Tuesday, November 28, 2006

LEPASKAN RASA ITU (buat teman)

Lepaskan cerita cinta kau dan dia
dia bukan milikmu
tutup lembaran memori kau dan dia
kerna dia milik orang lain
usah diingat perkara yang lalu
hanya akan merobek hatimu

Lihatlah kelilingmu
bukalah pintu hatimu
ada insan lain menanti
masih ada sinar di balik jendela
untuk kau terokai

Sudahlah
lepaskan dia dan rasa cintamu
yang masih bersisa buatnya
keluarkan dirimu dari kotak itu
jangan seksa hati dan perasaanmu
hanya kerana dia yang sudah dimiliki
oleh insan lain.

Monday, November 27, 2006

Macam-macam cerita...

Macam-macam benda yang berlaku sepanjang minggu lepas. ada citer gumbira... ada citer sedih... ada citer sadis... huhuhuhuhu... ringkasannya...

Jumaat
Janji dgn Misa nak tolong dia pindah barang ke rumah baru dia di C
heras Utama, so disebabkan aku tak tau jln ke rumah dia di Kerinchi, terpaksalah dia dtg Serdang dulu. lepas Maghrib baru le dia sampai kat stesen komuter Serdang. amik dia kat situ terus gerak je Jusco Taman U. on the way ke sana punya lebat ujan.. dgn jem lagi. pergh... mencabar btol. sampai kat sana terus pusing2. rambang mata gak menengok barang. tengok je la.. nak membeli tak mampu. beli hadiah Ma'ton je. set sudu... lawo gak! abis pusing2, pegi isi perut dgn KFC. licin... lepas tu terus gerak ke Kerinchi di dalam kepekatan malam... membelah angin... heheheh..

Sabtu

Lepas mandi, mulakan rekrut mengisi perut di gerai bawah. awal2 pagi makan nasik. blasah je la. sebab lepas nie nak mengangkat barang. kena 'isi minyak' lebih sket. nanti kot tak larat nak angkut barang.. kononnya. dalam pkl 10 pg lori sampai. bermulalah sesi angkut mengangkut. berempat saja.. tp lepas tu berenam bila 2 lagi sahabat sampai. lepa sesi sumbat-menyumbat barang dlm lori dan kereta... berkonvoilah 2 kete dan 1 lori ke Cheras Utama. keadaan trafik tak begitu sibuk. perjalanan ke sana begitu lancar hingga konvoi terpecah 2. hahahahha... nak tau lebih lanjut... baca le blog 'anak-kuang' tu..


Hantar barang rumah Misa dulu. lepas 2 trip mengangkut dgn lift, maka selesai acara memunggah barang di rumah Misa. sambung plak ke rumah Kak Siti di blok berhampiran. ini sesi gigil kepala lutut sebab tak der lift. kena ngantor barang ke tingkat 4 lak tu. hahahhaha... aku gi teman Misa bayar bil2 di ofis dulu baru tolong diaorang. bagus betol la rekrut import dari Seri Kembangan tu. sampai gigil2 kepala lutut la naik turun tangga. heheheheh... chaiyokkkk...!!! satu tepukan gemuruh buat mereka... hehehhehe..

Lepas settle angkat barang di rumah Kak Siti, balik semula ke rumah Misa. member tu nak mengemas2. tp kitaorg layan DVD Superman Return yang tak der sub-title sbb remote DVD player tidak dpt dikesan. layan aje la... pastu sepatutnya ada sesi makan2 di McD tp bila tgk semuanya dah flet abis so amik keputusan call McD Delivery je la. huh... jenuh gak menunggu. dekat sejam baru sampai. tp tak panas la semuanya tu. kentang pon dah lembik cam iklan Pizza Hut. wakakakkak.. tp sebabkan lapar punya pasal.. telan abis semuanya.

Abis makan2, sambung tgk DVD Superman. lepas khatam DVD tu semuanya gerak balik. Pakku & Uzin balik Serdang (dengar kata tapau nasik bungkus pulak balik tu). aku, Misa & Kak Siti gerak ke Jusco Maluri lak. saja... kembali ke tempat jajahan aku suatu tika dulu. waaaa... wendunya kat Jusco Maluri. hehehehe.. tp nak ke sana sikit punya jem. nak buat U-turn dekat setengah jam la Q. sabor je la. kat Jusco Maluri, Misa & Kak Siti shopping sakan. ada beli gelas, ada yg beli mangkuk, ada beli kettle... beli-beli.. jgn tak beli... tgh sale tu... hhehehhe.. aku lak beli sandal je kat Vincci. lepas abis sesi shopping, gerak hantar Kak Siti balik Kerinchi then gerak balik semula ke Serdang. sampai rumah dalam pkl 10 lebih.


Ahad
Seawal 6.30 pg dah bangun. mandi, solat dan siap2 untuk ke kenduri Ma'ton di Taiping. 7.30 pagi dah gerak ke rumah Kak Minah utk amik dia dan Shahrul. dalam 8.30 pg baru bertolak menuju utara dgn Shahrul sebagai driver pertama. perjalanan lancar. kereta tak banyak. berhenti rehat kat R&R Tapah. breakfast dgn Donkin' Donut. lepak jap. then servis bertukar tangan. aku lak bawak pasal mamat tu katanya ngantuk. tp aku tgk tak tido pon. cehh... saja la tu.


Sampai rumah Ma'ton dalam 12.30 tgh. sedang elok la jamuan baru bermula. aku tgk punya la ramai jemputan. jumpa la dgn parents dia. kenal lagi diaorg dgn aku. hehehehe.. terus masuk bilik pengantin. Ma'ton tgh bersiap. amboi... lawo kawan aku sorang nie. biru lagi tema bilik pengantin. lepas amik2 gambar sket, kuar gi isi perut. stail hidang kenduri dia. tp org sekarang dah suka buat bufet. makanan... ok la. biasa-biasa... lepas makan lepak jap sbb aku nak tunggu Azhar & the geng sampai. dia sampai dlm pkl 1.30. time tu aku dah nak gerak gi rumah abang Kak Minah kat Taman Ria. area situ gak... jumpa & cakap kejap ke dgn Azhar, Mad & kawan dia yg botak.

Sebelum balik, jumpa dgn parents Ma'ton. dapat la soklan cepu emas dari bapak Ma'ton. dia tanya, "DAH ADA BELOM?" wakakakkak... sabor je la Che Leman. tak abis2 nak kenenkan aku dgn anak kawan-kawan dia. anak kawan-kawan dia bukan calang2 orang ooo... ustaz ada.. anak pak imam ada.. ada lebai pon ada.. hahahahha.. mau kena gelak dgn kawan2 bila diaorg tau aku dikenenkan dgn anak pak imam ataupun ustaz. pastu terus gerak ke Taman Ria. lepak2 jap dan solat Zohor. hujan turun lebat giler time tu. so, lama la lepak situ. dekat pkl 4 baru ujan reda. mula la sesi gerak balik ke Serdang. ujan kembali turun lebat so, tak dpt la pusing2 bandar Taiping. hajat hati nak mengembalikan nostalgia di sana dgn Misa. tp tak der rezeki... len kali je la.


Maka selepas inilah bermula tragedi sadis Meybi Itamku... huhuhuuhuhuh.... malas nak citer. apa2 pon aku bersyukur sbb 4 nyawa yg ada dlm kete tu still bernafas hingga hari ini. alhamdulillah... Singgah kat R&R Tapah sekali lagi. lepas Asar kat situ, lepak la minum2 kat food court. mula2 pelik sbb kenapa org ramai berkumpul kat situ. rupa-rupanya geng GEMPAK SELEBRITI ASTRO kat situ. bersepah la budak AF kat situ. ramai la yg kerumun. we all berempat duduk lak dlm kelompok tu.. tumpat la glemer diaorg tu. tp tak teringin pon nak amik gambar ker.. mintak otograf ker.. cehh.. buang masa jer! muahahahha.. yg ada situ Liza (yg nampak **l* **t**k), Khai, Amirul, Fitri, Faizal, Hazama, Farhan, Salima, Marsha, Kefli, Mas Satey dan ada lagi 2-3 org budak AF. hahahaha.. yg kelakar bila Shahrul cakap pasal Liza la.. minah nie duduk sebelah meja kitaorg. kitaorg gelak tak hingat.. wakakakak.. kelakar-kelakar.. seksi tak bertempat....


