Saturday, March 28, 2009

195 - Musim bersukan kembali

Salam petang Sabtu. Lokasi aku di ofis, tengah printing kad jemputan syarahan inaugural Prof. TJ.

Ringkasan seminggu aktiviti aku, musim bersukan kembali lagi. Sukan staf sudah terasa kehangatannya... tiap2 hari aku dok gi training badminton kat gim PJ. Penat tak hengat. Tapi nampaknya aku kena rehat seminggu lepas nie sebab ibu jari terseliuh time aku main bola tampar semalam. Bengkak dan kebiru-biruan lebam... huhuhuhu... sadis btol..!!

Emosi aku sejak akhir-akhir nie juga tak berapa stabil. Sedaya upaya cuba menyembunyikannya. Namun, tiap kali itulah ada saja yang menduga. Cuba mengkucar-kacirkan lagi emosi aku. Masing-masing buat perangai. Penat aku cuba merasionalkan setiap tindakan dan keputusan yang perlu aku lakukan. Kadang-kadang terikut juga panas hati nie... tapi tiap kali aku buat keputusan ikut perasaan, tiap kali itulah aku akan menyesal dan menjernihkan kembali kekeruhan..hmmm...

Wahai kawan, sahabat dan rakan... maaf jika ada tika aku seperti hilang, diam atau sembunyi. Bukan itu mahuku, tapi aku benar-benar jiwa kacau...

Maaf..!

No comments: