidak mahu kecewa lagi.

Langkahnya semakin panjang. Deru nafasnya semakin kencang.

’Tunggu sampai aku datang. Tolonglah...’ hati kecilnya berbisik sendiri.

*****************************************

Tiket bas di tangan dipegang erat. Tiket bas Transnasional ke utara yang bakal bertolak jam lapan malam. Tinggal setengah jam lagi bas akan bergerak. Kelibat orang yang dinanti masih belum kelihatan.

Mata Azah meliar ke sana dan ke mari. Cuba memerhati setiap wajah yang berada di dalam tempat menunggu di Hentian Duta itu. Mencari-cari wajah lelaki yang dinantikannya sejak petang tadi lagi.

Hatinya berbelah bagi. Betulkah tindakannya itu? Rasionalkah keputusannya? Atau mungkin yang sebenarnya dia patah hati lalu membawa diri ke utara tanah air.

Tiket di tangan kembali ditatap. Masa semakin hampir tapi wajah itu masih belum muncul. Hatinya mula gusar dan cemas.

’Mahukah dia mahu datang menemui aku? Masih marahkah dia padaku? Aku tahu dia masih marahkan aku...’ rintih hati Azah. Sedih.

*****************************************

Tercungap-cungap Mokhzani ketika tiba di hadapan bangunan The Mall. Langkahnya yakin menuju ke Starbuck kerana di situ seseorang sedang menantinya. Dari jauh dia sudah dapat melihat Erina yang sedang duduk di satu meja. Namun deruan langkahnya semakin perlahan apabila mendapati Erina tidak keseorangan. Ada pemuda yang sedang menemaninya tika itu.

Hatinya mula berdebar-debar. Siapakah pemuda itu? Hatinya mula tertanya-tanya sendiri. Dalam tertanya-tanya, dia semakin mendekati Erina.

”Hai...” sapanya memandang tepat pada Erina. Pantas gadis itu berpaling dan mendongak.

”Hai Zani...” balas Erina lembut sambil tersenyum. Senyuman itulah yang pernah memerangkap hati Mokhzani.

Mata Mokhzani beralih pada pemuda yang kelihatan tenang memerhatikan dirinya yang sedang berdiri di hadapannya. Erina yang memahami keadaan itu terus berdehem.

”Zani... kenalkan Yusman, tunangan I.” Erina bersuara.

Mata Mokhzani terbeliak mendengar butir kata yang baru terbit dari bibir mungil Erina.

”Tunang?” soal Mokhzani seperti tidak percaya.

*****************************************

Jam sudah menunjukkan tepat pukul lapan malam. Namun begitu masih belum ada pengumuman dari kakitangan di situ yang menyatakan bas ke Alor Setar sudah tiba. Hati Azah semakin resah. Bukannya kerana kelewatan bas yang akan dinaikinya itu tapi resah kerana wajah Hambali masih tidak kelihatan.

’Sampai hati kau Hambali. Marah sangatkah kau pada aku?’ sebak dadanya kerana mengenangkan Hambali, teman baiknya yang tidak datang menghantar pemergiaanya.

Seketika kemudian telefon bimbitnya berbunyi. Pantas diseluk poket jeans dan mengeluarkan telefon kecilnya. Tertera nama pemanggil di skrin telefonnya. Bibir Azah spontan mengorak senyuman.

”Hambali...” desisnya perlahan tapi dengan nada riang.

”Hello Li...” ucapnya tidak sabar untuk mendengar suara Hambali. Namun Hambali tidak bersuara. Azah kehairanan.

”Hello Li? Kenapa kau senyap? Li!!!” suaranya seakan memekik.

Masih tiada jawapan. Azah semakin hairan. Tidak lama kemudian, talian itu diputuskan sendiri oleh si pemanggil. Azah mengeluh kekecewaan.

Tiba-tiba seseorang duduk menghempaskan punggungnya di kerusi di sisinya. Azah sedikit tersentak.

”Sudah tetapkah keputusan kau itu?” suara garau menyoalnya tiba-tiba.

Mulut Azah melopong apabila melihat empunya suara garau itu.

”Hambali...” ucapnya dengan genangan airmata gembira.

*****************************************

”Mengapa begini Erina?” Mokhzani seakan berbisik. Matanya sekejap-kejap memandang pada tunangan Erina yang berada tidak jauh dari mereka. Sengaja membiarkan kedua-duanya untuk berbicara. Menyelesaikan apa yang perlu diselesaikan.

