Tuesday, May 27, 2008

137 - Merentas 4 negeri

Salam Hari Selasa...

Aduh... penat lagi rasanya gara-gara makan kenduri Biha Ahad lepas. 4 negeri aku rentasi semata-mata untuk meraikan hari bahagia kawan aku nie. Ye la... kendurinya di Jitra, Kedah. Dan aku plak dari Seri Kembangan. Selangor, Perak, Kedah dan Perlis. 4 negeri tu aku rentasi semata-mata untuk turut sama-sama meraikan hari perkahwinan minah nie. hehehe...

Hari Ahad, seawal jam 6.00 pagi aku dan Hajar (housemate) dah buat gerakan keluar dari KL. kena keluar awal pasal nak elak dari jalan ditutup utk marathon apa ntah. Itupun time kitaorg keluar, dah sebelah jln ditutup. Dpt keluar dari KL dlm 6 lebih juga la. Alhamdulillah semua lancar. Singgah di R&R Tapah utk sarap dlm 7.45 pg. Dekat sejam gak la berenti kat situ. Then dlm pukul 8 lebih sambung buat gerakan semula. Kitaorg konvoi dgn Kak Rozie. Dia tunggu kitaorg kt R&R Sg. Perak. Dekat pukul 10 jugak la sampai. Kak Rozie & family dah tunggu. Lepas isi minyak, terus buat gerakan bersama-sama. Memang pecut je. Aku rasa ada la 2-3 keping 'surat chenta' akan sampai nanti. Hahaha... tp dah sound awal2 dgn Kak Rozie, kalau dapat 'surat chenta', husband dia (keje polis) kena tolong la. Muahahaha...

Bila masuk je area Kedah, mata semua dah terbukak luas melihat kehijauan negeri jelapang padi nie. Kagum je sepanjang perjalanan. Memang rasa best sgt tgk sawah terbentang menghijau. Rasa cam nak turun je amik gambo. heheheh... Sampai ke rumah pengantin dalam pukul 12 lebih. Sedang elok la tu. Kebetulan plak rombongan pihak lelaki pon baru sampai. Hmm... kitaorg pon menyelit la dlm rombongan lelaki. Pasangan pengantin pakai sepersalinan pink. Nampak sama cantik sama padan la..

Tahniah Biha & Rizal, MESTI hidup bahagia! hehehe...

Lepas makan & snap 2-3 keping gambo, aku, Hajar dan family Kak Rozie buat gerakan ke Padang Besar. Shopping!!! Hahahaha... aku tangkap blaus selai dgn narita 1. Tu jer... pastu beli makanan ringan sket. Tu jer... tak der la shopping pon. Sebab aku punya target nak beli narita je.. kekekeke...

Pusing-pusing kt Padang Besar dlm 2 jam je pastu dah buat gerakan nak pulang ke Seri Kembangan. Kak Rozie & family terus ke Tanjung Dawai. Aku & Hajar buat gerakan pulang la. Tapi punya la berpusing carik jalan kuar. Hahaha... dekat sejam gak la mencari jalan kuar. Tapi bukan sesat tau! Jalan yg kitaorg amik tu memang betul tp tak yakin. Itu yg asik berpusing tu. Tanya org2 kat situ, memang btol jalan yg kitaorg amik sebelum tu cuma bila jalan tak familiar, dengan signboard yg hampeh. Jadik la gitu... hahahaha...

Lepas tu perjalanan lancar. Berenti jap kat R&R Gurun utk isi perut yg kembali lapar. Lepas solat maghrib, kitaorg terus menerus non-stop. Huh! Utk perjalanan malam, aku mintak Hajar drive sbb mataku tak berapa OK utk memandu malam. Lagipon, kepala aku dah ding-dong... ini bahana tak dpt tidur dgn lena mlm sebelumnya tu. Lepas Sg. Perak, jln jem. Adeii... dekat sejam gak la. Bukan ada eksiden pon, cuma byk kete rosak tepi jln. Dah la kat situ jln berbukit, so, mmg byk la kete yg over-heat!! Cuak gak kitaorg kalu jadik sama. Ye la.. bayangkan kalu kete rosak time tgh2 jln tu. Huih... tp alhamdulillah... mebiku tak buat hal.

Lepas je tol Jelapang, jln kembali clear. Apa lagi, pecut arr sampai 140. hahahha... giler btol minah tu. Tapi tak per la... janji sampai cepat. Akhirnya dlm 2.30 pg sampai jugak kitaorg kt rumah. Penat tak hingat la.. last2 hari Isnin sama-sama tak pegi keje. Terbongkang kepenatan...







