Tuesday, February 27, 2007

Haru biru seminggu

Alhamdulillah... aku sudah mampu menarik nafas lega. urusan pembedahan emak sudah selesai. semalam (Isnin) doktor sudah operate emak. emak pon nampak tenang saja. aku tidak henti2 memberi semangat pada dia supaya hatinya tidak gundah dgn apa yg telah terjadi padanya. kalau dia sedih, aku lagi sedih. sedikit sebanyak aku yg menjadi 'penyebab' emak kena operate. memang susah untuk aku membuat keputusan tersebut. dan aku memang keberatan utk menandatangani surat persetujuan pembedahan yg doktor hulurkan pada aku. tp nyawa mak lebih bernilai pada aku waktu itu. aku sanggup lakukan apa saja asalkan nyawa mak dpt diselamatkan.

Seminggu aku berumahtangga di wad. 2 hari di Hospital Grik dan hampir seminggu di Hospital Taiping demi menemani emak tersayang. aku tak rasa susah sbb aku mahu sentiasa ada di sisi emak. menjaga emak... suap emak makan dan minum... mandikan mak dan segala-galanya aku lakukan utk buat mak rasa selesa berada di wad. aku sentiasa memberi kata2 semangat pd mak agar dia tabah menghadapi musibah yg menimpa dirinya.

Isnin lepas emak dikejarkan ke Hospital Taiping akibat luka di kakinya semakin merebak. di grik tak bleh buat operation. cuma taiping saja yg ada. mahu tak mahu, kami sekeluarga dan famili long bergegas ke Hospital Taiping. hari pertama doktor check dan terus buat keputusan kaki mak terpaksa di potong. segala persiapan utk pembedahan sudah dibuat tp kami dikejutkan dgn berita yg emak ada sedikit masalah jantung (angina). pembedahan tak boleh dibuat. kena kasik jantung mak kuat dulu. kalu pembedahan dilakukan juga, risiko amat tinggi yg mana jantung mak bleh terhenti. na'uzubillah...

Mak terus dikejarkan ke wad jantung utk menstabilkan jantungnya. seminggu juga disitu. kesian tgk mak... memang tak der daya langsung time tu. terbaring lemah dgn nafas yg kadangkala tersekat2. agaknya terkejut dgn keadaan dia tu.

Setelah jantung mak stabil, pembedahan dilakukan juga. alhamdulillah... semuanya dah settle. mak tak ada apa2 komplikasi selepas pembedahan. nurse & doktor pon lega sbb jantung mak tak der masalah waktu pembedahan. syukur pada ALLAH... bila tgk keadaan mak yg sudah stabil, aku amik keputusan utk kembali bekerja. Kak Ma & Kak Ela akan bergilir2 menjaga mak plak. kalu ikutkan hati mmg aku mahu sentiasa di sisi mak. tp tuntutan keje, terpaksa aku akur. tp hati aku lapang bila tgk mak dah lalu makan... dah ada tenaga... muka pon dah merah balik tp pucat cam sebelum nie.

Hari ini aku kembali ke sini. rasa rindu pada mak membuak-buak. tp sekurang-kurang aku lega sbb doktor beri perhatian penuh pd emak aku. thanks to Dr. Rafik, Dr. Venganesh, nurse2 kat wad D1 Hospital Taiping kerana menjaga emak... jasa kalian tidak dpt kubalas...

9 comments:

Anonymous said...

alhamdulillah.. dah selamat sumer..


p/s : tim, kene potong kaki ke.. ako ingat kene buang isi jek.. :(

bANgsaL buROk said...

mek
yup..kalu buang isi risiko kuman tu akan merebak still tinggi..

Unknown said...

sabar la dlm menghadapi ujian tuhan..Sesungguhnya Allah tidak akan menguji hambanya lebih dari kemampuannya.

p/s: Tim, potong kaki dari part mana ke mana.

Anonymous said...

:( sabar bebanyak ye kak Tim.. sayunya baca part2 berkait ngan mak bapak neh..

bANgsaL buROk said...

kak as & satorare
thanks prenz.. kaki mak kena potong atas sket dr buku lali...

Anonymous said...

alhamdulillah...dia semakin sihat. semoga kesihatannya bertambah baik...syukur juga, ibu punya anak seperti BB yg sudi meluangkan masa utk ibu....ramai lagi yang pentingkan keje dari mak, tapi BB mulia hatinya...akak terharu!

Anonymous said...

Anda telah di'tagged' oleh saya. Sila rujuk blog saya:
onebreastbouncing.blogspot.com

bANgsaL buROk said...

akak radengaloh
keje bleh cari kak.. ibu, satu je dlm dunia nie..mana bleh dicari dan diganti...

13may said...

syukur syukur:)