Lepas tu gerak ke gerai buah. aku beli jambu air madu. Misa dan Kak Minah pon sama. lepas tu gerak balik. singgah lagi kat R&R Ulu Bernam utk solat Maghrib dan isi minyak. lepas tu perjalanan terus tanpa henti ke Serdang. Sampai Serdang dalam pukul 9.00 mlm. terus singgah di restoran al-firdausi. isi perut yg kembali kelaparan. Uzin join da club! lepas makan2 Misa dihantar balik oleh Uzin. aku lak hantar Kak Minah & Shahrul. lepas tu dgn berdesupnya aku balik rumah. lepak tgk tv jap lepas tu mandi & solat. lepak tengok Finale The Apprentice. elok je abis citer tu black-out pulak letrik. dengar suara tidak puas hati dr org2 area situ pasal time tu siaran langsung MU vs Chealse.... wakakkaka.. tp kejap je dlm 10 minit dah ok balik. kekekekek.. aku lak terus merebahkan badan ke tilam. tido lagi baik.. malas dah nak pikir apa-apa lagi. yg penting benda dah terjadi.. tak leh tarik balik. redho je laaaaaaaa.... huhuhuhuhuhu...


Minggu lepas memang bertimpa-timpa kejadian yg menimpa aku.. ibarat sudah jatuh, dalam lopak selut pastu kena timpa tangga lak... waaaaaaaaaaaaaaaaa........


SELAMAT PENGANTIN BARU MA'TON & IZZU!!

Thursday, November 23, 2006

Aku, halwa halia dan timbunan kertas

AKU


HALWA HALIA

&


TIMBUNAN KEJE

Tarikh : 23/11/2006
Tajuk Karangan : Aku, halwa halia & timbunan kerja.
Nama cekgu : Pak Ya

Panjang karangan tidak lebih dari 1 perenggan sahaja.

Isi penting :
Aku
Halwa halia
Timbunan kerja

Setiap hujung tahun, selalunya ramai orang akan mengambil cuti untuk menghabiskan cuti tahun. Tapi berbeza dengan aku. Bila akhir tahun sahaja, aku akan ditimbuni dengan kerja-kerja yang perlu disiapkan dalam waktu yang singkat. Oleh sebab itu, tidak banyak masa boleh aku luangkan bersama rakan-rakan. Aku rasa bersalah pada rakan-rakan. Harap mereka mengerti. Sambil-sambil buat kerja, aku makan halwa halia. Rasanya sedikit pedas tapi sedap. Bagus betul untuk buang angin yang berkumpul dalam badan aku ini. Kerja yang aku perlu bereskan sudah menggunung bagai replika Menara Kuala Lumpur. Nampaknya, aku tidak boleh menulis panjang-panjang di sini sebab nanti kena 'cantas'. Sampai ketemu lagi.

p/s Karangan ini telah direject oleh PA cekgu aku... hehehehehe....

Wednesday, November 22, 2006

DILEMA

Entah kenapa hari nie terlintas di kepala aku tentang 'sesuatu' yang ada dalam diri aku. 'sesuatu' ini sebenarnya ada juga pada orang lain. setiap orang ada 'sesuatu' ini. 'sesuatu' yang aku maksudkan adalah DIRI KITA YANG KE-2! percaya atau tidak, inilah hakikatnya.

Bagi aku dan PENDUA aku nie adalah 2 watak yang amat berbeza sekali perwatakannya. kalu aku putih, PENDUA aku hitam. kalau PENDUA aku api, aku pula tanah. 2 personaliti yang berbeza tp berkongsi 1 tubuh yang sama. dah macam citer yang JIM CAREY berlakon tu. entah apa tajuknya... aku tak ingat! hehehehhe...

Bila sesuatu keputusan cuba dibuat, aku dan PENDUA aku saling 'berdebat'. aku tidak setuju dgn keputusan PENDUA, begitu juga sebaliknya. konflik... konflik... akhirnya aku dan PENDUA tidak mencapai kata putus. permasalahan yang memerlukan penamatnya, tergantung begitu saja.

