Tuesday, February 12, 2008

125 - CNY Holiday (Edisi terkujat)

Salam pagi Selasa.

Nak cerita sket cerita-cerita sensasi time aku balik kampung hari tu. Aku gerak balik kampung hari Khamis tu..nasib baik tak le jammed sangat. Kuar dari KL smooth jer... tp bila dah masuk highway... masak gak la. Tambah2 lagi bila nak sampai ke tol Jelapang. perghhh... berasap nak lepas. Diaorg tgh buat tol baru kat situ.

Sampai rumah dalam pukul 12 tengahari. Lepas tu lepak2 kat rumah, mak aku pon bukak citer yang abang dan Kak Min nak tunang. Whattttt?????? Memang takajut beruk aku dibuatnya. Abang aku nak tunang 1 Mac nie. Dia berkenan dgn orang dari negeri yang menjadi kepantangan abah aku. Tapi dia berkeras gak. Abah tak leh nak buat apa dah la. Dah jodoh agaknya. Kak Min lak dapat org Terengganu.

So, aku tergamam je la. Ye la, tak der angin... tak der ribut tetiba dapat tau berita besar cenggitu. Aku cam tak sedia nak handle event besar2 camtu. Tak berpengalaman. Dulu lainlah.. waktu sepupu2 aku yg lain kawin, aku masih kanak2 rebina. Tak terlibat langsung kerja2 kenduri kawin nie. Sekarang nie mak aku dah tak upaya, so semuanya akan terletak 200% atas bahu aku la untuk menghandlenya. Adeh... ngeri lak aku rasa nak menanti saat tibanya nanti. Maybe bulan 8 kot kendurinya nanti. Kenduri Kak Min & abang akan serentak dijalankan. Adeh.. aku rasa aku nak pengsan dulu....

Kat rumah dah mula kelam kabut. Aku dah blur sebab sepupu2 aku dah sibuk dgn persiapan. Rumah kena kemas dulu! Itu kata diaorg. Aku ikutkan saja. Maka cuti aku selama 4 hari dipenuhi dengan xtvt mengemas rumah. Penat tok sah citer la. Memang flet abis cuti kali nie. Tapi enjoy. Kebetulan plak Kak Lela baru lahirkan anaknya yg ke-4. Mohd Adam nama babynya. Comei btol! Tapi tak dpt nak main sgt dgn baby baru sbb dok sibuk mengemas rumah. Kesempatan cuti lama nie, ramai gak yg balik berkumpul kt kampung. Happy btol aku! Aam & Kak Lela buat kenduri arwah. Saja-saja nak menjamu org makan. Jarang kitaorg dapat kumpul ramai-ramai cenggitu. Memang happy sangat cuti kali nie.



Mohd Adam Mohd Idham (si botak yg comei)

No comments: