Tuesday, October 31, 2006

Diari cuti beraya

22 - 23 Okt 2006
Sesi mengemas rumah. sapu lantai... mop lantai... cuci tingkap... cuci sarung kusyen... cuci segala apa yg boleh dicuci. hehehhe.. pagi sehari sebelum raya aku dgn Kak Min g beli langsir siap jahit kat kedai Wah See Ah. tinggal yg belen2 jer... ada la warna oren. mak aiii... tp aku beli jer. lawa gak..

Kuih raya thn ni dan thn2 sebelumnya mmg aku beli. sejak aku dah bekerja, dan dgn keadaan kesihatan mak yg tidak begitu mengizinkan dia kerja kuat cam dulu... aku le yg take over pasal kuih2 raya nie. perbelanjaan lain-lain pon selalunya aku yg bereskan. biar le aku berabis utk raya. bkn utk org lain, utk famili aku gak. simpan duit byk2 setahun keje, aku belanja utk raya. heheheheh... begitu la. aku beli jer semuanya... kalu dulu aku sempat balik buat kek. tp sbb thn nie aku balik dah lewat, so kek pon aku beli. kek pisang je thn nie.. tiap2 thn mmg beli kek pisang even kalu aku ada buat kek sendiri pun. mak aku suka kek pisang & kek kurma.

Ptg tu tolong mak masak daging sambal itam. aku siapkan awas2 utk memasak. bila dah settle semua tenggek kuali atas dapur. pastu aku baring jap nak berehat sbb dr pagi dok mengemas, tak rehat2. last2 aku tertido. hahhaha.. sib baik mak aku jaga daging tu. kalu lepas kat aku, alamatnya rentung la masak sambal daging tu.

Malam raya dok menahan telinga mendengar diaorg dok lawan main mercun. ishhh... hangin jer. tp bila pk raya... biarkan aje. japa dan abg chek sama naik main mercun. berdentam-dentum... aku layan tgk tv jer. bila mlm sket baru la aku kuarkan bekas isi kuih raya, gelas-gelas dan masak air gula utk persediaan raya esoknya. so, nanti tak payah le kelam kabut esoknya tu.

Raya Pertama
Pagi2 lepas mandi, aku siapkan kuih masuk dlm bekas, bancuh air, hidang kuih semua. kemudian perangat nasi dan masak telur goreng masak sos utk hidangan abah bila balik dari sembahyang raya. memang dah jadik kebiasaan abah akan makan nasi bila balik dari sembahyang raya.

Then sesi bagi duit raya kat anak2 buah. utk mak & abah sekali. semua dah settle so tunggu jer org datang beraya. thn nie tak ramai budak2 dtg beraya. sbb tak ramai yg dtg, aku lepak rumah long tgk tv. tgh sedap lepak2, org sebelah rumah dan isteri dtg beraya kat rmh long. waaa... syahdu plak rasanya. tahan...tahan.. sob..sob..

Petang je sket aku dikejutkan dgn kedatangan kawan lama aku, Nora yg dah tak berjumpa lepas abis SPM. dekat 10 thn rasanya. dia dtg dgn husband dan adik-adik dia. kawen pon tak bercerita. dah 3 thn dia nie kawin. tiba2 raya bawak laki... sabor je la kawan aku nie. dia nie dah keje kat hospital swasta di Sg. Petani. dia keje bahagian lab. seronoknya dpt jumpa dia nie balik. ini ler bestfriend aku di sekolah selain Ma'ton, Enon, Nan dan Yeop.

