Tuesday, June 30, 2015

289 - Terbaik seperti yang kita perlukan bukan mahukan

"Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu, Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui."
Surah al-Baqarah, ayat 216.


Monday, June 29, 2015

288 - Mimpi (Aisyah Aziz)

Ceritakan padaku
Cerita yang terdahulu
Kisah cinta yang pernah kau tahu
Sempurna selalu pada kau dan aku

Ceritakan semua ..
Cerita kita cipta bersama ..
Kisah terindah pernah ku rasa ..
Selama pernah jantung ku bernyawa ..
Berdua ..
Hanya kau dan aku ..

Andai ini hanya mimpi ..
Tinggalkan ku begini
Biar terus ku lena .
Sampai kau tiba
Andai ku hanya bermimpi
Biar aku begini
Sampai ketemu lagi
Aku di sini .. ohh ..

Ceritakan pada ku ..
Ceritakan pada ku selalu ..
Kisah yang tak mungkin pergi lalu ..
Selama akan ku hidup dengan mu ..
Bersama ..
Mengharungi semua ..

Andai ini hanya mimpi
Tinggalkan ku begini ..
Biar terus terlena ..
Sampai kau tiba

Bawa daku ke angkasa ..
Memetik bulan bintang ..
Bawaku terbang bersama ..
Jangan kau lafazkan ..
Jangan kau tinggalkan semua

Biar saja begini .. ohh..
Biar terus ku lena ..
Sampai kau tiba

Andai ku hanya bermimpi ..
Biar aku begini ..
Sampai ketemu lagi ..
Aku di sini

Andai semuanya mimpi ..
Biar saja ku terus begini ..
Ku mahu terus kisah cinta kita ..
Terus sampai hujung masa ..


Sunday, June 28, 2015

287 - Rindu lagi

Rindu..
Rindu sangat..
Sangat-sangat rindu..
Rindu sangat sampai rasa sakit di dalam dada..
Rindu sangat sampai menitis air mata..

Ya Allah, mengapa kau hadirkan rasa rindu ini?
Tak mampu aku menahannya..
Bagaikan terbuku di dalam dada ini..

Aku sangat merinduinya..

Wednesday, June 24, 2015

286 - Ingin jauh

Serasanya aku bisa menerimanya dgn ikhlas. Dan aku rasa Dia sudah memberitahu aku apa perlu aku lakukan. Dan aku memahami apa yang Dia ingin sampaikan padaku sejak sekian lama. Cuma aku sendiri yang menidakkan dan buat-buat tak mengerti. Segalanya sudah terbentang di hadapan mata. Cuma perlukan aku sendiri yang membuat keputusan.

Ya.. inilah masanya.. waktu yang paling tepat untuk membuat pilihan dan keputusan.

Yang pasti, apa sahaja keputusan yg aku ambil... Dia pasti bersamaku!

Monday, June 22, 2015

285 - Pagi² mata dah masuk abuk

Pagi-pagi lagi dah banjir airmata aku dibuatnya. Hari terakhir bersama adik tersayang di sini. Tetiba saja perasaan hiba tu datang bila dia telefon aku pagi tadi. Uwaaa..!! Giler sebak dibuatnya.

Tak tau nak cakap macam mana perasaan aku. Pada hal bukannya tak tahu. Dah lama dia beritahu tapi aku memang tidak suka dengan perkataan PERPISAHAN. Even, my staff pindah kerja pun aku boleh nangis teresak-esak. Betapa aku menghargainya sesebuah perhubungan.

PERPISAHAN perkataan yang paling aku tak suka. Bila kita berpisah, kita akan berjauhan dengan orang itu dan perhubungan kita pun akan menjadi semakin jauh. Tak seperti sebelum ini. Tiap kali menghadapi perpisahan, beginilah aku. Lemah dan longlai beberapa hari sebelum adapt dengan keadaan itu.

