Friday, January 12, 2007

sudah terjawab semua persoalan

Salam pagi Jumaat yang suram. kat sini mendung jer. ada tanda-tanda nak ujan. tak per la.. dah lama tak ujan nie. cuci segala apa yang boleh dicuci...

Semalam, sejam aku duduk bersemuka dengan sahabat aku yang seorang ini. aku minta dia berterus-terang tentang kisah dia yang sedang hangat diperkatakan di ofis sekarang. asalnya dia nak hold dulu sebab katanya tak bersedia lagi nak bgtau aku. tp memandangkan keadaan semakin teruk dan ramai dah yang tahu dan paling aku rimas bila orang asyik bertanya pada aku tentang dia. dah le aku tak tau ujung pangkal citer sebenar.. org dok asak aku dengan soalan-soalan yang aku tak bleh nak jawab. dia punya masalah, tak pasal-pasal aku kena tempias sama sebab aku kami kawan baik. even aku kawan baik dia pon, tak semestinya aku tau semua hal peribadi dia. apo la diaorg nie....huhuhuuh...

Setelah sesi face to face dengan dia semalam... walaupun masih tak jelas dengan apa yang berlaku (sbb dia tak mahu cerita semua krn nak jaga nama baik seseorang), aku simpulkan bahawa masing-masing ada kelemahan dan kekurangan sendiri. hal nie semakin rumit sebab tindakan dia yang cuma accept tanpa ada usaha untuk menjernihkan keadaan. dan dengan 'tindakan bodoh' dia tu menyebabkan ada orang yang menjadi mangsa keadaan. tak tau la aku time dia buat 'tindakan bodoh' tu, dia ada pikir tak semua-semua kemungkinan yang akan berlaku bila orang semua dah tahu dan dok bercerita tentang dia sekarang.

Ramai yang tak tau citer sebenar memang menyalahkan dia 100%. dan sekarang nie aku nampak macam dia dipulaukan. alahai... kesian plak aku tengok dia. itu la.. time buat tak pikir.. bila dah jadik macam nie. sapa yang susah? so, sekarang nie kena terima saja. even dia nak bgtau hal sebenar pon, org takkan percaya dia kecuali hamba ALLAH seorg nie yg menjadi tukang canang memperbetulkan apa yang telah dia buat. dan part aku pula, memandangkan aku dah tau kisah sebenar yang berlaku... cuba akan membantu dia yang termampu aku lakukan. kalau yang bertanya, aku akan cuba mengubah persepsi negatif diaorg pd dia.

Aku tak kata dia tak bersalah... dan tak juga kata dia bersalah... manusia, tak pernah terlepas dari melakukan kesilapan. macam yang aku katakan mula-mula tadi, masing-masing ada kelemahan dan kekurangan. ditambah pula dengan perhubungan mereka yang sememangnya bermasalah, bila timbul citer begini dan ada pula yg bawak mulut menyampaikan tanpa usul periksa dan membuat andaian sendiri... beginilah jadinya...

So, semua persoalan sudah terjawab. aku sendiri dah 'tutup buku'. aku tak mahu lagi benda-benda remeh macam nie menyesakkan kepala otak aku. serabut dan kusut sebabkan masalah dia. tempias-tempias yang aku kena sebabkan masalah dia sudah cukup membuatkan kepala sakit. semalam tak pasal-pasal kena migrain. warghhhh...

Ok la... to my prenz... aku dah beri pendapat yang aku rasa logik. ko nak ikut atau tak.. terpulang pada ko sendiri. sebagai kawan... aku dah laksanakan tanggungjawab aku. semoga hati kau akan tenteram selepas ini. apa yang dah berlaku tak boleh diundur lagi. ko kena teruskan hidup... chaiyok!!!


No comments: