Adehhh... dah lama tak menulis sini. tak menyempat nak membebel kat sini. keje banyak giler. la nie tgh rombak balik semula keseluruhan web opis. bos besaq dah byk kali dok remind aku. ye la.. dok tgh buat la nie. rileks la bos... kasik 2 minggu jer. nie dok tgh tunggang terbalik la nie..
At the same time ada plak kena urus jamuan raya opis nie. coming soon Hari Kualiti lak. warghhh... tak berhenti-henti plak event. hujung2 tahun nie mula la macam2 event yg opis nak buat. tp yg aku tak puas hatinya AJK asyik org yg sama. aku la tu... kasik la org lain plak. nak gak merasa menjadi org yang diraikan.. nie kena bertungkus lumus menyiapkan majlis meraikan orang. hhuhuhuuh... menci! menci!!!
Malam semalam gi open house rumah Along & Kak Noreha. actually bukan open house pon.. tp saja dtg makan2. menu kat rumah Along yg paling maveles... kekekeke... masakan org nogori. perghhh... berasap!!! masak lemak nangka, sambal tempoyak, ayam masak lemak, perut masak lemak... semuanya masak lemak cili padi. mana tak berasap dibuatnya. sedapnyer hingga menjilat jari... heheheheh...
Lepas tu tu gerak gi rumah Kak Noreha lak. situ makan ayam goreng, nugget & koktel jer. sbb perut dah full. awal2 lagi dah warning Kak Nor tak payah masak yg berat2. tak bleh nak menyumbatnya dlm perut walaupun dah makan perut extra. hahahahha.... dalam pkl 10 gerak balik rumah dan tido dgn perut yg kekenyangan....
No comments:
Post a Comment