Jumaat
Janji dgn Misa nak tolong dia pindah barang ke rumah baru dia di Cheras Utama, so disebabkan aku tak tau jln ke rumah dia di Kerinchi, terpaksalah dia dtg Serdang dulu. lepas Maghrib baru le dia sampai kat stesen komuter Serdang. amik dia kat situ terus gerak je Jusco Taman U. on the way ke sana punya lebat ujan.. dgn jem lagi. pergh... mencabar btol. sampai kat sana terus pusing2. rambang mata gak menengok barang. tengok je la.. nak membeli tak mampu. beli hadiah Ma'ton je. set sudu... lawo gak! abis pusing2, pegi isi perut dgn KFC. licin... lepas tu terus gerak ke Kerinchi di dalam kepekatan malam... membelah angin... heheheh..
Sabtu
Lepas mandi, mulakan rekrut mengisi perut di gerai bawah. awal2 pagi makan nasik. blasah je la. sebab lepas nie nak mengangkat barang. kena 'isi minyak' lebih sket. nanti kot tak larat nak angkut barang.. kononnya. dalam pkl 10 pg lori sampai. bermulalah sesi angkut mengangkut. berempat saja.. tp lepas tu berenam bila 2 lagi sahabat sampai. lepa sesi sumbat-menyumbat barang dlm lori dan kereta... berkonvoilah 2 kete dan 1 lori ke Cheras Utama. keadaan trafik tak begitu sibuk. perjalanan ke sana begitu lancar hingga konvoi terpecah 2. hahahahha... nak tau lebih lanjut... baca le blog 'anak-kuang' tu..
Hantar barang rumah Misa dulu. lepas 2 trip mengangkut dgn lift, maka selesai acara memunggah barang di rumah Misa. sambung plak ke rumah Kak Siti di blok berhampiran. ini sesi gigil kepala lutut sebab tak der lift. kena ngantor barang ke tingkat 4 lak tu. hahahhaha... aku gi teman Misa bayar bil2 di ofis dulu baru tolong diaorang. bagus betol la rekrut import dari Seri Kembangan tu. sampai gigil2 kepala lutut la naik turun tangga. heheheheh... chaiyokkkk...!!! satu tepukan gemuruh buat mereka... hehehhehe..
Lepas settle angkat barang di rumah Kak Siti, balik semula ke rumah Misa. member tu nak mengemas2. tp kitaorg layan DVD Superman Return yang tak der sub-title sbb remote DVD player tidak dpt dikesan. layan aje la... pastu sepatutnya ada sesi makan2 di McD tp bila tgk semuanya dah flet abis so amik keputusan call McD Delivery je la. huh... jenuh gak menunggu. dekat sejam baru sampai. tp tak panas la semuanya tu. kentang pon dah lembik cam iklan Pizza Hut. wakakakkak.. tp sebabkan lapar punya pasal.. telan abis semuanya.
Abis makan2, sambung tgk DVD Superman. lepas khatam DVD tu semuanya gerak balik. Pakku & Uzin balik Serdang (dengar kata tapau nasik bungkus pulak balik tu). aku, Misa & Kak Siti gerak ke Jusco Maluri lak. saja... kembali ke tempat jajahan aku suatu tika dulu. waaaa... wendunya kat Jusco Maluri. hehehehe.. tp nak ke sana sikit punya jem. nak buat U-turn dekat setengah jam la Q. sabor je la. kat Jusco Maluri, Misa & Kak Siti shopping sakan. ada beli gelas, ada yg beli mangkuk, ada beli kettle... beli-beli.. jgn tak beli... tgh sale tu... hhehehhe.. aku lak beli sandal je kat Vincci. lepas abis sesi shopping, gerak hantar Kak Siti balik Kerinchi then gerak balik semula ke Serdang. sampai rumah dalam pkl 10 lebih.
Ahad
Seawal 6.30 pg dah bangun. mandi, solat dan siap2 untuk ke kenduri Ma'ton di Taiping. 7.30 pagi dah gerak ke rumah Kak Minah utk amik dia dan Shahrul. dalam 8.30 pg baru bertolak menuju utara dgn Shahrul sebagai driver pertama. perjalanan lancar. kereta tak banyak. berhenti rehat kat R&R Tapah. breakfast dgn Donkin' Donut. lepak jap. then servis bertukar tangan. aku lak bawak pasal mamat tu katanya ngantuk. tp aku tgk tak tido pon. cehh... saja la tu.
