Terasa kau semakin jauh
jauh sekali hingga sukar kucapai
mengapa?
apa yang sebenarnya berlaku?
Saban hari kurasa
kau semakin menghilang
walau ada tetapi tiada
aku tidak dapat rasakan
kehadiranmu di sudut hati ini.
Jika tidak ada lagi perasaan itu
lepaskan ia dari merantai jiwa kita
jika masih ada, jangan lepaskan
bajailah ia, siramilah ia.
Aku tidak mahu kau menjauh
kerana aku tidak mahu terasa kehilangan
Aku tidak mahu kau menghilang
kerana aku tidak mahu terasa kejauhan
Jangan pergi sebelum sempat kita berbicara
apa yang tersirat di dalam hati kita...
-FPP, 1 Feb. 2008-
No comments:
Post a Comment