Wednesday, June 10, 2015

279 - Kau pergi

Akhirnya satu keputusan nekad telah dia lakukan. Dia berhenti dan keluar dari daerah ini.

Aku, walaupun sudah menjangkakan ianya berlaku tapi masih belum kuat untuk menerimanya. Atau lebih tepat melepaskan dia pergi. Wahh.. begitu sekali terkesannya aku dengan kehadirannya sejak tiga tahun dahulu.

Jujur aku akui, hati ini amat terkesan. Entah kenapa begitu kuat sekali kesan kehadirannya di dalam hidupku sejak tiga tahun dahulu. Tidak pernah termimpi aku akan berkeadaan seperti ini. Sungguh, aku amat menyenangi kehadirannya walaupun pada awalnya, aku tak suka pada dia. Tapi, takdir Allah... orang yang kita tak suka itulah yang melekat di jiwa ini.

Jangan ditanya apa perasaan aku pada dia. Cukuplah yang tahu aku dan ALLAH. Sukar untuk mentafsir apa perasaan aku pada dia.

Dia akan pergi mencuba nasib di tempat lain. Di sini tidak menjanjikan apa-apa kerana keadaan ekonomi yang semakin meruncing. Masing-masing harus mencuba nasib di tempat. Mungkin rezekinya bukan di sini tapi di tempat lain.

Sedih memang sedih bila memikirkan hari-hari yang bakal dilalui tanpa dia di sini. Seperti yang aku katakan, walaupun aku sudah menjangkakan.. tapi hati ini masih belum kuat untuk menerima. Insya-Allah.. semuanya akan seperti biasa semula bila kita sudah biasa dengan ketiadaannya nanti.

Untuk kamu.. semoga sukses di tempat baru. Semoga jalinan yang ada sekarang akan kukuh sampai bila-bila. Kamu datang dan akhirnya pergi. Tapi kehadiran kamu amat memberi makna dalam diri ini. Sungguh, tidak pernah rasa seperti itu sebelum ini.

Jangan dilupakan kami di sini. Insya-Allah, panjang umur pasti bertemu lagi.


No comments: