Monday, January 29, 2007

Uhuk.... uhuk....

Adei... batuk mula menyerang dgn hebatnya. sakit dada... bisa-bisa abis seluruh badan. yg tak tahan bila dada belah kanan.. belikat dan lengan kanan sakit berdenyut2. apehal le jadik dgn aku nie? apa penyakit plak yg dpt nie? huhuhuhu...

Sabtu lepas aku, Hajar & Ctlyana gerak ke JJ Maluri seperti yg dirancang. gerak dr rumah dlm 10.30 pg tp gi isi minyak & pam tayar dulu. kat stesen minyak, ada insiden yg paling kelakar berlaku. mmg terbahak2 aku & Hajar gelak. mmg kronik btol la aku nie... camner bleh tersilap org! wakakakka.. tp tak per... hanya aku dan Hajar je tahu apa kisahnya... mueheheheh...

Lepas amik Ctlyana kat rumah dia di Taman Kembangsari (emm.. ramai plak member dok tmn nie..) maka bermula la ekspedisi 3 dara ke JJ Maluri. jlnraya agak jem sbb byk sgt lori hari tu. pastu ada lori yg rosak. mana tak sesak. dlm 11 lebih baru sampai JJ. round2 @ ushar2 barang. beli la serba sedikit personal care. ctlyana beli sepasang jam POLO utk hantaran kawen dia. lawo gak.. tp abis la RM250 utk sepasang jam tu. katanya dia nak tunang dia bayar 70% dr harga jam sbb jam dia besor. wakakakka.. sabor je la...

Abis shopping.. gerak ke food court utk sesi mengisi perut. ctlyana belanja. bila semua dah kenyang maka edisi gerak balik serdang la plak. kena rush balik sbb Hajar ada program lain plak pukul 3. tp time kuar tu dah dekat pkl 3.. pastu dgn jem lagi yg pastinya disebabkan oleh lori rosak. byk plak lori rosak hari tu. sampai serdang dlm 3 lebih. posing2 dlm kete plak lepas tu. ini ctlyana punya idea la. time aku tgh drive pon dia sibuk dok snap gambor. tak kosentret aku drive. kekekekekk...

Pastu kawan Hajar kasik ayam kampung seekor. tak le besar sgt... cam muda je lagi ayam tu. aku & ctlyana mengerjakan ayam tu. masak kicap... ctlyana yg masak. aku lak amik kontrak masak sayur campur. so, itu le dinner kitaorg. perghhh... memang sedap makan masakan yg dimasak sendiri. mmg licin lauk2 semua dikerjakan kitaorg bertiga... wakakakka...

Ahad lak... aku terlantar di rumah. tetiba demam datang balik. badan lemah jer... dan rasa mencucuk2 satu badan, sengal2 je rasa... adei... bila la nak sehat nie? dah seminggu camni.. on off on off je kesihatan aku... tak bestnyer... kenduri aqiqah ASZRA pon tak pegi. memula ingat nak pakat dgn org Tmn. U & Tmn. Kembangsari gi kenduri aqiqah tu tp sebab kesihatan aku yg cenggini... aku mengkenselkan cadangan tu. sib baik tak janji apa2 dgn diaorg lagi... huhuhuuhuh...

Malamnya plak dpt SMS dr Biha. katanya Arie ajak lepak kat Anjung. adeh... badan rasa lemah camnie rasa malas nak kuar tp kesian lak mamat tu. dah lama tak lepak & jumpa dia. so, kuar la gak. lepak2, makan2, sembang2 sampai kol 11 lebih baru gerak balik. hasil dr berembun hampir 2 jam di anjung maka kesihatan aku semakin merundum... waaaaaaaaaaa.......

Friday, January 26, 2007

borak lewat petang Jumaat

Salam lewat petang Jumaat. aku still di pejabat. dok tunggu satu pc yg tgh aku tgh upgrade OS. lembab plak pc tu. selalunya sejam dah settle. nie dah dekat 2 jam aku dok tunggu. hmmm.. bila mau siap nie?? aku nak balik umah laaa... duduk lama2 kat opis yg sejuk beku nie buat batuk & selesema aku makin kronik... uhuk..uhuk..uhuk..