Hmmm...

Tuesday, November 21, 2006

JiWe kaCO

Permulaan minggu yg boleh memandomkan seluruh minggu aku.. hehehe.. tgk tajuk pon dah tau kan. jiwe kaco... sesuatu yg aku elakkan tp kalu ia nak mai gak, nak wat camna kan. redho je la..

Sabtu & Ahad lepas aku berkampung di opis. menyiapkan keje yg sudah hampir deadline. open house & kenduri kawen kengkawan semuanya aku skip. mintak maaf bebanyak le... tak daya aku nak mengagihkan diri. kalu aku tak pi rumah korang, ada kawan lain yg pegi. tp kalu aku tak siapkan keja aku nie, korang nak tolong siapkan ker..? wakakakkaka...

Alhamdulillah.. berjaya juga menyetelkan apa yg perlu disetel. so far 80% siap keje aku tu. dah submit pada ketua jabatan utk review. bila dia kata ok, aku upload semua apa yg boleh diupload. so status skrg nie... tunguuuuuuuu..

Ma'ton dok sibuk call pasal kenduri dia. ahad nie kendurinya.. asalnya aku diminta dtg awal sehari atau dua hari sebelum majlis. tak dapat la memenuhi permintaan bakal pengantin baru nie. keje tgh banyak kat opis. aku gi time kenduri je la. tp kad minah nie tak sampai2 lagi. dah seminggu pos katanya. apa punya lembab da pos UPM nie. muahahahha....

Dalam dok nyembang2 tu dia bgtau yg MAD dah bertunang. huhuhuhuuh... tunang senyap-senyap. tak bgtau pon... sampai ati!! tau le dah berubah hati, takkan le tak bgtau pada gepren lama nie... sedeynyer... sedeynyer... uwaaaa...!!!!! semoga berbahagia la, kenduri nanti tak yah jemput ler.. aku tak mau pi kenduri ko... huhuhuhuuhuhu....

Hmmm... sorang demi sorang kengkawan aku menamatkan zaman solo atau bakal menamatkan zaman solo. aku???? still menten solo.... huhuhuhuhuhu....

p/s berkabung sebulan....huhuhuhuhu...

Friday, November 17, 2006

b.i.z.i.t.a.h.a.p.g.a.b.a.n.

Minggu nie memang bizi gilos. sepanjang minggu sibuk dengan macam-macam acara. belum campur dgn keje hakiki lagi. makin bertimbun-timbun la. warghh.. aku tak suka ujung tahun. aku kepenatannnn...!!!!!!

Awal-awal minggu lagi buat persiapan utk sambutan hari raya UPM. opis kena open satu gerai. kena letak menu dan hias. ada pertandingan plak tu. tapi seperti biasa, we all memang terkenal dgn bab hias-menghias nie. we all menang 3 anugerah. gerai paling banyak menu, gerai hiasan tercantik dan keseluruhan no. 3. hehehehe... bestnyer...bestnyer...

Hari nie baru jer abis jamuan raya kat opis. majlis kira berjalan lancar gak la walaupun ada suara-suara yang tidak puas hati.. ada yang merajuk sbb tak disambut... entah ler.. camtu pon nak merajuk ke? alahai... kang suruh gi belajar ILMU IKHLAS dgn Pak Aji Romli baru tau! muahahahah..

Sudah selesai 2 event besar... ada lagi satu event, HARI Q plak. coming soon.. bln Disember kat Mariott Putrajaya. adehhh...

Friday, November 10, 2006

Uwaaa............!!!!!!!!!!!!

'Boipren' dah kawen... senyap-senyap plak tu. sampai ati..!!!!!! uwaaaa....

SELAMAT PENGANTIN BARU 'BOIPREN' !!!! SEMOGA BAHTERAMU TIDAK DILAMBUNG OMBAK DAN TENANG TIBA KE DESTINASI ABADI...

Congrats to Dr. Fazley & wife!

Thursday, November 09, 2006

bizinyer idop...!!!

