Monday, June 23, 2008

142 - Seri Kembangan - KLIA - Putrajaya

Ahad lepas, aku temankan Hajar gi hantar mak dia nak gi umrah. Gerak dari rumah pkl 7.30 pg. Sempat singgah Anjung utk sarapan. Dalam pkl 8 lebih juga kitaorg gerak ke KLIA. Then sebelum pkl 9 pg kitaorg dah sampai kat KLIA. ramai la geng yang sama gi umrah dgn Makcik Laila (mak Hajar) dok menunggu. Senang je nak kenal geng diaorg nie sbb bawak beg kaler kuning & purple yg giler striking!! hahaha... lupa plak aku nak snap gambar beg tu. siries... dari jauh dah nampak. Hahaha...

Aku lak, sementara Hajar dok sembang2 dgn famili dia, aku pusing2 store yg ada di KLIA tu. Bleh kata semua aku jengah. Nak lepak2 dgn diaorg, segan la plak. Ye la... bukan famili aku pon. Muahahahha... Lepas salam2 semua, dlm pkl 10.30 diaorg dah kena masuk balik berlepas. Semua nampaknya ok. Sempat lagi makcik Laila pesan kt aku soh tengok-tengokkan anak dia. Kekekek.. insyaallah...

Lepas tu aku dan Hajar terus buat gerakan ke Hospital Putrjaya, si Naim (tunang Hajar) kena warded. Snap pada pinggang sampai tak leh jalan. Huhuhu..sian sungguh tengok dia. nak bergerak pon kena berhat-hati, takut kalau tiba2 kena 'serang', sure menjerit kesakitan. Langsung tak bleh berjalan sekarang nie.... sadis tul!

Lepak sana sampai tengahari. Pastu singgah Alamanda jap. Hajar nak beli barang2 basah utk masakkan sup ayam buat Naim. Aku lak sempat singgah Secret Recipe beli Chocolate Indulgence Cake & Carrot Cake. Perghhh... heavennyer dapat makan kek tu.... heheheheh... sebelum balik kitaorg singgah makan kat Pizza Hut! Yeay....

Balik je rumah aku tolong masakkan sup ayam utk Hajar bawak kt Naim. Main 'campak-campak' je bahan-bahan. Hahahah... sempoi tapi yg penting sedap giler! muahahahha... Dalam pkl 6 lebih Hajar buat gerakan ke hospital semula. Dia tido sana temankan Naim. Hmmm.... moga Naim cepat sembuh, amin!

Saturday, June 21, 2008

141 - Membawa diri

Salam petang Sabtu.

Aku kerja hari lagi minggu nie. Menyiapkan keje yang entah bilakan siap. Warghhh... tensen akuh! Bila dah tepu kepala otak nie... aku layan memblog jap. hehehe...

Semalam aku dah plan nak tido awal. Dalam pukul 10 dah masuk tido. Tak lama lepas tu aku dengar ada mesej masuk dalam henpon aku. Sapa la plak nie ngaco je... Bila aku bukak jer mesej tu.

'Kak tim.... huhuhu... ;-( '

Aik? Apesal la plak kenanya dengan adik aku sorang nie? Risoa plak aku. Aku balas tanya kenapa? Then dia balas balik dgn mesej yang semakin pelik. Cam org tengah frust. Cakap nak gi jauh... nak gi tenangkan fikiran. Aku makin risau. Nak call, kredit dah agak nazak. So, aku decided turun gi kedai beli top-up.

Lepas beli je top-up aku terus call dia. Tanya punya tanya... dia still tak mau berterus terang. Dari gaya cakap konfem arr baru lepas nangih. Aiseh... Lepas tu aku tanya lagi, dia kat mana. Dia jawab kat highway. Aku tanya lagi highway mana? Then dia jawab dah dekat area Nilai. Ishh... apa kenalah dgn adik aku nie?

Aku try pujuk dia soh balik sini. Datang rumah aku. Tapi dia tolak. Dia still kata nak tenangkan fikiran. Dah lama tengah jiwa kacau, takut plak aku dia buat apa2 tindakan yang bodoh. Tapi yang amat aku kesalkan, aku still tak berjaya pujuk dia balik. Tapi dia janji nak dtg ofis hari nie dan jumpa aku. Tak mengapalah... dia dah besar. Lelaki plak tu... harap2 dia dapat jaga diri.

Pagi nie aku mesej dia semula bagitau aku ada di ofis. Then dia balas mesej aku dan dia kata dia ada kat tengah2 BANDAR MELAKA!!! Ya ALLAH... terkejut aku! Dia tak balik semalam. Alasan hujan lebat. Takut nak redah. Ok, aku terima jawapan dia tu. Aku still cuba pujuk dia balik. Tapi aku still tak berjaya. Adus.... tak senang hati aku dibuatnya..

Ya ALLAH, Kau peliharalah iman dia. Lindungilah dia dari segala keburukan. Amin...

Wednesday, June 18, 2008

140 - Bertuah

Lucky by Jason Mraz ft. Colbie Caillat

Do you hear me,
I'm talking to you
Across the water across the deep blue ocean
Under the open sky, oh my, baby I'm trying

Boy I hear you in my dreams
I feel your whisper across the sea
I keep you with me in my heart
You make it easier when life gets hard

I'm lucky I'm in love with my best friend
Lucky to have been where I have been
Lucky to be coming home again
Ooohh ooooh oooh oooh ooh ooh ooh ooh

They don't know how long it takes
Waiting for a love like this
Every time we say goodbye
I wish we had one more kiss
I'll wait for you I promise you, I will

I'm lucky I'm in love with my best friend
Lucky to have been where I have been
Lucky to be coming home again
Lucky we're in love every way
Lucky to have stayed where we have stayed
Lucky to be coming home someday

And so I'm sailing through the sea
To an island where we'll meet
You'll hear the music fill the air
I'll put a flower in your hair
Though the breezes through trees
Move so pretty you're all I see
As the world keeps spinning round
You hold me right here right now

I'm lucky I'm in love with my best friend
Lucky to have been where I have been
Lucky to be coming home again
I'm lucky we're in love every way
Lucky to have stayed where we have stayed
Lucky to be coming home someday
Ooohh ooooh oooh oooh ooh ooh ooh ooh
Ooooh ooooh oooh oooh ooh ooh ooh ooh

Wednesday, June 11, 2008

139 - Syukur semuanya selesai...

