Thursday, June 04, 2015

273 - Kosong

KOSONG.

Ya.. itu yang aku rasa sekarang. Jiwa kosong. Hati kosong. Fikiran pon kosong. Tak tahu apa yang aku nak buat. Aku buntu dan keliru.

Penat nak mengharungi apa yang berlaku kepada aku dan keluarga sejak akhir-akhir ini. Keseronokan untuk bekerja sudah tiada. Hilang dengan perubahan yang berlaku sejak tiga tahun dahulu. Mungkin aku jenis susah untuk berubah. Tapi, jika sebelum ini sudah gembira dengan keadaan itu.. kenapa perlukan perubahan. Bukan tidak suka perubahan, tapi jika ianya membebankan dan membuatkan aku menjadi seperti begini sekarang... then, aku tak suka dengan perubahan yang berlaku ini.

Itu berkaitan kerja. Bila cakap mengenai keluarga pula.. sejak akhir-akhir ini kesihatan emak semakin merudum. Buah pinggang dia semakin teruk dan kemungkinan akan kena dialisis. Aku asyik risaukan kesihatan emak. Bila saja dapat panggilan dari abang atau Kak Min, hanya ALLAH yang tahu betapa berdebar-debarnya hati ini. Mintak dijauhkan dari segala berita buruk. Walau bagaimanapun, aku perlu persiapkan diri untuk segala kemungkinan yang bakal terjadi.

Bila bercerita tentang soal hati... wahhh... lagi lemah kurasa. Banyak sangat yang berlaku pada aku sampai terasa mengapa malang sangatlah nasib aku bila menyentuh soal perhubungan. Kadang-kadang terfikir, adakah aku ini tak layak untuk ada satu perhubungan yang memerlukan komitmen dari orang lain? Mengapa sampai sekarang masih belum dapat membina satu perhubungan yang diinginkan itu? Yang pasti, jawapannya hanya ada pada Dia. Dia yang tahu apa yang terbaik untuk aku. Husnuzon..

Yang pasti hati ini tidak mampu untuk menerima orang lain yang telah ada seseorang yang menghuni di situ. Mungkin orang akan cakap aku bodoh kerana mengharapkan sesuatu yang belum tentu ditakdirkan untuk diri sendiri. Tapi, dari aku menipu diri sendiri dan memberi harapan palsu pada orang lain.. biar aku sendiri begini. Yang sakit, hanya aku sendiri..

Insya-Allah, pasti ada hikmah. Kelewatan ini mungkin ada sesuatu yang ALLAH mahu aku selesaikan dahulu sebelum Dia kurniakan apa yang aku inginkan. Dia tahu mungkin aku belum bersedia untuk memikul tanggungjawab besar itu dan mahu aku betul-betul bersedia sebelum waktu itu tiba.

Ya, aku sentiasa bersangka baik. Banyak yang aku fikirkan dan aku sentiasa cuba mempositifkan diri sendiri. Menangis dan mengadu pada Dia saja yang mampu aku lakukan. Aku hanya ada Dia tempat aku mengadu kerana Dia pasti akan mendengar setiap apa yang aku adukan. Dia tidak pernah meninggalkan aku..

Jika takdirnya begini, aku redo. Aku rasa aku sudah berusaha, dan mungkin belum masanya lagi. Insya-Allah ianya akan datang pada masa dan ketika yang tepat.

No comments: