Salam hari Selasa...
Nak bercerita sket tentang majlis pernikahan abang aku dengan gadis pilihannya yang berasal dari negeri Cik Siti Wan Kembang. Inilah kali pertama aku menjejakkan kaki ke negeri nie. Huhuhu... sadis btol!!!
Jumaat (30/5/08) seawal jam 9.30 pagi aku dgn 3 buah kereta lagi buat gerakan ke Tanah Merah untuk menghantar abang ke rumah pengantin perempuan. Jangkanya petang lepas solat Jumaat majlis akad nikah akan diadakan. Kami semua pegi awal utk rehat2 dulu. Perjalanan dari rumah ke sana memang mencabar. Dengan keadaan jalan yang sentiasa mendaki gunung (Banjaran Titiwangsa) dan bengkang bengkok, perghhh... sedap layan lap ooo!!!! Hehehehehe... aku yang drive ke sana plak tu..On the way, lalu Tasik Banding. Best je layan scenery kat situ. Tak der la stop... nanti lambat plak sampai. Lepas berenti jap kat kawasan rehat titiwangsa. Air kat situ giler sejuk. Cam ais lagaknya... tapi syok oo dok atas tu. Dengan cuaca yang sejuk. Ye la...time tu pagi lagi, tp kalo tengahari panas ler...
Dalam 11 lebih berenti di Bukit Bunga. Kat situ ada gerai2 jual buah2 dan barang2. Kiranya ala2 Padang Besar la.. best gak cuci mata kat situ. Then dlm pkl 12 lebih sambung kembali perjalanan ke Tanah Merah. Dalam pkl 1 tengahari berenti rehat di masjid kawasan situ. Sementara tunggu yang geng lelaki solat Jumaat, kitaorg lepak kat gerai seberang jalan.
Lepas selesai solat, kitaorg semua buat gerakan ke madrasah plak utk majlis akad nikah. Sempoi je tok kadi tu. Dengan sekali lafaz, maka sahlah abang aku menjadi suami orang. Aku tengok mata abah aku merah berair. Tangisan kegembiraan kot bila tengok anaknya dah jadik suami orang. Hehehe... aku plak tukang camerawomen tak berapa nak amatur. Keje aku amik gambor je la...
Lepas majlis akad nikah, buat gerakan pergi rumah pengantin pompuan utk sesi makan2 sket. Lepak dalam sejam lepas tu buat gerakan pulang sebab hari dah hujan. Tak nak tunggu lama2 sbb jalan Grik-Jeli kan terkenal dgn tanah runtuh. So, chow cepat2.
Sabtu (31/5/08), sekali lagi aku menjadi driver utk gi majlis kenduri. Semalam akad nikah je. Hari nie baru kenduri yang betul2. Seperti semalam, aku menjadi driver dan melayan lap di sepanjang perjalanan. Letih memang letih. Cuti balik kg nie asik drive je keje aku. Huhuhu....
Majlis kenduri berjalan dengan lancar. Alhamdulillah... syukur! Lepas nie sibuk kenduri sebelah aku la plak. 7 Jun nie... 2 minggu berturut aku balik kampung. Penat tok sah cakap la.... tapi apa nak buat. Redo je la... hehehehe...
Hantaran dari pihak perempuan
Hantaran dari pihak lelaki
Melewati Tasik Banding yang mendamaikan
Surau tempat majlis akad nikah dijalankan.. hehehe...
No comments:
Post a Comment