Monday, May 07, 2007

Jalan-jalan hujung minggu

Semalam seawal pukul 9 pagi lagi Kak Rozie dah calling2. tanya nak pi kenduri En. Sapran tak. aku OK jer. maka berjanji le aku, Kak Rozie & Ila nak gi kenduri. dlm pukul 12 tgh aku buat gerakan amik Ila dulu then tunggu Kak Rozie kat bus stop tasik. lepas Kak Rozie sampai, konvoi le 2 buah kete gi makan kenduri. tak le jauh sangat. dekat2 perumahan Serdang nie jer. majlis agak meriah. time sampai, meja makan beradap baru dok dihias. terawal sampai kitaorg nie. menu, nasi minyak+nasi putih, ayam goreng rempah, rebung masak lemak cili padi, nenas masak sambal (first time aku jumpa), kari dal. dah abis makan, buat gerakan pulang la plak sbb petang dlm kol 5.30 ptg ada plan nak gi makan2 kat Bagan Lalang. baru jer nak kuar dr khemah makan, terserempak dengan Aren. apo da adik aku nie... rumah bukannya jauh. menunggu dia sampai macam la rumah jauh berbatu2. rupa2nya dia tersalah gi majlis kenduri. hahahahhaha... sabor je la...

Ptg dlm pkl 5 dah kuar. gi isi minyak dulu then gerak ke rumah wiyah. nak survey bilik kosong. bilik tak le besar sgt tp sewa 200... huhuhuuhuh... pegi lagi 1 rumah. lg mahal... 260... mak aii...lepas tu amik Ila & gerak ke opis. Aren dah menunggu. pastu tunggu Biha, Sya & laki dia mai. dlm 6 ptg berkonvoi la 2 buah kete menunggu ke satu destinasi iaitu BAGAN LALANG. bestnyerr........!!!!!!!!!!

Perjalanan sedikit terganggu apabila ketua konvoi tersalah amik jalan.. hahahaha.. bila dah dekat setengah jam baru tersedar salah jalan. sabor je la. apa lagi.. buat U trun balik la. dlm 7.30 mlm baru sampai. time tu dah gelap. ruginya tak dpt tgk sunset. tp disebabkan perut dah lapar.. semua pakat makan nasik je. padahal mula2 set nak makan ikan bakar. hehehehe.. lepas makan.. gi lepak2 kat tepi pantai yg gelap gulita. sampai membiarkan kaki diulit buih-biuh ombak yg berebut2 ke pantai.. cewaahhh... lepak dlm setengah jam pastu buat gerakan balik. sampai rumah dlm pkl 10.30 mlm. hmmm... bestnyer tp tak puas hati sbb tak dpt tgk pantai. nie kena pegi lagi nie.. hehehehhe...

2 comments:

13may said...

keh keh keh...camna bleh silap jalan tuh...hahha

bANgsaL buROk said...

kekekeke...