Salam pagi Jumaat.
Kepala rasa berat. Badan rasa tak best. Tekak dah seminggu rasa tak best. Makanan masuk dalam tekak nie selalu sangat rasa nak terkeluar balik. Hmmm... memang kuat penangannya. Aku benar-benar terkesan dengannya.
Perasaan dah bercampur-baur. Marah... sedih... tak puas hati... kecewa dan paling banyak adalah rasa kasihan. Hari-hari datang mengadu pada aku. Sedikit sebanyak memang aku turut merasakan kesannya. Aduhai... apalah yang boleh aku buat. Hanya sekadar nasihat saja yang boleh aku berikan. Yang lain-lain aku tak mampu untuk mengubahnya.
Semalam berbual panjang dengan dia. Santak ke 1 pagi. Melepak sambil minum di gerai tepi jalan. Macam-macam yang diceritakan. Dan aku..... mendengar dengan sepenuh perhatian. Hanya itu yang aku mampu... nasihat dari seorang kakak kepada seorang adik mungkin hanya angin lalu saja pada dia. Aku tahu, dia cuma perlukan seseorang untuk meluahkan perasaannya. Dan aku setia di sisinya. Jika dia ingin menangis, aku akan meminjamkan bahuku buatnya. Menangislah sepuas hati....
Kerap kali dia cakap dia tidak akan lama. Semakin walang hati aku mendengarnya. Puas dipujuk, namun mulutnya masih terkunci. "Saya tak mahu orang kesian kat saya kak!" Hanya itu jawapannya bila ditanya. Lidah aku langsung kelu. Ya.. mungkin lepas mengetahui kebenarannya, perasaan kasihan yang akan menguasai minda aku. Dia tidak mahu dilayan begitu. Kuat semangatnya... aku kagum!
Aku tak akan mendesak lagi. Biarlah... bila dia rasa bersedia untuk beritahu aku, dia akan datang sendiri pada aku. Aku akan tunggu hari tersebut.
Tapi... hidup aku benar-benar terkesan dengannya....
No comments:
Post a Comment