Monday, February 12, 2007

ntah, tak tau nak letak tajuk apa...

Hari Sabtu aku balik semula ke Serdang. walaupun hati berat nak tinggalkan mak yg masih belum sihat sepenuhnya, namun aku ada perlu pulang untuk bertugas. walaupun aku dikejutkan dgn satu berita yg tidak pernah aku jangka akan terjadi pada famili aku, tp itulah yg terpaksa kami terima. walaupun pahit utk ditelan, namun apa yg telah terjadi, tidak akan dpt dipulihkan kembali. apa-apa yg akan berlaku di kemudian hari... itulah yg akan terpaksa kami hadapi dan pikul. memang perit apabila memikirkannya. aku hanya mampu berdoa akan agar ada hikmah di sebalik kejadian itu.

Alhamdulillah... aku masih waras. aku sentiasa berfikiran positif dan sentiasa mengingatkan diri agar sentiasa berfikiran positif. ini salah satu ujian ALLAH buat aku dan keluarga. kalau diikutkan, memang aku fikiran aku kusut sangat. sampai satu tahap rasa nak meletup kepala... dgn kesihatan emak yg begitu. lepas tu ditambah pula masalah yg dibawa oleh *****, memang boleh membuatkan aku seperti putus asa... tp bila memikirkan inilah ujian dari ALLAH, aku akur. setiap ujian dr ALLAH adalah untuk menguji kesabaran aku sebagai hambanya. ALLAH tahu yg aku masih mampu menanggung masalah itu sepertimana yg tercatat dlm al-Quran, surah al-Baqarah ayat 286 yang bermaksud, "ALLAH tidak membebani seseorg itu melainkan sesuai dgn kesanggupannya."
aku terima dgn redha..

Ahad, seawal jam 7.40 pg aku dah keluar utk menjemput Uzin dan kemudiannya kami berdua menuju ke Cheras utk mengambil Misa dan Jaja. kemudian gerak ke Alamanda Putrajaya utk Annual Tournament kelab Malaysianbowlers yg telah dirancang. sampai agak awal di sana. ada la beberapa org member yg dah sampai dan kebanyakan AJK yg bertugas la. apa2 pon sesi mengisi perut menjadi xtvt pertama pada hari tu. hhehehhe... dah kenyang baru bleh nak membaling. kekekkeke...

Acara bermula pd jam 11.00 pg. penyertaan agak menggalakkan. semuanya semangat nak menang. aku lak masuk just nak memeriahkan suasana. 5 games perlu diselesaikan. masuk game ke 4, thumb aku dah menunjukkan tanda2 nak melecet. ye la.. tak selalu membaling. kulit pon lembut la... hehehehhe.. then jari tgh aku cam biasa akan membengkak. nampak gayanya kena pencen main bowling la cenggini. almost 1 year tp still tak ok. huhuuhuhuh... nasib...nasib... setelah membelasah 5 games, dlm pkl 1 lebih baru abis. tunggu sampai kasik hadiah dah pkl 2 lebih. lepas tu gerak masuk bilik meeting utk perlantikan AJK baru bg thn 2007 dan perancangan xtvt bg thn ini. semuanya berjalan lancar... dan kebanyakan AJK dikekalkan berikut kecemerlangan tugas mereka pd tahun lepas... heheheheh...

Dah lama tak kumpul2 main bowling ramai2 camni. seronok sangat... dpt release kekusutan kat kepala otak aku nie. dpt main dgn Aszra yg tomei dan nakal tu. dpt gelak2 dgn kengkawan... bestnyer!!! harap dpt begini sentiasa..


5 comments:

as a.k.a axa87 said...

InsyaAllah TIM, kawan2 yang baik akan sentiasa ada dengan kita di saat kita gembira atau sedih. Apa2 pun, tabah lah menghadapi setiap ujian Allah...Dia maha mengetahui, dan maha mengasihani...

bANgsaL buROk said...

thanks kak as....

milo said...

tim..

mekasih jemput gue..
;)

cik sato said...

(",) kak Tim;

sabar ye.. banyakkan berdoa.. harap mak akak cepat sembuh.. :)

one more, welcome to MB comittee..ngeh ngeh...

bANgsaL buROk said...

misa
no problemo.. aku dah tau jln gi rmh ko. siap sedia le, akan ku 'serang' rmh ko nanti.. ahaks!

sato
thanks...