Hari nie hari ke 19 mak berada di Hospital Ipoh (campur 3 hari di Hospital Gerik, dah jadi 22 hari). Kesian pada mak. Tak habis-habis diduga Allah dengan penyakitnya. Kali ini, sebelah kaki emak pula dipotong. Allahu.. sedihnya tak terkira. Emak kulihat tenang sahaja. Tak ada pun setitik air matanya tumpah dek kehilangan sebelah lagi kakinya. Dan aku sebagai anak merasa amat-amat bersalah.
Ya Allah.. kuatkan kami sekeluarga untuk menempuhi tempoh-tempoh sukar ini. Sekali lagi kami diuji. Semoga kami diberi kekuatan untuk menerima semua ini dengan hati yang redha.