Patutnya hari nie plan nak bergumbira dgn Misa & Ctlyana. tp Misa kena balik kampung la plak. kensel plan. esok la janji dgn Hajar nak gi Jaya Jusco Maluri. dah lama aku tak gi JJ tu. rindu la plak. itu le tempat shopping aku time dok Maluri dulu. hari2 lalu depan JJ Maluri tu pasal aku naik lrt atau turun bas situ. bleh kata hari2 aku singgah situ. hahahahah... bestnyer idop time tu.

Aku ajak Ctlyana skali. member tu nak survey barang2 nak buat hantaran kawen dia nanti. hmmm... sorang lagi member aku nak kawen. ada juga sorang dua yang sedang menanti hari 'diikat'... sapa tu ehhh??? kekekekke... tunggu saja pengumumannya..

Wednesday, January 24, 2007

bila penyakit datang...

Sudah 3 hari tekak nie perit. rasa gatal-gatal jer.. kalau le boleh digaruk2.. dah lama aku garuk. hahahahha... kepala plak bersenyut-denyut. adeh... ini tanda-tanda nak kena demam selsema le nie. dgn keadaan cuaca yg tak menentu skrg, antibodi aku tak mampu nak menahan serangan virus-virus demam dan batuk dr menyerang sistem pertahanan badan aku. huhuuhuhu...

Semalam memang lemah giler. balik rumah rasa lembik je badan nie. lepas solat maghrib aku bantai telan 2 biji panadol. kemudian tepon mak. dengar suara mak cam ok je. so, aku tak le risao sgt. mak bgtau kaki dia dah ok. dlm proses penyembuhan. lega aku dengar. moga mak cepat sembuh! amin....

Apa lagi nak citer ek...? ohh.. semalam sebelum meeting, Maria dtg bercerita tentang apa yg dia sembangkan dgn Nadia. kelmarin plak, Kak Minah citer pasal 'kawan baik' aku tu. hmmm.. bosan btol aku dengar citer diaorg nie. aku dah malas nak amik tahu pasal kisah sensasi 'kawan baik' aku tu dgn Nadia. sudah-sudah ler... aku dah TUTUP BUKU. aku dah ikat kemas2 BUKU tu dan aku dah campak dalam tasik belakang ofis nie.. hehehehe.. betul atau tidak cerita tu, bukan masalah aku lagi. hidup dia, biar dia sendiri yg handle. berhentilah dr merepot segala apa yg 'kawan baik' aku tu buat pd aku. aku dgn dia bukan siapa-siapa... cukuplah... aku dah penat.. biar aku berehat...

Monday, January 22, 2007

santai di hujung minggu


Cuti hujung minggu tak ke mana-mana. hanya melepak tengok Badminton Terbuka Malaysia 'Super Siries'. puas hati le dapat tgk geng Malaysia main. tahniah untuk beregu negara Koo Kien Keat dan Tan Boon Heong!! teruja btol tgk diaorg fight dgn beregu Indon (+ USA). walaupun beregu kita baru digandingkan before ke Doha yg lalu tp ada chemistry antara mereka berdua. jika dibandingkan dgn regu Indon yg lebih berpengalaman. diaorg main secara pantas dan serang mmg buat regu Indon tu sket terkedu. ye la.. org muda. BAM perlu hantar diaorg nie masuk lebih byk pertandingan di luar utk memperbaiki ranking. mana tau, bleh jadik juara dunia.hehehhe... walau camner pon sebelum regu main, single wanita Wong Mew Choo dah kalah dgn Zhu Lin dari China. tak pe la.. at least dpt masuk final. satu sejarah dah terlakar pada kejohanan tersebut. tahniah le pada mereka semua. lepas nie di Korea lak. harap dpt buat yg lebih baik... cehhh.. dah jadik pengulas sukan lak aku hari nie.. kekekekke..