Raya Kedua
Balik ke kampung abah di Kuala Kangsar. kami berlima, abah, mak, japa, aku dan 2 anak buah. bertolak dlm pkl 9 pg. Nuin & Yuni pon ikut skali. Sampai rumah Makcik Pesah dlm pkl 11. kebetulan Cu Umi & famili pon ada situ. best ler.. ramai2 gitu. diaorg baru balik dari kubur opah, tok & achik malik. kat kuale ujan jer time tu. mmg lecak abis laman rmh Makcik Pesah. kesian Makcik Pesah. kurus sgt aku tgk. tak macam dulu badan dia berisi. la nie, teruk sgt aku tgk. tak tau apa penyakit dia. asalnya sbb jatuh then langsung tak leh bangun. bila check kata doktor byk angin dlm darah. apa kena mengena dgn turun berat badan mendadak? err... tak paham aku.

Lepas tu gerak gi rumah Pak Anjang Hamzah. dia dah buat rmh baru. jauh ke dlm.... kena lintas empangan lagi. apo la pak sedara aku nie.. suka benor buat rmh jauh ke dlm. ok la rumah baru dia, selesa. kat situ makan laksa... sedap! lepak situ kejap je then gerak gi rumah Cu Umi lak. kat situ pon tak duduk lama pasal mak dah tak boleh duduk lama2. dia pening kepala. kat rmh Cu Umi pon dok kejap jer. dlm pkl 2 dah gerak balik Grik.

Raya Ketiga - Kelima
Lepak je kat rumah. dah tak gi ke mana-mana. nak gi rmh kengkawan, ramai yg tak dpt cuti raya. ada yg dah kawin, beraya rmh mertua. setengahnya plak seminggu raya baru dpt cuti. ada dpt jemputan rumah terbuka dr Yeop. aku tak pegi pon sbb ujan. kg aku raya nie asyik ujan jer. sure Yeop bengang giler. hahahah.. sorry la Yeop, ujan.. camne aku nak pegi. lagipon kan dah jumpa ko kat KFC tu. sembang2 dgn ko dan Mad. kira ok la kan... heheheh.. jgn serik jemput aku lagi ek!

Duduk kat rumah pon byk aktiviti. bila dah ramai2 gitu, macam2 la. Kak Lela buat laksa, abg chek plak dgn barbeku ayam dia. makan ramai-ramai... best ooo... bila berkumpul ramai-ramai. pastu lepak tgk tv sambil layan kuih raya. hehheheh... bergurau dgn anak-anak buah. macam-macam perangai. diaorg nie kalu dtg rumah aku blasah je makan apa yg ada. mak lak jenis mengalah dgn bebudak. naik lemak la diaorg nie. sampai kari ikan aku pon abis dilantaknya. tinggal tulang jer... ini Nuin punya kerja la nie. katanya sedap kari tu... sabor je la. masak telur bungkus pon kejap je licin. apa saja yg aku masak, diaorg nie makan jer semua. tak memilih...

Raya Keenam
Gerak balik ke Serdang. follow Mak Lang Hariah & Zul yg balik ke Melaka. aku sampai di Serdang dlm pkl 2. emmm... dah abis cuti raya...

Thursday, October 26, 2006

Dari Serdang ke Grik (Edisi pulang beraya)

Waahhhh....dah masuk 3 Syawal... tahun nie kemeriahan Syawal sedikit terganggu dengan keadaan cuaca yang tidak menentu. sekejap hujan, sekejap panas. even sekarang nie pon baru nak hujan kat kampung aku nie. tapi, hujan tu kan pembawa rezeki... syukur! ALLAH turunkan hujan ada sukatannya. kalau hujan tu tak berhenti-henti, maknanya belum cukup lagilah sukatannya... hehehehe.. redho aje la.

Perjalanan pulang ke kampung ditemani oleh Kak Min pada 21 Oktober yg lalu. member tu datang naik bas mlm dr kampung dan sampai KL dalam 4.30 pg!!!patutnya 2.30 pg dah sampai. huh... gile lambat! dia kata 'abg kura' yg bawak cam siput. berenti rehat dekat sejam walaupun 'abg kura' tu kata setengah jam saja. heheheh.. memang gitu dia tu.