”Memang begini sepatutnya. Bukan aku yang kau cinta.” keluh Erina tenang.

Mokhzani merengus.

”Dari dulu memang kau yang aku cintakan. Tak ada orang lain.” tegasnya.

Erina menggeleng-gelengkan kepalanya beberapa kali. Bibirnya tersenyum sedikit.

”Zani... dia lebih cintakan kau. Apa yang pernah terjadi pada kita adalah satu memori. Kenangan lama. Kini kita sudah dewasa. Cinta kita dulu hanya cinta budak hingusan. Cinta zaman persekolahan... cinta monyet!” tegas Erina.

”Aku tak cintakan dia!” Mokhzani bertegas pula. Seketika dia teringatkan Azah. Gadis manis bertudung litup yang sentiasa tersenyum.

”Kau memang cintakan dia. Kau saja yang tidak menyedarinya. Percayalah, memang dia yang kau cintai dan memang kau yang dia cintai.”

”Dia... Azah cintakan aku??”

”Ya... aku sudah menjadi sahabatnya sejak bersekolah rendah lagi. Aku tahu isi hatinya walau dia tidak pernah meluahkannya. Setiap kali berbicara tentang kau wajahnya begitu gembira sekali. Menyebut nama kau saja sudah cukup membuatkan dia rasa bahagia. Aku sebenarnya yang menghalang perhubungan kau berdua dari terus berkembang. Walaupun aku tahu dia menyintai kau diam-diam tapi aku masih menerima kau sewaktu kau meluahkan perasaan kau padaku waktu dulu. Aku tahu dia kecewa tapi tidak pernah dia tunjukkan. Azah memang seorang yang tabah. Dia tetap berkawan denganku walaupun aku sebenarnya telah merampas pujaan hatinya.” Erina bersuara penuh emosi.

”Tapi aku...”

”Selama ini kau begitu menjaganya. Mana-mana lelaki yang cuba mendekatinya, awal-awal lagi sudah dapat warning dari kau. Apa sahaja tindakannya kau mahu tahu. Malah kau sanggup bergaduh hanya kerana Azah. Ingat lagi ketika Azah sering diejek oleh budak-budak lelaki di sekolah, kau yang mempertahankan dia. Malah kau sanggup digantung persekolahan kerana bergaduh dengan Imran yang sering mengejek dia. Apakah makna semua itu pada kau? Sedangkan sewaktu aku menjadi kekasih kau dulu sering tertanya-tanya pada diri aku sendiri, siapa Azah di hati kau. Akhirnya aku tahu juga. Dia begitu istimewa di hati kau. Tapi entah mengapa kau seperti tidak menyedarinya. Aku tahu apa yang telah berlaku antara kamu berdua. Aku kagum dengan kesetiaan dan keberanian Azah. Dia berani untuk meluahkan isi hatinya pada kau setelah bertahun-tahun tersimpan kemas di hatinya. Tapi sayang... kau menolak permata yang selama ini berada di hadapan mata kau sendiri.” panjang lebar Erina berbicara.

Mokhzani seakan baru tersedar dari lena yang panjang. Kata-kata Erina begitu menusuk jiwanya. Lidahnya kelu untuk berbicara. Benar, Azah begitu istimewa baginya. Gadis berwajah keanak-anakan itu dan berbadan sedikit gempal memang sering menjadi usikannya. Manja dan sering tertawa membuatkan dia senang untuk mendampinginya.

’Benarkah aku sebenarnya menyintainya?’ Mokhzani bertanya pada dirinya sendiri.

”Aku...” katanya mati di situ. Hatinya mula keliru. Memang dia begitu ambil berat pada Azah malah pernah cemburu dengan Hambali, teman baik Azah kerana disangka adalah teman lelaki Azah.

”Pergilah pada Azah sebelum terlambat.” gesa Erina. Dia tahu Azah akan berangkat malam ini. Gadis itu membawa hati yang luka setelah cintanya ditolak oleh Mokhzani.

”Aku tak tahu nak buat apa.” ucap Mokhzani lemas. Pangkal lehernya digosok berkali-kali.

”Azah akan bertolak malam ini. Dia mahu pergi jauh...” balas Erina lemah. Dia sendiri berasa bersalah kerana tidak mampu untuk menahan pemergian Azah. Sudah tekad keputusan gadis itu pergi membawa diri.

”Ke mana?” soal Mokhzani kaget.

”Aku tak tahu. Dia tidak mahu memberitahu aku. Berkali-kali aku memujuknya namun hampa. Dia begitu kecewa Zani... hatinya benar-benar terluka.” Erina menundukkan wajahnya penuh kesalan.

”Di mana aku boleh berjumpa dia?”

”Hentian bas Duta... pergilah Zani. Tahan dia sementara masih sempat!”

*****************************************

”Jangan marahkan aku Li. Aku tak mahu kehilangan kawan sebaik kau. Senyumlah pada aku Li... pandanglah muka aku... Kau buat aku rasa bersalah dan sedih sangat.” rintih Azah pada Hambali yang langsung tiada reaksi pada wajahnya.

”Aku tak mahu kau pergi kerana lelaki itu. Kau perlu kuatkan semangat kau. Ini bukan pengakhiran hidup kau!” tak henti-henti Hambali cuba menghalang Azah dari pergi.

”Aku tak boleh Li. Aku tak boleh berada di sini lagi. Semua kenangan di sini hanya akan membuatkan aku bertambah sedih dan bertambah kecewa. Aku perlu tinggalkan tempat ini untuk melupakan dia. Lagipun aku malu untuk berhadapan dengan dia lagi setelah...” kata-kata Azah terputus di situ. Air matanya mula menitis di pipinya.

”Aku ada untuk menemani kau. Selama inipun memang aku yang sentiasa berada di sisi kau.”

”Aku tahu Li. Terima kasih kerana sentiasa ada di sampingku tika aku senang dan susah. Kau memang seorang sahabat yang baik.”

Berkali-kali hati Hambali terluka apabila Azah menyebut perkataan ’sahabat baik’ yang ditujukan buatnya. Dalam diam sebenarnya Hambali menyintai Azah. Cuma dia tidak pernah meluahkannya kerana dia tahu siapa yang bertakhta di hati Azah sejak sekian lamanya.

”Kalau kau masih anggap aku sahabat kau, jangan pergi!” ugut Hambali. Wajah Azah ditenung penuh harapan.

”Jangan begini Li. Aku sudah buat keputusan. Sebagai sahabat, kau sokonglah keputusan aku kerana ini mungkin akan mengembali ’Azah yang dulu’. Restulah pemergian aku. Kita masih boleh berhubung. Aku janji akan selalu menghubungi kau. Hey, aku pergi untuk menimba ilmu... bukannya mahu berperang.” Azah cuba bergurau untuk menceriakan suasana yang suram itu.

”Azah...”

”Li... hormatilah dan terimalah keputusan aku. Aku perlu bina semula keyakinan diri aku yang telah hilang seketika itu. Aku perlu menghimpunkan semula semangat aku yang semakin menghilang. Di sini aku tidak punya kekuatan untuk melakukannya. Di sana insyaallah akan menjadi permulaan semula untuk mengembalikan diri aku seperti dahulu.”

Hambali tidak rela berpisah dengan Azah. Walaupun dia tidak mampu untuk bertakhta di hati gadis itu sebagai seorang kekasih, namun dia masih berbangga kerana menjadi sahabat baik pada gadis itu.

”Jangan lupakan aku Azah.” ucap Hambali lemah.

Azah ketawa kecil.

”Hey, kan aku kata tadi... aku pergi untuk menimba ilmu bukannya berperang. Lagipun bukannya jauh. Di UUM saja. Senang-senang kau bolehlah datang menjenguk aku di sana.” ujar Azah yang kembali ceria. Hambali tersenyum sedikit melihat keceriaan di wajah Azah.

Dia memikirkan adalah lebih baik melepaskan Azah pergi menyambung pelajaran di UUM. Berjauhan dari Mokhzani yang telah mengecewakan hati Azah yang begitu tulus mencintainya sejak sekian lama. Pada awalnya memang dia amat marah dengan penolakan Mokhzani, namun apabila difikirkan semua ini adalah takdir ALLAH. Dia harus menerimanya dengan reda. Setiap kejadian yang berlaku ada hikmah yang tersembunyi.

Perbualan mereka terganggu apabila pengumuman dari kaunter perkhidmatan yang mengumumkan bahawa bas ke Alor Setar sudah tiba. Bas itu yang akan dinaiki oleh Azah. Dia akan ke rumah ibu saudaranya terlebih dahulu di Alor Setar sebelum memasuki kampus UUM.

