teduhan dikala langit menangis, di situ kumelakar setiap memori di awan putih lalu membiarkan ia direnggut bayu menghembus...
Wednesday, April 30, 2008
134 - Hanya kelam
Ingin kukhabarkan
biar segenap alam mendengar
ingin kulaungkan
biar terpaku sang unggas
ingin kulontarkan
biar terhenti detik masa
Ke mana hayun langkah
masih terkuis-kuis
tangan mencarik-carik
kertas kosong berdebu
menanti contengan pena
kapan bisa mencoret indah
Malam siang bersilih ganti
hujan panas bergilir menanti
mendongak ke langit samar
menatap kerdipan bintang
mengintai rembulan di celah awanan
Masih mendatar
nafas tiada berombak
diri hanya patung bernyawa
mengharung arus masa
tiada titis warna
hanya kelam
-suria shafie, research room-
Monday, April 21, 2008
133 - Bos gue dah glamor
Malam semalam dok lepak2 depan tv sambil tu tangan dok menyelak helaian suratkhabar Berita Minggu segmen Dimensi. selak je 2nd page, terus mata terpaku pada wajah seseorang yg amat aku kenali. Wah..wah..wah... glamor la member.. aku terus capai henpon dan mengutus SMS pada dia.
SMS aku : Salam. Amboi... glamornya org tu masuk paper. hehe..
SMS dia : Eheh. dah malu asik tolak pmtaan bhrian.
Haaa... kenal tak dengan blogger tu.. Bluehikari.. sapa2 yang 'hantu' blog sure kenal dengan atau familiar dengan nama 'Bluehikari' yg terkenal sebagai antara blogger yang awal berblog di internet.
Nak citer la sket.. nie bos aku nie. Bangga seh tgk muka bos sikit punya besar posing dalam Berita Minggu semalam. Cerita pasal 'Penangan Blog'. ada sapa-sapa nak berkenalan? kekeke...
Thursday, April 17, 2008
132 - MB masuk suratkabor....
Bangga seh!! Itu je yg bleh aku cakap. Walaupun tak der muka aku time diaorg bergambar nie (time tu tgh bz dgn sorting nama2 pemenang tournament tu), tp dengan tersiarnya mengenai aktiviti MB di akhbar Sinar Harian akan membantu menarik lebih ramai lagi bowler-bowler di Malaysia esp. area KL utk join our club!
Wednesday, April 09, 2008
131 - Di usia 36 tahun...
Salam petang Rabu...
Tadi dpt mesej YM dari Ikha (anak buah). Dia bgtau Chu dia (Kak Min) dah bertunang Sabtu lepas. Apa nie.... tak bgtau pon. Kalau tak, bleh balik kg. Sabor je la minah nie..
Akhirnya di usia yg bakal mencecah 36 tahun, sampai juga jodohnya. Walaupun byk rintangan dan halangan yg terpaksa ditempuhi... jika itu dah tersurat jodohnya, biar berpisah akhirnya kembali bertaut. Tahniah to my cousin... moga kali nie akan berjaya ke gerbang perkahwinan.
p/s 'Hilang' dah la bestpren aku bila balik kg nanti. Waaaaa....

Subscribe to:
Posts (Atom)