Tuesday, December 26, 2006

budak baik vs pengecut

3 hari bercuti sempena Krimas tidak kuisi dengan aktiviti yang menarik. sebabnya kemalasan melanda ditambah plak ketiadaan 'inchik mahmood' yang menghilangkan diri.

Hari Sabtu, bangun dengan penuh semangat sebab dah janji dengan Shahrul nak gi tinted cermin kat Kedai SATO Accessories Bangi (bukan SATO MB tau! hehehehhe..). dalam 9.30 pg aku kuar gi isi minyak dulu then ingat nak gi cuci kete memandangkan mamat tu cakap nak pegi lewat sket. so, still banyak masa. lepas abis isi minyak, dpt call dari dia. dia ajak gi awal pasal ptg nanti dia nak bawak anak2 buah dia gi Alamanda. aku apa lagi, berdesup arr balik rumah untuk siap2.

Dalam 10.30 dpt sms dari Shahrul kata dia dah sampai. aku pon poyo2 la turun & carik kat mana la mamat sorang nie. tak der pon kete dia kat bawah. aku pon tepon la balik. rupanya dia kat opis. yenadey!!! kan janji suruh datang rumah. apo daaa....

Sampai kedai accessories, kedai baru je bukak. cantik arrr... tak banyak kete yg tersadai dalam bengkel dia. setelah sesi pemilihan dibuat, aku amik same material dgn kete Shahrul. full tinted, 5 years warranty, RM380 + free gift yg aku mintak sendiri. muahahahhah... hangin je mamat tu dan penin tokei cina tu!

Sementara menunggu, aku ajak mamat tu gi makan. dah dekat tengahari, apa pon aku tak makan lagi. kebetulan ada kedai Secret Recipe kat situ. aku layan tom yam kung & green apple kasturi juice, dia lak layan cappucino & speggeti tomyam. sedap ooooo..... tp air dia manis tak hingat punya. aku minum separuh jer... tak larat nak abiskan. sambil makan sembang2 dan ngutuk2 pasal Hari Q yg baru lepas... hahahahaha... decision yg kami buat, next year amik semua AJK baru. no more last year punya AJK.. tak bleh beri komitmen, buat apa nak lantik lagi. buat sakit jiwa jer! dan tahun depan aku tak nak involve dlm JK nie lagi. nak plak rasa diraikan.. nie asyik meraikan org jer....

Dalam 12 lebih dah siap kete aku. aaaa... cunnyer!!! heheheheh... so, aku puas hati la. dah settle semua, masing-masing nak gerak balik. tp sebelum balik, sempat plak mamat nie cakap kat aku tentang 'sesuatu'. aku tak terkejut pon sbb aku memang dpt agak. komen aku.... NO COMMENT! cuma satu nasihat dari aku, apa2 yang dia nak buat.. fikirkan tentang 5 tahun usia persahabatan kitaorang!!!

Ahad dan Isnin adalah hari melepak sedunia bagi aku. ahad aku siap beli 2 papers lagi. juga hari ilmiah bagi aku... hahahahha... tengok tv & baca paper. ptg layan ngantuk... last2 tv tgk aku! waahhhh... bestnyer idop!!! hahahahha... mlm layan MENTOR. aku tgk sikit-sikit jer. asyik tukar channel jer. hahahhha.. citer-citer semua menarik. sebelum tu sempat masak dadih perisa jagung. waaa... sedapnyer!!! dah lama tak buat aktiviti kegemaran aku tu. dulu kat rumah lama, kalu cuti2 cenggini... macam2 aku masak cuma kat rumah baru nie cam tak best jer nak masak. entah ler... Hari nie gak housemate aku nikah. tapi aku tak pi pasal masalah yg tidak dpt dielakkan. Hajar pon tak pi. sama masalah dgn aku. hheehehhe... sorry Kak Irni. nanti kenduri kat Kuantan, kitaorg pegi ek.

Isnin lak pagi-pagi aku dah gi opis. mencilok air opis utk basuh mebi itamku.. heheheheh... sempat arr menyental kat bumper yg terguris. huhuhuhuuh... ampeh punya ***a. getah2 yg melekat dah tanggal lepas aku polish.. cuma cat yg tertanggal tu yg buat sakit mata aku nengok. ampeh 1000X!!!! abis cuci kete aku balik rumah. layan citer 'Tentang Dia' kat 8tv.

