Hmmm... Sabtu lepas aku mengemas rumah. Aku dah kacau penempatan Cik Ti. Memang niat aku pon nak menghapuskan penempatan Cik Ti. Aku tak suka sama kau Cik Ti. Menyampah aku tengok kau. Dah la tu, main cak-cak plak dengan aku. Ingat aku teringin sangat nak main sorok-sorok dengan kau? Tak hingin akuh...!!! Blah la kau Cik Ti...!!!
Pastu kau bengang plak kat aku. Abis kau mengamuk satu rumah. Kau sepah-sepahkan sisa buangan kau di rumah itu. Memang ampeh la kau Cik Ti..!!! Tak per... takper... nampaknya kau sudah melancarkan perang dengan aku. Tak per Cik Ti... aku sahut... hmmm.. tunggulah nanti... Aku akan tempek muka kau di sini. Biar semua orang kenal sama kau... hahahahaha...!!!!
teduhan dikala langit menangis, di situ kumelakar setiap memori di awan putih lalu membiarkan ia direnggut bayu menghembus...
Tuesday, December 30, 2008
181 - Ketat mode
SEMESTER BARU SUDAH BERMULA
MAKA BERMULALAH SEMULA
BERTIMPA-TIMPA
MAKA DENGAN INI
AKU ISYTIHARKAN
MINGGU INI
AKU BERADA DALAM
MODE KETAT
180 - Selamat Pengantin Baru Kawan
Khamis sempena Krismas, kawan serumah aku Siti Hajar Wali telah selamat dinikahkan dengan pasangannya Mohamad Naim Hasmuni. Aku ditemani adek turut sama meraikan pasangan sejoli ini. Jadi, buat Hajar & Naim.. semoga ikatan yang terjalin berkekalan hingga hujung nyawa. Aku mendoakan kebahagiaan kalian berdua.
Kenduri pada Sabtu (27/12/08) juga aku turut ditemani oleh adekku yang setia. Walaupun agak lewat petang (3 lebih) baru datang, nampaknya pengantin tak menang tangan memenuhi permintaan kengkawan nak bergambar. Tetiba aku rasa sayu... entah la.. apa-apa pon, tahniah sekali kawan.

