Tuesday, July 14, 2015

301 - Air tangan ibu

Kalau ditanya kepada semua orang, siapakah yang memasak makanan yang paling enak di dunia?? Sudah tentu masing-masing akan menjawab IBU, EMAK, MAMA, UMMI dan seangkatan dengannya.

Ya, makanan yang dimasak ibu masing-masing adalah makanan yang paling enak di dunia. Kenapa? Kerana air tangan ibu yang membuatkan ianya menjadi sangat sedap. Kerana ibu memasak dengan penuh kasih sayang dan ikhlas. Sebab itu, walaupun masakan itu hanya simple tapi keenakkannya tidak terkata.

Aku, hanya sempat merasa air tangan ibu dalam 20 tahun sahaja. Ibu aku masih ada, cuma sekarang dia tidak mampu lagi untuk ke dapur dan memasak seperti dulu-dulu lagi. Walau bagaimanapun aku bersyukur kerana masih punyai ibu.

Walaupun begitu, masih juga aku dapat merasai air tangan ibu walaupun bukan ibuku sendiri. Beliau adalah omak Siti Rodiyah Zakaria. Dia bagaikan ibuku di perantauan ini. Kasih sayangnya buat diriku membuatkan tidak rasa terasing di sini. Dan setiap kali, ada saja juadah hasil air tangannya ada untukku. Alhamdulillah..

Omak, den sayang omak... terima kasih kerana menjadi pengganti emak saya di sini. Terubat rindu hendak merasa emak masakkan untuk den.


No comments: