Aku kembali bertugas setelah berkursus selama 2 hari nie BTM. seronok dapat kursus sambil jumpa dgn kengkawan IT yang lain. macam2 cerita berbual. hal opis langsung aku tolak tepi dulu. tp ada gak suara2 yg sibuk menelefon. problem macam2, tp aku skip dulu sampai aku abis kursus. bila abis kursus dan check problem yg dok bising selama aku berkursus, rupanya simple sangat. hangin akuh satu badan.... sabar je la...
Aku memang dah bertekad, tak mau masuk campur lagi urusan or permasalahan dia. buang masa aku dan buat sakit kepala saja. aku perlu lakukannya... tp kelmarin dapat sms dari dia. sms dia; "fikiran aku berkecamuk. rasa nak bwk diri dari sini. aku nak p cari ketenangan. tak tau kemana hala lg." reaksi aku bila baca sms dia, aku ketawa...
Bila ada masalah, baru cari aku. bila jiwa rasa rusuh, cari aku. bila kena 'hentam' dgn org, cari aku juga. begitulah dia sebelum2 ini. dan aku dgn penuh rasa simpati beri nasihat dan dia akan mengangguk-angguk tanda paham or bersetuju (i think). tp tak lama.. 2-3 hari lepas tu dia buat balik. buang masa aku saja dok beri nasihat, cakap pung-pang-pung-pang tp benda yg sama juga diulang. bila dah tersepit, aku juga yang dicari utk mengadu hal!BOSAN!!!
SMS dia aku jawab tp no respon dari dia. so, aku anggap benda tu dah settle. aku dah bertanya tp dia tak jawab, so tak mahu tanya lagi. dia datang... aku terima dia. dia cakap... aku dengar. aku hanya akan mendengar sahaja tanpa apa2 perbincangan utk cuba meleraikan kekusutan, meredakan jiwa kacau dia tu. aku tak mahu lagi terlibat sbb memang buang masa aku! dia tak pernah belajar dari pengalaman dan masalah itu adalah masalah yg sama berlaku pada dia sejak dulu lagi. kenapa dia tak sedar2? dah byk kali aku bgtau. tp nampaknya dia tak pernah belajar dari kesilapan.
So, suka hati dialah apa dia nak buat. aku dah tak mahu amik tahu. sendiri buat hal, sendiri settle. sendiri cari masalah, sendiri selesaikan sendiri. tak kuasa aku nak tolong lagi. aku dah bosan!!!!!!
No comments:
Post a Comment