Assalamualaikum. Salam pagi Isnin.
Sabtu lalu aku tersentak dengan pemergian secara mengejut Along, anak Kak Minah (staf di ofis) akibat kemalangan jalanraya. Dengar katanya dia langgar belakang kereta then tercampak ke jalan. Lepas tu, lori plak langgar dia. Waktu dapat panggilan dari Kak Minah, aku dan Biha ada kat Precint 16 Putrajaya. Ingatkan lepas settle urusan di situ, kami nak buat gerakan ke Alamanda. Lepas dapat panggilan dari Kak Minah, kami terus memecut ke bahagian kecemasan Hospital Serdang.
Waktu kami sampai, Kak Minah dah famili blom sampai. Yang ada cuma bakal besan dia sekeluarga. Dalam 5 minit kemudian baru Kak Minah sampai. Rasa sedih sangat tengok Kak Minah sekeluarga berpeluk-peluk sambil nangis. Aku cuba juga tahan air mata. Dalam pada tu, aku sms semua kat member2 ofis bagitau berita sedih nie.
Kemudian kami semua gerak ke rumah mayat sbb jenazah dah dibawa ke sana. Tunggu dalam 15 minit cenggitu, baru dapat tengok jenazah. Kali nie air mata aku tak dapat dibendung lagi. Berderai abis. Tengok Kak Minah dan Angah meraung. Aduss... memang memilukan. Abg. Rahim pon sama nangih. Ye la.. yang meninggal tu anak sulong diaorg dan bakal kahwin bulan 5 nie. Siti, (tunang Along) menangis sambil memanggil-manggil Along. Lagi syahdu dan pilu...
Bila dah sudah selesai melihat jenazah, masing2 buat gerakan pulang. Famili Kak Minah balik untuk buat persiapan di rumah. Aku dan Biha pun buat gerakan pulang dan berjanji nak pegi rumah Kak Minah lepas Maghrib. Ramai jugak geng ofis datang melawat. Aku lepak kat rumah Kak Minah sampai kol 10 mlm.
Esok paginya pula, dalam pukul 10 pg Biha amik aku dan buat gerakan ke Masjid UPM. Jenazah Along akan dimandi dan disembahyangkan di situ. Ramai yang datang memberi penghormatan terakhir. Alhamdulillah... Waktu aku sampai, jenazah sedang dikafankan. Kami semua sempat melihat jenazah Along buat kali terakhir. Wajahnya tenang saja. Kemudian, dalam pkl 11, jenazah dibawa ke kubur. Segala urusan selesai dalam pkl 12 tengahari. Waktu talkin dibaca, sekali lagi airmata nie berderai-derai turun. Tak bleh tahan. Tambah2 plak bila tengok Angah yang tak henti2 nangis. Sedih btol dia...
Segalanya sudah tersurat. Dia hanya dipinjamkan kepada ayah dan ibunya selama 25 tahun sahaja. Kini, sudah sampai masanya dia kembali ke pencipta-Nya. Mohd Redzuan Abd. Rahim, tenanglah dikau di sana... amin!
2 comments:
utk pengetahuan, arwah adalah salah seorang teman coursemate (hrd) sy di upm..terasa sangat kehilangan..arwah seorang yg periang..suka pinjam nota sy..rasa terkilan jugak sebab xdpt tgk jenazah dikebumikan..apapun semuanya telah selamat.. semoga roh arwah dicucuri rahmat..Al-Fatihah..
inna lillahi wa inna ilaihi rajiun..
al-fatihah utk arwah..
Post a Comment