Wahh.. setiap kali berlaku perpisahan, aku begitu terkesan. Sebab yang pergi semuanya yang baik-baik dan boleh diharapkan.

Semoga kamu lebih berjaya di luar sana... akak doakan kamu juga mendapat umrah yang mabrur. Sampaikan salam akak buat Nabi Muhammad S.A.W. Dan tolong doakan akak dapat menjadi tetamu-Nya suatu hari nanti.

Ameen...

Gonna miss you and already miss you...

Wednesday, June 17, 2015

283 - Rindu

Apa pun perasaan yang wujud dalam diri, dari Dia perasaan tu datang, kepada Dia perasaan itu kembali. Jadi kepada Dia juga kita minta kekuatan.
Rindu.
Sedikit saja huruf, tapi besar cabarannya...
Seperti perasaan lain; marah, sedih dan sebagainya, kita boleh kawal. Jangan biar perasaan tu yang kawal kita. Cuba.
Elak mudah kalah.
Tak mampu bertahan, cukuplah sederhanakan.
Dan gantikan dengan doa yang berterusan.
- via arnamee

282 - Aku tiada jawapan

Cukuplah bertanyakan tentang jodoh.
Bila ianya datang lewat,
bukan bermakna Allah sengaja melambatkan.
Tapi Tuhan menunggu saat tepat hatimu benar-benar bersedia menerima anugerah paling indah dalam hidupmu.
Seandainya tidak di dunia, pasti bertemu di akhirat sana. Itu janji Allah, maka jaga hatimu untukNya. smile emoticon
- penulis buta

Monday, June 15, 2015

281 - Quote of the day #1

Every story has an end but in life every end is a new beginning.


Friday, June 12, 2015

280 - Check in beberapa hari

Mak kena tahan wad lagi. Ini malam ketiga. Hmmm... gara-gara gula dalam darah rendah. Maka berkampunglah beberapa malam di Hospital Gerik. Nasib baik kena tahan di sini. Kalau kat Ipoh, leceh la sket..


Wednesday, June 10, 2015

279 - Kau pergi

Akhirnya satu keputusan nekad telah dia lakukan. Dia berhenti dan keluar dari daerah ini.

Aku, walaupun sudah menjangkakan ianya berlaku tapi masih belum kuat untuk menerimanya. Atau lebih tepat melepaskan dia pergi. Wahh.. begitu sekali terkesannya aku dengan kehadirannya sejak tiga tahun dahulu.

Jujur aku akui, hati ini amat terkesan. Entah kenapa begitu kuat sekali kesan kehadirannya di dalam hidupku sejak tiga tahun dahulu. Tidak pernah termimpi aku akan berkeadaan seperti ini. Sungguh, aku amat menyenangi kehadirannya walaupun pada awalnya, aku tak suka pada dia. Tapi, takdir Allah... orang yang kita tak suka itulah yang melekat di jiwa ini.

Jangan ditanya apa perasaan aku pada dia. Cukuplah yang tahu aku dan ALLAH. Sukar untuk mentafsir apa perasaan aku pada dia.

Dia akan pergi mencuba nasib di tempat lain. Di sini tidak menjanjikan apa-apa kerana keadaan ekonomi yang semakin meruncing. Masing-masing harus mencuba nasib di tempat. Mungkin rezekinya bukan di sini tapi di tempat lain.

Sedih memang sedih bila memikirkan hari-hari yang bakal dilalui tanpa dia di sini. Seperti yang aku katakan, walaupun aku sudah menjangkakan.. tapi hati ini masih belum kuat untuk menerima. Insya-Allah.. semuanya akan seperti biasa semula bila kita sudah biasa dengan ketiadaannya nanti.

Untuk kamu.. semoga sukses di tempat baru. Semoga jalinan yang ada sekarang akan kukuh sampai bila-bila. Kamu datang dan akhirnya pergi. Tapi kehadiran kamu amat memberi makna dalam diri ini. Sungguh, tidak pernah rasa seperti itu sebelum ini.

Jangan dilupakan kami di sini. Insya-Allah, panjang umur pasti bertemu lagi.


Tuesday, June 09, 2015

278 - Menanti atau melupakan

Penantian itu memang meletihkan. Melupakan juga bukanlah sesuatu yang mudah. 

Tapi yang paling payah adalah tidak tahu untuk memilih samada menanti atau melupakan. 

Kan?

Monday, June 08, 2015

277 - Jauh terbawa hati ini


Sabar menanti
Tidak pernah putus mengharap
Ada tikanya lelah jua
Namun kutepis perasaan itu
Agar tidak menjadi kudis

Istikharahku
Moga disambut-Mu
Bantulah aku hamba-Mu
Yang dambakan pertolongan
Agar tidak salah pilihan
Jika jawapan-Mu tidak seiring harapanku
Moga Kau tabahkan hati ini

Melepaskan ia untuk pergi
Bukan kemahuanku
Setelah lama ia menghuni di sini
Tak bisaku lakukan sendiri
Pinjamkan aku sedikit kekuatan
Agar langkahku tidak goyah
Sebaliknya melangkah dengan gagah
Dan bermaruah.

-Suria Shafie-
08 Jun 2015, 12.56 tengahari.
Bandar Baru Bangi.

276 - Trip ke Bukit Tinggi & Padang, Indonesia (Part 3)

Hari Ketiga

Selepas sarapan dan last shopping depan hotel (ada peniaga yang meniaga depan hotel), kami meneruskan perjalanan ke Padang. Transit untuk kami sebelum pulang ke KL. Perjalanan mengambil masa sangat la lama. Tidur bangun tidur lagi, bangun lagi tapi tak sampai-sampai...hehehe...

Dalam perjalanan kami singgah di kedai menjual teh daun kopi dan jajan. Sempat la main congkak seround.. ada pulak dorang letakkan congkak untuk pengunjung main.


Kemudian kami singgah di Istana Pagar Ruyong. Istana ini pernah terbakar pada tahun 2007 kerana dipanah petir. Melihat video kebakaran tu, seluruh istana utama terbakar. Sedih tengok. So yang ada sekarang, semuanya baru. Di sini cuacanya sangat panas. Berada dalam istana nie macam sauna. Ditambah pula dengan sesaknya manusia yang sangat ramai. Memang agak sesak di dalam nie terutama sekali tingkat 2 dan 3. Kebanyakkan orang tempatan.


Selepas itu kami semua terus ke hotel penginapan terakhir kami di sini iaitu Bunda Hotel. Kondisinya ok-ok saja. Cukuplah untuk 1 malam menginap sebelum pulang. Malam kami makan ikan bakar dan pusing-pusing di mall di sini. Bagi aku, keadaan di sini lebih sesak dan kotor berbanding Bukittinggi yang sejuk.


Cukup sudah cerita trip kami ke Bukittinggi - Padang. 4 hari 3 malam.. bagi aku yang menariknya di sini adalah pemandangan di Bukittinggi saja. Yang lain-lain biasa saja. Bagi shoppers yang suka kain sulam dan telekong, memang syurga bagi mereka. Memang murah dan berbaloi dapat tawar dengan harga yang murah. Kena pandai tawar harga sampai dapat harga yang diinginkan. Nasib baik ada Syamel yang pandai tawar harga. Memang dapat harga yang berbaloi.

Bagi aku cukuplah sekali datang ke sini. Alhamdulillah, merasa juga melihat tempat orang.

Next destination... tak tahu mana lagi.. Krabi? Phuket? Atau Ho Chi Minh lagi...hehehehe...

275 - Trip ke Bukit Tinggi & Padang, Indonesia (Part 2)

Hari Kedua

Kami menginap di Hotel Gran Malindo Bukittinggi. So far, keadaan hotel amat memuaskan cuma makanan yang disediakan tak berapa boleh masuk ke tekak aku. Orang lain ok saja tengok..hehehe..

Hari kedua perjalanan di sambung menuju ke Tasik Maninjau yang melalui 44 selekoh. Ianya lebih dikenali sebagai Kelok 44. Huih.. rasa macam naik roller coster pon ada bila lalu selekoh-selekoh tu. Di sepanjang perjalanan di sajikan dengan pemandangan yang superb! Subhanallah.. cantik sangat view.



Then, kami terus ke Rumah Hamka. Unfortunately, keadaan rumah tersebut agak tidak terjaga. Sayang jika terus tidak terjaga especially, hasil-hasil karya Pak Hamka musnah di makan anai-anai. Walaupun berada di dalam almari tapi jika tidak dijaga, buku-buku tersebut akan menjadi makanan anai-anai yang sudah buat sarang dalam almari tu.


Lepak di sini sekejap saja, lepas tengok sekejap kami membuat gerakan pulang semula ke Bukit Tinggi untuk makan. Di sini sepanjang kami berada di sini, menu wajib adalah nasi padang. Wahhh... abes dietku melantak nasi hari-hari..ngeee..


Kemudian, shopping lagi.. hmmm...mereka-mereka la... daku hanya mampu memerhati...hhehehe..

Friday, June 05, 2015

274 - Trip ke Bukit Tinggi & Padang, Indonesia (Part 1)

Hari Pertama

Jumaat, 22 Mei 2015 seawal jam 3.30 pagi kami sudah bertolak ke KLIA2. Aku, Kak Hus, Kak Dah dengan Kak Long sudah terpacak kat KLIA2 jam 4.30 pagi. Gigih betol kami... hahaha.. mata yang segar bugar sebab excited nak ke sana. Suasana di KLIA2 walaupun pagi-pagi buta sentiasa ramai orang. Ye lah... terminal penerbangan murah. Memang sesak selalu.

Tunggu pula dua bodyguard datang. Dalam pukul 5 pagi baru muncul mereka berdua tu. Then Kak Sue (travel agent) pon dah memunculkan diri bersama ayah dan makcik dia. So, dah cukup korum. Then pegi check-in semua. Lepas check-in, tunggu untuk solat subuh.


Flight jam 7.50 pagi. Sampai 8.40 pagi. Hmmm... kalau ikutkan penerbangan mengambil masa 1 jam 15 minit. Aku rasa pilot nie merempit kat atas. Gila awal sampai! Dah la tu time nak mendarat, dah macam apa dah kitaorang rasa kat dalam flight tu. Nak terkeluar abes isi perut weh.

Sampai saja di Lapangan Terbang Minangkabau, tourist guide kitaorang Pak Ardi dah menunggu. Seterusnya kami terus di bawa untuk bersarapan di Rumah Lamun Ombak. Memandangkan masing-masing sudah kebuluran, dan cuba untuk memesan makanan di sana.. aku dengan yakinnya order Murtabak Mesir. Dalam fikiran mesti rasa lebih kurang ataupun terlebih rempah kot. Sekali rasa.. hmmm.. hahahaha... rasa nak order makanan lain.


Selepas selesai bersarapan, kami di bawa ke Lembah Anai yang mana merupakan tempat air terjun yang popular di sana. View cantik, air terjun sejuk. Di tepi-tepi laluan ada yang menjual baru arked untuk dijadikan batu cincin. Ada yang sudah dicanai dan ada yang masih raw.



Kami meneruskan perjalanan ke Rumah Ranah Minang yang terkenal tu. Siap diceritakan salah silah ada pepatih di sana. Hmmm... dah mcam masuk kelas Sejarah pulak. Tapi best cara penyampaiannya. Tak rasa boring dan kita semakin tertarik untuk mengetahui sejarahnya. Selesai sesi mukadimah itu, maka ada sesi mencuba pakaian pengantin. Waaa... aku dipaksa untuk pakai oleh omak. Hmmm... redo je la. Sewanya 30,000 rupiah... dalam RM10 duit kita. Siap dengan pengantin lelaki dan pengapitnya. Hahahah.. well... first time pakai pakaian sebegitu. Happy!! Rasa macam comel giler aku! Okeh, perasan...heheheh..