Azah memandang pada Hambali di sisi. Dia tersenyum hambar. Rasa sedih pula kerana berpisah dengan sahabat baiknya itu.

”Li... aku pergi dulu. Jaga diri baik-baik.” hanya itu yang mampu diucapkan. Selebihnya dia rasa sebak. Dia sendiri tidak tahu samada kesedihan itu kerana berpisah dengan Hambali atau kerana jiwanya yang telah terluka.

”Baiklah. Kau pun begitu juga. Belajar elok-elok, jangan lupakan aku.” lirih suara Hambali. Sebak di dada ditahan dengan baik sekali. Dia tidak mahu airmata lelakinya tumpah di hadapan Azah.

Azah tersenyum lagi. Dia menatap wajah Hambali buat kali terakhir sebelum memanjat tangga bas. Tangan dilambai-lambaikan pada Hambali di platform.

*****************************************

Mokhzani berlari-lari anak menuju ke tempat menunggu bas setelah memarkir keretanya. Dia terus menuju ke kaunter perkhidmatan untuk bertanya. Tapi seketika kemudian dia tidak tahu apa yang harus ditanya pada kakitangan di situ. Kerana dia tidak tahu ke mana destinasi Azah akan pergi. Hatinya begitu kesal.

Matanya terus meliar mengamati wajah-wajah penumpang bas yang sedang duduk di kerusi di situ. Dia berharap ada wajah Azah di situ. Namun hampa.

Pintu di hadapannya terkuak. Tersembul wajah Hambali. Mereka saling bertatapan.

”Hambali...” pantas Mokhzani mendekati Hambali yang kemudiannya berwajah selamba sahaja.

”Ada apa?” jawab Hambali acuh tidak acuh.

”Azah?” tanya Mokhzani sepatah.

”Dia dah pergi.” jawab Hambali lalu mahu beredar dari situ. Namun Mokhzani cepat menghalangnya.

”Dia ke mana?”

”Buat apa kau mahu tahu?”

”Aku mahu berjumpa dengan dia.”

”Buat apa? Masih tak cukup kau mengecewakan hati dia?”

Mokhzani menarik nafas dalam. Dia tahu Hambalilah orang yang paling marah apabila dia menolak cinta Azah kerana mengejar cinta Erina.

”Aku tanya dengan baik dan aku datang untuk membetulkan kesilapan aku. Tolonglah beritahu aku ke mana Azah pergi.”

”Dah terlambat. Azah pergi membawa hati yang luka. Dia pergi untuk menyembuhkan luka yang kau guris di hatinya. Tak perlulah bersusah payah. Dia sudah tak perlukan kau lagi. Dia sudah ada aku!” balas Hambali kegeraman lalu terus beredar dari situ meninggalkan Mokhzani dengan penuh tanda tanya.

Langkah Hambali tidak ditahan lagi. Hati Mokhzani bagaikan terhempas di atas batu. Berkecai menjadi kepingan-kepingan berteburan, berserakan.

”Azah... maafkan aku. Ke mana arah tujumu tika ini?” desisnya dengan hati yang berat. Kehilangan dua orang wanita dalam satu ketika amat memeritkan. Namun kehilangan Azah lebih memberi kesan pada hatinya.

Pemergian Azah membawa hati yang luka. Luka kerana perbuatannya. Di saat dia cuba untuk membetulkan keadaan itu, gadis itu pula sudah pergi membawa diri tanpa dia ketahui destinasinya.

Mokhzani melangkah longlai ke kerusi. Terduduk dia di kerusi sambil memegang kepala dan mencengkam rambutnya. Kekesalan merajai dan menjalar di segenap urat dan pembuluh darahnya.

Matanya panas. Setitis airmatanya menitik. Pertama kali airmatanya menitis kerana seorang perempuan. Perempuan yang bernama Azah!

Segera dia menyeka matanya. Dengan lemah dia bangun dan melangkah pergi meninggalkan ruang menunggu bas yang masih dipenuhi orang. Hiruk pikuk di situ tidak dihiraukan lagi.

”Azah... bisakah kita ketemu lagi?”
+ + + T A M A T + + +
Nukilan : Suria Shafie
Hak Cipta Terpelihara Suria Shafie. Sesiapa yang menciplak adalah seorang yang sangat jahat.

