Tuesday, May 27, 2008

137 - Merentas 4 negeri

Salam Hari Selasa...

Aduh... penat lagi rasanya gara-gara makan kenduri Biha Ahad lepas. 4 negeri aku rentasi semata-mata untuk meraikan hari bahagia kawan aku nie. Ye la... kendurinya di Jitra, Kedah. Dan aku plak dari Seri Kembangan. Selangor, Perak, Kedah dan Perlis. 4 negeri tu aku rentasi semata-mata untuk turut sama-sama meraikan hari perkahwinan minah nie. hehehe...

Hari Ahad, seawal jam 6.00 pagi aku dan Hajar (housemate) dah buat gerakan keluar dari KL. kena keluar awal pasal nak elak dari jalan ditutup utk marathon apa ntah. Itupun time kitaorg keluar, dah sebelah jln ditutup. Dpt keluar dari KL dlm 6 lebih juga la. Alhamdulillah semua lancar. Singgah di R&R Tapah utk sarap dlm 7.45 pg. Dekat sejam gak la berenti kat situ. Then dlm pukul 8 lebih sambung buat gerakan semula. Kitaorg konvoi dgn Kak Rozie. Dia tunggu kitaorg kt R&R Sg. Perak. Dekat pukul 10 jugak la sampai. Kak Rozie & family dah tunggu. Lepas isi minyak, terus buat gerakan bersama-sama. Memang pecut je. Aku rasa ada la 2-3 keping 'surat chenta' akan sampai nanti. Hahaha... tp dah sound awal2 dgn Kak Rozie, kalau dapat 'surat chenta', husband dia (keje polis) kena tolong la. Muahahaha...

Bila masuk je area Kedah, mata semua dah terbukak luas melihat kehijauan negeri jelapang padi nie. Kagum je sepanjang perjalanan. Memang rasa best sgt tgk sawah terbentang menghijau. Rasa cam nak turun je amik gambo. heheheh... Sampai ke rumah pengantin dalam pukul 12 lebih. Sedang elok la tu. Kebetulan plak rombongan pihak lelaki pon baru sampai. Hmm... kitaorg pon menyelit la dlm rombongan lelaki. Pasangan pengantin pakai sepersalinan pink. Nampak sama cantik sama padan la..

Tahniah Biha & Rizal, MESTI hidup bahagia! hehehe...

Lepas makan & snap 2-3 keping gambo, aku, Hajar dan family Kak Rozie buat gerakan ke Padang Besar. Shopping!!! Hahahaha... aku tangkap blaus selai dgn narita 1. Tu jer... pastu beli makanan ringan sket. Tu jer... tak der la shopping pon. Sebab aku punya target nak beli narita je.. kekekeke...

Pusing-pusing kt Padang Besar dlm 2 jam je pastu dah buat gerakan nak pulang ke Seri Kembangan. Kak Rozie & family terus ke Tanjung Dawai. Aku & Hajar buat gerakan pulang la. Tapi punya la berpusing carik jalan kuar. Hahaha... dekat sejam gak la mencari jalan kuar. Tapi bukan sesat tau! Jalan yg kitaorg amik tu memang betul tp tak yakin. Itu yg asik berpusing tu. Tanya org2 kat situ, memang btol jalan yg kitaorg amik sebelum tu cuma bila jalan tak familiar, dengan signboard yg hampeh. Jadik la gitu... hahahaha...

Lepas tu perjalanan lancar. Berenti jap kat R&R Gurun utk isi perut yg kembali lapar. Lepas solat maghrib, kitaorg terus menerus non-stop. Huh! Utk perjalanan malam, aku mintak Hajar drive sbb mataku tak berapa OK utk memandu malam. Lagipon, kepala aku dah ding-dong... ini bahana tak dpt tidur dgn lena mlm sebelumnya tu. Lepas Sg. Perak, jln jem. Adeii... dekat sejam gak la. Bukan ada eksiden pon, cuma byk kete rosak tepi jln. Dah la kat situ jln berbukit, so, mmg byk la kete yg over-heat!! Cuak gak kitaorg kalu jadik sama. Ye la.. bayangkan kalu kete rosak time tgh2 jln tu. Huih... tp alhamdulillah... mebiku tak buat hal.

Lepas je tol Jelapang, jln kembali clear. Apa lagi, pecut arr sampai 140. hahahha... giler btol minah tu. Tapi tak per la... janji sampai cepat. Akhirnya dlm 2.30 pg sampai jugak kitaorg kt rumah. Penat tak hingat la.. last2 hari Isnin sama-sama tak pegi keje. Terbongkang kepenatan...







1 comment:

---> kelat said...

area tol jelapang... perlu hati2 ye... situ... very2 danger area...