Thursday, December 07, 2006

5 hari 5 malam di Marriott Putrajaya

Bermula dari Jumaat malam (1 Dis '06) aku dan tenaga kerja seminar AHRD sudah bergerak ke Hotel Marriott Putrajaya. seminar nie berlangsung dari 2-5 Dis '6. memang memenatkan. banyak citer suka, duka, sakit hati, geram, terharu, kelakar, hangin satu badan dan macam-macam lagi berlaku sepanjang berada di situ.

Jumaat (1 Dis) dlm pukul 10 mlm berkonvoi 1 pajero, 3 kereta ke hotel. aku drive sengsorang sambil follow pajero ofis. muatan kereta penuh dgn baju utk menampung penggunaan selama 5 hari 5 mlm di sana. shahrul tumpang letak baju dlm keta aku tp dia naik pajero dgn pak lah. sampai je hotel, terkagum la aku sekejap. lawo.... heheheheh... terus masuk parking. berpusing2 nak dpt parking. penuh giler.. last2 level UGA baru dapat. huhuhuhu.. kebetulan mlm tu ada function dr syarikat mana ntah. itu yg penuh giler parking hotel.

Sampai terus ke check-in bilik. nak tgk keadaan bilik camner. dpt tingkat 10. mak aii.. pastu jauh dr bilik bebudak lelaki tu. ibarat aku ke timur diaorang ke barat. dah le diaorg tak nak teman aku gi check bilik. hampeh btol la.... aku pon dgn hati yg terbuku gi sengsorang. tgk2 kejap je pastu terus cabut gi bilik bebudak lelaki. sampai je situ diaorg tgh tarik2 tilam. ye la, ada 4 org yg akan tido situ... kena susun tilam le. aku gerenti housekeeper penin kepala tgk bilik diaorg tu. hahahahha..

Lepas abis diaorg mengemas kitaorg semua gerak ke bilik seketeriat. angkut barang2 masuk ke bilik tu. senang esok tak kelam kabut. condition bilik, tahap beku giler!!! wawawawa.. mau ada yg mengulang toilet 50 kali sehari.. hahahahha.. duduk bilik seketeriat sampai dekat pukul 12 tgh malam. mata masing2 dah ngantuk. terus gi parking utk amik beg. aku lak dgn sore serak2 harimau dah tak larat nak bukak mata. cakap2 dgn diaorg je sore aku tak berapa nak keluar. muka shahrul pelik je dengar sore romantik akuh... hahahaha. sampai bilik je.. terus mandi & solat isyak then terus melelapkan mata di atas tilam nan empuk sambil dibuai angin aircond yg membeku!!! rasa cam dok dlm peti ais dah rasanya.

Hari Sabtu ada pre-konferens. semua berjalan lancar. abis ptg.. mlm tak der apa2 aktiviti. lepak je dlm bilik sambil layan tv. ahad pon sama, ada pre-konferens second session. ptg plak ada countryside tour. satu slot khas utk bawak peserta luar negara melawat kampung kanchong darat utk tgk IKS kat situ. satu bas UPM disediakan dgn muatan hampir 40 peserta. asal rancangan, we all AJK naik bas skali. tp sbb dah full, pajero ofis dijadikan transport AJK. so aku, shahrul, en. fauzi (cameraman) dan pak lah selaku drebar bergerak ke kanchong darat dlm pkl 2.00 ptg. destinasi pertama adalah di satu tempat memproses kerepek dan kuih2 tradisional org melayu yg dipanggil WARISAN. diaorg ada sediakan makanan. punya la mat2 dan minah2 saleh serbu utk rasa. dan ada lak yg rasa sedap terus beli. peserta nie bukan semua omputih tp ada korea, india, sri lanka, vietnam, etc. sepanjang berlangsung konferens nie mmg berhabuk la speaking. wakakakakak.. blasah je janji diaorg paham. grammar semua lintang pukang! kkekekeke...

Destinasi kedua ke tempat buat air & tanam orkid. berbual2 dgn peserta dari US. alisia kot nama dia.. dia tanya aku student ke staf. aku ckp le staf. then dia kata aku nampak muda cam student. muda ke aku? kekekekek... aku cakap le umur aku 26, dia punya terkejut dan tak percaya. dia ingat aku umur 18! hahahahahah.... mudanyer aku. hilang 8 tahun tu... muahahhaha... aku bgtau en. fauzi & shahrul.. apa lagi diaorg tu buat muka kat akuh... hahahaah... jeles le tu...!!! lepak kejap je kat situ sbb kitaorg nak singgah kenduri rumah Ijam kat area situ gak. time tu kenduri dah di hujung2 waktu. pengantin pon dah lepak2 kat luar. takajut Ijam nampak kitaorg datang dgn foreigner semua. lagi takajut nampak akuh. hehehehhe... semua peserta teruja sbb dpt tgk majlis kahwin org melayu. pengantin yg dah bersantai terpaksa bersanding semula semata-mata nak memenuhi permintaan dari diaorg. punya la seronok diaorg asyik tangkap gambar. keadaan membahang dlm rumah tu tak dipedulikan. pastu Ijam & wife kasik bunga telur pd diaorg. suka benor diaorg... kkekekek... Ijam lak atas pelamin sempat plak jeling2 kat aku yg dok tepi jaga kipas (tolong hala pd pengantin). kekekekke.. Ijam weh, wife dok sebelah tu.. jgn dok jeling2 kat aku. hehehehehh...
itu citer lama. yg lepas tu lepas ler...