Abis badminton, layan AJL 21 lak malam semalam. suka aku Adibah Nor menang. hip hip horeyyyyyyy...!!! dpt plak vokal terbaik. perghh.. mmg meremang bulu roma time dia nyanyi lagu 'Terlalu Istimewa'. you are the best!!!! yg kelakar plak bila tgk Mawi pakai rambut palsu. muahahahha.. pelik je. serabai plak aku tgk rambut juntai2 depan mata. Hazami menang persembahan terbaik. well, dr sudut pandangan aku... persembahan dia memang beri kesan. dgn ekspresi (betol ke ejaan nie?) muka yg kesedihan yg teramat sgt pastu suara yg mengalunkan lagu begitu mendayu-dayu berjaya memikat hati juri. lain-lain pemenang; kategori etnik kreatif- Warkah buat Laila, pop rock- Juwita Citra Terindah dan balada- Terlalu Istimewa yg memang dah dijangka kemenangannya. tahniah le buat semua pemenang.

Hmmm... dah jadik pengulas hiburan plak aku nie. sudah tukar ka? kekekekkeke...

Friday, January 19, 2007

di celah-celah itu...

Pagi tadi sebelum gi ofis, check duit dalam dompet. tingggal sekeping not merah, sekeping not ijo & beberapa keping not biru. sen byk arrr... tp 1 sen & 5 sen je yg memberatkan dompet. hehehehehe... gaji lambat lagi nak masuk nie. arghhhh.... dok pk camner nak survive idop dlm masa nak dpt gaji. bukannya pokai sangat pon tp saja mengajar diri sendiri utk menghadapi saat2 seperti ini sekiranya berlaku. kalau mak aku tau, gerenti dia nangis tgk anak dara dia nie nak survive idop kat sini sengsorang... hehehhehe...

Malas nak pikir, ringan je tangan nie gi bukak drawer simpan baju2 aku. aku tak terpikir pon nak bukak drawer tu tp tangan aku menghulur tarik. pastu selak2 lipatan t-shirt tanpa tujuan. tp sesungguhnya ALLAH MAHA BERKUASA lagi MAHA MENGETAHUI... tup2 terpegang satu not ungu yang aku simpan dulu. aku ingatkan dah abis aku guna. rupanya masih ada tersisa. alhamdulillah... syukur atas rezeki yang kurniaanMU YA ALLAH. so, no more susah hati. masih bleh survive utk tempoh 2 minggu lebih. hehehehehhe...

Thursday, January 18, 2007

cinta, kekayaan, kecantikan, kegembiraan dan kesedihan

Alkisah di suatu pulau kecil, tinggallah benda abstrak. Ada Cinta, Kekayaan, Kecantikan, Kegembiraan, Kesedihan dan sebagainya. Pada awalnya mereka hidup bersama-sama dengan aman dan saling memerlukan. Namun pada suatu hari, badai datang menghempas pulau kecil itu dan air laut tiba-tiba bergelombang dan menimbulkan ombak yang sangat besar dan akan menenggelamkan pulau itu. Semua penghuni di pulau itu segera berusaha menyelamatkan diri.

Cinta sangat bimbang kerana ia tidak pandai berenang dan tidak memiliki perahu. Ia berdiri di tepi pantai untuk meminta bantuan. Sementara itu air semakin naik membasahi kaki Cinta. Tidak lama kemudian kelihatan Kekayaan sedang mengayuh perahu.

'Kekayaan! Kekayaan! Tolonglah aku!'teriak Cinta. Dengan segera Kekayaan pun menjawab, 'Ohh! Maafkan aku Cinta' kata Kekayaan. 'Perahuku telah penuh dengan semua hartaku. Aku tak dapat membawamu bersama, nanti perahu ini akan tenggelam. Lagi pun tak ada ruang lagi untuk kau di perahuku ini'.
Cinta amat sedih sekali, namun kemudiannya dia melihat Kegembiraan melintasi di depannya dengan sebuah perahu.

'Kegembiraan! Tolonglah aku!'teriak Cinta. Oleh kerana Kegembiraan terlalu gembira kerana dia telah menjumpai sebuah perahu, dia langsung tidak mendengari teriakan Cinta. Air semakin meninggi membasahi Cinta sampai ke paras pinggang dan Cinta semakin panik. Tidak lama selepas itu, lalulah Kecantikan di depannya.

'Kecantikan! Bawalah aku bersamamu!'teriak Cinta

'Wah, Cinta kamu sudah basah dan kotor. Aku tak boleh membawamu bersama. Nanti kau akan mengotorkan perahuku yang indah ini.' sahut Kecantikan. Cinta amat sedih mendengarnya. Cinta mula menangis terisak-isak.

