15 Anugerah Allah pada wanita tidak lelaki (via Blog akuislam.com)
1. Pada suatu ketika di Madinah, Rasulullah s.a.w. keluar
mengiringi jenazah. Baginda dapati beberapa orang wanita dalam majlis tersebut.
lalu Baginda bertanya, “Adakah kamu menyembahyangkan mayat?” Jawab
mereka,”Tidak” Sabda Baginda “Seeloknya kamu sekalian tidak perlu ziarah dan
tidak ada pahala bagi kamu. Tetapi tinggallah di rumah dan berkhidmatlah kepada
suami nescaya pahalanya sama dengan ibadat kaum orang lelaki.
2. Wanita yang memerah susu
binatang dengan ‘Bismillah’ akan didoakan oleh binatang itu dengan doa
keberkatan.
3.
Wanita yang menguli tepung gandum dengan ‘Bismillah’, Allah akan berkatkan
rezekinya.
4.
Wanita yang menyapu lantai dengan berzikir akan mendapat pahala seperti meyapu
lantai di Baitullah.
5.
“Wahai Fatimah, untuk setiap wanita
yang mengeluarkan peluhketika membuat roti, Allah akan membinakan 7 parit di
antara dirinya dengan api neraka, jarak di antara parit itu ialah sejauh langit
dan bumi.”
6.
“Wahai Fatimah, bagi setiap wanita yang memintal benang, Allah akan mencatatkan
untuknya perbuatan baik sebanyak utas benang yang dibuat dan memadamkan seratus
perbuatan jahat.”
7.
“Wahai Fatimah, untuk setiap wanita yang menganyam akan benang dibuatnya, Allah
telah menentukan satu tempat khas untuknya di atas tahta di hari akhirat.”
8.
“Wahai Fatimah, bagi setiap wanita yang memintal benang dan kemudian dibuat
pakaian untuk anak-anaknya maka Allah akan mencatit baginya ganjaran sama
seperti orang yang memberi makan kepada 1000 orang lapar dan memberi pakaian
kepada 1000 orang yang tidak berpakaian.”
9.
“Wahai Fatimah, bagi setiap wanita yang meminyakkan rambut anaknya,
menyikatnya, mencuci pakaian mereka dan mencuci akan diri anaknya itu, Allah
akan mencatatkan untuknya pekerjaan baik sebanyak helai rambut mereka dan
memadamkan sebanyak itu pula pekerjaan jahat dan menjadikan dirinya kelihatan
berseri di mata orang-orang yang memerhatikannya.”
10.
Sabda Nabi s.a.w. : “Ya Fatimah setiap wanita meminyakkan
rambut dan janggut suaminya, memotong misai dan mengerat kukunya, Allah akan
memberi minum kepadanya dari sungai-sungai serta diringankan Allah baginya
sakaratul maut dan akan didapatinya kuburnya menjadi sebuah taman daripada
taman-taman syurga dan dicatatkan Allah baginya kelepasan dari api neraka dan
selamatlah ia melintas Titian Siratul Mustaqim.
11.
Jika suami mengajarkan atau menerangkan kepada isterinya satu masalah agama
atau dunia dia akan mendapat pahala 80 tahun ibadat.
12.
Wanita yang menyebabkan suaminya
keluar dan berjuang ke jalan Allah
dan kemudian menjaga adab rumahtangganya akan masuk syurga 500 tahun lebih awal
daripada suaminya, akan menjadi ketua 70,000 malaikat dan bidadari dan wanita
itu akan dimandikan di dalam syurga dan menunggu kedatangan suaminya dengan
menunggang kuda yang dibuat daripada yakut.
13.
Semua orang akan dipanggil untuk melihat wajah Allah di akhirat, tetapi Allah
akan datang sendiri kepada wanita yang memberati auratnya iaitu memakai purdah
di dunia ini dengan istiqamah. Dunia ini adalah perhiasan dan sebaik-baik
perhiasan ialah wanita (isteri) yang solehah.
14.
Salah satu tanda keberkatan wanita itu ialah cepat perkahwinannya, cepat pula
kehamilannya dan ringan pula maharnya (mas kahwin).
15.
Sebaik-baik wanita ialah wanita (isteri) yang apabila engkau memandang
kepadanya ia menggembirakan kamu, jika engkau memerintahnya ia
mentaati perintah tersebut dan jika engkau bermusafir dia menjaga harta engkau
dan dirinya. Maksud hadis: Dunia yang paling aku sukai ialah wanita solehah.
No comments:
Post a Comment