Thursday, February 14, 2008

127 - Al-Fatihah

Kembalinya ke rahmatullah Makcik Pesah (adik abah) pada 1 pagi tadi. Semoga rohnya di tempatkan di kalangan mereka yang beriman.

Al-Fatihah buat allahyarhamah...

Wednesday, February 13, 2008

126 - Misi MBians

Salam pagi Rabu.

Ngantuksnyer hari nie. Badan pon lesu jer. Semalam bertungkus lumus mengupdate maklumat research sampai kol 10 mlm. huhuhu... penat tak hengat!!!

Nie nak cerita sket pada misi geng MB pada mlm Isnin yg lepas. Kitaorg bersepuluh (8 MBians + 2 import from MMU) pegi la ke JJ Cheras Selatan aka JJ Balakong dgn 1 misi iaitu utk menyaksikan movie CJ7 yg arahan/lakonan Stephen Chow yg best lagi kelakor tu. Memang best giler. Kalau bab kelakor mmg gelak sampai kuar-kuar airmata. Kalu part sedey lak, mmg sampai nangih dibuatnya. Tapi, apa-apa pon memang puas hati. Penuh dgn mesej kekeluargaan di samping menyelitkan sket2 scene Kungfu Hustle (time Dinky mimpi lompat punya la tinggi sampai ke langit). Cakap byk pon tak guna, better korang gi tgk sendiri la. Aku dah 'hasut' lecturer kt sini soh bawak anak dia gi tgk. Dia punya excited sampai nak pontengkan anaknya dari sekolah sbb nak bawak gi. Hahahhahaha...

Lepas abis tgk movie, kitaorg buat gerakan mengisi perut lak kt area kedai makan BTHO. D'JU Kafe... baru la aku tau kt mana letaknya D'JU nie. Sebenarnya kafe nie adalah branch pd syarikat komputer yg aku selalu deal kt ofis nie. Mmg kalu tiap2 tahun diaorg buat jamuan raya, mmg akan jemput aku dpt ke D'JU Kafe nie. Tapi aku tak pernah pegi. Kalu Kak Ros (PIC CTC) tau aku lepak makan2 kt situ sure dia gelakkan aku. Selama nie diajak tak pernahnyer nak datang. muahahahhaa... I malu ke Kak Ros nak gi sengsorang... kekekeke...

Dalam pukul 12 tgh mlm baru abis sesi mengisi perut. Masing-masing pon buat gerakan pulang ke sarang...

Tuesday, February 12, 2008

125 - CNY Holiday (Edisi terkujat)

Salam pagi Selasa.

Nak cerita sket cerita-cerita sensasi time aku balik kampung hari tu. Aku gerak balik kampung hari Khamis tu..nasib baik tak le jammed sangat. Kuar dari KL smooth jer... tp bila dah masuk highway... masak gak la. Tambah2 lagi bila nak sampai ke tol Jelapang. perghhh... berasap nak lepas. Diaorg tgh buat tol baru kat situ.

Sampai rumah dalam pukul 12 tengahari. Lepas tu lepak2 kat rumah, mak aku pon bukak citer yang abang dan Kak Min nak tunang. Whattttt?????? Memang takajut beruk aku dibuatnya. Abang aku nak tunang 1 Mac nie. Dia berkenan dgn orang dari negeri yang menjadi kepantangan abah aku. Tapi dia berkeras gak. Abah tak leh nak buat apa dah la. Dah jodoh agaknya. Kak Min lak dapat org Terengganu.

So, aku tergamam je la. Ye la, tak der angin... tak der ribut tetiba dapat tau berita besar cenggitu. Aku cam tak sedia nak handle event besar2 camtu. Tak berpengalaman. Dulu lainlah.. waktu sepupu2 aku yg lain kawin, aku masih kanak2 rebina. Tak terlibat langsung kerja2 kenduri kawin nie. Sekarang nie mak aku dah tak upaya, so semuanya akan terletak 200% atas bahu aku la untuk menghandlenya. Adeh... ngeri lak aku rasa nak menanti saat tibanya nanti. Maybe bulan 8 kot kendurinya nanti. Kenduri Kak Min & abang akan serentak dijalankan. Adeh.. aku rasa aku nak pengsan dulu....

Kat rumah dah mula kelam kabut. Aku dah blur sebab sepupu2 aku dah sibuk dgn persiapan. Rumah kena kemas dulu! Itu kata diaorg. Aku ikutkan saja. Maka cuti aku selama 4 hari dipenuhi dengan xtvt mengemas rumah. Penat tok sah citer la. Memang flet abis cuti kali nie. Tapi enjoy. Kebetulan plak Kak Lela baru lahirkan anaknya yg ke-4. Mohd Adam nama babynya. Comei btol! Tapi tak dpt nak main sgt dgn baby baru sbb dok sibuk mengemas rumah. Kesempatan cuti lama nie, ramai gak yg balik berkumpul kt kampung. Happy btol aku! Aam & Kak Lela buat kenduri arwah. Saja-saja nak menjamu org makan. Jarang kitaorg dapat kumpul ramai-ramai cenggitu. Memang happy sangat cuti kali nie.



Mohd Adam Mohd Idham (si botak yg comei)

Friday, February 01, 2008

124 - Jauh

Terasa kau semakin jauh
jauh sekali hingga sukar kucapai
mengapa?
apa yang sebenarnya berlaku?

Saban hari kurasa
kau semakin menghilang
walau ada tetapi tiada
aku tidak dapat rasakan
kehadiranmu di sudut hati ini.

Jika tidak ada lagi perasaan itu
lepaskan ia dari merantai jiwa kita
jika masih ada, jangan lepaskan
bajailah ia, siramilah ia.

Aku tidak mahu kau menjauh
kerana aku tidak mahu terasa kehilangan
Aku tidak mahu kau menghilang
kerana aku tidak mahu terasa kejauhan

Jangan pergi sebelum sempat kita berbicara
apa yang tersirat di dalam hati kita...

-FPP, 1 Feb. 2008-