Wednesday, November 22, 2006

DILEMA

Entah kenapa hari nie terlintas di kepala aku tentang 'sesuatu' yang ada dalam diri aku. 'sesuatu' ini sebenarnya ada juga pada orang lain. setiap orang ada 'sesuatu' ini. 'sesuatu' yang aku maksudkan adalah DIRI KITA YANG KE-2! percaya atau tidak, inilah hakikatnya.

Bagi aku dan PENDUA aku nie adalah 2 watak yang amat berbeza sekali perwatakannya. kalu aku putih, PENDUA aku hitam. kalau PENDUA aku api, aku pula tanah. 2 personaliti yang berbeza tp berkongsi 1 tubuh yang sama. dah macam citer yang JIM CAREY berlakon tu. entah apa tajuknya... aku tak ingat! hehehehhe...

Bila sesuatu keputusan cuba dibuat, aku dan PENDUA aku saling 'berdebat'. aku tidak setuju dgn keputusan PENDUA, begitu juga sebaliknya. konflik... konflik... akhirnya aku dan PENDUA tidak mencapai kata putus. permasalahan yang memerlukan penamatnya, tergantung begitu saja.

Hmmm...

1 comment:

misa said...

citer the mask kot.. hehe.. tp tu berubah bila pakai mask tu je..

ehehe.. stended le.. sumer mcm tu le ako rasa.. 'me' like this.. the another 'me' like that plak.. setiapnye bercanggah tp saling melengkapi.. mcm ying & yang la gamak nye..