Monday, February 16, 2009

192 - 6th MB Annual Tournament @ Sunway Piramid

Salam hari Isnin yang tersangatlah boring rasanya... hahahahaha..

So, nak citer sket tentang aktiviti cuti hujung minggu lepas. Sabtu lepas sempena Valentine Day, Malaysianbowlers sekali lagi berjaya menganjurkan kejohanan tahunannya kali ke 6. Kali nie MB berkampung di Megalane, Sunway Piramid.

Seawal jam 9 pagi lagi aku dah amik adek2 aku, Aril & Zul. Diaorg nak ikut skali tonemen nie. Nak rasa camner main tonemen luar. Aku ok je... angkut je bebudak tu. No hal punya.. akak diaorg nie kan baik.. hhahahaha. tapi yang main Zul jer... si Aril injured plak sbb semalamnya main bola. Ada friendly game dgn geng pemandu HEP.

Lepas amik bebudak tu, aku teruskan perjalanan ke rumah Misa. Konvoi dgn dia & Uzin. Kitaorg semua sampai di Sunway Piramid dalam 10.45 pagi. Salah masuk parking lak. Punya la jauh kena jalan. Sampai kt Megalane tgk AJK2 lain dah bz dah... tak menang tangan dok menyusun dan menjual t-shirt.

Game kali nie alhamdulillah terselamat dr dapat 'Ratu Longkang'. Ahaks... target nak menang memang tak der la.. cuma mintak2 tak dpt lagi hadiah tu.. hahahahha.. yes...yes..yes...

Selesai membowling, kitaorg buat gerakan ke Pizza Hut. Aktiviti makan... Yang paling best dapat jumpa Kak Yang yg dah lama tak jumpa. Ada la 9 thn rasanya tak jumpa dia. Excited btol aku dan Misa sebab dapat jumpa dia. Dia la 'kembar' aku time study kat kolej dulu. Memang kitaorg rapat giler.. tp tu la.. susah la cakap. Lost contact lepas konvo. Sekarang dapat jumpa semula.. giler lama...!

Abis makan-makan, masing2 buat gerakan pulang. Ada yang nak pi tengok wayang citer Geng. Aku, adek2 aku & Misa ngan Uzin tak join. Masing-masing dah lemau. Aku lak ada dinner malam tu kat ofis sempena seminar PJ. So, kena rush balik la.

Sampai rumah dalam pukul 8.10 mlm. Itupun sebab kena hantar Zul & Aril dulu. Baru aku balik rumah. Dalam 8.40 mlm buar gerakan ke ofis. Hah... giler penat wei.. lepas makan2 semua, pukul 10 lebih gak la balik. Kak Rozie ajak lepak karaoke pon aku dah tak larat nak tunggu. Memang penat sangat..

Apa2 pon memang best tonemen kali nie.. dapat kumpul ramai dengan ahli2 lama dan baru..


p/s cupcake yg Kak As buat sedap sangat... hehehehe... dan comei sangat...


Antara yang join tonemen MB

No comments: