Wednesday, July 23, 2008

148 - Beri aku ruang untuk bernafas seketika

Semakin berlarutan dan berpanjangan. Seolah-olah hidupnya bergantung kepadaku. Lelah aku melayani karenahnya. Berbuih mulut memberi nasihat namun dia tetap begitu. Masih! Tidak berubah! Statik!

Maaf, berikan aku sedikit ruang untuk aku bernafas. Agar hati ini kembali seperti asal. Aku tidak mahu palitan hitam ini mempengaruhi aku. Kerana, kelak kita takkan seperti dulu. Biarpun seketika, aku pinta sekali lagi... beri aku ruang untuk bernafas seketika.

Hah...

Monday, July 14, 2008

145 - Ofis - PD - Ofis

Salam petang Rabu.

Hah.... baru dapat bernafas. heheheh... keje bertimbun-timbun yang perlu diselesaikan. Sekarang nie sedang print poster. Ada sket lagi... huhuhuhu... 3 hari aku mengerjakannya still tak abis-abis.

Hari Sabtu lepas, seawal jam 9 pagi aku datang ofis untuk siapkan kerja-kerja printing. Petang dalam jam 4 aku balik rumah untuk kemas barang-barang untuk ke PD. Dah janji dengan Sato & Zam yang aku akan follow diaorg gi PD petang nanti. Sempat lagi aku basuh baju seround. hehehehe...

Dalam pkl 5 lebih aku buat gerakan ke PD. Sebelum tu dapat call dari Zam yang diaorg tunggu aku di hentian sebelah Nilai. So, aku apa lagi... 'menjerit' la bawak kete dgn speed yang membolehkan aku hanya amik masa 20 minit jer sampai hentian Nilai tu. hehehehe... Lepas tu kitoarg buat gerakan ke PD. Dalam sejam dah sampai Apartment Sunshine Bay. Masuk ke kawasan apartment dah nampak pantai. Perghhh... teruja btol aku. Tapi, yang sadisnya aku langsung tak berkesempatan untuk ke pantai. huuhuhu... tu ler.. datang lagi lambat. hahahaha...

Time tu dah ramai geng MB yang check-in. So, lepas tu kitaorg ramai-ramai gi pasar malam untuk beli bahan-bahan buat BBQ. So, lepas abis membeli... dalam jam 9 mlm bermula sesi BBQ. Sesi membakar meriah dgn kehadiran yang agak mengejutkan juga dari geng-geng MB (ramai la plak). Tapi mlm tu ayam yang dah awal-awal lagi Kak As perap (sedap oooo) menjadi 'buruan'. Sempat la cekau seketul... kalu tak, kempunan den! hehehehe... Kicap yang Kak Aida buat pon sedap giler... macam-macam makanan ada malam tu. Kenyang giler makan malam tu. Lepas makan, packing terus naik apartment. Mata masing-masing dah sayup je... tapi sempat lagi tengok diaorg main Scrabble & Uno. Aku main Uno je, itu pon last game. Terselamat aku dari kena denda makan janggut sotong yang ngeri tu... hahahahaha...

Pagi Ahad, dalam pkl 9 lebih kitaorg semua buat gerakan ke kedai mapley (mamak) untuk sarapan. Lepas sarapan, terus ke tempat boling. Dah ramai yang menunggu. Tengok geng DY Bowl (we all ada friendly game dgn diaorg) gerun je... mesti terer-terer.. huhuuhuh... Dalam jam 11 lebih jugak la baru start. Main 4 game jer... blasah je la.. hehehehe...

Abis game dalam 2.30 ptg. Diaorg semua buat gerakan untuk makan. So, entah la apa nasib aku hari tu salah amik jalan (sebab diaorg semua tetiba ilang sekelip mata... kekekeke) aku dah keluar menghala ke Seremban/KL. So, aku decide teruskan aje balik sebab aku kena ke ofis semula untuk sambung keje-keje printing.Aku speed untuk cepat sampai. Tak tau la berapa speed trap yg aku dapat nanti. Tapi hujan le la plak bila masuk highway Seremban. Tapi aku berjaya juga sampai pukul 3.45 ptg. Terus bertapa kat ofis sampai jam 11 malam.

