22 - 23 Okt 2006
Sesi mengemas rumah. sapu lantai... mop lantai... cuci tingkap... cuci sarung kusyen... cuci segala apa yg boleh dicuci. hehehhe.. pagi sehari sebelum raya aku dgn Kak Min g beli langsir siap jahit kat kedai Wah See Ah. tinggal yg belen2 jer... ada la warna oren. mak aiii... tp aku beli jer. lawa gak..
Kuih raya thn ni dan thn2 sebelumnya mmg aku beli. sejak aku dah bekerja, dan dgn keadaan kesihatan mak yg tidak begitu mengizinkan dia kerja kuat cam dulu... aku le yg take over pasal kuih2 raya nie. perbelanjaan lain-lain pon selalunya aku yg bereskan. biar le aku berabis utk raya. bkn utk org lain, utk famili aku gak. simpan duit byk2 setahun keje, aku belanja utk raya. heheheheh... begitu la. aku beli jer semuanya... kalu dulu aku sempat balik buat kek. tp sbb thn nie aku balik dah lewat, so kek pon aku beli. kek pisang je thn nie.. tiap2 thn mmg beli kek pisang even kalu aku ada buat kek sendiri pun. mak aku suka kek pisang & kek kurma.
Ptg tu tolong mak masak daging sambal itam. aku siapkan awas2 utk memasak. bila dah settle semua tenggek kuali atas dapur. pastu aku baring jap nak berehat sbb dr pagi dok mengemas, tak rehat2. last2 aku tertido. hahhaha.. sib baik mak aku jaga daging tu. kalu lepas kat aku, alamatnya rentung la masak sambal daging tu.
Malam raya dok menahan telinga mendengar diaorg dok lawan main mercun. ishhh... hangin jer. tp bila pk raya... biarkan aje. japa dan abg chek sama naik main mercun. berdentam-dentum... aku layan tgk tv jer. bila mlm sket baru la aku kuarkan bekas isi kuih raya, gelas-gelas dan masak air gula utk persediaan raya esoknya. so, nanti tak payah le kelam kabut esoknya tu.
Raya Pertama
Pagi2 lepas mandi, aku siapkan kuih masuk dlm bekas, bancuh air, hidang kuih semua. kemudian perangat nasi dan masak telur goreng masak sos utk hidangan abah bila balik dari sembahyang raya. memang dah jadik kebiasaan abah akan makan nasi bila balik dari sembahyang raya.
Then sesi bagi duit raya kat anak2 buah. utk mak & abah sekali. semua dah settle so tunggu jer org datang beraya. thn nie tak ramai budak2 dtg beraya. sbb tak ramai yg dtg, aku lepak rumah long tgk tv. tgh sedap lepak2, org sebelah rumah dan isteri dtg beraya kat rmh long. waaa... syahdu plak rasanya. tahan...tahan.. sob..sob..
Petang je sket aku dikejutkan dgn kedatangan kawan lama aku, Nora yg dah tak berjumpa lepas abis SPM. dekat 10 thn rasanya. dia dtg dgn husband dan adik-adik dia. kawen pon tak bercerita. dah 3 thn dia nie kawin. tiba2 raya bawak laki... sabor je la kawan aku nie. dia nie dah keje kat hospital swasta di Sg. Petani. dia keje bahagian lab. seronoknya dpt jumpa dia nie balik. ini ler bestfriend aku di sekolah selain Ma'ton, Enon, Nan dan Yeop.
Raya Kedua
Balik ke kampung abah di Kuala Kangsar. kami berlima, abah, mak, japa, aku dan 2 anak buah. bertolak dlm pkl 9 pg. Nuin & Yuni pon ikut skali. Sampai rumah Makcik Pesah dlm pkl 11. kebetulan Cu Umi & famili pon ada situ. best ler.. ramai2 gitu. diaorg baru balik dari kubur opah, tok & achik malik. kat kuale ujan jer time tu. mmg lecak abis laman rmh Makcik Pesah. kesian Makcik Pesah. kurus sgt aku tgk. tak macam dulu badan dia berisi. la nie, teruk sgt aku tgk. tak tau apa penyakit dia. asalnya sbb jatuh then langsung tak leh bangun. bila check kata doktor byk angin dlm darah. apa kena mengena dgn turun berat badan mendadak? err... tak paham aku.
Lepas tu gerak gi rumah Pak Anjang Hamzah. dia dah buat rmh baru. jauh ke dlm.... kena lintas empangan lagi. apo la pak sedara aku nie.. suka benor buat rmh jauh ke dlm. ok la rumah baru dia, selesa. kat situ makan laksa... sedap! lepak situ kejap je then gerak gi rumah Cu Umi lak. kat situ pon tak duduk lama pasal mak dah tak boleh duduk lama2. dia pening kepala. kat rmh Cu Umi pon dok kejap jer. dlm pkl 2 dah gerak balik Grik.
Raya Ketiga - Kelima
Lepak je kat rumah. dah tak gi ke mana-mana. nak gi rmh kengkawan, ramai yg tak dpt cuti raya. ada yg dah kawin, beraya rmh mertua. setengahnya plak seminggu raya baru dpt cuti. ada dpt jemputan rumah terbuka dr Yeop. aku tak pegi pon sbb ujan. kg aku raya nie asyik ujan jer. sure Yeop bengang giler. hahahah.. sorry la Yeop, ujan.. camne aku nak pegi. lagipon kan dah jumpa ko kat KFC tu. sembang2 dgn ko dan Mad. kira ok la kan... heheheh.. jgn serik jemput aku lagi ek!
Duduk kat rumah pon byk aktiviti. bila dah ramai2 gitu, macam2 la. Kak Lela buat laksa, abg chek plak dgn barbeku ayam dia. makan ramai-ramai... best ooo... bila berkumpul ramai-ramai. pastu lepak tgk tv sambil layan kuih raya. hehheheh... bergurau dgn anak-anak buah. macam-macam perangai. diaorg nie kalu dtg rumah aku blasah je makan apa yg ada. mak lak jenis mengalah dgn bebudak. naik lemak la diaorg nie. sampai kari ikan aku pon abis dilantaknya. tinggal tulang jer... ini Nuin punya kerja la nie. katanya sedap kari tu... sabor je la. masak telur bungkus pon kejap je licin. apa saja yg aku masak, diaorg nie makan jer semua. tak memilih...
Raya Keenam
Gerak balik ke Serdang. follow Mak Lang Hariah & Zul yg balik ke Melaka. aku sampai di Serdang dlm pkl 2. emmm... dah abis cuti raya...
No comments:
Post a Comment