Thursday, November 23, 2006

Aku, halwa halia dan timbunan kertas

AKU


HALWA HALIA

&


TIMBUNAN KEJE

Tarikh : 23/11/2006
Tajuk Karangan : Aku, halwa halia & timbunan kerja.
Nama cekgu : Pak Ya

Panjang karangan tidak lebih dari 1 perenggan sahaja.

Isi penting :
Aku
Halwa halia
Timbunan kerja

Setiap hujung tahun, selalunya ramai orang akan mengambil cuti untuk menghabiskan cuti tahun. Tapi berbeza dengan aku. Bila akhir tahun sahaja, aku akan ditimbuni dengan kerja-kerja yang perlu disiapkan dalam waktu yang singkat. Oleh sebab itu, tidak banyak masa boleh aku luangkan bersama rakan-rakan. Aku rasa bersalah pada rakan-rakan. Harap mereka mengerti. Sambil-sambil buat kerja, aku makan halwa halia. Rasanya sedikit pedas tapi sedap. Bagus betul untuk buang angin yang berkumpul dalam badan aku ini. Kerja yang aku perlu bereskan sudah menggunung bagai replika Menara Kuala Lumpur. Nampaknya, aku tidak boleh menulis panjang-panjang di sini sebab nanti kena 'cantas'. Sampai ketemu lagi.

p/s Karangan ini telah direject oleh PA cekgu aku... hehehehehe....

2 comments:

sato17 said...

(*_*) halia..erk..tak minat..

tim said...

sedap oooo.... belum cuber.. blom tau!