Lepas tu kami semua gerak ke hotel impian (kalau tak silap aku) di Pantai Morib. ada jamuan dr ADUN di situ. byk btol makanan... apa lagi belasah la. dah le lunch tak sempat amik sbb terkejar2 utk ke kanchong darat tu. kami sepatutnya balik pkl 5.30 tp disebabkan peserta seronok sgt dgn lawatan nie.. hingga kami terbabas satu jam. 6 lebih baru gerak balik. itu pun diaorg balik dulu. aku & geng naik pajero sempat solat asar dulu sblm balik ke hotel marriott. sampai hotel dlm 7 lebih. kena rush bersiap plak sbb malam tu ada opening ceremony. aku tak sempat nak mandi, terus solat maghrib then siap2. hahahahha... teruk btol la. malam tu hidangan chinese food. ada 7 courses... mak aii.. lambatnyer menunggu sampai dessert. tp puas hati.. makanan sedap! hehehehe... first time makan!!!

Esoknya Isnin ada hari konferens yg sebenar-benarnya. tugas berjalan smooth dgn bantuan student yg jadik volunteer utk jaga bilik. kalu harap aku.. patah kaki ooo... mana nak cover hal2 lain lagi. kata jer AJK teknikal, tp kena cover keje org lain gak. sabor je la... mlm plak temankan peserta dari India utk beli baju tuk anak dia. patutnya dia ikut city tour tp dia tertinggal bas. aku, shahrul, shida, rashid, azrin, en. fauzi dan pak lah sbg drebar bawak dia ke Alamanda. pusing2 situ. dia beli jaket jeans utk anak dia. pastu bawak dia gi minum. kasik dia try cendol. aku dgn shida je yg teman dia. yg geng lelaki pegi main bowling. ish... tak aci! elok je kitaorg nak join diaorg, tgk2 diaorg dah kuar. cettt.... lepas tu gerak ke Dataran Putra. shida je teman dia tgk masjid. aku dah tak larat nak jalan. lepak je kat dataran dan sembang2 dgn shahrul. dlm 10.30 mlm kitraorg gerak balik. itupon aku call, kalu tak.. mau santak tgh mlm baru balik. kesian plak tgk pak lah yg dah sangap.

Selasa last day konferens. semuanya berjalan lancar tp aku sibuk tahap gaban. kena cover keje Kak Eri print sijil. apa ke hal???? mlm lak ada closing ceremony. inilah mlm hampeh yg aku rasa nak bunuh org jer. dah le aku sibuk print sijil dgn shahrul kat bilik seketeriat hingga tak sempat nak bersiap2 utk dinner mlm tu. ada plak mangkuk sekor yg lari dr tanggungjawab. tak nak handle multimedia session time closing. mangkuk sekor nie hantar sms je mintak aku replace. dia bgtau skali dgn Dr. Sham yg dia tak nak handle. mmg mangkuk ayun betul mamat sekor nie. bila time emcee announce aku terkejar2 handle notebook. pastu salah file lak. rupanya mangkuk tu tak bgtau aku yg ada 2 file kena projectkan. mangkuk nie tak bgtau aku apa yg perlu buat. kelam kabut la... dah le depan semua foreigner participat, dgn VC lagi, dekan aku lagi... warghhhh... malunya aku. berkejar carik Dr. Sham mintak balik file utk multimedia session. yg mangkuk sekor tu entah ke mana. bila dah kelam kabut aku kat depan sorang2 baru la terhegeh2 dtg. memang mangkuk la!!!!!!!!!! akhirnya akibat terlalu geram dan malu, dgn deraian airmata aku kuar dr dewan makan tanpa sempat menjamah apa2 makanan. persembahan kebudayaan malam tu pon aku tak tgk sbb aku rasa malu sangat. semuanya sbb mangkuk ayun sekor tu yg lari dari tanggungjawab. truly, AKU BENCI MANGKUK AYUN SEKOR TU!!!!!!!!! BENCI SESANGAT-SANGAT!!!!!!!!!!