Petang tu ingatkan nak gi Mines utk praktis boling Rabu nie tp mood aku seakan hilang lepas dengar kata-kata Shahrul Sabtu lepas. tentang sesuatu itu. benda tu dok berputaq2 dalam kepala otak aku. aku tak leh nak buat apa dan sampai sekarang nie aku dok pikir lagi. benda kecik jer sebenarnya tp aku tak puas hati. macam-macam kemungkinan yg aku pikir. memang aku lost sejak hari tu!! mula la pikir nak buat rancangan 'jahat'. tp sib baik aku masih boleh berfikir secara rasional. side baik aku dok cakap, "Jgn tim... tak baik. setiap perbuatan ada balasan samada baik atau buruk." side jahat aku plak cakap, "Pedulikan tim... buat jer. jgn jadik pengecut! sampai bila ko nak jadik budak baik? tak der apa-apa faedah pon!" hahahhahaha... last2 aku yang penin!

So, hingga saat ini aku masih lagi 'budak baik'. pertarungan antara side baik & side jahat aku masih berterusan. sekarang timbul satu lagi persoalan dalam diri aku iaitu adakah aku, 'budak baik' atau 'pengecut'? tak berani nak buat apa2 tindakan. hanya menyerah...mengalah.. dan menerima tanpa membantah! tak berani untuk bangkit dan mempertahankan apa yang aku mahu. tapi sampai bila?

Thursday, December 21, 2006

What hurts the most - Rascal Flatts



I can take the rain on the roof of this empty house
That don’t bother me
I can take a few tears now and then and just let them out
I’m not afraid to cry every once in a while
Even though going on with you gone still upsets me
There are days every now and again I pretend I’m ok
But that’s not what gets me

What hurts the most
Was being so close
And having so much to say
And watching you walk away
And never knowing
What could have been
And not seeing that loving you
Is what I was tryin’ to do

It’s hard to deal with the pain of losing you everywhere I go
But I’m doin’ It
It’s hard to force that smile when I see our old friends and I’m alone
Still Harder
Getting up, getting dressed, livin’ with this regret
But I know if I could do it over
I would trade give away all the words that I saved in my heart
That I left unspoken

What hurts the most
Is being so close
And having so much to say
And watching you walk away
And never knowing
What could have been
And not seeing that loving you
Is what I was trying to do

What hurts the most
Is being so close
And having so much to say
And watching you walk away
And never knowing
What could have been
And not seeing that loving you
Is what I was trying to do

Not seeing that loving you
That’s what I was trying to do
Akal, hati & jiwa

Rasa itu kembali
adakala ianya menyakitkan
adakala ianya membahagiakan
adakala ianya mengelirukan

Tiap kali akal cuba mentafsir
hati seakan membengkak
jiwa memendam rasa
cuba kulepaskannya
namun tiada daya
ia semakin menekan
aku sudah tak sanggup
terlalu berat untuk kutanggung
aku tak mampu lagi menahannya
tak mampu lagi...

Friday, December 15, 2006

kisah CINTA & KAWAN


Satu hari CINTA & KAWAN berjalan dalam kampung... Tiba-tiba CINTA terjatuh dalam telaga... Kenapa?? Kerana CINTA itu buta.. Lalu KAWAN pun ikut terjun dalam telaga... Kenapa?? Kerana... KAWAN akan buat apa sahaja demi CINTA !! Di dalam telaga CINTA hilang... Kenapa?? Kerana... CINTA itu halus, mudah hilang kalau tak dijaga, sukar dicari apatah lagi dalam telaga yang gelap...Sedangkan KAWAN masih lagi tercari-cari dimana CINTA & terus menunggu.. Kenapa?? Kerana... KAWAN itu sejati & akan kekal sebagai KAWAN yang setia...kan ?? so, hargai lah KAWAN kita selagi kita terasa dia BERERTI.