Tuesday, May 20, 2008

136 - Gegar!!

Semalam dalam pukul 10 lebih, tengah lepak2 tengok citer NCIS Season 4 kt 8tv, tiba2 tv bergoyang.. lantai rumah pon rasa bergoyang. Dalam 5 saat jer gegaran tu terasa. Aku terpaku sekejap. Apa kena nie? Takkan le ada gempa bumi? Cuak je rasa... lepas tu langsung tak terasa dah gegaran. Suasana pon tenang je. Tak der pon orang riuh-riuh lari turun flat. Emmm.. perasaan je kot.

Pagi nie, sampai ofis terus bukak Kosmo! online. terpampang le berita pasal gempa bumi di Sumatera malam semalam. Nauzubillah... tak sangkanya aku dapat rasa gegaran tu di flat tu. Terkedu aku seketika....

Bumi semakin nazak... takutnya nak menghadapi hari-hari yang mendatang. Masa semakin suntuk...

Thursday, May 15, 2008

135 - Berkampung di Royale Bintang Seremban

Salam petang Khamis. Huih... dah lama tak menconteng kat dalam nie. Tak der benda nak ditulis pon. Tapi kali nie ada la perkara menarik sket untuk diceritakan.

Dari hari Sabtu (10/5) lagi aku dah berkampung di Royale Bintang (dulu nama Royal Adelphi) Seremban. 2 bijik keta & 1 pajero full dgn barang2 dan orang utk preparation seminar antarabangsa kat sana. actually seminar mula Isnin tp we all kena la sampai awal utk uruskan apa2 hal yg patut di sana.



So far semuanya berjalan lancar. sket2 problem tu biasak la dlm seminar besar cenggini. service di hotel bagi aku very poor. contohnya, kitaorg dok 3 org satu bilik deluxe (utk 2 org). tp everytime kena call housekeeping utk hantar extra towel. padahal dlm bilik tu terang2 ada 3 bed. konfem la perlukan 3 towel. ntah apa2 la... pastu time seminar tgh on, org yg sepatutnya berurusan dgn kitaorg langsung tak nampak muka. susah nak mintak apa2. mmg hampeh la bg aku diaorg punya manager ke whatever. tak jaga langsung customer!! so, kalau tak jaga customer... mmg ini memberi gambaran buruk pada diaorg punya management la. so, next time... tak der dah la kitaorg nak buat kt situ lagi. sorry to say laa....

First day & second day memang sibuk. dgn sesi parallel berlangsung 9 bilik serentak. kadang2 11 bilik serentak! terlari-lari le aku dan Zul (my assist.) utk check bilik2 tu semua samada laptop & LCD berfungsi. hmm.. tp nasib baik la Zul betul2 commit pada tugas dia. selalunya aku dpt asisstant yg suka main acilut dgn aku. bikin hangin je... tp kali nie asisstant aku memang excellent!!! thumbs up to Zul... hheheheh...

Last day tak sibuk sangat. so, kurang dah la sesi serentak. so, dpt la rehat sket. cuma ada sorang nie emo sket. entah apa la yg dia emokan sampai semua org pelik. asalnya nak bergurau, tp sebabkan dia nie emosi terlebih... so dah menaikkan kemarahan dia. so, ok... kitaorg senyap je la. biar dia layankan emo dia tu.

Tapi kalu nak emo pon, jangan la tunjukkan sangat. Kalau tak suka dengan apa yg orang buat, so please la jangan buat apa yg orang tak suka. bila orang tengak dia buat apa yg tak suka dilihat, so, orang tu akan balas balik la apa yg dia buat, kan?? fair & square.... hehehehe... dah tu bila orang buat bodo kat dia.. tak layan dia... kenapa pulak nak terasa. you deserve it!! sebab tak pikir yang apa yg buat tu, orang tak amik kisah. hah!! nampak salah orang jer... sendiri punya kesalahan tak sedar!

Bila orang dah cuba nak berbaik, dia buat hal lagi. tak tahu nak jaga hati orang. so... bye-bye la. tak kuasa dah. tak sudi tak per.. tapi tak perlu la nak tanya berulang kali. kalau dalam hati tu memang dah awal2 lagi nak berkeputusan begitu. in a second boleh berubah...

Hmmm.. sekarang aku plak yang terlebih emo... kekekekeke...



separuh dari AJK yg terlibat