'Apa kesalahanku, mengapa semua orang tidak mempedulikan aku?' rintihnya sayu.

Ketika Cinta sedang menangis, lalulah pulak Kesedihan dengan perahunya.

'Ohh, Kesedihan, bawalah aku bersamamu,'kata Cinta.

'Maaf, Cinta. Aku sedang bersedih dan aku ingin bersendirian' kata Kesedihan sambil terus mendayung perahunya. Cinta sudah mula putus asa. Air semakin naik dan akan menenggelamkannya. Cinta terus berharap agar dirinya akan diselamatkan orang. Dia berdoa kepada Tuhan. 'Oh Tuhan tolonglah aku, apa akan terjadi pada dunia tanpa aku, tanpa Cinta?'.

Pada saat yang kritikal itu, tiba-tiba terdengar suara memanggilnya, 'Cinta! Mari cepat naik ke perahuku!.' Cinta menoleh ke arah suara itu dan melihat seorang tua berjanggut panjang memutih sedang mendayung perahunya. Cinta pun naik ke perahu itu, tepat sebelum air menenggelamkannya.

Kemudian setibanya di pulau yang berhampiran, orang tua itu menurunkan Cinta dan segera meninggalkan pulau itu. Pada ketika itulah, baru Cinta sedar bahawa dia tidak mengetahui siapakah gerangan orang tua itu yang baik hati dan telah menyelamatkannya itu. Cinta segera bertanya kepada seorang penduduk tua di pulau itu, siapa sebenarnya orang itu.

'Oh, orang tua tadi? Dia ialah Waktu!' kata orang itu.

Cinta pun bertanya lagi. 'Tapi mengapakah dia menyelamatkan aku? Aku tak kenal dia. Sedangkan kawan-kawan yang mengenaliku langsung tidak mahu menolongku,'tanya Cinta kehairanan.

'Sebab, hanya Waktulah yang tahu betapa berharganya Cinta itu' kata orang itu. Setelah itu fahamlah Cinta akan kepentingannya di dunia ini.

Moral:
Adakah CINTA perlukan KEKAYAAN, KECANTIKAN, KESEDIHAN dan KEGEMBIRAAN?

Wednesday, January 17, 2007

lagi sorang bertanya..... hmmm......

Surfing... baca blog orang... tulis blog sendiri... baca blog orang lagi... tulis blog sendiri lagi...inilah keje aku hari nie. memang makan gaji buta hari nie. hehehehe... tengah sedap baca blog si akimahende, tepon opis bunyik.

+ Hello?
- Tim, Kak Eri tgh susah hati nie....
+ Laa... awatnya?
- Pasai apa jadik camni?

Aku blur jap....senyap....

+ Jadik apa Kak Eri?
- Tu.. pasai kawan hang tu? Pasai apa jadik gitu? Dok elok2 ja dulu...

Aku gelak kecik sambil urut2 dahi aku yang tak ada rasa sakit or pening. lagi sorang tanya aku... huh!!!

+ Kak Eri tau dari mana?
- Dari Ba'ah, baru sat ni...

Makin kuat aku gosok2 dahi...

+ Tak tau la Kak Eri...
- Ish... apa la nak jadi...
+ Abis tu nak buat macam mana. dah camtu keputusan dia. tak tau pihak mana yg salah. dia ka? ain ka? depa 2 ja yg tau...
- Tak sangka la jadi macam ni.
+ Biaq la Kak Eri. dah cakap pada Ain... lepaskan je la. dok nak tahan buat apa. dia dok sedap2 kat sini, Ain kat sana dok serabut. carik la org lain.
- Tu la. bgtau la kat Ain, lepas la. tok sah berharap lagi. carik la org lain. byk lagi!!!
+ Tim pon cakap gitu kat dia.
- Nanti nasihat kat Ain tu. lepas la....
+ Emmm...

Arghhhh... mengapa aku dijadikan sumber rujukan permasalahan mereka berdua????????? aku bosannnnn!!!!!!!!!!!!

tit...tot... tit... tot...

"Tit... tot... tit... tot..."

Bunyi henpon Hajar (my housemate) tanda ada sms masuk.

Hajar buat-buat tak peduli.

Aku toleh pada dia sambil angkat kening.