Tuesday, December 12, 2006

m.e.m.b.o.w.l.i.n.g

Jumaat
Malam ada gathering dengan bebudak MB. dah lama diaorg tak on gath tp sempena game ahad nanti, diaorg onkan gath. gerak dari rumah dlm pkl 9.00 mlm. jln tak berapa sibuk, so berdesup la sket! ingatkan dah lambat sampai je tgk si harris je sorang dok membaling. lepak tgk si harris baling. tak lama lepas tu baru la sorang2 bebudak MB nie sampai. malam tu yg ada harris, afat, misa, uzin, pakku & kengkawan, kak as, arop, beastslayer, wayi & hajar. start training... adeh... rasa berat je bola aku tu. itu tandanya dah lama sangat tak membaling. sengal2 gak lengan & jari... performance... up and down... muahehehehhe... Training 4 games jer... itu yg terlarat.. lepas abis main diaorg semua gerak utk makan. aku lak terus balik pasal esoknyer nak pi opis. tp balik rmh bukannya terus tido pon, sempat lagi basuh baju sambil layan laporan Sukan Asia Doha kat TV 1.. hehehehe..

Sabtu
Hari kerja sedunia.. sampai di opis dlm pkl 11 pg tp sarapan dulu sebelum mulakan kerja. dlm dok sarapan tu dpt sms dari Kak Min tentang kesihatan mak yg agak membimbangkan... huhuhuhu.. Kak Min bgtau kaki mak luka and luka tu dah kelihatan kehitaman. mak ada diabetes so bila luka sket gitu la jadinya. then dah gi klinik utk cuci. doktor kata daging kat tempat luka tu dah mati. that's why jadik itam2 gitu. paling menyedihkan aku bila dlm SMS tu Kak Min bgtau abah nangih pasal tgk kaki mak teruk. huhuhuhu... sedeynyerr..!!!! mak.. apesalnyer tak dengar cakap org... org dah selalu pesan, jaga diri.. jaga diri.. kalu luka2 terus gi spital.. jgn tangguh2... so far katanya kaki mak dah ok sbb makan ubat mahal yg doktor kasik. dah kering luka tu.. mak tak kasik aku balik sbb katanya raya nanti nak balik lg.. huhuhuhu... aku yg dalam dilema...

Aku settle kerja dlm pkl 5 lebih. gerak balik rumah tp sempat singgah Jas Kafe beli laksa. kelaparan lak... balik dgn badan yg terasa penat sgt. lepak tgk tv pon bleh terlena. lepas maghrib baring jap kekonon nak tunggu isyak.. sekali terbabas hingga pkl 5 pg. wakakakka... solat isyak pkl 5 pagi. apa kesss....???

Ahad
Gerak ke EP dalam pkl 9.15 pg. tp sebelum tu sempat bersarapan dgn keropok lekor dan teh CTea perisa pandan.. ekceli aku dpt hadiah time aku gi melawat kanchong darat masa bawak participant seminar HRD minggu lepas. try la minum teh Datuk CT tu... ermmm... mengikut deria rasa di lidah aku... aku rasa tak sedap.. muahahaha.. bau pandannyer kuat bebenor. terencat selera akuh!

Sampai EP tgk dah ramai yg datang and alhamdulillah, tercapai jugak target penganjur nak dptkan 40 penyertaan. aku satu lane dgn adifaza dan bersebelahan dgn kak as dan phua. main mmg cam hampeh jer. tp merasa la dpt 202 (207 campur hdcp) utk game ke-3 (369)... kekekeke.. tp yg lain mmg hancusss!!! abis main dlm pkl 1 tgh. lepak makan dgn Kak Sad (UM) jap. abis makan je chow sbb nak tgk laporan sukan asia. dpt tgk separuh shalin main. muehehehhe.. bestnyer. dpt SMS dr Shahrul pasal game bowling kelab opis. insyaallah kalu tak der aral, 27 nie on le game tu. main 9 pin tap dgn format 369. huh.. tak pernah org buat... kekekekeke..

Mlm layan lagi laporan sukan asia. dpt tgk atlit bowling dr korea... perghhh.. kagum aku nengok cara dia baling. angkat 90 degree ke belakang. mmg cun arr dia punyer balingan.. teruja btol aku nengok. time tu dia lawan dgn Esther Cheah.. tak terlawan minah tu dgn dia.

Isnin
Hari nie cuti sempena Hari Keputeraan Sultan Selangor. melepak je la kat rumah. malas nak kuar dah. elok tgk goreng keropok lekor (nak abiskan stok) dpt sms dari Shahrul. ajak gi perasap bola kat Mines Bowl. cett... semalam aku ajak tak nak. kata penat sbb dah 2 hari keje. last2 dia sendiri yg ajak pasal boring tak der buat apa2. so bergerak lah 4 org nie... aku, shahrul, miza & en. fauzi ke Mines bowl dlm pkl 5. agak penuh tika tu tp sbb muka familiar kat situ dpt la lane cepat. lane condition... kering giler!!! 4-4 org game tak menjadi.. hahahahah... dah ada kat situ, sempat la kitaorg book lane utk game 27 nanti. sesambil tu carik t-shirt & hadiah sekali. dah settle bab tu ada plak mamat nie nak menengok bola. hajat di hati nak carik secondhand ball, sekali kena 'racun' dgn tokei pro shop soh beli bola baru. TRACK.. dia kasik 700 hengget. shahrul dah macam berkenan dah, tp cepat2 aku ajak balik pasal kebetulan ada nak amik org lagi. lama dah diaorg tunggu. kalu ikut hati mamat tu mmg nak beli. hehehehhe... dia tu, nanti kete nak kuar lagi.. nak guna duit lagi. apo daaa...

Sampai opis dah pkl 8 lebih. singgah solat kat opis jap. sebelum balik rumah gi makan kat tasik dgn shahrul. dia dok bercerita pasal adik nak bertunang dgn cucu tok bomoh. perghh... dasat tu.. bleh mintak diturunkan ilmu. muahahhaha.. dlm famili dia, tinggal dia sorang je la yg dok single but not available. aweknyer sambung study kat UK. aku dah kawan dgn dia start aku mula masuk keje. dah 5 thn persahabatan kitaorg. bleh dikatakan di opis, dia nie le org yg sekepala dgn aku. senang mintak tolong dan jejaka rebutan gadis2 di opis nie. bleh dikatakan ramai le yg jatuh chenta dgn mamat nie. hinggakan ada yg pernah rapat dgn aku boleh menjauhkan diri dr aku gara2 cintanya di tolak dek mamat nie. sebabnya... aku rapat dgn mamat nie, so aku sekali kena tempiasnyer... apa ke hal??? lantak ler.. tak jadik kudisnya bg aku. hehehehe... kitaorg pernah jadik bahan gosip di opis. tp itu la.. org kata, kalau bukan jodoh tu.. tak leh nak buat apa. tetap takkan menjadi. semoga hubungan ko dgn ain akan berkekalan. nasihat dr aku, berani ler utk beri komitmen. jgn cepat mengalah bila ada sesuatu yg menghalang. jadikan pengalaman yg lalu sebagai pengajaran dan kayu pengukur. umur ko pon bukannya makin muda... kekekek..

Lepas makan masing-masing berpisah menuju destinasi masing-masing...

Thursday, December 07, 2006

5 hari 5 malam di Marriott Putrajaya

Bermula dari Jumaat malam (1 Dis '06) aku dan tenaga kerja seminar AHRD sudah bergerak ke Hotel Marriott Putrajaya. seminar nie berlangsung dari 2-5 Dis '6. memang memenatkan. banyak citer suka, duka, sakit hati, geram, terharu, kelakar, hangin satu badan dan macam-macam lagi berlaku sepanjang berada di situ.

Jumaat (1 Dis) dlm pukul 10 mlm berkonvoi 1 pajero, 3 kereta ke hotel. aku drive sengsorang sambil follow pajero ofis. muatan kereta penuh dgn baju utk menampung penggunaan selama 5 hari 5 mlm di sana. shahrul tumpang letak baju dlm keta aku tp dia naik pajero dgn pak lah. sampai je hotel, terkagum la aku sekejap. lawo.... heheheheh... terus masuk parking. berpusing2 nak dpt parking. penuh giler.. last2 level UGA baru dapat. huhuhuhu.. kebetulan mlm tu ada function dr syarikat mana ntah. itu yg penuh giler parking hotel.