Penat tak hengatnya... sib baik la ada yang rajin datang teman aku borak-borak kat ofis. Lepas tu, kami gi makan kat Restoran Firdausi. Perghh... aku layan tomyam ayam. Lama tak pekena... beshnyerrr...!!!! Rasa tetap sama cam first time aku makan kat situ. Borak-borak dah sampai pukul 1 lebih. Balik rumah, sambung borak dengan hosmet lak. Last2 kol 3 pagi baru aku tido. Pagi nie... kepala miung sket la pasal tak cukup tido, dengan badan tak cukup rehat lagih. Haduih la...

Tapi memang dapat berjimba-jimba dengan geng MB kat PD. Dah lama tak ada xtvt camtu. Last sekali aku rasa best giler join xtvt MB time gi Mersing dulu... dah lama dah... so, bila dapat balik berkumpul ramai-ramai rasa best sangat. Terasa bermakna sangat...

Geng MB & DY Bowl bergambar ramai-ramai




geng gegurl MB...hehehe...

With Mrs. Bendahari

Friday, July 11, 2008

144 - Terkesan dengannya

Salam pagi Jumaat.

Kepala rasa berat. Badan rasa tak best. Tekak dah seminggu rasa tak best. Makanan masuk dalam tekak nie selalu sangat rasa nak terkeluar balik. Hmmm... memang kuat penangannya. Aku benar-benar terkesan dengannya.

Perasaan dah bercampur-baur. Marah... sedih... tak puas hati... kecewa dan paling banyak adalah rasa kasihan. Hari-hari datang mengadu pada aku. Sedikit sebanyak memang aku turut merasakan kesannya. Aduhai... apalah yang boleh aku buat. Hanya sekadar nasihat saja yang boleh aku berikan. Yang lain-lain aku tak mampu untuk mengubahnya.

Semalam berbual panjang dengan dia. Santak ke 1 pagi. Melepak sambil minum di gerai tepi jalan. Macam-macam yang diceritakan. Dan aku..... mendengar dengan sepenuh perhatian. Hanya itu yang aku mampu... nasihat dari seorang kakak kepada seorang adik mungkin hanya angin lalu saja pada dia. Aku tahu, dia cuma perlukan seseorang untuk meluahkan perasaannya. Dan aku setia di sisinya. Jika dia ingin menangis, aku akan meminjamkan bahuku buatnya. Menangislah sepuas hati....

Kerap kali dia cakap dia tidak akan lama. Semakin walang hati aku mendengarnya. Puas dipujuk, namun mulutnya masih terkunci. "Saya tak mahu orang kesian kat saya kak!" Hanya itu jawapannya bila ditanya. Lidah aku langsung kelu. Ya.. mungkin lepas mengetahui kebenarannya, perasaan kasihan yang akan menguasai minda aku. Dia tidak mahu dilayan begitu. Kuat semangatnya... aku kagum!

Aku tak akan mendesak lagi. Biarlah... bila dia rasa bersedia untuk beritahu aku, dia akan datang sendiri pada aku. Aku akan tunggu hari tersebut.

Tapi... hidup aku benar-benar terkesan dengannya....

Monday, July 07, 2008

143 - Aku ada di sini

Pulanglah
jangan kau lari lagi
bukan itu penyelesaiannya

Kembalilah
aku ada di sini
menangislah di bahuku

Biar kupujuk rajukmu
biar kuhapus air matamu
biarku rawat lukamu

Jangan pergi lagi
sudahlah, berhenti
aku pilu melihatmu begitu

Aku di sini menanti kepulanganmu