Sabtu lalu (20/12/2008), bangun pagi dikejutkan oleh deringan telefon dari adek. Ajak sarapan sama2.. aku on jer sebab sengsorang je kat rumah sementelah menunggu Kak Min sampai dari kampung. Budget dia sampai tengahari, so sempat la jumpa dengan adek dulu.
Dalam 10.30 pg adek dah sedia menunggu. Kami menghala ke Restoran Azwath untuk bersarapan, menu; aku memilih roti sardin dan adek setia dengan roti planta garingnya. Lepak makan-makan sambil bercerita tentang tonemen boling petang semalam di Mines. Aku puas hati menang walaupun dapat tempat kedua, dia plak ralat sebab aku tak dapat no. 1 (dia partner aku). Eleh... akak tak heran la.. janji kali nie akak membolot hadiah2 utama. Hehehehe.. kiranya satu peningkatan la. Dari segi ranking wanita, aku berada di atas sekali.. kira no. 1 la kan..hehehehe..
Selesai makan di Restoran Azwath, aku 'mendera' dia untuk membawa aku ke Baker's Cottage plak. Beli bekalan utk tengahari... rasa tak kenyang plak makan roti sardin. Heheheh.. sempat la beli suratkhabar sekali. Lepas hantar aku balik, adek pon berangkat pulang sebab katanya abah dia nak guna kereta plak.
Dalam pukul 1 tghari, Kak Min call.. dia dah on the way amik aku lepas amik Pojan di Maluri. Dalam pkl 1.45 ptg, kami membuat gerakan ke Kemanan dengan 1 tujuan dan 1 harapan.. hehehe.. cam tagline AF je.. tapi nie lebih kepada Kak Min la. Aku hanya peneman, Pojan lak driver terhormat.. hahahaha.. layankan ajer...
Perjalanan sedikit sesak di Ampang. Biasa la, MRR2... esp. simpang nak turun ke Maluri. Lepas tu jalan dah clear. Sampai di Kemaman dalam pkl 7 malam. Maka di situlah bermulalah ekspidisi mencari rumah yang Kak Min dah ingat2 lupa. Pastu kena 'kencing' lak dengan mamat hampeh tu. Memang hangin... memang patut pon ALLAH dah takdirkan begitu. Memang hampeh betol mamat tu... auta!
Dalam pkl 9 malam baru berjumpa rumah yang dicari-cari. Kami biarkan Kak Min berbincang dari hati ke hati dengan mereka. Biar mereka tahu apa sebenarnya terjadi dan berlaku. Kak Min dah nekad, kami berdua yang menjadi peneman tidak langsung menyampuk atau membuka mulut.. kami beri sepenuh kebebasan kepada Kak Min untuk berbicara, meluahkan apa yang terperuk di dalam hati. Namun begitu, dia sedikit terkilan kerana orang yang dia ingin sekali nak jumpa, tiada di rumah. Tapi, masalah tersebut sudah selesai dengan aman. Kak Min tampak begitu tenang walaupun sesekali nada suaranya bergetar dan sedikit sebak.. aku tahu dia kuat..menahan walang di hati..
Setengah jam berada di rumah tu bagaikan terlalu lama. Setelah bersalaman dan memohon ampun dan maaf serta pinta dihalalkan makan dan minum serta memulangkan kembali barang-barang kepunyaan pihak sana, kami pun mengangkat kaki untuk pulang. Kak Min masih cuba berlagak ceria walaupun aku tahu, di dalam hati dia sedang menangis hebat... aku dapat rasakannya...
Perjalanan pulang ke Serdang mengambil masa 5 jam. Dalam jam 3 pagi kami selamat sampai di rumah.. alhamdulillah..
Kak Min, semoga tabah. Sudah itu yang ditakdirkan... masih ada cahaya yang menerangi lorong perjalananmu..
No comments:
Post a Comment