Friday, September 26, 2008

164 - Salam lebaran


[berada di luar kawasan liputan dari 27 Sept - 6 Okt 2008]

163 - Berbuka di Saujana Golf & Resort Kajang

Hari Rabu lepas berlangsunglah iftar geng FPP buat kali terakhir sebelum menyambut raya. Kali nie kitaorg berbuka di Saujana Impian Golf & Resort. Ini kali kedua bg ramadan tahun nie kami berkumpul berbuka puasa ramai-ramai. happy sangat kumpul ramai2 dengan kawan-kawan.. tak tau la naper... tapi memang happy sangat.

Pukul 6 lebih aku dah buat gerakan dgn adek, Farid & Miza ke sana. Jalan alhamdulillah clear. Tak sangkut jem langsung. Sampai kat sana dalam pukul 6.45 ptg. Kali ini, 20 orang geng FPP yang join berbuka. Meriah btol... bestnyer.. 2 meja full dgn orang dan makanan. Makanan kat situ kira OK. Sedappp... dan pelbagai jenis... makan pun puas hati.. hehehe..


Sebelum balik, kita posing ramai-ramai dulu


Dah abis makan, tapi makanan byk lagi atas meja tu..hehehe...

Wednesday, September 24, 2008

162 - Menang lagi... muahahaha...

Salam pagi Rabu yang lemau. Aku bangun lewat hari nie... huhuhu... terjaga pukul 7.30 pg! adei... subuh gajah aku pagi nie... (Ya ALLAH, ampunkan dosa hambamu ini) Nie semua gara-gara keletihan memboling la nie... hahahaha... teruk btol aku. Orang gi terawih, aku lak gi memboling..hehehe..tp bukan selalu...baru 2 kali dlm bulan pose nie aku memboling.

Semalam dalam pukul 9 mlm aku dijemput adek aku ke Metro Point Kajang. Kat sanalah medan pertempurannya. Hahaha.. main 4 game (RM6 satu game, mahal giler!!!) tapi 3 games last baru bertarung. Dan seperti biasa, aku masih mengekalkan kejuaraan 3 kali berturut-turut... muaahaha... tensen adek gue.. asik akaknya je yang menang.. hehehe..

Semalam Zul & wife dia ada turun sekali tapi Zul je yg main. Happy btol semalam. Sekurang-kurangnya dapat la mengubat kesedihan aku yg sadis time berbuka semalam. Nak buat camner, manusia hanya mampu merancang... last2 minit boleh plak bertukar rancangan. Tinggallah aku berbuka dgn makanan yang ala kadar je. Itu pon nasib baik terpikir nak beli kueh singgit. Kalu tak, berbuka air dgn buah je la semalam... huhuhu... sebak je aku time berbuka tu... waaaaaaa..!!!!

Lepas memboling, sempat la gi supper kat Restoran Firdausi. Layan kotiaw goreng pattaya. Besh giler... hehehehe... lepak2 jap, 12.30 mlm buat gerakan pulang. Sampai rumah, hosmet tak tido lagi. Dok tengah spin baju sambil bergayut tepon dgn tunang dia. Aku yang masih dlm sisa rajuk, malas bercakap banyak dan terus ke masuk ke dalam bilik untuk istirehat.

Hmmm... sedihnya bila mengenangkannya....

Friday, September 19, 2008

161 - Ulangtahun ke 28

Salam.. hari yang sungguh ceria. Mana taknya, jadik birthday girl ari nie. Alhamdulillah... dah 28 tahun aku lahir kat dunia. Masih lagi mampu menghirup udara di tanggal 19 Sept tahun ini. Waaa... makin tua aku setahun lagi. Hehehe...

Sepanjang hidup aku, di usia inilah sambutan ulangtahun yang paling bermakna bagi aku. Walaupun time bulan puasa, tapi amat menggembirakan dan membahagiakan. Walaupun juga tiada sambutan or party harijadi, tapi alhamdulillah... tanda ingatan dan ucapan dari kengkawan sudah cukup membuat aku rasa gembira sangat2. Terima kasih kengkawan semua atas ucapan yang tak putus-putus dari tengah malam tadi esp Misa yg sms time orang bangun sahur. hehehe.. terharunya... sob..sob..sob..

Malam semalam sempat la gi makan KFC dengan adek aku nie. Kuar pon dah pukul 10 lebih, so kitaorg pegi makan kat KFC Equin Park yang dibuka 24 hours. Hehehe... bukannya apa.. aku pernah cakap kat dia yang aku teringin nak makan KFC Spicy Crunch tu.. so, semalam dia bawak la aku ke sana. Then lepas je pukul 12 tgh malam... dia hulur hadiah kat aku. Waaa... terharunya..hehehe.. Thanks adek...! Akak suker sangat.... muaahhsss..!!