Aku bawak diri gi surau. nangis sorang2 kat situ... pastu terus solat isyak. lepas solat aku lepak lagi. dlm dok lepak2... shahrul call. mula2 aku malas nak angkat, tp risau plak kalu ada apa2 hal. dia tanya aku di mana.. aku diam jer. aku terus tanya dia nak apa. dia tanya pasal cd Dr. Sham. lepas ckp2 dgn dia... aku terus keluar lepak kat lobi. tak lama kemudian Dr. Sham datang pujuk aku. alahai.. malu plak bila dia tgk aku nangih. huhuhuhhu.. dia kata semua OK. tak payah nangis2... tak der apa2 pon. tp dia kesal sbb mangkuk ayun sekor tu tak mahu beri kerjasama. tau tak per... len kali amik dia lagi jadi AJK. makan gaji buta je mangkuk tu. time opis hour membuta, bila org dah balik baru buat keje. nak claim OT lebih... makan le gaji tak berkat tu!!!!!!!!

Lepas Dr. Sham pegi, aku terus gerak naik bilik. mandi utk tenangkan pikiran. ingat terus nak tido, malas nak pk2 lagi. tp teringat plak diaorg nak kemas2 barang mlm nie. dgn hati yg berat aku gagahkan diri turun balik ke bilik seketeriat. ramai la yg bertanya apesal aku menghilangkan diri. ini yg buat airmata aku berderai balik. tp tahan jer... Prof. Mona pon pujuk. diaorg ingat sbb masalah file multimedia yg buat aku down. tp diaorg tak tahu yg aku tahap gaban sakit hati dgn perangai mangkuk ayun tu. kebetulan hari tu birthday Dr. Ismi. sempat la AJK2 beli cheese cake utk sambut birthday Dr. Ismi dan birthday boy sendiri kasik 1 slice cheese cake utk aku. heheheh.. segannya bila semua org pakat pujuk aku. sabor je la...

Rabu, pagi2 gi breakfast kat Terrace Cafe. join Kak Eri, Kak Baah, Shida dan 2 peserta makan. aku tak ckp banyak sgt. cuma dengar diaorg buat ketupat. penuh telinga aku dpt 'makan ketupat'... wakakakkaak... dgn mata yg bengkak aku tak der mood nak makan. tp Kak Baah ajak join. pegi aje la... sementara tunggu Along & geng dtg angkut barang2. dlm 9.30 aku ke bilik seketeriat semula. tgk shahrul, azrin, en. fauzi dan sibuk angkut2 barang. aku tolong2 mana yg patut. terus follow diaorg je luggage drop kat parking utk hantar barang ke pajero. sempat shahrul nyakat aku. dia tanya ok ke tak? hmmm... sendiri mau paham2 sudah ler camner keadaan aku. aku OK kalu tak der muka mangkuk tu depan mata aku. serius, aku memang blacklist dia... peduli apa aku. lepas nie jangan harap aku nak sahkan OT dia. sendiri pandai2 le carik org sahkan OT ko tu! aku dah tak mahu apa2 kaitan dgn ko lagi!!!

Sementara tunggu Along & Pak Lah dtg semula amik barang, lepak dlm bilik seketeriat sambil layan 'kacang cerdik'. org Iran bawak sebagai cenderahati utk peserta. ada lebih, so kitaorg balun la. mood aku dah OK balik bila sembang2 sambil buat lawak dgn diaorg. biarlah ini menjadi pengajaran bagi aku. lain kali tak payah lantik mangkuk tu jadik apa2 AJK bawah aku. aku tak nak dia jadik anak buah aku. aku rela buat sendiri. kalu ada dia dlm AJK aku, aku akan tarik diri. pedulik hapa... aku dah hilang kepercayaan pada mangkuk tu!

Around pukul 12 tgh, aku dan Kak Eri check-out. masing2 terus gerak ke ofis. aku sempat singgah post office utk register prepaid. settle bab tu aku terus ke opis... check printer dekan yg problem. pastu aku terus sambung keje2 scanning sampai pkl 10 mlm.. adehhh... penat sungguh minggu nie. cuti minggu nie rasa nak tido jer.. tak nak buat keje lain daahhh.... huarghhhh... ngantuksnyer.....

3 comments:

Anonymous said...

jum kerat 18 1/4 mamat tu.. wahahaha..

Unknown said...

memang MANGKUK betul la mamat tu...
sian TIM.. sampai nanges2. Sabor ye. Tak payah kerat, tu style lama la mleo.. LETUP kan je.. bior berkecai..pastu bagi ikan makan.. ha ha ha...

bANgsaL buROk said...

hahaha.. mmg nak LETUPkan ajer mangkuk tu.. menyusahkan idop org jer.. huh!