Dia buat-buat kusyuk tgk tv citer cina, Ekin Cheng berlakon.

Aku cakap, "Nun, Shahid kasik sms tu... pi la check!" seraya tersengih bak kerang busuk pada dia.

Hajar sengih balik sambil ketawa. Masih tak berganjak.

"Pegi la..." giat aku lagi.

Hajar ketawa sambil tersipu-sipu malu. Bedebup!!! Dipukul aku berkali-kali dengan bantal keciknya.

Dia ketawa. Aku ketawa. Sama-sama ketawa besar. Hahahahaha...

Hajar bingkas masuk bilik. Sambil bertinggung membelek henpon. Sekejap, tak lama dia keluar balik.

Tersengih-sengih. Tersipu-sipu.

"Betul cakap kau Tim!" balasnya. Aku ketawa. Dia ketawa. Tak lama, kemudian dia mengeluh.

Aku sekadar tersenyum hambar. Faham. Mengerti. Maklum.

aku dah bosan!!!!

Aku kembali bertugas setelah berkursus selama 2 hari nie BTM. seronok dapat kursus sambil jumpa dgn kengkawan IT yang lain. macam2 cerita berbual. hal opis langsung aku tolak tepi dulu. tp ada gak suara2 yg sibuk menelefon. problem macam2, tp aku skip dulu sampai aku abis kursus. bila abis kursus dan check problem yg dok bising selama aku berkursus, rupanya simple sangat. hangin akuh satu badan.... sabar je la...

Aku memang dah bertekad, tak mau masuk campur lagi urusan or permasalahan dia. buang masa aku dan buat sakit kepala saja. aku perlu lakukannya... tp kelmarin dapat sms dari dia. sms dia; "fikiran aku berkecamuk. rasa nak bwk diri dari sini. aku nak p cari ketenangan. tak tau kemana hala lg." reaksi aku bila baca sms dia, aku ketawa...

Bila ada masalah, baru cari aku. bila jiwa rasa rusuh, cari aku. bila kena 'hentam' dgn org, cari aku juga. begitulah dia sebelum2 ini. dan aku dgn penuh rasa simpati beri nasihat dan dia akan mengangguk-angguk tanda paham or bersetuju (i think). tp tak lama.. 2-3 hari lepas tu dia buat balik. buang masa aku saja dok beri nasihat, cakap pung-pang-pung-pang tp benda yg sama juga diulang. bila dah tersepit, aku juga yang dicari utk mengadu hal!BOSAN!!!

SMS dia aku jawab tp no respon dari dia. so, aku anggap benda tu dah settle. aku dah bertanya tp dia tak jawab, so tak mahu tanya lagi. dia datang... aku terima dia. dia cakap... aku dengar. aku hanya akan mendengar sahaja tanpa apa2 perbincangan utk cuba meleraikan kekusutan, meredakan jiwa kacau dia tu. aku tak mahu lagi terlibat sbb memang buang masa aku! dia tak pernah belajar dari pengalaman dan masalah itu adalah masalah yg sama berlaku pada dia sejak dulu lagi. kenapa dia tak sedar2? dah byk kali aku bgtau. tp nampaknya dia tak pernah belajar dari kesilapan.

So, suka hati dialah apa dia nak buat. aku dah tak mahu amik tahu. sendiri buat hal, sendiri settle. sendiri cari masalah, sendiri selesaikan sendiri. tak kuasa aku nak tolong lagi. aku dah bosan!!!!!!

Friday, January 12, 2007

sudah terjawab semua persoalan

Salam pagi Jumaat yang suram. kat sini mendung jer. ada tanda-tanda nak ujan. tak per la.. dah lama tak ujan nie. cuci segala apa yang boleh dicuci...

Semalam, sejam aku duduk bersemuka dengan sahabat aku yang seorang ini. aku minta dia berterus-terang tentang kisah dia yang sedang hangat diperkatakan di ofis sekarang. asalnya dia nak hold dulu sebab katanya tak bersedia lagi nak bgtau aku. tp memandangkan keadaan semakin teruk dan ramai dah yang tahu dan paling aku rimas bila orang asyik bertanya pada aku tentang dia. dah le aku tak tau ujung pangkal citer sebenar.. org dok asak aku dengan soalan-soalan yang aku tak bleh nak jawab. dia punya masalah, tak pasal-pasal aku kena tempias sama sebab aku kami kawan baik. even aku kawan baik dia pon, tak semestinya aku tau semua hal peribadi dia. apo la diaorg nie....huhuhuuh...