Kak Min sampai rumah dlm pkl 6 pg. kak min cakap kena gerak cepat pasal dia kata on the way ke KL tu pon dah berderet kereta. perghh... sure jem giler nanti. lepas Subuh jer dlm 6.45 pg dah gerak balik. itu kira paling cepat la... hahahahah.. kereta time tu dah banyak. perghh... nie mesti ramai yg gerak lepas sahur. tapi alhamdulillah... lancar la jugak. tapi lepas je tol Duta, dah mula jem. mak aii.... nak sampai ke Rawang pon dekat dua jam. bayangkan ler....

Kebiasaannya perjalanan dari KL ke Grik paling lama pon 4 jam setengah saja. tapi hari tu sampai 8 jam. jem tak hingat punyer. berhenti rehat kat Tapah jap. belikan Dunkin' Donut utk mat saperik. dia nie kalu aku balik, ada je benda yg nak dipesan. janji benda tu dari KL. padahal kat kampung pon ada. aku plak beli buah jambu jer... ramai juga kat situ walaupun time pose. jalan-jalan jap situ nak tinjau kalau ada yang jual kuih raya, tapi tak der pon. ada satu gerai je tapi tak banyak pilihan. rehat setengah jam je lepas tu dah grak semula.

Perjalanan masih lagi perlahan. tp tak la jem cam sebelum tadi. lepas je dari tol Jelapang dah clear. Akhirnya jam 3 ptg kami pon sampai ke kampung, alhamdulillah... tapi kebas kaki dan pinggang sebab lama sangat dlm kereta. adeiii....

Friday, October 20, 2006

salam aidilfitri

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh rakan blogger ku...

Selamat menyambut aidilfitri yang bakal menjelma. Moga lebaran tahun ini disambut dengan penuh kesyukuran. Kepada kengkawan yang akan memandu pulang ke kampung, berhati-hatilah di jalanraya. Biarlah orang lain speed.. biarlah orang kata kita bawa cam siput.. janji keselamatan terjamin. hehehehe...

Akhir kata... raya tu ingat-ingat le kat aku sama... dan jemputlah datang beraya ke rumahku di GRIK, PERAK.






Wednesday, October 18, 2006

mood raya...ya...ya...

Hehehe... mood raya sudah mengelabui mataku. keje pon buat ndak tak ndak jer. abis-abis tidak pon kalu ada keje, aku pas kat technician jer. tp lately mamat technician nie cuba 'main aci-aci' dgn aku. kelmarin terkantoi dgn aku. aku call tak angkat, sekali aku buat spotcheck arr ke bilik dia. hmmm... aku ketuk-ketuk pintu dia then dia buka. dgn mata merah siap landing lagi atas sofa ijo. cett... membuta rupanya! hangin aku satu badan... memang saja carik pasal dgn aku.

Aku bukan jenis nak marah-marah dan sound sesuka hati walaupun tau dia buat salah. tau la bulan pose, letih... tp tido waktu keje? aku memang tak boleh terima. apesal le dia di bawah tanggungjawab aku???? ishhh... tensen akuh!!! tak buat keje time ofis hour tp pulun time abis ofis hour. nie semua nak kaut OT lebih la nie. pastu soh aku sign utk sahkan OT dia... byk cantik!!!! tak pasal-pasal aku subahat. warghhh... hangin...hangin... tak per, tak per... ini kali kedua dia kantoi. masuk kali ketiga.. no more! jgn nak komplen kata aku tak der ati perut. rasanya dah terlalu banyak aku kasik peluang. dia sendiri tak hargai, so next time... paham-paham sendirilah.

Udah le... berenti cakap pasal mamat nie. buat spoil mood raya aku jer. kekekekke... la nie dok putar lagu raya je la. kat ofis nie dah semakin sunyi. orang dah balik sikit demi sedikit. yg mana naik bas, ada yg seawal selasa dah chow. huhuhuuh... aku gak yg balik hari sabtu. bg aku dah lewat sgt tu. balik nie mana nak buat kuih, kemas rumah, adeii... bila pikir pon dah rasa penat. blom buat lagi... hehehehe...