Naim menyerahkan mas kahwin RM80 buat Hajar
Selamat dah kawan aku sorang nie, alhamdulillah...
Hijau lagi.. hehehehe.. semoga berbahagia beb...
Monday, December 22, 2008
178 - Serdang - Kemaman - Serdang
Sabtu lalu (20/12/2008), bangun pagi dikejutkan oleh deringan telefon dari adek. Ajak sarapan sama2.. aku on jer sebab sengsorang je kat rumah sementelah menunggu Kak Min sampai dari kampung. Budget dia sampai tengahari, so sempat la jumpa dengan adek dulu.
Dalam 10.30 pg adek dah sedia menunggu. Kami menghala ke Restoran Azwath untuk bersarapan, menu; aku memilih roti sardin dan adek setia dengan roti planta garingnya. Lepak makan-makan sambil bercerita tentang tonemen boling petang semalam di Mines. Aku puas hati menang walaupun dapat tempat kedua, dia plak ralat sebab aku tak dapat no. 1 (dia partner aku). Eleh... akak tak heran la.. janji kali nie akak membolot hadiah2 utama. Hehehehe.. kiranya satu peningkatan la. Dari segi ranking wanita, aku berada di atas sekali.. kira no. 1 la kan..hehehehe..
Selesai makan di Restoran Azwath, aku 'mendera' dia untuk membawa aku ke Baker's Cottage plak. Beli bekalan utk tengahari... rasa tak kenyang plak makan roti sardin. Heheheh.. sempat la beli suratkhabar sekali. Lepas hantar aku balik, adek pon berangkat pulang sebab katanya abah dia nak guna kereta plak.
Dalam pukul 1 tghari, Kak Min call.. dia dah on the way amik aku lepas amik Pojan di Maluri. Dalam pkl 1.45 ptg, kami membuat gerakan ke Kemanan dengan 1 tujuan dan 1 harapan.. hehehe.. cam tagline AF je.. tapi nie lebih kepada Kak Min la. Aku hanya peneman, Pojan lak driver terhormat.. hahahaha.. layankan ajer...
Perjalanan sedikit sesak di Ampang. Biasa la, MRR2... esp. simpang nak turun ke Maluri. Lepas tu jalan dah clear. Sampai di Kemaman dalam pkl 7 malam. Maka di situlah bermulalah ekspidisi mencari rumah yang Kak Min dah ingat2 lupa. Pastu kena 'kencing' lak dengan mamat hampeh tu. Memang hangin... memang patut pon ALLAH dah takdirkan begitu. Memang hampeh betol mamat tu... auta!
Dalam pkl 9 malam baru berjumpa rumah yang dicari-cari. Kami biarkan Kak Min berbincang dari hati ke hati dengan mereka. Biar mereka tahu apa sebenarnya terjadi dan berlaku. Kak Min dah nekad, kami berdua yang menjadi peneman tidak langsung menyampuk atau membuka mulut.. kami beri sepenuh kebebasan kepada Kak Min untuk berbicara, meluahkan apa yang terperuk di dalam hati. Namun begitu, dia sedikit terkilan kerana orang yang dia ingin sekali nak jumpa, tiada di rumah. Tapi, masalah tersebut sudah selesai dengan aman. Kak Min tampak begitu tenang walaupun sesekali nada suaranya bergetar dan sedikit sebak.. aku tahu dia kuat..menahan walang di hati..
Setengah jam berada di rumah tu bagaikan terlalu lama. Setelah bersalaman dan memohon ampun dan maaf serta pinta dihalalkan makan dan minum serta memulangkan kembali barang-barang kepunyaan pihak sana, kami pun mengangkat kaki untuk pulang. Kak Min masih cuba berlagak ceria walaupun aku tahu, di dalam hati dia sedang menangis hebat... aku dapat rasakannya...
Perjalanan pulang ke Serdang mengambil masa 5 jam. Dalam jam 3 pagi kami selamat sampai di rumah.. alhamdulillah..
Kak Min, semoga tabah. Sudah itu yang ditakdirkan... masih ada cahaya yang menerangi lorong perjalananmu..

177 - Happy bowling
Petang Jumaat yang lepas, ofis aku ada buat bowling tournament kat The Mines Bowl. Tournament bermula jam 3.30 petang dan selesai jam 6.00 petang. Alhamdulillah, setelah bertungkus lumus menguruskan tournament nie, akhirnya semua berjalan dengan lancar. Thumbs up to all my committee... we all the best! ahahahah.. ye la.. dah 3 tahun berturut2 menguruskan tournament camtu.. dah kira expert la kan.. kekekeke.. tapi kali nie kitaorg buat secara berpasangan dan ada 2 kategori; terbuka dan veteran. Penyertaan amat menggalakkan expecially dari geng veteran. Ye lah.. kali nie diaorang akan bersaing sesama mereka dalam lingkungan umur yang sama.. kekeke.. ada berani la mau masuk ini tournament..
Aku partner dengan adek aku... alhamdulillah, kami berdua dapat naib johan. Aku lak suka sangat bila aku dapat high score & high series untuk kategori wanita. hehehehe.. triple joy.. ahaks..!!
Bila dah menguruskan tournament dan jadik player sekali..memamg penat tak hengat punya. Bila abis tournament badan dah lemau. Balik semula ke ofis untuk hantar Kak Rozie & Lin. Lepas tu buat gerakan pulang ke rumah.

Thursday, December 04, 2008
176 - salam iduladha
Selamat menyambut hari raya korban blogger semua.. berhati-hati di jalan raya. ingatlah orang yang sentiasa mengingati anda..
berada di luar kawasan liputan 5 Dis. 2008 - 14 Dis. 2008
Monday, December 01, 2008
175 - || SiLeNT ModE ||
Subscribe to:
Posts (Atom)