Sampai terus ke check-in bilik. nak tgk keadaan bilik camner. dpt tingkat 10. mak aii.. pastu jauh dr bilik bebudak lelaki tu. ibarat aku ke timur diaorang ke barat. dah le diaorg tak nak teman aku gi check bilik. hampeh btol la.... aku pon dgn hati yg terbuku gi sengsorang. tgk2 kejap je pastu terus cabut gi bilik bebudak lelaki. sampai je situ diaorg tgh tarik2 tilam. ye la, ada 4 org yg akan tido situ... kena susun tilam le. aku gerenti housekeeper penin kepala tgk bilik diaorg tu. hahahahha..

Lepas abis diaorg mengemas kitaorg semua gerak ke bilik seketeriat. angkut barang2 masuk ke bilik tu. senang esok tak kelam kabut. condition bilik, tahap beku giler!!! wawawawa.. mau ada yg mengulang toilet 50 kali sehari.. hahahahha.. duduk bilik seketeriat sampai dekat pukul 12 tgh malam. mata masing2 dah ngantuk. terus gi parking utk amik beg. aku lak dgn sore serak2 harimau dah tak larat nak bukak mata. cakap2 dgn diaorg je sore aku tak berapa nak keluar. muka shahrul pelik je dengar sore romantik akuh... hahahaha. sampai bilik je.. terus mandi & solat isyak then terus melelapkan mata di atas tilam nan empuk sambil dibuai angin aircond yg membeku!!! rasa cam dok dlm peti ais dah rasanya.

Hari Sabtu ada pre-konferens. semua berjalan lancar. abis ptg.. mlm tak der apa2 aktiviti. lepak je dlm bilik sambil layan tv. ahad pon sama, ada pre-konferens second session. ptg plak ada countryside tour. satu slot khas utk bawak peserta luar negara melawat kampung kanchong darat utk tgk IKS kat situ. satu bas UPM disediakan dgn muatan hampir 40 peserta. asal rancangan, we all AJK naik bas skali. tp sbb dah full, pajero ofis dijadikan transport AJK. so aku, shahrul, en. fauzi (cameraman) dan pak lah selaku drebar bergerak ke kanchong darat dlm pkl 2.00 ptg. destinasi pertama adalah di satu tempat memproses kerepek dan kuih2 tradisional org melayu yg dipanggil WARISAN. diaorg ada sediakan makanan. punya la mat2 dan minah2 saleh serbu utk rasa. dan ada lak yg rasa sedap terus beli. peserta nie bukan semua omputih tp ada korea, india, sri lanka, vietnam, etc. sepanjang berlangsung konferens nie mmg berhabuk la speaking. wakakakakak.. blasah je janji diaorg paham. grammar semua lintang pukang! kkekekeke...

Destinasi kedua ke tempat buat air & tanam orkid. berbual2 dgn peserta dari US. alisia kot nama dia.. dia tanya aku student ke staf. aku ckp le staf. then dia kata aku nampak muda cam student. muda ke aku? kekekekek... aku cakap le umur aku 26, dia punya terkejut dan tak percaya. dia ingat aku umur 18! hahahahahah.... mudanyer aku. hilang 8 tahun tu... muahahhaha... aku bgtau en. fauzi & shahrul.. apa lagi diaorg tu buat muka kat akuh... hahahaah... jeles le tu...!!! lepak kejap je kat situ sbb kitaorg nak singgah kenduri rumah Ijam kat area situ gak. time tu kenduri dah di hujung2 waktu. pengantin pon dah lepak2 kat luar. takajut Ijam nampak kitaorg datang dgn foreigner semua. lagi takajut nampak akuh. hehehehhe... semua peserta teruja sbb dpt tgk majlis kahwin org melayu. pengantin yg dah bersantai terpaksa bersanding semula semata-mata nak memenuhi permintaan dari diaorg. punya la seronok diaorg asyik tangkap gambar. keadaan membahang dlm rumah tu tak dipedulikan. pastu Ijam & wife kasik bunga telur pd diaorg. suka benor diaorg... kkekekek... Ijam lak atas pelamin sempat plak jeling2 kat aku yg dok tepi jaga kipas (tolong hala pd pengantin). kekekekke.. Ijam weh, wife dok sebelah tu.. jgn dok jeling2 kat aku. hehehehehh...
itu citer lama. yg lepas tu lepas ler...