Alhamdulillah.... lega sangat!!! Hal-hal kenduri abang aku dah selamat selesai. Kenduri sebelah famili aku pon baru je lepas 7 Jun lepas. Alhamdulillah.. semuanya berjalan lancar. Majlis tak der cacat celanya. Syukur sangat.. cuma aku je pagi tu demam sket. Nie gara-gara terlalu penat agaknya. Huhuhu...

Bangun pagi tu, aku dah rasa rumah berpusing. Aku dah riso sbb aku kena masak lauk pengantin. Kalu 'chef de mission' demam, camner plak.. hhahahah.. Aku terus telan panadol 2 biji & tidur sekejap. Sejam lepas tu, aku dah rasa OK sket. Nasib baik... huhuuhuh...

Semuanya kami sepupu sepapat uruskan sendiri majlis nie. 'Org2 luar' tak ramai sangat menolong. Tak tahu la naper... maybe sbb kitaorg tempah katering, so diaorg pikr tak der benda la nak ditolong sangat. Itu yg rasa macam nak pengsan je menguruskan kenduri kawen abang aku nie. Tapi, walaupun sepupu sepapat yg beberapa kerat yg ada tu... we all tetap berjaya menguruskan kenduri nie dengan jayanya. Yes!!!

Hmmmm... Dah ada kak ipaq la aku. Pelik je nak panggil 'kakak' sebab dia muda setahun dari aku. hehehehe... apa-apa pon, welcome to our family, sis!!

Lepas nie tunggu bulan November la plak... satu lagi kenduri akan datang. Huhuhuhu... gerunnyer....

Tuesday, June 03, 2008

138 - Menjejakkan kaki negeri Cik Siti Wan Kembang

Salam hari Selasa...

Nak bercerita sket tentang majlis pernikahan abang aku dengan gadis pilihannya yang berasal dari negeri Cik Siti Wan Kembang. Inilah kali pertama aku menjejakkan kaki ke negeri nie. Huhuhu... sadis btol!!!

Jumaat (30/5/08) seawal jam 9.30 pagi aku dgn 3 buah kereta lagi buat gerakan ke Tanah Merah untuk menghantar abang ke rumah pengantin perempuan. Jangkanya petang lepas solat Jumaat majlis akad nikah akan diadakan. Kami semua pegi awal utk rehat2 dulu. Perjalanan dari rumah ke sana memang mencabar. Dengan keadaan jalan yang sentiasa mendaki gunung (Banjaran Titiwangsa) dan bengkang bengkok, perghhh... sedap layan lap ooo!!!! Hehehehehe... aku yang drive ke sana plak tu..

On the way, lalu Tasik Banding. Best je layan scenery kat situ. Tak der la stop... nanti lambat plak sampai. Lepas berenti jap kat kawasan rehat titiwangsa. Air kat situ giler sejuk. Cam ais lagaknya... tapi syok oo dok atas tu. Dengan cuaca yang sejuk. Ye la...time tu pagi lagi, tp kalo tengahari panas ler...


Dalam 11 lebih berenti di Bukit Bunga. Kat situ ada gerai2 jual buah2 dan barang2. Kiranya ala2 Padang Besar la.. best gak cuci mata kat situ. Then dlm pkl 12 lebih sambung kembali perjalanan ke Tanah Merah. Dalam pkl 1 tengahari berenti rehat di masjid kawasan situ. Sementara tunggu yang geng lelaki solat Jumaat, kitaorg lepak kat gerai seberang jalan.

Lepas selesai solat, kitaorg semua buat gerakan ke madrasah plak utk majlis akad nikah. Sempoi je tok kadi tu. Dengan sekali lafaz, maka sahlah abang aku menjadi suami orang. Aku tengok mata abah aku merah berair. Tangisan kegembiraan kot bila tengok anaknya dah jadik suami orang. Hehehe... aku plak tukang camerawomen tak berapa nak amatur. Keje aku amik gambor je la...

Lepas majlis akad nikah, buat gerakan pergi rumah pengantin pompuan utk sesi makan2 sket. Lepak dalam sejam lepas tu buat gerakan pulang sebab hari dah hujan. Tak nak tunggu lama2 sbb jalan Grik-Jeli kan terkenal dgn tanah runtuh. So, chow cepat2.

Sabtu (31/5/08), sekali lagi aku menjadi driver utk gi majlis kenduri. Semalam akad nikah je. Hari nie baru kenduri yang betul2. Seperti semalam, aku menjadi driver dan melayan lap di sepanjang perjalanan. Letih memang letih. Cuti balik kg nie asik drive je keje aku. Huhuhu....

Majlis kenduri berjalan dengan lancar. Alhamdulillah... syukur! Lepas nie sibuk kenduri sebelah aku la plak. 7 Jun nie... 2 minggu berturut aku balik kampung. Penat tok sah cakap la.... tapi apa nak buat. Redo je la... hehehehe...

Hantaran dari pihak perempuan

Hantaran dari pihak lelaki

Melewati Tasik Banding yang mendamaikan

Surau tempat majlis akad nikah dijalankan.. hehehe...