Adehhh... dah lama tak menulis sini. tak menyempat nak membebel kat sini. keje banyak giler. la nie tgh rombak balik semula keseluruhan web opis. bos besaq dah byk kali dok remind aku. ye la.. dok tgh buat la nie. rileks la bos... kasik 2 minggu jer. nie dok tgh tunggang terbalik la nie..

At the same time ada plak kena urus jamuan raya opis nie. coming soon Hari Kualiti lak. warghhh... tak berhenti-henti plak event. hujung2 tahun nie mula la macam2 event yg opis nak buat. tp yg aku tak puas hatinya AJK asyik org yg sama. aku la tu... kasik la org lain plak. nak gak merasa menjadi org yang diraikan.. nie kena bertungkus lumus menyiapkan majlis meraikan orang. hhuhuhuuh... menci! menci!!!

Malam semalam gi open house rumah Along & Kak Noreha. actually bukan open house pon.. tp saja dtg makan2. menu kat rumah Along yg paling maveles... kekekeke... masakan org nogori. perghhh... berasap!!! masak lemak nangka, sambal tempoyak, ayam masak lemak, perut masak lemak... semuanya masak lemak cili padi. mana tak berasap dibuatnya. sedapnyer hingga menjilat jari... heheheheh...

Lepas tu tu gerak gi rumah Kak Noreha lak. situ makan ayam goreng, nugget & koktel jer. sbb perut dah full. awal2 lagi dah warning Kak Nor tak payah masak yg berat2. tak bleh nak menyumbatnya dlm perut walaupun dah makan perut extra. hahahahha.... dalam pkl 10 gerak balik rumah dan tido dgn perut yg kekenyangan....

Monday, November 06, 2006

Jalan-jalan ke makan kenduri & open house

Sabtu lepas (4 Nov) ramai2 berkonvoi pegi makan kenduri Miza, member opis di Masjid Tanah, Melaka. ramai gak member opis dtg meraikan perkahwinan dia. sronok le member aku tu. group aku, Shahrul, Kak Minah, Ila, Kak Ayu, Kak Som & anak dan Kak Ain gerak awal dlm pkl 10.30 pg. saja pegi awal sbb nanti mana la tau sesat plak. tp mmg sesat pon... hahahahhah.. punya la susah carik rmh dia nie. jln Melaka plak tak familiar sgt. main redah jer... sabor je la. dekat pkl 1 lebih baru sampai rumah pengantin. dah macam nak pi Johor plak.

Waktu we all sampai, dah tak ramai tetamu. dgn perut yg berkeroncong, lepas salam2 pengantin terus serbu makanan. menu hari tu nasi putih, masak lemak nanas campur tulang, asam pedas daging dan sayur campur. sedap wooo... berpeluh2 makan. hehehehhe....

Gerak dari rumah pengantin dalam pkl 2 lebih. singgah jap solat. lepas tu terus gerak balik. on the way balik ujan lebat. seriau aku drive time ujan2 lebat nie. pandai plak drebar asal mintak tukar. katanya ngantuk, tak leh nak drive dah. sabor je la...

Balik dari Melaka terus gi rumah Kak Som. sempat plak akak aku tu goreng mee. blasah je la sbb dah lapar balik. nak plak time ujan2 cenggitu. lepak kat rumah Kak Som lebih kurang sejam jer. time tu dah makin angin kuat. tak leh tunggu lama kang ujan makin lebat lagi. lepas tu terus gerak gi rumah Kak Minah lak. sementelah ngantor dia balik, terus singgah beraya. menu.. mee goreng lagih. heheheh.. tp kali nie dah tak larat nak sumbat. makan kuih jer la..

Lepas maghrib baru gerak balik. ngantor Shahrul gi opis amik motor dia. lepas tu aku balik rmh. perghh.. penat gilak!

Esoknya plak (Ahad), pagi2 aku gi opis. menyiapkan kerja yg diperlukan hari Isnin. pastu kemas2 borang penilaian utk ditimbang kilo. hehehehe... lumayan..lumayan... sibuk buat keje sampai pkl 5.30 ptg. lepas tu balik sbb ujan semakin lebat. tak leh tunggu lama.

