Thursday, February 08, 2007

Oh ibu....

Aku buat keputusan balik kg mengejut bila infomer aku (yg tak lain tak bukan, Kak Min ler..) sms aku mlm Isnin lepas bgtau aku yg mak demam kuat. Memula aku cuba utk hold sampai cuti raya cina nie, tp nampaknya tak bleh. Walau camner pon aku buat keputusan drastik balik kg esoknya (selasa). Pagi2 lagi Hajar dah tolong drop aku kat komuter Serdang. amik komuter sampai KL Sentral. Dari KL Sentral plak amik cab ke Hentian Duta. Sampai Hentian Duta dlm pkl 9 pg terus pegi beli tiket. Tgk2 bas grak pkl 10 pg.

Sudah 2 hari aku berada di kg. Kesihatan mak better dari first day aku balik. Dah bawa ke klinik dan doc cucuk sejarum. Paras gula dlm darah mak memang tinggi. Entah le naper jadik tinggi camtu? Time aku balik raya aji lepas, tak le tinggi camni. Ibu jari kaki mak aku tgk makin teruk. Ngeri pon ada... Aku ada beli gamat Healin utk bg mak try. Manalah tau mujarab... tp mak nie kena ada org jaga makan ubat-ubat dia. Kalu harapkan dia, alamatnya tak makan la. Aku pon tak tau nak cakap macam mana lagi dgn mak nie.

Skrg nie tak per la aku ada di kg. Mmg aku jaga betul time makan ubat dia. Lepas nie kalau aku dah balik ke Serdang semula, sure dia skip makan ubat. Susah hati aku je bila pikir. Bukannya aku tak harap pada abah utk jaga tp mak nie degil sket. Abah plak bila mak kata tak mor makan ubat... dia tak paksa la. Tp dgn aku sorry la... mmg aku paksa punya dia makan.

Tadi waktu tengahari mak jatuh..huhuhuhuuh... kesiannya tgk mak. Time tu aku aku dgn abah baru lepas cuci luka kat ibu jari kaki dia. Aku pegi la cuci tangan, at the same time mak aku bangun nak gi makan tghari. Aku kuar je dr bilik air tgk2 mak aku dah jatuh. Apalagi...kelam kabut aku dan abah berlari mendapatkan mak aku yg dah terbaring. Gelabah kitaorg dibuatnya.. dlm keadaan gelabah begitu aku dpt dengar suara sebak abah. Aduhai... sedihnya hati ini bila tgk abah gitu. Tak pernah aku tgk abah sedih & sebak seumur idop aku. Huhhuhuhu.... tp mujurlah tak ada apa2 kecederaan pada mak.

Mak... kami sayang mak. Kami harap mak sayangkan diri mak jugak macam kami sayangkan mak. Tolonglah jangan skip makan ubat... kami mintak sangat-sangat!!! Moga mak cepat sembuh seperti sediakala...

YA ALLAH... sembuhkanlah penyakit ibuku. Amin...

3 comments:

13may said...

Amin...

as a.k.a axa87 said...

mudah-mudahan Mak tim akan kembali sihat... Amin

bANgsaL buROk said...

thanks guys...