Sabtu lepas (4 Nov) ramai2 berkonvoi pegi makan kenduri Miza, member opis di Masjid Tanah, Melaka. ramai gak member opis dtg meraikan perkahwinan dia. sronok le member aku tu. group aku, Shahrul, Kak Minah, Ila, Kak Ayu, Kak Som & anak dan Kak Ain gerak awal dlm pkl 10.30 pg. saja pegi awal sbb nanti mana la tau sesat plak. tp mmg sesat pon... hahahahhah.. punya la susah carik rmh dia nie. jln Melaka plak tak familiar sgt. main redah jer... sabor je la. dekat pkl 1 lebih baru sampai rumah pengantin. dah macam nak pi Johor plak.
Waktu we all sampai, dah tak ramai tetamu. dgn perut yg berkeroncong, lepas salam2 pengantin terus serbu makanan. menu hari tu nasi putih, masak lemak nanas campur tulang, asam pedas daging dan sayur campur. sedap wooo... berpeluh2 makan. hehehehhe....
Gerak dari rumah pengantin dalam pkl 2 lebih. singgah jap solat. lepas tu terus gerak balik. on the way balik ujan lebat. seriau aku drive time ujan2 lebat nie. pandai plak drebar asal mintak tukar. katanya ngantuk, tak leh nak drive dah. sabor je la...
Balik dari Melaka terus gi rumah Kak Som. sempat plak akak aku tu goreng mee. blasah je la sbb dah lapar balik. nak plak time ujan2 cenggitu. lepak kat rumah Kak Som lebih kurang sejam jer. time tu dah makin angin kuat. tak leh tunggu lama kang ujan makin lebat lagi. lepas tu terus gerak gi rumah Kak Minah lak. sementelah ngantor dia balik, terus singgah beraya. menu.. mee goreng lagih. heheheh.. tp kali nie dah tak larat nak sumbat. makan kuih jer la..
Lepas maghrib baru gerak balik. ngantor Shahrul gi opis amik motor dia. lepas tu aku balik rmh. perghh.. penat gilak!
Esoknya plak (Ahad), pagi2 aku gi opis. menyiapkan kerja yg diperlukan hari Isnin. pastu kemas2 borang penilaian utk ditimbang kilo. hehehehe... lumayan..lumayan... sibuk buat keje sampai pkl 5.30 ptg. lepas tu balik sbb ujan semakin lebat. tak leh tunggu lama.
Malam lak Biha ajak gi open house rumah Arie. so, lepas Isyak gerak. sampai2 je tgk ramai org dlm rmh dia. aiseh... segan la plak. tp selamba je la. menu kat rumah Arie, soto. sedap gak tp aku tak leh makan byk sbb perut full. baru je lepas buka pose. makan takat amik hati tuan rumah. Arie lak sibuk dok suruh aku tambah. ala Arie... perutku dah tak mampu nak sumbat lagi. tp air bergelas2 plak aku minum... hahahaah....
Dalam pkl 11 mlm baru gerak balik. sempat arr meminjam VCD lanun dgn dia. tq Arie.. muahhsss.. nanti lepas abis tgk aku kasik ko balik. tp rerajin le dtg opis. kekekeke...
No comments:
Post a Comment