Kuih raya plak, kekonon aku tak nak beli kat sini. aku dah pesan awal-awal kat abang aku suruh tempah je kat kampung. sekali dia kasi tau kat yg dia tak beli. katanya tak ramai yg buka tempahan tahun nie. adeiii.. sib baik aku ada order gak almond london dan beberapa jenis kerepek. so, balik nie cuma buat satu atau dua jenis kuih lagi buat menemani almond londonku agar tidak kesepian.. hehehehe..

Tahun nie baju raya 2 + 1... keekekke 2 pasang yg baru punya dan 1 lagi yg tahun lepas yg baru sekali aku pakai. itupun baru-baru nie je aku pakai. entah naper aku tak pakai walaupun dah setahun beli. nie semua gara-gara Kak Min la nie kata corak tak sesuai dgn aku. ok aper corak tsunami... kekeke.. nie semua gara-gara kena pakai corak batik zaman arwah Kak Endon dulu. huhuhuhu...

Budget raya tahun nie tak le semeriah tahun-tahun lepas. tp walau camner pon bahagian untuk mak, abah, long dan anak-anak buah tetap ada. anak-anak buahku.. dun wori, tahun nie budget raya tetap wanchik bagi tp bersyarat la. korang kena tolong wanchik kemas rumah dulu la. muahahahah...

Pagi-pagi lagi dapat emel dari S. ucapan dia ringkas ajer... 'Selamat hari raya. Tak ada kad cuma penghargaan dan terima kasih segala-galanya..' hmmm... ye lah, saya pon ucapkan terima kasih atas segala-galanya juga. moga syawal tahun ini lebih bermakna dengan kehadiran cahaya mata. moga kesihatan awak akan semakin bertambah baik dari tahun ke tahun...

Well... GRIK... tunggu kepulanganku..!!!! kekekekek...

Tuesday, October 17, 2006

s.h.o.p.p.i.n.g.r.a.y.a

Cuti hujung minggu lepas memang penuh dgn xtvt. kalau Sabtu aku beriftar dgn geng MB, Ahad plak bershopping raya kat The Mines. kuar rumah dlm pkl 3.30 ptg menuju ke Mines dgn Kak Irni & Hajar. sampai sana seperti yg dijangka memang agak sesak. tapi dgn semangat nak bershopping raya kami gagahkan diri gak. dah lama tak pegi Mines. aku tgk sekarang makin byk plak kedai kasut. hehehehe... masuk aje la. si hajar tangkap satu kasut raya. aku plak.. tak jumpa yg berkenan di hati.

Masuk plak kat kedai baju lak. sempat la aku beli t-shirt 2 lai utk abang aku pasal dia peson soh beli. kopak gak dlm RM50++... huhuhuhu. pusing-pusing lagi, sempat la beli utk diri sendiri blaus dan seluar. kira-kira ahad tu abis dekat RM120. adooiii.... dah le time tu gaji tak masuk lagi. tp gatai pi shopping gak.

Abis shopping, hajat hati nak berbuka di gerai dekat dgn kedai Tee Wah. tp dah full... so lepak la 3 dara nie kat kafe mines bowl. berbuka puasa dgn air jer... kemudian gerak solat Maghrib dulu. lepas solat ingat nak makan KFC. sekali situ lagi ramai daa... siap ada yg berdiri menunggu giliran utk duduk. hmmm... kena tukar plan nie. last-last balik serdang gak & makan kat KFC sri serdang jer. lengang je kat situ... kekekeke.

Adeii... penat tak terkira ahad tu. sengal-sengal abis kaki nie. tak per la at least ada juga something yg aku beli dari tak beli apa-apa. cuma kasut raya je tak dpt lagi nie. ingat nak gi carik kat JJ plak la. bila la plak nak gi nie...? emmm....

Semalam dah bayar duit kat apek. alhamdulillah dah settle bayaran cuma skrg nie tunggu saja. aku dok terbayang si itamku jer.... heheheheh.... tungguuuuuu..............