Setelah sesi face to face dengan dia semalam... walaupun masih tak jelas dengan apa yang berlaku (sbb dia tak mahu cerita semua krn nak jaga nama baik seseorang), aku simpulkan bahawa masing-masing ada kelemahan dan kekurangan sendiri. hal nie semakin rumit sebab tindakan dia yang cuma accept tanpa ada usaha untuk menjernihkan keadaan. dan dengan 'tindakan bodoh' dia tu menyebabkan ada orang yang menjadi mangsa keadaan. tak tau la aku time dia buat 'tindakan bodoh' tu, dia ada pikir tak semua-semua kemungkinan yang akan berlaku bila orang semua dah tahu dan dok bercerita tentang dia sekarang.

Ramai yang tak tau citer sebenar memang menyalahkan dia 100%. dan sekarang nie aku nampak macam dia dipulaukan. alahai... kesian plak aku tengok dia. itu la.. time buat tak pikir.. bila dah jadik macam nie. sapa yang susah? so, sekarang nie kena terima saja. even dia nak bgtau hal sebenar pon, org takkan percaya dia kecuali hamba ALLAH seorg nie yg menjadi tukang canang memperbetulkan apa yang telah dia buat. dan part aku pula, memandangkan aku dah tau kisah sebenar yang berlaku... cuba akan membantu dia yang termampu aku lakukan. kalau yang bertanya, aku akan cuba mengubah persepsi negatif diaorg pd dia.

Aku tak kata dia tak bersalah... dan tak juga kata dia bersalah... manusia, tak pernah terlepas dari melakukan kesilapan. macam yang aku katakan mula-mula tadi, masing-masing ada kelemahan dan kekurangan. ditambah pula dengan perhubungan mereka yang sememangnya bermasalah, bila timbul citer begini dan ada pula yg bawak mulut menyampaikan tanpa usul periksa dan membuat andaian sendiri... beginilah jadinya...

So, semua persoalan sudah terjawab. aku sendiri dah 'tutup buku'. aku tak mahu lagi benda-benda remeh macam nie menyesakkan kepala otak aku. serabut dan kusut sebabkan masalah dia. tempias-tempias yang aku kena sebabkan masalah dia sudah cukup membuatkan kepala sakit. semalam tak pasal-pasal kena migrain. warghhhh...

Ok la... to my prenz... aku dah beri pendapat yang aku rasa logik. ko nak ikut atau tak.. terpulang pada ko sendiri. sebagai kawan... aku dah laksanakan tanggungjawab aku. semoga hati kau akan tenteram selepas ini. apa yang dah berlaku tak boleh diundur lagi. ko kena teruskan hidup... chaiyok!!!


Tuesday, January 09, 2007

bye-bye 2006... welcome 2007!!!

2006 dah ditinggalkan 8 hari lalu... hari ke-9 tahun 2007 hari nie... rutin hidup aku cam biasa. pagi gi keje, ptg balik lepak kat rumah sambil layan tv. kekadang terfikir gak yg aku nie tak der langsung social life... anti-social ke aku nie? wakakakkak...

Tahun 2006 banyak meninggalkan kenangan yang pahit buat aku. bertimpa-timpa lak tu yang terjadi. tp aku tahu, setiap kejadian itu ada hikmahnya. moga tahun 2007 ini akan menjadi tahun yang bertuah untuk aku. amin..!!

So, masih belum terlambat untuk aku ucapkan Selamat Tahun Baru 2007 untuk kengkawan semua. azam tahun baru? macam biasa seperti orang lain, untuk tingkatkan kehidupan, nak jadi orang yang lebih baik dan mencari kehidupan yang sebenar-benarnya kehidupan. hehehehhe... aku pon tak tau camner nak cari tu... tp insyaallah akan berjumpa jua jika kita berusaha! so, chaiyok tim..!!!