Malam lak Biha ajak gi open house rumah Arie. so, lepas Isyak gerak. sampai2 je tgk ramai org dlm rmh dia. aiseh... segan la plak. tp selamba je la. menu kat rumah Arie, soto. sedap gak tp aku tak leh makan byk sbb perut full. baru je lepas buka pose. makan takat amik hati tuan rumah. Arie lak sibuk dok suruh aku tambah. ala Arie... perutku dah tak mampu nak sumbat lagi. tp air bergelas2 plak aku minum... hahahaah....

Dalam pkl 11 mlm baru gerak balik. sempat arr meminjam VCD lanun dgn dia. tq Arie.. muahhsss.. nanti lepas abis tgk aku kasik ko balik. tp rerajin le dtg opis. kekekeke...

Thursday, November 02, 2006

Indah

Semalam
kau dan aku berdua
seperti memeterai satu janji
bila tanganku kau pegang erat
tidak bisa lepas...

Enaknya perasaan itu
bagai mengalir di setiap pembuluh darahku
setiap sarafku bagai disentuh oleh
renjatan kasihmu
menusuk, namun indah...

Kita saling berpandangan
kau tersenyum
aku tersenyum
kita sama-sama tersenyum
indahnya perasaan itu...

Hati kita berbicara
bagai tahu apa yang tersirat
tidak perlu diungkapkan
kau dan aku tahu
hati kita senada
hati kita seirama...

Kau membawa kupergi
tanganku masih di genggamanmu
erat sekali, bagai terpatri
bercantum kemas
indah sekali perasaan ini
biarpun hanya sebuah mimpi...

Galeri [ n.o.s.t.a.l.g.i.a.k.u.a.l.a.d.a.l ]

Waktu balik beraya di kampung abah (Kuala Dal & Padang Rengas, Kuala Kangsar) hari tu sempat la aku snap beberapa gambar2 yg menjadik kenangan bg aku waktu kecik2 dulu. Contohnya gambar masjid tertua kat Perak (kalu tak silap aku). masjid nie memang dekat giler dgn rumah arwah opah dulu. seberang jalan jer. dulu kecik2, aku memang kagum dgn senibina masjid nie. dah 100 lebih usia masjid nie. uniknya masjid nie sbb dindingnya dibuat daripada anyaman (kalau tak silap aku lagi). dulu waktu balik kampung, aku & famili suka gi mandi sungai belakang masjid ni. memang hari-hari gi mandi kat sungai belakang masjid nie. dekat dengan rumah mak sedara aku gak. tapi sayangnya masjid nie kerajaan Perak tak amik apa2 inisiatif utk baik pulih masjid yg boleh dikategorikan sebagai salah satu bahan sejarah penting dan bernilai bagi kerajaan negeri. huhuhuhu.. sedih aku tgk keadaan masjid ni yg sudah mula reput dan diselaputi lumut. sekarang nie dah ada masjid baru yg dibina di sebelah masjid lama nie. tak besar sgt masjid baru tu sbb kawasannya kecik jer. sebelah masjid nie ada kedai labu sayong.

Haaa... ini landasan keretapi yg still guna sampai sekarang. sapa2 yg naik keretapi mmg akan lalu depan rumah opah aku nie. nak ke rumah opah aku kena lintas landasan keretapi nie dulu. kecik2 dulu mmg syok tgk keretapi lalu. teruja betol! ye la... tak dpt naik, dpt tgk pon kira best tak hingat la... kagum tahap gaban lawan resakse... hahahahah..


Hmmm... inilah rumah arwah opah dan tok dulu. tgk la keadaannya.. dah tinggal rangka. sedihnyer tgk... tok meninggal time aku blom lahir. opah lak time aku umor 10 tahun. tak sempat nak manja2 dgn diaorg. ye la.. balik kg pon jarang. dulu kalu balik kg, kena naik bas. jalan plak.. mak aii... cam ular kena palu. kalu dapat balik, mesti best giler sbb dapat gi mandi sungai... dpt tgk ketapi lalu.. mlm2 dengar bunyi ketapi lalu... hehehehehe...

hmmm... rindunya pada kenangan lalu... sob.. sob..