Monday, October 16, 2006

| Galeri Iftar MalaysianBowlers 2006 |




** **Gambar ihsan dari mLEo


Majlis Iftar MalaysianBowlers 2006

Alhamdulillah.. akhirnya berjaya juga majlis iftar MB tahun nie. jika tahun-tahun yg lepas, lepak rumah Kak Aida & Abg Bentara tp tahun nie buat kelainan sket... berbuka secara bufet kat Restoran Sri Bayu, Kelab Bukit Jalil. Menu ok la cuma ada kontroversi sket kat situ. hahahah..

Tapi hari Sabtu (14 Oct) tu aku sempat ikut Kak Irni & Hajar (my roomate) gi PKNS. kekonon nak survey baju raya la. tapi tgk kat situ dah byk yg abis (kata tokei kedai tu). ramai yg dah rembat awal-awal lagi. aku dgn Hajar tak beli apa-apa pon cuma Kak Irni beli seluar. pusing-pusing situ, keluar masuk butik... dlm pkl 1 balik rumah. asalnya nak ke Warta plak tp sebab janji dengan Afat pkl 2.30 ptg, so kena la balik awal. dia ada postbowl kt EP, so kena la keluar awal walaupun patutnya kumpul dlm pkl 6.00 kat restoran tu.

Dlm pkl 2.45 ptg Afat dtg. 3.15 sampai EP. sampai jer tengok ada lori bomba. heran plak apesal le ada bomba nie. turun basement berasap jer. rupanya ada kete terbakar. tak ingat kere apa tp cam Kembara jer. tp time tu dah tak der api dah la. tp bau hangit perghh... sesak idong! Dah ada kat EP, Afat gi membowling... aku lak gi ronda-ronda kedai kat EP tu. abis semua floor aku tawaf, memang tak der apa-apa yg menarik kat situ. kalau tak der Carrefour & bolwing, memang 'tak idop' la EP tu.

Tawaf kejap je (sbb byk kedai tutup) then boring je, terus naik kat tempat bowling. tgk je diaorang membaling. tak der kederat nak membaling. hehehehhe... dlm 5.30 gerak ke Kelab Bukit Jalil. hujan renyai-renyai lak... sojuk btol!!! bila dah sampai, jenguk jap alley bowling situ. old fashion.. kekekekek. cam kat mersing bowl hari tu jer...

Dah sampai situ, menunggu kengkawan yg lain plak. dlm 6.30 baru la sampai misa, uzin & pakku. then yg lain pon mula la 'menjelma' sorang demi sorang. antara yg lain dtg; Harris & family, sato, zam, bear & partner, kak as, arop, aszra, KD, megat, wayi, hajar, anakcemut, emynani, DoubleZ & partner. ramai gak... akhirnya 3 meja yg ditempah penuh dgn orang dah juadah berbuka. lepak makan-makan sampai pkl 9.30. sampai dah nak tutup la restoran tu. lepas abis iftar, ada yg sambung membowling di EP, aku balik rmh la.

Memang seronok dpt kompol reramai camnie. tp next time rasanya tak yah berbuka dgn bufet lagi ekk... hehehhehe...


Friday, October 13, 2006

[ a p a - a p a a j e ]

Dah lama tak bercerita dalam blog nie. tak der apa-apa benda yg menarik untuk diceritakan cuma yg ada cerita 'hati yg terkecik'. hehehhe... tak jadik kudis pon di hati cuma terbuku jek... alah bisa tegal biasa. tak perlu difikirkan sangat. benda cenggini memang selalu terjadi pada aku. aku dah tak amik port sangat. nak jadi gitu... jadilah. apa daya aku nak menahan waima menghalang. aku hanyalah insan biasa.. huhuhhuhu.. cam lirik lagu lak!