Lepas tu kami semua gerak ke hotel impian (kalau tak silap aku) di Pantai Morib. ada jamuan dr ADUN di situ. byk btol makanan... apa lagi belasah la. dah le lunch tak sempat amik sbb terkejar2 utk ke kanchong darat tu. kami sepatutnya balik pkl 5.30 tp disebabkan peserta seronok sgt dgn lawatan nie.. hingga kami terbabas satu jam. 6 lebih baru gerak balik. itu pun diaorg balik dulu. aku & geng naik pajero sempat solat asar dulu sblm balik ke hotel marriott. sampai hotel dlm 7 lebih. kena rush bersiap plak sbb malam tu ada opening ceremony. aku tak sempat nak mandi, terus solat maghrib then siap2. hahahahha... teruk btol la. malam tu hidangan chinese food. ada 7 courses... mak aii.. lambatnyer menunggu sampai dessert. tp puas hati.. makanan sedap! hehehehe... first time makan!!!

Esoknya Isnin ada hari konferens yg sebenar-benarnya. tugas berjalan smooth dgn bantuan student yg jadik volunteer utk jaga bilik. kalu harap aku.. patah kaki ooo... mana nak cover hal2 lain lagi. kata jer AJK teknikal, tp kena cover keje org lain gak. sabor je la... mlm plak temankan peserta dari India utk beli baju tuk anak dia. patutnya dia ikut city tour tp dia tertinggal bas. aku, shahrul, shida, rashid, azrin, en. fauzi dan pak lah sbg drebar bawak dia ke Alamanda. pusing2 situ. dia beli jaket jeans utk anak dia. pastu bawak dia gi minum. kasik dia try cendol. aku dgn shida je yg teman dia. yg geng lelaki pegi main bowling. ish... tak aci! elok je kitaorg nak join diaorg, tgk2 diaorg dah kuar. cettt.... lepas tu gerak ke Dataran Putra. shida je teman dia tgk masjid. aku dah tak larat nak jalan. lepak je kat dataran dan sembang2 dgn shahrul. dlm 10.30 mlm kitraorg gerak balik. itupon aku call, kalu tak.. mau santak tgh mlm baru balik. kesian plak tgk pak lah yg dah sangap.

Selasa last day konferens. semuanya berjalan lancar tp aku sibuk tahap gaban. kena cover keje Kak Eri print sijil. apa ke hal???? mlm lak ada closing ceremony. inilah mlm hampeh yg aku rasa nak bunuh org jer. dah le aku sibuk print sijil dgn shahrul kat bilik seketeriat hingga tak sempat nak bersiap2 utk dinner mlm tu. ada plak mangkuk sekor yg lari dr tanggungjawab. tak nak handle multimedia session time closing. mangkuk sekor nie hantar sms je mintak aku replace. dia bgtau skali dgn Dr. Sham yg dia tak nak handle. mmg mangkuk ayun betul mamat sekor nie. bila time emcee announce aku terkejar2 handle notebook. pastu salah file lak. rupanya mangkuk tu tak bgtau aku yg ada 2 file kena projectkan. mangkuk nie tak bgtau aku apa yg perlu buat. kelam kabut la... dah le depan semua foreigner participat, dgn VC lagi, dekan aku lagi... warghhhh... malunya aku. berkejar carik Dr. Sham mintak balik file utk multimedia session. yg mangkuk sekor tu entah ke mana. bila dah kelam kabut aku kat depan sorang2 baru la terhegeh2 dtg. memang mangkuk la!!!!!!!!!! akhirnya akibat terlalu geram dan malu, dgn deraian airmata aku kuar dr dewan makan tanpa sempat menjamah apa2 makanan. persembahan kebudayaan malam tu pon aku tak tgk sbb aku rasa malu sangat. semuanya sbb mangkuk ayun sekor tu yg lari dari tanggungjawab. truly, AKU BENCI MANGKUK AYUN SEKOR TU!!!!!!!!! BENCI SESANGAT-SANGAT!!!!!!!!!!

