Salam untuk semuanya... dah lama tak merepek kat sini. cuti raya aku melarat hingga ke tahun baru. Sekarang nie pon still di kampung tapi dah tiada mood bercuti. Hati aku meronta-ronta untuk balik segera ke serdang. Ada sesuatu yg perlu diselesaikan. Selagi benda alah nie tak settle, hati aku tak tenang.
Walau camner pon, sekarang nie aku dah rasa tenteram sket. Balik cuti nie memang aku amik lama sebab ada satu perkara yang aku kena pikirkan masak2. setiap kali lepas solat, aku selalu memohon pada ALLAH agar tunjukkan aku kebenaran. Dan alhamdulillah... aku dah dapat petunjuk dan kebenarannya. Walaupun kebenaran itu tidak aku jangka aku perolehi dalam jangka waktu yang singkat... tapi aku gembira dan bersyukur sangat kerana ALLAH memakbulkan doa aku siang dan malam.
Semalam terbongkarlah segala-galanya. Terkejut? Aku tak terkejut cuma terkilan. Mungkin inilah yang sebaik-baiknya. Bila dipikirkan kembali, terasa satu kebodohan yang teramat sangat sebab aku cuba untuk mempertahankannya. Hehehehhe... mata hati aku dibutakan oleh perasaan (atau mungkin perasan)!! Tapi, aku cepat tersedar dengan bantuan ALLAH. Aku bersyukur di atas petunjukmu YA ALLAH...
Sekarang ini, fikiran aku dah rasa bebas... jiwa aku rasa lega sangat. Yang pasti tidak akan ada lagi aku ulang perkara bodoh tu. Buang masa saja. Kenapalah sekarang baru tersedar? Last few weeks... aku jadik macam orang sasau. Rasa cam bodoh sesangat-sangat! Bodoh tahap tenuk kat zoo negara nun! Hehehehheh...
Yang tinggal sekarang hanyalah perasaan tak puas hati. Aku baru dengar dari satu pihak. Satu lagi belum sempat aku bertanya. Aku memang nak tanya tp tak mahu obvious sangat. Biar aku tenangkan fikiran dulu. Cuba merangka ayat apa yg patut aku cakap untuk bertanya. Lagipun aku takut kalau aku tanya dia sekarang, aku akan hangin satu badan. Biar aku cool down dulu.
Tak sangka sungguh benda nie nak jadi. Aku ingat 5 tahun adalah jangka waktu yang terlalu lama untuk aku kenal dia. Nampaknya aku belum betul2 kenal siapa dia. Pelik aku. No wonder la hidup dia begitu. Tapi akhirnya aku kenal juga siapa dia. Memang sungguh tak sangka. Kesimpulan yang boleh aku buat... dia boleh menjadi seorang kawan yang baik, tetapi sebagai teman hidup.... aku tak pasti dia mampu!! Kenyataan aku memang agak melampau tapi berdasarkan apa yang dia dah buat... dia memang TAK LAYAK! Sorry to say my friend... it’s true! Selagi kau tak ubah sikap kau yang satu itu, jangan merungut tentang life kau yang begitu!
Hmm... dah banyak aku lepaskan tentang rasa tak puas hati aku. Tunggu masa benda nie terkeluar dari mulut aku jer nanti. Aku harap aku dapat kontrol sebab aku memang tengah marah sangat. Apa yang dia buat sungguh tidak adil! Selfish!!! Apa lagi perkataan yang sesuai untuk dia? Hahahahah... orang mungkin akan kata aku nie kawan yang tak guna sebab kutuk kawan. Tapi kalau orang tahu apa yang sebenarnya berlaku... orang akan faham.
Kawan, ubahlah sikap kau itu. Selama ini aku respect kau sebab kau memang kawan yang baik. Banyak benda yang kita diskas dan buat bersama. Kita memang serasi sebagai kawan baik. Tolong jangan buat aku hilang rasa hormat pada kau kawan. Berubahlah... belajar untuk menghormati perasaan orang lain. Jangan mudah dan sesuka hati untuk melukakan hati orang lain. Aku rasa kau dah melampau.... cukuplah...!
p/s Buat Ain, chaiyokkk!!! Jangan menyesal dengan apa yang telah terjadi. Ain berhak untuk dapat lelaki yang lebih baik. Baliklah Malaysia dengan bangga dan PhD digenggaman. Life must goes on!!
No comments:
Post a Comment