Sampai rumah Ma'ton dalam 12.30 tgh. sedang elok la jamuan baru bermula. aku tgk punya la ramai jemputan. jumpa la dgn parents dia. kenal lagi diaorg dgn aku. hehehehe.. terus masuk bilik pengantin. Ma'ton tgh bersiap. amboi... lawo kawan aku sorang nie. biru lagi tema bilik pengantin. lepas amik2 gambar sket, kuar gi isi perut. stail hidang kenduri dia. tp org sekarang dah suka buat bufet. makanan... ok la. biasa-biasa... lepas makan lepak jap sbb aku nak tunggu Azhar & the geng sampai. dia sampai dlm pkl 1.30. time tu aku dah nak gerak gi rumah abang Kak Minah kat Taman Ria. area situ gak... jumpa & cakap kejap ke dgn Azhar, Mad & kawan dia yg botak.
Sebelum balik, jumpa dgn parents Ma'ton. dapat la soklan cepu emas dari bapak Ma'ton. dia tanya, "DAH ADA BELOM?" wakakakkak... sabor je la Che Leman. tak abis2 nak kenenkan aku dgn anak kawan-kawan dia. anak kawan-kawan dia bukan calang2 orang ooo... ustaz ada.. anak pak imam ada.. ada lebai pon ada.. hahahahha.. mau kena gelak dgn kawan2 bila diaorg tau aku dikenenkan dgn anak pak imam ataupun ustaz. pastu terus gerak ke Taman Ria. lepak2 jap dan solat Zohor. hujan turun lebat giler time tu. so, lama la lepak situ. dekat pkl 4 baru ujan reda. mula la sesi gerak balik ke Serdang. ujan kembali turun lebat so, tak dpt la pusing2 bandar Taiping. hajat hati nak mengembalikan nostalgia di sana dgn Misa. tp tak der rezeki... len kali je la.
Maka selepas inilah bermula tragedi sadis Meybi Itamku... huhuhuuhuhuh.... malas nak citer. apa2 pon aku bersyukur sbb 4 nyawa yg ada dlm kete tu still bernafas hingga hari ini. alhamdulillah... Singgah kat R&R Tapah sekali lagi. lepas Asar kat situ, lepak la minum2 kat food court. mula2 pelik sbb kenapa org ramai berkumpul kat situ. rupa-rupanya geng GEMPAK SELEBRITI ASTRO kat situ. bersepah la budak AF kat situ. ramai la yg kerumun. we all berempat duduk lak dlm kelompok tu.. tumpat la glemer diaorg tu. tp tak teringin pon nak amik gambar ker.. mintak otograf ker.. cehh.. buang masa jer! muahahahha.. yg ada situ Liza (yg nampak **l* **t**k), Khai, Amirul, Fitri, Faizal, Hazama, Farhan, Salima, Marsha, Kefli, Mas Satey dan ada lagi 2-3 org budak AF. hahahaha.. yg kelakar bila Shahrul cakap pasal Liza la.. minah nie duduk sebelah meja kitaorg. kitaorg gelak tak hingat.. wakakakak.. kelakar-kelakar.. seksi tak bertempat....
Lepas tu gerak ke gerai buah. aku beli jambu air madu. Misa dan Kak Minah pon sama. lepas tu gerak balik. singgah lagi kat R&R Ulu Bernam utk solat Maghrib dan isi minyak. lepas tu perjalanan terus tanpa henti ke Serdang. Sampai Serdang dalam pukul 9.00 mlm. terus singgah di restoran al-firdausi. isi perut yg kembali kelaparan. Uzin join da club! lepas makan2 Misa dihantar balik oleh Uzin. aku lak hantar Kak Minah & Shahrul. lepas tu dgn berdesupnya aku balik rumah. lepak tgk tv jap lepas tu mandi & solat. lepak tengok Finale The Apprentice. elok je abis citer tu black-out pulak letrik. dengar suara tidak puas hati dr org2 area situ pasal time tu siaran langsung MU vs Chealse.... wakakkaka.. tp kejap je dlm 10 minit dah ok balik. kekekekek.. aku lak terus merebahkan badan ke tilam. tido lagi baik.. malas dah nak pikir apa-apa lagi. yg penting benda dah terjadi.. tak leh tarik balik. redho je laaaaaaaa.... huhuhuhuhuhu...
Minggu lepas memang bertimpa-timpa kejadian yg menimpa aku.. ibarat sudah jatuh, dalam lopak selut pastu kena timpa tangga lak... waaaaaaaaaaaaaaaaa........
SELAMAT PENGANTIN BARU MA'TON & IZZU!!
3 comments:
nanti... saya nak kak tim pakai baju biru tuh.. saya dok sebelah kak tim lak posing tangkap gambar tau.. ngehehehe..
amin.. :P
kekekkeke... amin...
ngehehehe.. satoooo.. nanti ko plak pakai baju biru tu tau.. ako plak dok sebelam sato tangkap gambar tau.. ngehehehehe...
:p
Post a Comment