Aku bawak diri gi surau. nangis sorang2 kat situ... pastu terus solat isyak. lepas solat aku lepak lagi. dlm dok lepak2... shahrul call. mula2 aku malas nak angkat, tp risau plak kalu ada apa2 hal. dia tanya aku di mana.. aku diam jer. aku terus tanya dia nak apa. dia tanya pasal cd Dr. Sham. lepas ckp2 dgn dia... aku terus keluar lepak kat lobi. tak lama kemudian Dr. Sham datang pujuk aku. alahai.. malu plak bila dia tgk aku nangih. huhuhuhhu.. dia kata semua OK. tak payah nangis2... tak der apa2 pon. tp dia kesal sbb mangkuk ayun sekor tu tak mahu beri kerjasama. tau tak per... len kali amik dia lagi jadi AJK. makan gaji buta je mangkuk tu. time opis hour membuta, bila org dah balik baru buat keje. nak claim OT lebih... makan le gaji tak berkat tu!!!!!!!!

Lepas Dr. Sham pegi, aku terus gerak naik bilik. mandi utk tenangkan pikiran. ingat terus nak tido, malas nak pk2 lagi. tp teringat plak diaorg nak kemas2 barang mlm nie. dgn hati yg berat aku gagahkan diri turun balik ke bilik seketeriat. ramai la yg bertanya apesal aku menghilangkan diri. ini yg buat airmata aku berderai balik. tp tahan jer... Prof. Mona pon pujuk. diaorg ingat sbb masalah file multimedia yg buat aku down. tp diaorg tak tahu yg aku tahap gaban sakit hati dgn perangai mangkuk ayun tu. kebetulan hari tu birthday Dr. Ismi. sempat la AJK2 beli cheese cake utk sambut birthday Dr. Ismi dan birthday boy sendiri kasik 1 slice cheese cake utk aku. heheheh.. segannya bila semua org pakat pujuk aku. sabor je la...

Rabu, pagi2 gi breakfast kat Terrace Cafe. join Kak Eri, Kak Baah, Shida dan 2 peserta makan. aku tak ckp banyak sgt. cuma dengar diaorg buat ketupat. penuh telinga aku dpt 'makan ketupat'... wakakakkaak... dgn mata yg bengkak aku tak der mood nak makan. tp Kak Baah ajak join. pegi aje la... sementara tunggu Along & geng dtg angkut barang2. dlm 9.30 aku ke bilik seketeriat semula. tgk shahrul, azrin, en. fauzi dan sibuk angkut2 barang. aku tolong2 mana yg patut. terus follow diaorg je luggage drop kat parking utk hantar barang ke pajero. sempat shahrul nyakat aku. dia tanya ok ke tak? hmmm... sendiri mau paham2 sudah ler camner keadaan aku. aku OK kalu tak der muka mangkuk tu depan mata aku. serius, aku memang blacklist dia... peduli apa aku. lepas nie jangan harap aku nak sahkan OT dia. sendiri pandai2 le carik org sahkan OT ko tu! aku dah tak mahu apa2 kaitan dgn ko lagi!!!

Sementara tunggu Along & Pak Lah dtg semula amik barang, lepak dlm bilik seketeriat sambil layan 'kacang cerdik'. org Iran bawak sebagai cenderahati utk peserta. ada lebih, so kitaorg balun la. mood aku dah OK balik bila sembang2 sambil buat lawak dgn diaorg. biarlah ini menjadi pengajaran bagi aku. lain kali tak payah lantik mangkuk tu jadik apa2 AJK bawah aku. aku tak nak dia jadik anak buah aku. aku rela buat sendiri. kalu ada dia dlm AJK aku, aku akan tarik diri. pedulik hapa... aku dah hilang kepercayaan pada mangkuk tu!

Around pukul 12 tgh, aku dan Kak Eri check-out. masing2 terus gerak ke ofis. aku sempat singgah post office utk register prepaid. settle bab tu aku terus ke opis... check printer dekan yg problem. pastu aku terus sambung keje2 scanning sampai pkl 10 mlm.. adehhh... penat sungguh minggu nie. cuti minggu nie rasa nak tido jer.. tak nak buat keje lain daahhh.... huarghhhh... ngantuksnyer.....