Friday, September 08, 2006

pelangi petang



Indah sungguh warna yang terbias... pelangi keindahanmu adalah keagungan ILAHI. dalam ku mengagumi kebesaran ILAHI, aku tahu betapa kerdilnya diri ini di sisi-NYA. sesungguhnya aku insan yang lemah lagi naif...






Pemandangan ini aku ambil waktu hujan renyai-renyai yg turun sepanjang perjalanan pulang dari melawat Ikha di MRSM Chenderoh cuti merdeka yang lalu. sungguh cantik tp gambar nie guna handphone so tak berapa cun sangat la. tp ok la kan.. at least nampak gak pelangi tu...


Thursday, September 07, 2006

Anak-anak sedara...

Afiq - 'Hero' kat rumah aku. baru tingkatan 1 tp besar tinggi orangnya. selalu kasi pening kepala mama dan ayahnya dgn perangai yg unpredictable.. hehehehe.. minat giler dgn muzik-muzik metal. peminat fanatik band simple plan, slipknot dan entah apa-apa lagi nama kumpulan yg aku sendiri tak pernah dengar. hobi dia nie main games & memasak. cita-cita bila besar katanya nak jadik chef... ahaks! ada kakak seorang tp gambar dia tak der la plak. nama ikha, baru form 4 di MRSM...


Nu'in - Baling mari... mulut becok ooo! cakap kedah pure! hehhehe.. tahun nie amik UPSR. moga-moga dpt result yang baik. ada 2 org adik, yunie & qayyum. hobi... makan..makan dan makan... malas sket buat keje. kalu mintak tolong, adei.. bleh hangin satu badan! best friend dgn afiq kecik2 dulu. bila dah besar nie kurang la dah sket..



Yuni - berbeza kan dua beradik nie? si kakak ikut muka ayah. dia nie ikut muka maknya. darjah 5 thn nie. agak pendiam tp rajin buat keje. kalu makan... mak aii... berjam tunggu dia habis makan. lemah lembut orangnya... suka sangat layan budak-budak.




Qayyum - adik bongsu Nu'in & Yuni. 'Hero' kedua famili kitaorg. kecik-kecik dulu punya la pasif. tp dah besaq nie... huih... hyperaktif! tambahan plak kalu dah jumpa dgn sepupu dia sorang lagi, naim yg juga 'hero' ketiga famili kitaorg. tp kening dia mahal ooo... cuba tengok btol-btol.. kekekekek...




Una - member paling kecik dlm famili. baru umur 3 thn. mulut becok gak nie. perangai brutal! suka pakai baju abang dia, naim. ada kakak sorang.. munirah. gambar abang dan kakaknya tak sempat amik. perangai dia nie lain dr yg lain tp amat menghiburkan famili kitaorg. nama glemer dia 'mek na'... marah kalu dipanggil begitu...kekeke...

Wednesday, September 06, 2006

Cerita merdeka - Johan dan Juara

TAHNIAH aku ucapkan buat FPP kerana kita menjadi johan untuk acara yang pertama kali dianjurkan oleh pengurusan universiti. Pertandingan mengibarkan jalur gemilang sempena Hari Kemerdekaan ke 49 peringkat UPM, kita telah menjadi JOHAN untuk kategori fakulti dan JOHAN KESELURUHAN!!! satu kebanggaan buat warga FPP.
Aku selaku AJK yang terlibat sama dalam persiapan, turut berbangga dengan kejayaan ini. sebelum ini sudah menang JOHAN pertandingan GERAI EKSPO TANI sempena pesta konvokesyen yang lalu. nampaknya tuah melimpah ruah buat kita tahun ini. ALHAMDULILLAH....




Piala Pusingan menjadi milik FPP utk tempoh setahun



Hiasan yg telah meletakkan kami sebagai JUARA & JOHAN



Bunga-bunga segar menjadi hiasan yg menarik minat hakim

Harap kita dapat mengekalkan kejuaraan ini untuk tahun-tahun yang berikutnya. Hidup FPP kerana muafakat warganya...!!!


Monday, September 04, 2006

Hari Ini Dalam Sejarah

Akhirnya aku berpindah juga dari Maluri ke Serdang setelah 5 tahun aku duduk di Flat Maluri tu sejak dari praktikal tahun 2000 lagi. 27 Ogos 2006 yang lepas merupakan hari terakhir aku tinggal di sana dan mulai semalam aku dengan rasminya menjadi warga Serdang. sebelum tu aku balik kg seminggu... muahahaha...