Thursday, January 04, 2007

tiada lagi kekusutan

Salam untuk semuanya... dah lama tak merepek kat sini. cuti raya aku melarat hingga ke tahun baru. Sekarang nie pon still di kampung tapi dah tiada mood bercuti. Hati aku meronta-ronta untuk balik segera ke serdang. Ada sesuatu yg perlu diselesaikan. Selagi benda alah nie tak settle, hati aku tak tenang.

Walau camner pon, sekarang nie aku dah rasa tenteram sket. Balik cuti nie memang aku amik lama sebab ada satu perkara yang aku kena pikirkan masak2. setiap kali lepas solat, aku selalu memohon pada ALLAH agar tunjukkan aku kebenaran. Dan alhamdulillah... aku dah dapat petunjuk dan kebenarannya. Walaupun kebenaran itu tidak aku jangka aku perolehi dalam jangka waktu yang singkat... tapi aku gembira dan bersyukur sangat kerana ALLAH memakbulkan doa aku siang dan malam.

Semalam terbongkarlah segala-galanya. Terkejut? Aku tak terkejut cuma terkilan. Mungkin inilah yang sebaik-baiknya. Bila dipikirkan kembali, terasa satu kebodohan yang teramat sangat sebab aku cuba untuk mempertahankannya. Hehehehhe... mata hati aku dibutakan oleh perasaan (atau mungkin perasan)!! Tapi, aku cepat tersedar dengan bantuan ALLAH. Aku bersyukur di atas petunjukmu YA ALLAH...

Sekarang ini, fikiran aku dah rasa bebas... jiwa aku rasa lega sangat. Yang pasti tidak akan ada lagi aku ulang perkara bodoh tu. Buang masa saja. Kenapalah sekarang baru tersedar? Last few weeks... aku jadik macam orang sasau. Rasa cam bodoh sesangat-sangat! Bodoh tahap tenuk kat zoo negara nun! Hehehehheh...

Yang tinggal sekarang hanyalah perasaan tak puas hati. Aku baru dengar dari satu pihak. Satu lagi belum sempat aku bertanya. Aku memang nak tanya tp tak mahu obvious sangat. Biar aku tenangkan fikiran dulu. Cuba merangka ayat apa yg patut aku cakap untuk bertanya. Lagipun aku takut kalau aku tanya dia sekarang, aku akan hangin satu badan. Biar aku cool down dulu.

Tak sangka sungguh benda nie nak jadi. Aku ingat 5 tahun adalah jangka waktu yang terlalu lama untuk aku kenal dia. Nampaknya aku belum betul2 kenal siapa dia. Pelik aku. No wonder la hidup dia begitu. Tapi akhirnya aku kenal juga siapa dia. Memang sungguh tak sangka. Kesimpulan yang boleh aku buat... dia boleh menjadi seorang kawan yang baik, tetapi sebagai teman hidup.... aku tak pasti dia mampu!! Kenyataan aku memang agak melampau tapi berdasarkan apa yang dia dah buat... dia memang TAK LAYAK! Sorry to say my friend... it’s true! Selagi kau tak ubah sikap kau yang satu itu, jangan merungut tentang life kau yang begitu!

Hmm... dah banyak aku lepaskan tentang rasa tak puas hati aku. Tunggu masa benda nie terkeluar dari mulut aku jer nanti. Aku harap aku dapat kontrol sebab aku memang tengah marah sangat. Apa yang dia buat sungguh tidak adil! Selfish!!! Apa lagi perkataan yang sesuai untuk dia? Hahahahah... orang mungkin akan kata aku nie kawan yang tak guna sebab kutuk kawan. Tapi kalau orang tahu apa yang sebenarnya berlaku... orang akan faham.

Kawan, ubahlah sikap kau itu. Selama ini aku respect kau sebab kau memang kawan yang baik. Banyak benda yang kita diskas dan buat bersama. Kita memang serasi sebagai kawan baik. Tolong jangan buat aku hilang rasa hormat pada kau kawan. Berubahlah... belajar untuk menghormati perasaan orang lain. Jangan mudah dan sesuka hati untuk melukakan hati orang lain. Aku rasa kau dah melampau.... cukuplah...!

p/s Buat Ain, chaiyokkk!!! Jangan menyesal dengan apa yang telah terjadi. Ain berhak untuk dapat lelaki yang lebih baik. Baliklah Malaysia dengan bangga dan PhD digenggaman. Life must goes on!!