Cuti hujung minggu yang bersambung dengan cuti sempena Hari Malaysia dipenuhi dengan jemputan kenduri kahwin dan rumah terbuka.
Sabtu, bersama dengan Kak Aziah, Kak Faridah, Kak Mai & Miza ke Taman Pinggiran Putra untuk jemputan majlis perkahwinan anak P.M. Dr. Majid Konting. Majlis meriah btol. Makanan pong sedak weh! Siap ada daging black paper. Wallahhh....!!
Lepas tu kami buat gerakan ke open house Kak Peah kat Bangi plak. Dapat la makan spaghetti cabonara... makan dan makan.. tapi tak dapat lah sumbat banyak2 sebab dah makan banyak kat kenduri kahwin tadi. Lepas abis makan, terus buat gerakan pulang.
Ahad, bersama Kak Hus, Kak Faridah & Miza... kami ke open house Prof. Kamariah di Saujana Impian. Tahun nie tak banyak plak gerai-gerai makanan yang selalu Prof. buat. Tapi orang datang tak putus-putus. Menu utama tentu la beriani kambing tapi aku tak leh makan. Makan je la makanan lain. Kotiaw goreng terbaek!! Selepas tu kitaorang ke kenduri Nabila plak di Bukit Ekspo. Kat sini makan siket je sebab lepas tu nak ke Taman Putra Permai plak. Open house rumah Kak Jue supplier fakulti.
Gerakan ke Taman Putra Permai dah lewat. Masing-masing muka memang tak tolok kata orang Nogori...hahahaha.. perut masing-masing dah sendat. Makan pon lebih kurang jek. Untuk amik hati tuan rumah.. aku makan satay, kastard krim puff, jeli kelapa & buah je. Itu pon amik skit-skit. Memang overload!! Balik plak siap dibekalkan dengan tapai pulut. Dowh..! Terima kasih lah tuan rumah....
Isnin, duduk rumah terasa boring sesangat maka bermulalah misi tengok wayang kat The Mines. Keluar awal tapi amik tiket pukul 2 petang punya tayangan. Citer The Resident Evil!! Perghhh... ohsem ahh! Siapa-siapa yang ada sakit jantung dinasihatkan untuk tidak melihatnya sebab part-part awal banyak scene yang takujat-takujat. Tersentak-sentak gak la dibuatnya...hahahahah...but totally i give 4.5 star!! Mila Jovovich so damn hot in this film!!!
No comments:
Post a Comment