Pagi nie dengan semangatnya aku datang keje sebab hanya tak sampai saploh minit je perjalanan berjalan kaki berlenggang ala-ala mak timah ke opis. perghh... jimat duit tambang bas ooo. kalu selalunya aku banyak menghabiskan duit gaji utk tambang pegi balik dari Maluri ke Serdang. tapi hari ini rasa best sungguh sebab aku tak perlu kuar duit sesen pon nak ke opis. hehehehehe....

Tapi di Maluri aku rasa lebih senang nak bergerak sbb keadaannya yg begitu strategik (dekat dgn KL, dlm 10 minit).senang aku nak bershopping sbb naik je lrt leh gi mana-mana. di Serdang aku rasa kaki aku nie 'tergari' sket. hehehehe.. nak kuar beli barang2 kena naik bas.kalu di Maluri, jalan kaki je gi Jaya Jusco Maluri tu. hmmm... nak buat camner.. dah tersurat begini. tak per arr... nanti aku sambar kete dulu baru panjang sket langkah aku... hik..hik..hik..

Dapat no. 3

Alhamdulillah... sempena sambutan hari kemerdekaan peringkat PTJ minggu lepas, ada diadakan satu pertandingan mengarang sajak kemerdekaan. aku nie pon poyo-poyo masuk pertandingan nie walaupun aku antara AJK sambutan majlis tu. hahahahha...

Masa orang dok sibuk-sibuk buat persiapan, aku lari balik kampung. Reason why?? Mak aku tak sihat. sementelah Kak Min dtg KL angkut barang-barang dia yg aku dok tunggu selama nie, aku pon ikut skali balik. Dalam dok rilek-rilek kat kampung, dpt la perkhabaran dari mereka kat opis yang mengatakan yg aku MENANG TEMPAT KETIGA!!! alhamdulillah sekali lagi. dapat gak placing. menang la hamper dan dpt sijil (penting nie utk SSM)...kui..kui..kui...

Di bawah aku titipkan sajak kemenangan aku buat tatapan korang...

Tempat Ketiga
Pertandingan Mengarang Sajak
Sempena Sambutan Hari kemerdekaan ke 49
Peringkat FPP
DETIK ITU KEMBALI
Detik itu kembali bersua
Dua belas dentingan kembali bergema
Sama… seperti waktu-waktu dulu
Sejak empat puluh sembilan tahun nan lalu

Yang sering membuat kutertanya-tanya
Inikah kemerdekaan yang dirai?
Perayaan demi perayaan disambut
Kemerdekaan… kebebasan…
Acapkali dilaung-laung
Acapkali diseru-seru

Gahnya mereka mengangkat kemerdekaan itu
Bagai terbang melangit tinggi mencecah awan
Hingga lupa rumput menghijau di bumi merekah
Lagaknya seperti tidakkan mungkin tersembam ke daratan
Semuanya berteriak penuh bangga
Kerana negara telah merdeka!

Si muda melaung dengan keriangan di wajah
Kerna mereka tidak pernah melalui keperitan itu
Mengangkat senjata mempertahankan tanahair tercinta
Si tua melaung dengan sebak dan airmata merembes
Teringat keringat darah mereka yang memerdekakan tanah ini
Perit jerih yang dilalui untuk memerdekakan tanah ini

Kukira akan temui sesuatu yang kudamba selama ini
Sayangnya belum bisa menyengat
Erti kebebasan itu belum sebati di jiwa mereka
Hanyalah budaya ikut-ikutan
Hanyalah tradisi tahun demi tahun
Selepas diraikan hari keramat ini
Suasana akan kembali lengang
Dewan kembali ditinggal sepi
Dan terus menyepi hinggalah didatangi lagi
Jalur-jalur gemilang dibiar sendiri berkibar
Teriakan merdeka sudah tidak kedengaran


Dalam jiwaku masih tersisa
Detik itu akan kembali lagi
Nukilan : Suria Shafie

Saturday, September 02, 2006

Balik kampung.....

Seminggu bercuti di kampung tak puas rasanya. Rasa cam nak tambah lagi seminggu.. hehehehe... kalu tak ingatkan opis tu bukan abah aku punya, dah lama aku buat! muahahhaa...