Setakat hari ini, aku rasa alhamdulillah... hidup aku walaupun tak sebest or semeriah orang lain di bulan pose nie (i thought), aku still dgn rutin harianku. Keje... bertenet... berbual-bual dgn rakan opis... kalu ada kerajinan lebih aku cuba-cuba sambung novel yang berkapuk tak bersambung. susah btol nak dapatkan mood untuk menulis. idea ada, banyakkkkk sangat.. tp pengolahan ayat aku rasa cam tak best. itu yg buat spoil nak menulis. tapi aku cuba siapkan tahun ini jugak. MESTI!!!!

Balik dari keje, singgah beli-beli makanan untuk berpuasa & bersahur. posa tahun nie aku tak pernah lagi masak untuk juadah berbuka. tahap kerajinan tidak mencapai level yang sepatutnya membuatkan aku ada daya untuk memasak. hahahaha... alasan konkrit btol!! member rumah pon tak der yg bersuara untuk memasak. so, aku pon malas le nak bersuara. masing-masing selesa beli jer. takat abis lima nam hengget sehari kira ok le...

Aktiviti wajib aku tiap-tiap petang... tengok citer indon di channel 9. tajuknya 'KIAMAT SUDAH DEKAT'. citer nie hari-hari ada ooo... syoknyer! citer nie dah pernah dibuat filem cuma kali ini diaorang bikin sinetron (drama bersiri). huh... layankan aja... hehehehhe... kelakar bila teringatkan gelagat si Fandy yg nak mengorat anak pak aji, Sarah. ada plak penyokong kuat si saprol dan kipli. waduhhh... bagus bangat..! wakakakak...

ALHAMDULILLAH sekali lagi aku bersyukur kerana tahun raya aku lebih meriah dengan adanya 'si dia'. hehehehe... nanti kiter bawak awak balik kampung yer... jumpa dengan famili kiter yer... dah lama diaorang tunggu nak tengok awak...


Monday, October 09, 2006

tIDo pETanG

Huarghhhh... salam pagi Isnin.. dah masuk 16 ramadhan. alhamdullillah... semakin dekat nak raya. heheheh... pagi nie nampak berkabut (not kabus). gara-gara jerebu yang masih blom berkurangan. sedut asap jerebu nie buat tekak aku rasa berpasir. huhuhuh.. jgn le sakit tekak time pose cenggini. seksa oooo...

Cuti 2 hari , aku lepak je kat rumah. dah jerebu malas nak kuar jalan-jalan. aktiviti yang paling digemari time cuti-cuti nie apa lagi.... TIDO!! heheheh... best ooo tido petang... kekekeke.. tp yg tak bestnyer mimpi yang ntah apa-apa. ada ke mimpi HANTU. apo daa... dua-dua hari lak tu mimpi HANTU. mula-mula mimpi hantu yang ada kepala je then the next day mimpi kena jaga anak-anak hantu.. wakakakaka.. mengarut betul mimpi aku tu. member aku cakap, kalu mimpi hantu... nak dapat rezeki. betul ke? heheheh.. kalu betul.. alhamdulillah... ye la.. BONUS nak dpt gaji bln nie.. muehehehhe... tapi mengarut betul ler mimpi petang aku nie... itu le.. moral of the story, tak baik tido petang... nak-nak plak bulan-bulan pose nie. heheheheh...

emmm... sempat ke tak sempat nak bawak balik raya nie? adoooo... bikin serabut kepala akuh!

Friday, October 06, 2006

mOnoLoG - aKU & kaU

+ Apesal?
- Tak ada apa-apa...
+ Ler...
- It's ok...
+ Bagitau ler!
- Tak per...
+ Jangan camnie..
- Aku dah biasa.
+ Hey!
- Apa?
+ Luahkan..
- Tak payahlah..
+ So?
- So-so... ehehehe..
+ Serius la..!!
- Sorry..
+ Sampai bila?
- Entah.
+ Betul kau OK?
- Betulll..!!!
+ Aku tak faham!
- Kau saja buat tak faham..
+ Aku tak mengerti!
- Kau saja buat tak mengerti..
+ Mungkin..
- Ya, mungkin..
+ Tapi...
- Kenyataan sukar untuk diubah..
+ Ya, betul..
- Nampaknya kau dah terima kenyataan.
+ Ya, yang penting kau ada aku..
- Ya, aku ada kau..
+ Tahu kenapa?
- Tahu...
+ Tahu apa?
- Kau adalah aku dan aku adalah kau.

p/s paham ke korang dgn apa yg cuba aku sampaikan nie? hehehehe..