Lepas selesai sesi posing memosing, kami di bawa untuk membeli belah dibeberapa kedai telekong, kain sulam dan kain pasang. Aku takder la memborong. Aku datang just nak tengok tempat orang. Hakak-hakak yang lain tu memang memborong.

Okeh, selesai aktiviti hari pertama.

Bersambung..

Thursday, June 04, 2015

273 - Kosong

KOSONG.

Ya.. itu yang aku rasa sekarang. Jiwa kosong. Hati kosong. Fikiran pon kosong. Tak tahu apa yang aku nak buat. Aku buntu dan keliru.

Penat nak mengharungi apa yang berlaku kepada aku dan keluarga sejak akhir-akhir ini. Keseronokan untuk bekerja sudah tiada. Hilang dengan perubahan yang berlaku sejak tiga tahun dahulu. Mungkin aku jenis susah untuk berubah. Tapi, jika sebelum ini sudah gembira dengan keadaan itu.. kenapa perlukan perubahan. Bukan tidak suka perubahan, tapi jika ianya membebankan dan membuatkan aku menjadi seperti begini sekarang... then, aku tak suka dengan perubahan yang berlaku ini.

Itu berkaitan kerja. Bila cakap mengenai keluarga pula.. sejak akhir-akhir ini kesihatan emak semakin merudum. Buah pinggang dia semakin teruk dan kemungkinan akan kena dialisis. Aku asyik risaukan kesihatan emak. Bila saja dapat panggilan dari abang atau Kak Min, hanya ALLAH yang tahu betapa berdebar-debarnya hati ini. Mintak dijauhkan dari segala berita buruk. Walau bagaimanapun, aku perlu persiapkan diri untuk segala kemungkinan yang bakal terjadi.

Bila bercerita tentang soal hati... wahhh... lagi lemah kurasa. Banyak sangat yang berlaku pada aku sampai terasa mengapa malang sangatlah nasib aku bila menyentuh soal perhubungan. Kadang-kadang terfikir, adakah aku ini tak layak untuk ada satu perhubungan yang memerlukan komitmen dari orang lain? Mengapa sampai sekarang masih belum dapat membina satu perhubungan yang diinginkan itu? Yang pasti, jawapannya hanya ada pada Dia. Dia yang tahu apa yang terbaik untuk aku. Husnuzon..

Yang pasti hati ini tidak mampu untuk menerima orang lain yang telah ada seseorang yang menghuni di situ. Mungkin orang akan cakap aku bodoh kerana mengharapkan sesuatu yang belum tentu ditakdirkan untuk diri sendiri. Tapi, dari aku menipu diri sendiri dan memberi harapan palsu pada orang lain.. biar aku sendiri begini. Yang sakit, hanya aku sendiri..

Insya-Allah, pasti ada hikmah. Kelewatan ini mungkin ada sesuatu yang ALLAH mahu aku selesaikan dahulu sebelum Dia kurniakan apa yang aku inginkan. Dia tahu mungkin aku belum bersedia untuk memikul tanggungjawab besar itu dan mahu aku betul-betul bersedia sebelum waktu itu tiba.

Ya, aku sentiasa bersangka baik. Banyak yang aku fikirkan dan aku sentiasa cuba mempositifkan diri sendiri. Menangis dan mengadu pada Dia saja yang mampu aku lakukan. Aku hanya ada Dia tempat aku mengadu kerana Dia pasti akan mendengar setiap apa yang aku adukan. Dia tidak pernah meninggalkan aku..

Jika takdirnya begini, aku redo. Aku rasa aku sudah berusaha, dan mungkin belum masanya lagi. Insya-Allah ianya akan datang pada masa dan ketika yang tepat.