Lepak2 makan sampai pukul 12 lebih. Balik rumah nampak la plak ada plastik Lovely Lace tergantung kat tombol pintu bilik aku. Yeayyy... ada hadiah lagi!!! Kali nie dari hosmet aku lak, Hajar. Waahhh... bestnya dapat suprise cam nie... thanks Hajar & Naim (tunang Hajar) for that present. Cute sangat...!!! hehehehe..

Dan akhirnya... sepanjang malam aku tido dengan senyuman.... kekekeke...



Hadiah jam tangan dari adek

Tempat simpan brooch from Hajar & Naim

Thursday, September 18, 2008

160 - Cop mohor (i love your blog)

Hehehe... dapat cop mohor dari Misa.. tengkiu my prenz...

Saturday, September 13, 2008

Friday, September 12, 2008

158 - Bosan

Sangapnya hari nie...

(hehehe... ini saja entri pada hari ini..)

Sunday, September 07, 2008

157 - Masa bersama teman

Jumaat lepas ramai2 berbuka puasa dgn geng AJK KKR dan kawan2 seofis yang membantu time dinner KKR 29 Ogos lepas. Kami berdua belas orang lepak berbuka puasa di Village View kat Bangi. Mungkin inilah kali terakhir kami dapat lepak2 ramai2 camtu sbb lepas nie kami akan kehilangan seorang teman yang akan bertukar tempat kerja. Huhuhu... sedihnya aku bila mengenangkannya... tak mengapalah. Ini untuk peningkatan kerjaya dia jugak. Well.. good luck to you Shahrul. Jangan lupa kat aku... member baik ko nie... huhuhu..

Friday, September 05, 2008

156 - Rindunya....

Rindunya pada 'si kecik' nie... Mohd Adam Mohd Idham..

Thursday, August 28, 2008

155 - Dia kata...

Dia kata... dia tetap dengan aku sampai bila-bila
Dia kata... dia suka hadiah yang aku beri
Dia kata... dia tak boleh jauh dari aku
Dia kata... dia takkan lari lagi
Dia kata... dia akan pegang janji dia pada aku
Dia kata... aku kakak kesayangannya
Dia kata... dia akan merindui aku
Dia kata... dia sayang pada aku
Dia kata... dia rindu pada aku
Dia kata... dia cuma ada aku seorang
Dia kata... dia sentiasa ada untuk aku
Dia kata... dia tak mahu berkongsi sakit dengan aku
Dia kata... dia tak sanggup tengok aku sakit
Dia kata... dia kalau boleh nak tanggung sakit aku
Dia kata... aku amat bermakna pada dia
Dia kata lagi dia rindu pada aku
Dia kata lagi dia rindu pada aku
Dia kata... dia gembira sangat dapat ketawa bersama aku
Dia kata... dia tak boleh kalau tak bercakap dengan aku

Jadi, apa yang harus aku kata pula..?

Thursday, August 14, 2008

154 - Bila rasa ini rasamu - Kerispatih

Aku memang terlanjur mencintaimu
Dan tak pernah ku sesali itu
Seluruh jiwa rela ku serahkan
Mengenang janji setiaku

Kumohon jangan jadikan semua ini
Alasan kau menyakitiku
Meskipun cintamu tak hanya untukku
Tapi cobalah sejenak mengerti

Reff:
Bila rasaku ini rasamu
Sanggupkah engkau menahan sakitnya
Terkhianati cinta yang kau jaga

Coba bayangkan kembali
Betapa hancurnya hati ini kasih
Semua telah terjadi

Back to Reff:

Aku memang terlanjur mencintaimu

Monday, August 11, 2008

153 - Nak balik kampung


Dah rasa tepu kat sini,
nak balik kampung.

Dah tak der apa kat sini,
nak balik kampung.

Dah tak der makna lagi,
nak balik kampung.

Dah tak dapat berfikir lagi,
nak balik kampung.

Dah tak der hati kat sini,
nak balik kampung.

Tersungkur sekali lagi,
nak balik kampung.

Meratap untuk kesekian kali,
nak balik kampung.

Makkk....

Wednesday, August 06, 2008

152 - Tak berbaloi....

5 Ogos tarikh yang tidak akan dilupakan.

23 Ogos tarikh keramat pemutus.

Bisakah kubertahan hingga ke tarikh itu? Mampukah kulewati tarikh itu? Bagaimana ya...?

Friday, August 01, 2008

151 - Berbaloikah...??

Selamat ulang tahun kelahiran A***. Semoga beroleh barkah dalam hidup di dunia dan akhirat. MESTI HIDUP BAHAGIA & GEMBIRA...

p/s biru + biru = hijau?

Wednesday, July 23, 2008

148 - Beri aku ruang untuk bernafas seketika

Semakin berlarutan dan berpanjangan. Seolah-olah hidupnya bergantung kepadaku. Lelah aku melayani karenahnya. Berbuih mulut memberi nasihat namun dia tetap begitu. Masih! Tidak berubah! Statik!