Thursday, October 05, 2006

Giler Naruto Anime!!!


Hehehehehe... aku memang minat gilak sama ini anime! aku dah kumpul anime nie sampai episod 202 (the latest!). siap burn dalam cd lagi tu. Kenapa aku suka dgn anime Naruto nie? hmmm... aku suka dgn karektor, jalan citer dan moral of the story. semangat setiakawan yg ada dlm diri dalam karektor itu begitu mengagumkan. ye la.. mungkin korang akan kata, "ala.. citer kartun gitu pon ko bleh kagum." tapi bagi aku sikap yg sebegitu kurang ada dalam diri kawan-kawan kita even dalam diri aku sendiri pun. bukan nak mengutuk, tapi kenyataan macam tu la.

Pelik ke pompuan suka citer anime nie? bagi aku tak le pelik walaupun ramai kat ofis aku nie (pompuan la) yg kata aku nie cam budak-budak sebab minat kartun. elooo... ini bukannya kartun slapstik cam kartun Mr. Bean yg korang suka tengok tu. citer nie ada moralnya yang tersendiri. bagi aku, biar le apa orang nak kata, aku punya kesukaan... aku punya pasal! ahaks...!

Anime Bleach pon aku suka gak. tapi belum lagi berkesempatan nak mengumpulnya. so far, aku kumpul anime Naruto... Bleach tu nanti-nanti le. dlm Bleach, karektor jahat/hantu je yg berubah-ubah dan bertukar. so, tak der yang interesting sangat. but in Naruto, perghh... macam-macam ada. ada clan (puak) yg ada keistimewaannya (bloodline limit) tersendiri. pastu dgn jutsu-jutsu yg begitu mengagumkan... alah.. nak citer panjang sangat. korang search aje la guna enjin motorbot... kekekkekek...


Monday, October 02, 2006

teringat dulu-dulu

Alhamdulillah... dah seminggu ramadhan berlalu. cepatnya masa berjalan. pejam celik pejam celik... dah masuk hari ke-9 berpuasa. tak lama lagi nak raya dah. ehehehe... yea.. rayaa!!!

Teringat lak puasa tahun-tahun yang lepas waktu duduk di Maluri lagi. abis je waktu keje, bergegas mengejar bas. kalu terlepas bas 4.30 tu, alamatnya berbuka puasa dlm bas le. tapi so far belum pernah berbuka puasa dlm bas. pasal aku tak beli kuih pon. hahahhaha...

Selalunya dulu-dulu aku dah pesan dgn housemate aku utk tolong belikan nasi bungkus. kalau tak , sure abis lauk-lauk tu semua. then jika sempat aku sampai sebelum berbuka, aku beli la kuih-kuih buat tambah juadah berbuka.

Tapi sekarang sejak dah pindah nie, alhamdulillah.. senang sket idop aku. tak terkejar-kejar cam dulu-dulu. even boleh balik 4.30 pon, aku tak le cam 'the flash' mengejar bas. kekekekke.. la nie petang je sure gi pasar ramadhan. kena kuar cepat, kalau tak... sure sesak giler kat pasar ramadhan tu. nak jalan pon seksa. huih... ramai tak hengat punya!!! menu wajib tiap-tiap hari, ayam percik. walau pun ada org tu dok boikot ayam.. tp aku tak leh nak memboikot. my feberet tu...! ahaks...

Hmmm... hari nie nak makan apa pulak yer...????