Bila balik kampung tu... macam-macam citer la aku dengar dan diperdengarkan. Informer aku sapa lagi kalu bukan mak aku! hehehehhe... macam-macam ada, citer kelakar... sakit hati... takajut... menyampah... semuanya ada...!!! Di bawah nie... aku ringkaskan sedikit citer-citernyer...

Cerihik 1 - Eksiden

Kes 1
Pak mertua tak jadik aku eksiden. menurut mak aku teruk gak la keadaan dia, lutut koyak dan beberapa tempat lagi luka.dia eksiden time nak gi surau.aku tak sempat nak gi tengok dia.entah le.. nak kata tak sempat, rasanya masa memang ada tp aku yang teragak-agak...

Kes 2
Pa anak Mak Cik Joyah plak eksiden.teruk gak lukanya.lutut terkopak.. adeiii.. ngerinya je aku dengar.katanya terlanggar tayar hiasan kat jalan.camne bleh berlanggar tu aku tak tau la.tp spekulasi yg abah aku buat, dia willie... hehehehe... sabor je.. hanya org yg eksiden tu yg tahu kebenarannya...

Cerihik 2 - Hantu suka dia??

Haaa.... ini citer adik ipar pak mertua tak jadik aku.dia nie baru je bercerai dgn bekas suaminya.diaorg nie tak der anak.actually ada, tp meninggal dunia sewaktu dilahirkan.so, diaorg amik sorang anak angkat.unfortunately budak tu kena down sindrom lak. emmm... bertimpa-timpa lak musibah dia nie. sekali tgk cam kesian, tp berkali-kali tgk... rasanya tak payah dikesiankan...

Sebabnya aku boleh kata dia nie mulut jahat sket atau pun memang byk pon.opsss... mengumpat org lak pagi-pagi buta nie. tp memang btol pon.gara-gara dia ler sepupu aku putus tunang!hmmm...

berbalik pada topik utama, dia nie suka sangat berbomoh.sakit sket gi jumpa bomoh..pening sket gi jumpa bomoh, hatta sakit lutut pon gi berbomoh.memang idop dok bergantung pada tok moh!pastu bila jumpa tok moh, paham-paham je la diaorg nie.ada 'benda' dok bermastautin or dok ngikut...then dia nie memang percaya arr.

Nak jadik citer, beberapa hari lepas dia gi jumpa tok moh pasal lutut dia tak elok-elok walaupun dah abis ubat klinik/spital ditelannya. lepas berubat, dia balik jln kaki ikut jln lama (skrg nie dah highway kat kg aku tu). lalu plak depan rumah hamba ALLAH nie yg kononnya ada 'belaan'. bleh plak dia buat citer kekonon 'belaan' org tu 'pegang' kaki dia tak lepas sampai nak berjalan naik tebing tak leh. lepas dia cakap-cakap dgn 'belaan' tu barulah dilepaskan. muhahahahah.... geli ketiak aku dengar. kalu dari segi rasionalnya... diakan sakit lutut, jalan lama-lama sampai 3 km, mana tak bertambah sakit lutut dia tu. bleh plak dia tuduh 'belaan' org tu 'pegang' kaki dia. entahlah..... dia nie taksub sangat dgn benda-benda mengarut gitu. kekonon hantu suka sangat 'sangkut' kat dia.. ye la tu.. mintak le sesangat.. ALLAH makbul baru tau!

Cerihik 3 - Nyaris dipinang???

Ini citer yg paling mengejutkan dan kelakar. adapun diciterkan oleh sepupu aku yg ada kawan lama abah aku datang nak meminang Kak Ju, anak pompuan pak mertua tak jadik aku. tp time tu Kak Ju dah bertunang dah dan just 3 minggu je lagi kenduri dia. then kawan abah aku nie cam desparado nak nikahkan anak tiri dia nie. then dia bleh tanya kat abah aku ttg aku. wakakakak... nasib baik abah aku cepat-cepat mengelakkan diri. spekulasi abah aku, punyalah banyak anak dara kat kuala (diaorg ni dari kuala kangsar) apesal bleh dtg cari kat sini? entah-entah budak dadah ke apa ker...

Abah aku memang penuh dengan spekulasi.. wwakakakak... mulanya aku tak tau citer nie. bila sepupu aku bukak citer,aku pon tanya arr mak aku. baru la mak aku bercerita.hmmm...citer sensasi camni bleh mak aku tak citer kat aku... apo daa...