Maaf, berikan aku sedikit ruang untuk aku bernafas. Agar hati ini kembali seperti asal. Aku tidak mahu palitan hitam ini mempengaruhi aku. Kerana, kelak kita takkan seperti dulu. Biarpun seketika, aku pinta sekali lagi... beri aku ruang untuk bernafas seketika.

Hah...

Monday, July 14, 2008

145 - Ofis - PD - Ofis

Salam petang Rabu.

Hah.... baru dapat bernafas. heheheh... keje bertimbun-timbun yang perlu diselesaikan. Sekarang nie sedang print poster. Ada sket lagi... huhuhuhu... 3 hari aku mengerjakannya still tak abis-abis.

Hari Sabtu lepas, seawal jam 9 pagi aku datang ofis untuk siapkan kerja-kerja printing. Petang dalam jam 4 aku balik rumah untuk kemas barang-barang untuk ke PD. Dah janji dengan Sato & Zam yang aku akan follow diaorg gi PD petang nanti. Sempat lagi aku basuh baju seround. hehehehe...

Dalam pkl 5 lebih aku buat gerakan ke PD. Sebelum tu dapat call dari Zam yang diaorg tunggu aku di hentian sebelah Nilai. So, aku apa lagi... 'menjerit' la bawak kete dgn speed yang membolehkan aku hanya amik masa 20 minit jer sampai hentian Nilai tu. hehehehe... Lepas tu kitoarg buat gerakan ke PD. Dalam sejam dah sampai Apartment Sunshine Bay. Masuk ke kawasan apartment dah nampak pantai. Perghhh... teruja btol aku. Tapi, yang sadisnya aku langsung tak berkesempatan untuk ke pantai. huuhuhu... tu ler.. datang lagi lambat. hahahaha...

Time tu dah ramai geng MB yang check-in. So, lepas tu kitaorg ramai-ramai gi pasar malam untuk beli bahan-bahan buat BBQ. So, lepas abis membeli... dalam jam 9 mlm bermula sesi BBQ. Sesi membakar meriah dgn kehadiran yang agak mengejutkan juga dari geng-geng MB (ramai la plak). Tapi mlm tu ayam yang dah awal-awal lagi Kak As perap (sedap oooo) menjadi 'buruan'. Sempat la cekau seketul... kalu tak, kempunan den! hehehehe... Kicap yang Kak Aida buat pon sedap giler... macam-macam makanan ada malam tu. Kenyang giler makan malam tu. Lepas makan, packing terus naik apartment. Mata masing-masing dah sayup je... tapi sempat lagi tengok diaorg main Scrabble & Uno. Aku main Uno je, itu pon last game. Terselamat aku dari kena denda makan janggut sotong yang ngeri tu... hahahahaha...

Pagi Ahad, dalam pkl 9 lebih kitaorg semua buat gerakan ke kedai mapley (mamak) untuk sarapan. Lepas sarapan, terus ke tempat boling. Dah ramai yang menunggu. Tengok geng DY Bowl (we all ada friendly game dgn diaorg) gerun je... mesti terer-terer.. huhuuhuh... Dalam jam 11 lebih jugak la baru start. Main 4 game jer... blasah je la.. hehehehe...

Abis game dalam 2.30 ptg. Diaorg semua buat gerakan untuk makan. So, entah la apa nasib aku hari tu salah amik jalan (sebab diaorg semua tetiba ilang sekelip mata... kekekeke) aku dah keluar menghala ke Seremban/KL. So, aku decide teruskan aje balik sebab aku kena ke ofis semula untuk sambung keje-keje printing.Aku speed untuk cepat sampai. Tak tau la berapa speed trap yg aku dapat nanti. Tapi hujan le la plak bila masuk highway Seremban. Tapi aku berjaya juga sampai pukul 3.45 ptg. Terus bertapa kat ofis sampai jam 11 malam.

Penat tak hengatnya... sib baik la ada yang rajin datang teman aku borak-borak kat ofis. Lepas tu, kami gi makan kat Restoran Firdausi. Perghh... aku layan tomyam ayam. Lama tak pekena... beshnyerrr...!!!! Rasa tetap sama cam first time aku makan kat situ. Borak-borak dah sampai pukul 1 lebih. Balik rumah, sambung borak dengan hosmet lak. Last2 kol 3 pagi baru aku tido. Pagi nie... kepala miung sket la pasal tak cukup tido, dengan badan tak cukup rehat lagih. Haduih la...

Tapi memang dapat berjimba-jimba dengan geng MB kat PD. Dah lama tak ada xtvt camtu. Last sekali aku rasa best giler join xtvt MB time gi Mersing dulu... dah lama dah... so, bila dapat balik berkumpul ramai-ramai rasa best sangat. Terasa bermakna sangat...

Geng MB & DY Bowl bergambar ramai-ramai




geng gegurl MB...hehehe...

With Mrs. Bendahari